Thursday 30 July 2015

ANNUAL RETURN - APA PENGARAH SYARIKAT PERLU TAHU

Mempunyai syarikat bukannya mudah. Bila anda sudah ada syarikat Sdn Bhd. bermaksud anda sudah memegang tanggung Jawab yang Besar, kerana Syarikat termaktub di dalam "Akta Syarikat 1965".

Nampak menakutkan, tetapi anda janganlah risau. Sebab sebagai pengarah anda tidak perlu tahu tentang akta syarikat secara mendalam seperti kami, kerana akta syarikat adalah tanggung jawab company Secretary untuk menasihati anda. Apa yang penting adalah untuk anda memilih Company Secretary yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Dan Topik yang saya tekan hari ini adalah berkenaan "Annual Return" . Secara General, annual return adalah summary kepada profile syarikat secara menyeluruh seperti pengarah terkini, shareholders terkini, status syarikat - aktif atau tidak, aktiviti perniagaan terkini. Annual return mestilah di submit bersama-sama dengan audited account. "Topik audited account dan general meeting akan di cerita kemudian".

Saya ingin bercerita tentang annual return, kerana ramai pengarah syarikat tidak tahu bahawa adalah "Wajib" untuk setiap syarikat untuk menghantar Annual Return kepada SSM. Di antara masaalah yang selalu saya encounter adalah seperti di bawah:

1. Syarikat saya dormant / tidak aktif. So tidak perlu lah saya "submit" Annual Return.
2. Eh!! kenapa saya dapat compound daripada SSM. Syarikat saya tidak Aktif.
3. Company Secretary tidak bagi tahu pun kena buat Annual General Meeting dan kena buat Annual Return.

Ingat! kesalah tidak menyediakan Annual Return, Audited Account boleh dikenakan compound or saman yang banyak.

PENALTI DAN KOMPAUN
Kegagalan pihak Syarikat untuk mematuhi  prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan pihak Syarikat dan Pegarah akan dikenakan compound . Antara kompaun yang banyak dikeluarkan ketika ini adalah :
RM200 - Gagal menyerahsimpan Laporan Tahunan (Annual Return) - Seksyen 165 (4) - 1 tahun.
RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 143 (1) - 1 tahun.
RM3,000 - Gagal membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 169 (1) - 1 tahun.
-----> Jumlah keseluruhan bagi setiap Pengarah adalah RM4,200.

(Ini jumlah lama, Jumlah yang baru nti saya update)

Jadi adalah tanggungjawab pengarah untuk memastikan anda menghantar dan menyediakan audited acc,annual return dan membuat Annual General Meeting. Step dia macam ini :

1. Menyediakan Audited Account (Section 169)
2. Mengadakan Annual General Meeting (Section 143)
3. Menyediakan Annual Return (Section 165)
4. Submit kepada SSM bersama-sama audited Account

Bila anda kena Compound/ saman daripada SSM.janganlah risauuuu. Sebab kita boleh buat rayuan. Tetapi dengan Syarat untuk membuat rayuan adalah menghantar audited account dan annual return di SSM.
Jangan terkejut kerana saya sudah nampak compound berjumlah lebih daripada RM 20,000.00 kerana tidak menghantar audited account dan annual return. Hendak ke kita berhutang dengan benda ini. Ingat knowlegde is a power.

So sampai disini sahaja untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut atau mempunyai soalan. Boleh la
whatapp saya di 019-3960277 or email kepada azizamazizan@gmail.com

Untuk membaca companies act boleh lah click disini  SSM AKTA SYARIKAT

Regards
Azizam Azizan
Operation Manager
Velvet Corporate Resources (M) Sdn Bhd



Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...