Monday, 9 March 2015

Berniaga di Bazaar Ramadhan (Story & Pengalaman Saya)





Pada bulan puasa iaitu tahun 2014, Saya dengan team saya. Telah berniaga di Bazaar Ramadhan Bandar Sri Putra.

Kami mengambil risiko yang tinggi dengan menjual makanan Jepun iaitu Okonomiyaki.. Makanan apa ini Okonomiyaki ini?

Okonomiyaki senang nk cite. Adalah lempeng Jepun.

Kami menjual dengan harga RM5 , RM7 (tambah daging dan Ayam). Recepi kami ambik kat internet je bro.

Memang penat berniaga di Bazaar Ramadhan ini, dengan saya berkerja full time, thank team saya yg membantu. Mmg sangat penat.. Ramai yang ingin cuba berniagaa di bazaar, Di sini. Saya cerita apa yang perlu anda ada untuk memohon berniagaa di Bazaar Ramadhan.

Pertama - Anda perlu ada sijil khusus Makanan,
Untuk menceburi bidang makanan basah, anda wajib mempunyaai sijil ini. Sijil ini berharga RM50. Anda perlu mencari pelatih-pelatih yang menawarkan khusus ini. Khusus akan mengambil selama setengah hari. DAN jikalau anda pernah berkerja di fast food, sijil yang dapat boleh digunakan seumur hidup.

Kedua - Suntikan Trypoid
Anda perlu suntikan ini, kerana ianya wajib untuk permohonan Bazaar Ramadhan, seperti saya, partner saya sudah membuat suntikan. Jadi saya hanya mengunakan nama beliau untuk memohon gerai di Bazaar

Mohon Awal -Selalunya permohonan akan di buka sebulan sebelum bazaar ramadhan, Jadi pastikan anda mohon awal untuk mendapatkn tapak yang strategik. Pastikan anda ada strategy, contohnya, pada minggu yang pertama, pastikan anda membuat banyak makanan. Kerana nafsu org ke bazaar ramadhan sangat tinggi, semua benda org beli. Dan pada hujung ramadhan, selalunya bilangan kunjugan orang tidak lah seramai 2minggu yang pertama. Kerana org telah mula balik kampung dan penat ke Bazaar Ramadhan.


Persiapan- Pastikan anda bersiap sedia dengan segala kemungkinan, terutama duit kecil. Selalunya orang yang membeli tidak mempunyai wang kecil, jadi anda kena lah menukar awal. Cara menukar wang adalah senang, pergi ke kaunter bank anda. Dan kata saya hendak megelurkan RM200 semua nya RM Seringgit. Jangan pula anda bawa duit RM200 dan meminta tukar pula. Memang xkn dilayan (Saya belajar dengan pengalaman) Cousin saya bawa RM200 untuk tukar RM seringgit berjumlah Rm200. Memang xkn dilayan.


HIAS KHEMAH ANDA- Ingat anda menjual makanan, dan beratus- ratus perniaga menjual makanan di bazaar ramadhan, dan beribu2 bazar ramadhan dibuka time bulan puasa. Jadi anda perlu membuat hiasan untuk membuat anda menojol dari kedai- kedai yang lain, seperti memasang banner, pakai baju2 yang terang. Seperti kami, kami memakai penutup kepala dan menghias kedai kami dengan banner. Untuk pengetahunan anda, banner tidak la mahal untuk anda tempah.Hanya RM10 anda boleh dapat banner yang berkualiti.


Bertindak- Jangan asyik pikir je, teruskan tindakan. Saya telah mencuba tahun lepas dan insyallah tahun ini akan buka lagi, tidak di nafikan berniagaa di Bazaar Ramadhan adalah permula kepada mereka yang ingin berniaga dan cara untuk anda menambah income.


Duit Kecil - Tukar awal, terutama duit syiling ngn RM1.00

PULUN AWAL-AWAL- Ini penting, ingat orang Malaysia ni awal-awal je semangat, means dalam seminggu dua memang terpusu-pusu orang datang. Jadi buat makanan anda byk-byk. pulun sales awal2.tapi bila nk raya dah boleh slow skit jualan tu

CONSISTENT - Kalau buka tu biar lah buka berterusaan, jikalau sibuk pastikan ada orang ganti. Seperti saya, saya keje di siang hari, jadi team member saya ganti. Jadi pastikn anda consistent tuk buka ye. Jangan hari ni buka, esk x buka plak. orang pn hilang kepercayaan


Sampai disini sahaja blog saya hari ni. Saya lampirkan gamba2 sekitar perniagaan kami di Bazaar Ramadhan Bandar Sri Putra Bangi.






Saya juga menguruskan pendaftaran syarikat, travel backpack ke Jepun juga Agent Insurance.
Ingin contact saya untuk menambah networking anda.
sila lah email


azizamazizan@gmail.com or direct contact 019-3960277
Regards


azizamazizan