Monday 20 October 2014

Pengalaman Temuduga SPA8 Pembantu Pegawai Arkib N27



Pada 08 September 2014 saya menghadiri temuduga Pembantu Pegawai Arkib N27. Ini adalah kali pertama saya menghadiri temuduga kerja government. Disini, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa hari temuduga dan berharap dapat membantu anda secara tidak langsung.

Hari Temuduga
Tempat temuduga saya bertempat di bangunan SPA Kuala Lumpur. Seperti biasa, saya datang awal setengah jam ketempat temuduga. Memang sangat nervous, 2 kali juga lah saya ketandas. Sampai sahaja ke tempat temuduga, anda dikehendaki mendaftar. Disini, pihak SPA akan menyusun sijil-sijil anda. Susunan sijil-sijil adalah seperti berikut :
 SPM > SIJIL > DIPLOMA > DEGREE (dari bawah hingga terkini), sijil-sijil aktiviti mereka tidak akan ambik, mereka hanya akan melihat salinan sahaja.

Time temuduga
 Nasihat saya, anda patut dapat awal untuk mengambil nombor giliran, waktu temuduga saya adalah pukul 10.30 am,  (Datang awal Habis awal, datang lambat habis lambat). Saya menunggu hampir 3 jam untuk giliran saya.

Pada pukul jam 11.30am saya dipanggil, mmg sangat nervous saat itu. Terdapat 2 panel interview, pegawai Arkib dan Pegawai SPA. Saya masuk dengan muka slumber, kerana saya telah menghadiri banyak interview syarikat Swasta. Saya memberi salam kepada mereka dan memberi salinan resume (gamba berwarna) serta NRIC saya.

Interview bermula - Seperti biasa, sesi mengenalkan diri. Cerita la dari sekolah menengah sampai lah pengalaman kerja. (Nasihat saya - Cuba relate kan pengalaman kerja anda dengan jawatan yang dipohon. )
Selesai sahaja sesi pengenalan. Sesi Soal jawab bermula

Soalan daripada Pegawai SPA
1. Disebabkan jawatan yang dipohon adalah pembantu Akrib N27, Pegawai Arkib banyak bertanya tentang jabatan arkib. Diantara soalan di tanya adalah :

  •  Akrib dibawah kementerian mana?
  •  Apakah moto dan objective arkib?
  • Siapakah pengarah arkib dan penolong pengarah arkib.?
  • Apakah anugerah arkib telah diperolehi?
(Nasihat saya, anda perlu study tentang jabatan jawatan yang anda pohon, disebabkan saya telah study selama 2minggu, semua jawapan dapat dijawab)

2. Soalan daripada Pengawai SPA- (Encik Azmi tak salah saya)Pegawai banyak bertanya tentang isu-isu negara diantara soalan dia:

  • Siapakah perdana menteri Malaysia ketiga dan sumbangan beliau?
  • Apakah itu "Integriti"?
  • Kenapa anda ingin  berkerja dengan kerajaan.?
  • Apakah 11 criteria yang pegawai SPA lihat semasa sesi temuduga 

3. Selesai sahaja temuduga, mereka memberi kita, peluang untuk betanyakan soalan. kemudian selesai sesi temuduga. (Jgn lupa ambik balik I/C anda) sebelum keluar daripada dewan temuduga.


TIP- TIP SAYA

  • Jawab soalan dengan slumber dan confident, pegawai-pegawai ini manusia biasa juga.
  • Tanyakan soalan-soalan bernas kepada mereka
  • Be yourself (xyah menipu, jawab je)
  • Study jangan x study, kita kena tunjukan bahawa kita mahu jawatan tersebut. Antara caranya adalah bersiap sedia dengan ilmu.


SEKIAN TERIMA KASIH


2 comments:

  1. hi thanks for sharing the info and .. boleh saya tahu sekiranya ada specific books yang boleh di rujuk sebelum ujian dan temuduga tu...saya telah di suruh oleh majikan untuk apply lesen company secretary ni tapi bidang saya untuk pengalaman bekerja tiada kaitan dengan bidang ini. saya ada degree in business marketing. kalau saudara ada tips2 dan info yang lebih details amatlah saya hargai. by the way, saudara berjaya ka mendapat lesen tu? Terima kasih, Lina

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...