Saturday 29 October 2016

My small office. Pekara yang Perlu Anda tahu/Consider Apabila hendak sewa kedai/Office.

My small office.

Alhamdulillah, saya sudah ada small office. Saya masih di peringkat awal, jadi tidak boleh memilih sangat. Apa sahaja peralatan yang ada 100 percent saya mengunakan.
Kewangan pn tidak strong lagi. Jadi perlahan-lahan lah saya akan upgrade.

Walaupun masih kecil, terdapat pelbagai ilmu saya belajar semasa hendak buka office ini. 
Berlokasi di Pandan Jaya. Saya rasa buat masa ini, di sini je saya beroperasi. Insyallah pelahan-lahan akan upgrade.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi perkara yang saya belajar dan anda perlu ambik kira/perlu tahu jikalau anda ingin membuka office

  1. Kos/Cost - Duit, Well jikalau anda hendak sewa office. Macam sewa rumah juga, kena bayar 2 + 1, jadi pastikan betul2 jikalau anda decide hendak buka office. Perlu ke? if btl2 perlu baru buka. Sebab saya kenal ramai orang, mereka buka setahun dua. Then tutup kerana jarang datang office. Jadi jika anda sangat jarang pakai office, amat di galakkan sewa virtual office sahaja. (setiap wang perlu di jimat)
  2. Location - Ini sangat memainkan peranan, dan depend kepada perniagaan anda. If anda menjual product, pastikan senang nk access oleh semua orang. Tetapi saya services, jarang sekali orang akan keoffice. Saya hanya pastikan client senang nk dtg parking
  3. Sewa Mahal - Di KL, average sewa adalah rm800 dan keatas. Itu pn tempat dah hujung dunia dah tu. Ini perlu anda consider jikalau baru sahaja berniaga. Setiap ringgit adalah penting pada kita di peringkat awal ini.
  4. Peralatan- Saya nasihatkan, tidak payah lah beli barang baru. Try la beli barang secondhand dulu, sebab kita sewa office murah, so mesti kita akan plan nk pindah. Jadi beli yang penting sahaja dahulu. Avoid kan membazir.
  5. Signboard - Haa, ini memang saya belajar. Jikalau anda nk tahu. Signboard ada lesen dia tersendiri. Dan anda kena apply di majlis perbandaraan anda. Harga mengikut size (kena bayar every year ye)
  6. Cost Renovation - Jikalau anda plan nk berniaga, renovation mmg anda kena consider, sbb ianya penting, but jikalau anda di peringkat awal ini. Buat yang perlu sahaja, or nk senang buat front desk je. Di belakang biar pakai kerusi plastic pn ok.
  7. Internet/telefon - Haa, jangan lupa include cost ini didalam  rancangan anda. Sebab ingat benda ini sangat penting.


Ingat, office sangat penting jikalau anda hendak mendaftar di kementerian Kewangan (MOF), dan mempunyaai office menunjukan anda serious menjalan kan perniagaan. Jadi nasihat saya, jikalau anda seperti saya (masih di peringkat awal). Sewa lah kecil kecilan dulu. Sebab kita kena jimat apa sahaja perkara yang boleh jimat.

Di bawah ini, saya berkongsi gambar office saya. Kecil lagi, but still ada progress. Walaupun kecil, saya habis hampir RM800 untuk membeli meja/almari dan lain-lain. So consider betul-betul jikalau anda ingat membuka office. Ok sampai disini sahaja. Thanks for reading :)

Design sendiri je. Boleh laaa
Kecil Macam ini pn, habis hampir RM800


Sunday 23 October 2016

Di Serang Pepijat dan penyelesainya - Bed Bug Attacked and the Solution.

Sengasara, seriously sangat sengsara. Pepijat atau pun bedbug adalah serangga paling licik pernah saya hadapi. And the worst thig is,  bedbug is a blood seeker. I repeat blood seeker. Mereka ini menghisap darah. Berkali-kali saya ke klinik, sebab badan saya gatal-gatal. Result dia sama. Doctor bagi ubat sapu dan sapu. Beratus lah saya habis. Paling worse, saya pergi klinik pakar di sekitar jln tar. RM450 Bil, still tidak selesai.

Hampir berbulan saya diserang serangga ini. Dan yang malang sekali. Saya tidak tahu kewujudan serangga ini. Saya ingat kan gatal adalah disebabkan serangan nyamuk.

Sedikit berkenaan Bedbug / Pepijat :

  • Menghisap darah manusia
  • Aktif di waktu malam
  • Buta, but dia dapat mengesan suhu badan kita. Bermakna gelap bukan masaalah bg mereka
  • anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan merangkak semula menuju ke tempat persembunyian mereka.
  • Gigitannya tidak memberhaya, but gatal dan mengelembung. 






Habis semua ubat nyamuk saya beli, Rupanya bukan sebab nyamuk (dibawah ini memang saya beli)



Ini memang saya beli, sebab kami ingat diserang nyamuk. Sekali bukan

Badan saya, seriously ni kesan pepijat, Mengelembung. Tapi dia akan hilang dalam beberapa jam. Saya telah berjumpa ramai pakar. But semua tidak dapat detect punya gatal saya. Sekali Bed Bug Puncanya.

Kami sedar kehadiran ulat ini, bila kami decide untuk tukar cadar. Dan ternampak beberapa ekor ulat inie\ So apa lagi terus la sy membuat tindakan. Terus saya cabut cadar, keluarkan tilam. Tetapi
 nyamuk tidak berkesan. Jadi saya berkongsi apa tindakan saya, sebab seminggu lebih saya research berkenaan ulat ini :


  • Kalau picit - pastikan iannya mati, serangga ini sangat licik. Saya picit dengan jari dan dalam beberapa saat dia akan berhenti bergerak. Rupanya rupanya hidup lg. 
  • Pandai bersembunyi - ini paling saya geram. Sbb serangga ini mmg pandai betul bersembunyi. Terutama di celah2 tilam, bantal.
  • Guna garam/daun serai - Sangat tidak berkesan.  lupakan sahaja. Sbb saya sudah cuba. 
  • Bedak baby - Still tidak berkesan, but  akan membuatnya ulat ini susah memanjat. Tp still tidak mati
  • Penghapus serangga - beli specific sbb racun sembur nyamuk x berkesan. Dan semburan tidak akan membunuh telur dia. Untuk Pengetahuan anda, telur akan menetas dalam masa seminggu
  •  Jemur tilam - boleh cuba, sebab serangga ini tidak boleh hidup di suhu yang sangat panas. 
  • Gigitannya tidak bahaya - mmg saya sudah research, mmg gigitan bedbug tidak bahaya. But gatal mengelembung membuatkan tidak boleh tidur. Mmg ganguan emosi
  • Hantar dobi dry clean - ini adalah option yg terbaik. Bedbug tidak dpt hidup dgn suhu yang panas. Jadi menghantar ke dobi adalah salah satu pilihan.
  • Serai wangi boleh didapati di Tesco, Ia sangat berkesan. Sembur je terus mati, but tidak berkesan kat telur


The Solutions 

Diatomaceous Earth Food Grade
Ini diaaaa. Ini penyelamat anda. Powder ni akan membunuh dan telur2 pun tidak boleh survive.
Semburan Serangga hanya dapat membunuh apabila kita direct nampak dia. But Diatomaceous Earth dapat menghapuskan dia, dan telur pun tidak terlepas.

Sebelum anda menabur powder ini sekitar Bilik. Pastikan anda telah mengemas dulu bilik anda. Dan anda boleh start menabur di sekiliing tempat. Terutama laluan ke katil. Walaupun ulat ini sangat licik, akan tetapi. Ulat ini tidak boleh terbang, ulat ini hanya boleh memanjat,

Ingat Powder ini tidak membunuh dengan masa yang cepat, dalam sejam ke dua jam. Baru pepijat akan mati. Saya dah try. seriously mmg berkesan. Dari anda menghabiskan duit kepada pes control. Anda boleh membeli powder ini. Ini dia link nya (ada di bawah gambar, seriously sangat2 berkesan)



https://www.facebook.com/DiatomaceousEarthFoodGradeMalaysia/


Thursday 20 October 2016

Perkara yang perlu anda tahu sebelum membuka Perkongisan Liabiliti Terhad (LLP)

Hari ini saya menghadiri seminar pemantapan pegawai pematuhan di bawah akta perkongsian liability terhad (LLP). Untuk pengetahuan semua, LLP adalah combination diantara Enterprise dan Sdn Bhd. Ianya mengamalkan konsep separate legal entity dan ciri2 sdn bhd dan enteprise yg lain.

Tp hari ini saya nk tekan kn bbrp common issue selepas menghadiri seminar ini

-walaupun sudah hampir 4 tahun LLP di perkenalkan, ianya masih tidak popular dikalangan bank. Jadi pembukaan bank account bermasaalah. Kerana masih banyak bank tidak mengetahui tentang Llp ini. Main branch dan bank sekitar kl/selangor nmpk tidak lg bermasaalah. Akan tetapi yg cawangan diluar kl. Rasanya masih susah nk buka. Jadi anda harus consider perkara ini.

- By right, LLP mempunyai hak memilik tanah, kereta, rumah dan membuat loan di atas nama Llp kerana ianya mengamalkan konsep seperate legal entitiy. Akan tetapi yang saya perasan, adalah sukar utk membuat semua ini. Kerana LLP tidak perlu di audit, jadi bank tidak tahu keupayaan kewangan LLP anda. 

- Bukan sahaja pembukaan bank account, adalah amat digalakkan anda menkaji semula agensi2 yang anda akan engange. Sebagai contoh, jikalau anda nk apply lesen CIDB. Pastikan anda check dahulu di Cidb adakah mereka menerima permohonan LLP. Jangan baru nk buka baru apply. Then salahkn SSM. Tidak boleh ye

- Penutupan LLP sangat leceh dah mahal, kerana hanya boleh buat Voluntry winding up sahaja. Bermaksud anda kena mengikanlan kepada surat khabar dan perlbagai proses yang rumit sebelum boleh tutup (saya boleh buat dan menawarkan services penutupan ini)

- Membuat management account, anda wajib membuat management account dan menyimpan di alamat berdaftar. Dan anda wajib membuat declaration annualy. Kegagalan membuat demikian dan membuat delcaration paslu. Compound boleh mencecah RM250k. Mahal gileeeee


But

LLP masih mempunyaai kebaikan nya. Antara nya

1) Lebih flexsibility
2) Senang untuk buka
3) Cost tidak terlalu mahal
4) Tidak perlu membuat audit
5) Sesiapa boleh menjadi compliance officer
6) Cost tahunan jauh lebih murah


Jadi conslusion saya, kepada nk serious berniaga dan ada potential nk maju, beli asset dan sebagainya. Saya sarankan buka je la sdn bhd. Tak ramai company secretary nk jadi compliance officer, sbb mmg byk sebab la.

So sampai disini sahaja blog saya hari ini, saya skrg hanya melayan yg byl2 serious sahaja. Kerana saya sudah semakin sibuk. Jadi boleh mengemukakan soalan kepada 0193960277 or email direct kepada velvetgrousp@gmail.com. 






Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...