Dan hanya company secretary berlesen boleh melakukan carian nama kepada syarikat sdn bhd atau berhad, tetapi jikalau anda mendaftarkan enterprise, anda perlu melakukannya sendiri dengan menghantar Borang Carian Nama ini terlebih dahulu.
Borang carian nama
sebelum itu. Ini website saya.
www.velvetcorporate.com
*Jikalau perlu khidmat pensyarikatan boleh hubungi saya direct.
Jadi Kenapa perlu carian nama? Ingat dekat berjuta perniagaan di daftar di SSM. Dan SSM tidak mahu ada DUA (2) nama ada di pasaran kerana boleh menimbulkan kekeliruan.
Dan Nama merupakan Identify dan perniagaan anda, Jadi adalah digalakan mencari nama sesuai dengan perniagaan anda
Contohnya
Perniagaan Saloon - Beauty And Spa Sdn Bhd. Cuci Cuci Rambut Sdn Bhd
Makanan - Azizam Catering Sdn Bhd, Your Food Solutions Sdn Bhd)
Travel - Azizam Azizan Travel Sdn Bhd, Cuti-Cuti Sdn Bhd)
(Orang terus tahu apa perniagaan anda, hanya melihat nama anda)
Tetapi ini subjective, anda adalah owner, nama syarikat anda adalah di atas tangan anda.)
-Macam kami mengunakan Velvet Corporate Resources Sdn Bhd as nama syarikat kami)
Secara kesimpulan - Nama yang tidak boleh pakai adalah:
- Nama raja -raja (permaisuri,putera,puteri,Yang Mulia)
- Nama yang dekat dengan agensi kerajaan - (Persektuan, Negeri, Negara, Jabatan Menteri)
- Nama persatuan Rasmi - Asean, Nato, Unesco, G7, UN
- Syarikat Lain telah mengunakan nama tersebut (Contoh Velvet Holding, dan anda mahu mengunakan Velvet Group) -Sebutan berlainan tetapi makna sama) -SSM will reject.
- Nama parti politic/Koperasi
- Nama kawalan - Amanah, Antarabangsa, Bursa, Bumiputra, Buatan, 99 Nama Allah S.W.T
- Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn. Bhd.”
- Gabungan Bahasa Inggeris dan Malay (Hari Wednesday Sdn Bhd), (Love Isnin Sdn Bhd)
- Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan
- Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan seperti ”Astro”, ”DIGI”, ”Berjaya”, ”Chase”, ”HICOM”, ”Petronas”,Intrakota”,”Celcom”, ”Pernas”, “”Perodua”, “Modenas”, “Telekom”,“Kenyir”, “Kulim Hi-Tech” “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
- Bagi syarikat travel adalah wajib mengunakan perkataan seperi :
travel & tour di akhir nama syarikat anda. Seperti Azizam Azizan Travel & Tour Sdn Bhd, (Requested By Minister of Tourism) - Bagi kepada mereka yang ingin mengunakan nama sendiri atau nama ibu anda wajib melampirkan NRIC anda.
- Jikalau anda masih mahu mengunakan nama kawalan, anda wajib meminta kelulusan menteri, contohnya seperti Burger King. ada perkataan "KING" , anda boleh meminta kelulusan menteri (selalunya sebulan dua)
Anda juga boleh meminta kebenaran daripada syarikat tertentu jikalau anda ingin mengunakan nama yang telah wujud dengan meminta consent letter/resolution bagi anda mengunakan nama . (Contohnya Velvet Services Sdn Bhd dan anda mahu mengunakan Velvet Trading Services Sdn Bhd, anda perlu meminta kebenaran daripada Velvet Serives dengan meminta mereka mengeluarkan surat kebenaran/consent letter dan attach semasa carian nama)
Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu
dari tarikh arahan tersebut.
Dan SSM berhad membatalkan carian nama anda, Jikalau :
REAL Case contoh:
WHITE QUEST ENERGY SDN. BHD.Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama yang sedang tersimpan (reserved) di pejabat ini.BATAL RUJUK PERMOHONAN
KIPIDAP DONGIBAB SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Adalah tidak sesuai dan tidak diingini (undesirable) untuk digunakan sebagai nama sebuah syarikat
LS CONSULTING SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan.
LS CONSULTANCY & MANAGEMENT SDN. BHD.
MACKENZIE & LEON SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Termasuk nama diri yang bukannya salah seorang Pengarah
Penting
*Terima kasih kerana membaca blog saya, kerana jumlah panggilan masuk/col/whatapp terlampau banyak, hampir 5 orang sehari. Saya kena jelaskan disini, saya tidak menawarkan services memberi cadangan nama terutama enterprise. Hanya syarikat Sdn Bhd sahaja.
.
Kerana saya seorang company secretary. Services saya lebih kepada syarikat sdn bhd/berhad.
jikalau anda betul-betul memerlukan baru menghubungi saya ye. Nanti dah lama-lama anda berniaga, anda mesti paham bahawa masa itu adalah emas.. goodluckkk ;)
ini no saya 019-3960277. Selamat Maju jaya
Reference :
SSM NOTE
Section 22 - Companies Act 1965
Warta Kerajaan - 30 January 2007
SSM NOTE -2