Sunday 20 December 2015

Perbezaan antara Enterprise & Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Pejam celik sudah hampir masuk tahun 2016. Dijangka tahun 2016 ekonomi negara kita akan lebih mencabar dengan kemelesatan ekonomi dijangka akan lebih buruk. Jadi daripada kita NON Stop Complaint, adalah better kita mula berjinak dengan perniagaan. Jadi, anda mula lah ternampak perkataan enterprise, ssm, sdn bhd, company secretary,LLP
Dan timbullah persoalan utama
1- Perlu ke nk mendaftar di SSM?
2- Ape beza utama?
3- Mana satu yang lebih better?
Jadi, dari kita non stop complaint, ape kata kita start research pasal perkataan-perkataan ini. Saya ni suka sharing. Jadi saya share apa yang saya tahu.

Secara simple.
Enterprise :
-Perniagaan dijalankan oleh kita, tapi mengunakan nama lain (contoh Zam, tapi berniagaan mengunakan "Zam Enterprise" ) Jadi Zam enterprise adalah orang yang sama, so apa2 jadi kat "Zam Enterprise" Zam juga kena. Sebab enitity perniagaan adalah sama.
So jikalau asset kita ada 1juta, 1juta tu boleh kena tarik.

- Enterprise (perniagaan boleh dijalankan secara sendiri akau berkongsi dengan rakan) dan Sdn. Bhd (perniagaan tidak boleh dilakukan secara sendirian). Enterprise dan Sdn. Bhd. adalah bentuk perniagaan yang memerlukan lesen berdasarkan ‘Registration of Business Act’.

Sdn Bhd @ Sendirian Berhad.
- Sdn Bhd memerlukan sekurang-kurangnya dua orang ahli untuk ditubuhkan. Sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau perniagaan yang dijalankan adalah berskala besar. Mempunyai liabiliti yang terhad (asset persendirian anda akan dilindungi).

- Cerita senang : Zam dan elizabeth tan membuka syarikat baru, jadi kita assume bahawa syarikat itu adalah sesuatu yang baru iaitu "Zam cute Sdn Bhd". Jadi apa-apa yang berlaku, bukan Zam atau Elizabeth yang kena. Tetapi "Zam Cute sdn bhd" yang kena.

Perbezaan Sdn Bhd & Enterprise (secara simple)

Liability terhad 
-Korang mesti selalu dengar pekataan ini. Jadi saya senangkan, Jikalau anda membuka Sdn Bhd, risiko kerugian dan bankrap hanyalah terhad kepada sumbangan anda kepada syarikat. Sebagai contoh anda meletak RM1 ribu, jadi hnya RM1ribu sahaja boleh di tarik. Berbeza dengan Enterprise, semua asset anda boleh di tarik

Jangka Hayat 
-Kalau ada kematian atau perubahan, syarikat sdn bhd dapat di teruskan tetapi berbeza pula dengan enterprise kemungkinan akan tamat jikalau terdapat kematian dan perlu mendaftar baru.

Masuk tender
-Well, jikalau anda hendak memasuk tender,dpt lesen-lesen kementerian. Selalunya diorang nk syarikat sdn. bhd, bukan enterprise tidak boleh. Enterprise boleh, tapi kalau nk go the bigger project, selalunya mereka nk syarikat sdn bhd.
CukaiSdn Bhd .Cukai akan dikenakan ke atas syarikat. Kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam pemerolehan pendapatan sebuah syarikat Sdn. Bhd. itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit dan cukai.

Perniagaan Enterprise tidak perlu membayar cukai. Hasil pendapatan yang diperoleh akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik. Keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Oleh yang demikian kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai 

Cost 
-Tidak dinafikan pembukaan enterprise jauh murah dari pembukaan syarikat.
Ingat Sdn Bhd adalah seperti Baby, banyak cost yang perlu anda tahu. Contohnya ialah
:- secretary fees (bulanan RM80)
- Membayar auditor utk penyediaan audited account (Average RM1200) tahunan
- Membayar company secretary utk penyediaan annual return (Average RM300)
- so total tahunan adalah : lingkugan RM3,000.00
Enterprise pula : hanya fees renewal SSM.

Perundangan
Sdn Bhd - Dibawah Akta Syarikat 1965
Enterprise - Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

JADI YANG MANA SESUAI UNTUK ANDA?

Jika anda baru berniaga yang mana better?
- Di nasihatkan membuka enterprise dahulu, kerana enterprise senang untuk dibuka dan senang untuk ditutup dan cost dia jauh lebih murah. Jikalau anda terus membuka Sdn Bhd, banyak hidden cost, dan hendak tutup syarikat adalah jauh lebih rumit. Dan jikalau anda tidak submit annual return, anda mungkin boleh ke saman setahun up to RM5,000.00 (5 ribu) tahunan.

Perlu ke Mendaftar?
-Yes, sangat perlu. Kerana anda berniagaa, adalah better asingkan personal account dan perniagaan account. Dan Bank tiada kuasa tuk freeze account anda kerana anda mendaftar di SSM. Tetapi jikalau anda membuat pekara yang meragukan. Yess bank masih boleh freeze akaun anda.

Badan mana yang mendaftar?
-Di SSM, (Suruhan Jaya Syarikat Malaysia) , jangan daftar di tempat lain pula. 
Macam mana tuk mendaftar, boleh refer kepada post saya yang sebelum.

Saya sudah mendaftar enterprise saya dahulu, tetapi dah mati 2010. Jadi boleh saya renew?
-Better buka baru, sbb SSM selalunya akan mati pendaftaran anda, jikalau anda tidak renew lebih setahun.

Mana satu yang lebih better?
-Well, ini terpulang, mcm saya kami ada dua-dua. Kerana selalunya Sdn bhd lebih proffesional dan kami hendak pergi lebih jauh. Jadi awal-awal kami adapt budaya Corporate.  

Disclaimer 
saya post ni, ianya berdasarkan pengalaman saya setahun jagung di dalam perniagaan dan kerja saya sebagai company secretary.
Saya masih belum berjaya lg, tetapi sifat saya yang suka sharing.so saya shares.
So mari kita berusaha sama-sama, mana tahu kita berjaya dengan usaha kita sekarang

So jikalau ada apa-apa soalan boleh direct :

whatapp : 019-3960277 (zam)
email : azizamazizan@gmail.com


Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...