Wednesday 22 October 2014

Pengalaman Temuduga untuk Lesen Company Secretary (SSM LICENSE)


Pada 12 June 2014, Saya telah menghadiri temuduga untuk mendapatkan lesen Company Secretary Di SuruhanJaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi pada mereka yang tidak mengetahui, Company Secretary bukanlah secretary kepada boss (Seperti P.A) tetapi company secretary yang di masukkan di sini adalah salah satu badan proffesional setaraf dengan Auditor.

Kepada yang ingin mendaftar untuk lesen ini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda perlu mempunyai pengalaman dalam bidang ini.  :-

·                     SPM 5 Tahun pengalaman keje
·                     Diploma ditambah 3 tahun pengalaman kerja
·                     Degree ditambah setahun pengalaman keje.
Anda juga perlu mendapatkan satu surat recommendation letter dan juga menunjukan bukti Pengalaman anda di dalam bidang ini

Cara Mendaftar 
1.            Sediakan Dokument yang Lengkap bersama borang 48B (Contoh Borang boleh di dapati di Website SSM            atau Muka surat Belakang Companies act 1965) & Cover Letter
2.            Pergi Ke tingkat 17 dan membuat bayaran Sebanyak RM50.00
3.            Selepas membuat pembayaran, anda WAJIB menyimpan resit untuk rujukan 
4.            Dalam tempoh 3 Bulan anda akan di panggil.
5.            Click sini untuk maklumat lanjut Application Lesen Company Secretary

Status Permohonan


·   Dalam tempoh (1 bulan) SSM akan membalas status permohonan anda. (SSM sangat lambat membalas, adalah amat di galakan kan untuk menunggu dengan sabar).
·    Dalam beberapa bulan anda akan dapat surat yang menyatakan tarikh temuduga anda.

Hari Temuduga (Cerita Berdasarkan Pengalaman Saya)

·      Pada hari temuduga, Anda di kehendaki datang pada Jam 9:00 Pagi, terdapat 2 sesi iaitu sesi ujian menulis dantemuduga bersama pegawai SSM. Terdapat 8 calon menghadiri dan saya yang paling muda.
·       Ujian Bertulis : Terdapat 10 Soalan, dan semua soalan adalah berdasar kan Companies Act 1965, contoh soalan adalah seperti , 1. Types of Companies based on Section 9, and what section cover for proxy?
·      Bagi saya, ujian bertulis ini sangat mudah, kerana anda perlu menghafal section, dan soalan adalah straight forward. Sangat Berlainan dengan soalan semasa Degree
·       Selepas selesai ujian menulis, anda akan di panggil untuk temuduga, dan saya merupakan calon yang ke lima
·      Selepas bbrp jam menunggu, saya di panggil untuk sesi temuduga, terdapat 3 panel temuduga 2 malay and 1 Chinese.
·       Mereka bertanya tentang section, untuk tips semua. adalah amat digalakkan untuk menghafal companies act 1965. Sesi temuduga berlangsung selama sejam.

Tips Saya 
·     Hafal Companies Act 1965 dan table A kerana pegawai SSM banyak bertanya tentang Act.
·      Bersabar - saya merupakan calon yang kelima pada hari temuduga, saya menunggu hampir 5 jam untuk giliran saya.


SEKIAN TERIMA KASIH

Monday 20 October 2014

Pengalaman Temuduga SPA8 Pembantu Pegawai Arkib N27



Pada 08 September 2014 saya menghadiri temuduga Pembantu Pegawai Arkib N27. Ini adalah kali pertama saya menghadiri temuduga kerja government. Disini, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa hari temuduga dan berharap dapat membantu anda secara tidak langsung.

Hari Temuduga
Tempat temuduga saya bertempat di bangunan SPA Kuala Lumpur. Seperti biasa, saya datang awal setengah jam ketempat temuduga. Memang sangat nervous, 2 kali juga lah saya ketandas. Sampai sahaja ke tempat temuduga, anda dikehendaki mendaftar. Disini, pihak SPA akan menyusun sijil-sijil anda. Susunan sijil-sijil adalah seperti berikut :
 SPM > SIJIL > DIPLOMA > DEGREE (dari bawah hingga terkini), sijil-sijil aktiviti mereka tidak akan ambik, mereka hanya akan melihat salinan sahaja.

Time temuduga
 Nasihat saya, anda patut dapat awal untuk mengambil nombor giliran, waktu temuduga saya adalah pukul 10.30 am,  (Datang awal Habis awal, datang lambat habis lambat). Saya menunggu hampir 3 jam untuk giliran saya.

Pada pukul jam 11.30am saya dipanggil, mmg sangat nervous saat itu. Terdapat 2 panel interview, pegawai Arkib dan Pegawai SPA. Saya masuk dengan muka slumber, kerana saya telah menghadiri banyak interview syarikat Swasta. Saya memberi salam kepada mereka dan memberi salinan resume (gamba berwarna) serta NRIC saya.

Interview bermula - Seperti biasa, sesi mengenalkan diri. Cerita la dari sekolah menengah sampai lah pengalaman kerja. (Nasihat saya - Cuba relate kan pengalaman kerja anda dengan jawatan yang dipohon. )
Selesai sahaja sesi pengenalan. Sesi Soal jawab bermula

Soalan daripada Pegawai SPA
1. Disebabkan jawatan yang dipohon adalah pembantu Akrib N27, Pegawai Arkib banyak bertanya tentang jabatan arkib. Diantara soalan di tanya adalah :

  •  Akrib dibawah kementerian mana?
  •  Apakah moto dan objective arkib?
  • Siapakah pengarah arkib dan penolong pengarah arkib.?
  • Apakah anugerah arkib telah diperolehi?
(Nasihat saya, anda perlu study tentang jabatan jawatan yang anda pohon, disebabkan saya telah study selama 2minggu, semua jawapan dapat dijawab)

2. Soalan daripada Pengawai SPA- (Encik Azmi tak salah saya)Pegawai banyak bertanya tentang isu-isu negara diantara soalan dia:

  • Siapakah perdana menteri Malaysia ketiga dan sumbangan beliau?
  • Apakah itu "Integriti"?
  • Kenapa anda ingin  berkerja dengan kerajaan.?
  • Apakah 11 criteria yang pegawai SPA lihat semasa sesi temuduga 

3. Selesai sahaja temuduga, mereka memberi kita, peluang untuk betanyakan soalan. kemudian selesai sesi temuduga. (Jgn lupa ambik balik I/C anda) sebelum keluar daripada dewan temuduga.


TIP- TIP SAYA

  • Jawab soalan dengan slumber dan confident, pegawai-pegawai ini manusia biasa juga.
  • Tanyakan soalan-soalan bernas kepada mereka
  • Be yourself (xyah menipu, jawab je)
  • Study jangan x study, kita kena tunjukan bahawa kita mahu jawatan tersebut. Antara caranya adalah bersiap sedia dengan ilmu.


SEKIAN TERIMA KASIH


Sunday 19 October 2014



Hello

This blog is about everything. There is no specific topic will focused, Hope you guys will enjoy my blog.. Free to comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...