Saturday 17 June 2017

Rumawip Jalilmas - Cerita Saya Membeli Rumawip

Update skit : July 2017
Ade perubahan story, skrg sblm undi dah kena jelaskan 10%
(lain dengan kami dulu) - maybe sebab ade yang cancel lepas cabut undi.

Blog dibawah story pengalaman saya sblm ade perubahan ye.Selamat membaca

Hi semua, sekali lagi terima kasih singgah blog saya.
Website dah ready ye. Ini website saya :

www.velvetcorporate.com

Hari ini saya ingin berkongsi Pengalaman saya membeli rumah wilayah.
Dan rumah saya beli adalah di Jalilmas. Sebab tiada siapa nk shares story. Jadi saya shares Story saya.
Mana tau ade yang membantu nanti. ;)

Untuk Pengetahuan semua, Rumah Jalilmas adalah project di bawah DBKL.
Jadi iannya murah kerana di pahamkan tanah dia di miliki oleh DBKL Sendiri.
Jadi sebab itu  murah.

Jadi hari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli rumah di Jalilmas ini.
(ini based on my experience ye, kalau salah or tidak betul itu. adalah risk anda)




Story Times

Sebelum kita start better kena paham Syarat melayakan anda membeli

Syarat dia
1. Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
3.  Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
*Bujang pun boleh, sebab kawan saya dua orang bujang lepas beli rumawip ni.

website : https://rumawip.kwp.gov.my/user/login

Jadi bagaimana Apply?
Terdapat dua cara untuk apply

1. Under DBKL :
Anda apply direct sendiri Di website DBKL, Key IN semua information then tekan apply.

  • Document pastikan jangan hntar by post (sebab bila sy hntar by post) hilang tah kemana, kena resubmit. Kan Leceh tu. 
  • Hantar direct ke menara DBKL, location di dekat belah bawah, hantar kejap je. (ambil la cuti or upah runner kejap. 
  • If korang tanya nape call tidak berjawab. (Sebab staff kat bawah tu sorang je (masa saya pergi dululah) dengan orang walk in lagi mmg susah lah dia angkat phone. So pergi sendiri DBKL tu
  • Time ini tidak perlu lagi bayar Deposit  
  • Lulus Baru bayar deposit


2. Terus under developer :

  • First check developer sapa. Jalilmas adalah Kayamas, office dia dekat Jalan Klang lama. Jadi saya berurusan disitu
  • So if nk cepat. Memang saya advise direct dengan developer Sebab under developer kita kena bayar deposit (Harga deposit Bergantung kepada harga rumah dan berapa developer minta) 
  • Kenapa better bayar? Sebab kita dah book dulu, so kita "seriousbuyer" Nk dapat unit tu senang sedikit.. Sekarang bergantung loan kita dengan bank sahaja. (tp bergantung kepada rezeki juga)
  • Ingat rumawip ni berebut, sebab murah. So better ade duit terus under developer. 
  • Yes refundable if loan kita tidak lulus

So mana better? Memang under developer. Ingat rumawip ramai berebut. Sapa cepat dia dapat.
Lagi-lagi bawah 200k punya project.

Cabut Undi

1. Under DBKL -

  • Saya under DBKL, jadi bila lulus sy dapat email dari developer mcm nie. Lepas dapat email terus jelaskan deposit and booking fees. Then Cabut Undi
  • Lepas cabut undi dia akan bg kertas. Kertas tu korang kena ada sebab nk apply loan nti 

Email lulus daripada developer

2. Under Developer :

  •  Saya juga membantu kawan saya membeli Jalilmas . Dia kami buat terus under developer. Sebab under DBKL lambat skit.
  • Cara dia. tidak perlu daftar dekat website, just bawa document yang mereka minta sekali deposit/booking fee. Nti mereka settelkn
  • (2/3 tiga bulan baru lulus) 
  • Tp if tidak lulus tu. Tiada rezeki lah tu.  
  • Agent saya Marcus. Ok services dia. 

Document yang mereka minta

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
*Setiap rumah satu Complete borang ye. Bermaksud 2 permohonan. Dua complete Borang. Tiga permohonan Tiga Complete Borang. Ramai ingat satu complete borang boleh apply semua. Salah ye.
* Dan saya Dapat info ini dekat website sahaja.

Apply Loan

Ok lepas encounter kekwn yang beli sama jalilmas ni. Loan setiap orang berbeza. Macam saya, saya akan story 2 cara. Sebab sy encounter dua cara ini

Private (Bank Loan)

Macam saya, saya kerja sendiri.  jadi kami guna bank loan. Selamat wife keje bank juga. Dapat jugalah staff rate (alhamdulillah)

Cara Bank macam ni ye

  1. Bayar Booking Fees. (Lepas dapat surat kelulusan.) awal-awal tidak perlu bayar. 
  2. Apply Loan
  3. Sign agreement Loan
  4. Bayar Balance deposit (if anda 100percent tak perlu) 
  5. Sign S&P

*If korang Guna KWSP , dah sign s&p dan isi borang. Baru Bawa ke KWSP.
Ingat lepas sign S&P bukan lepas bayar booking. Sebab saya ingat Borang booking tu dah cukup dah. Silap rupanya.


Government Loan

Cara dia terbalik skit. Sebab kwn saya under government loan
Cara dia begini :
  1. Bayar Booking Fees (sebab kami direct under developer) 
  2. Dapat surat pengesahan jawatan (surat kata anda layak loan berapa byk)
  3. Sign s&p
  4.  Lepas sign s&p baru loan (terbalik ngn bank loan)

Isu yang akan Timbul.

1. Panel Loan - Anda kena pakai panel mereka sahaja, sebagai contoh saya sudah pergi bank islam & Bank rakyat tuk apply 100 percent loan. Tp bila pergi mereka kata mereka bukan panel untuk Jalilmas. (Pada masa itu la)

2. Panel Lawyer - Yang saya perasan mereka divide mengikut tingkat.  Sebagai contoh 10 - 20 (Satu lawyer) 20-30 (lawyer yang berbeza)
jadi nti dah undi tengok lah lawyer sapa. Saya Satha & co di bangsar (lembap betul buat kerja)

3. Bayaran Lawyer : Saya selamatlah Lawyer panel dengan wife saya. So tiada cost.

4. Parking: Rumahwip telah provide satu rumah satu parking. Jadi if nk beli parking kena tambah exta RM18k tidak silap. Boleh include dlm loan. Tp masa kami nk beli parking dah abis. adehhh. So decide cepat2

5. Cabut Undi : haaaaa, ini masaalah utama. Unit tidak boleh pilih. Saya terdapat unit tinggi pula, tp bersyukur je lah Rumah bawah market Price.
Tak payah lah cuba tukar, dah cuba dah. hehe


Apa yang anda kena consider sebelum beli rumawip (conclusion)

1.  10 Tahun - Rumah ini hanya untuk pembelian rumah pertama di Kuala Lumpur. Bukan tuk sewakan or jual balik. Jadi for properties investment. Rasanya kurang sesuai.

2. Semua Boleh jual balik - 10 tahun kemudian semua orang boleh jual balik. Jadi harga dia tidak akan melambung tinggi (tidak sesuai kepada yang nk invest)
mcm kami memang hendak duduk situ.

Kebaikan

1. Well, dia murah dah afforable (ok laa tuk rumah pertama)
2. Besar dia pn ok. tuk jalimas (800sq, apartment 3 bilik 2 bilik air) nice lah tu
3. Tempat berdekatan dengan LRT. ok what, public access tuk kebanyakkan rumawip dekat dengan LRT. so kira factor utama saya beli sebenarnya. Walaupun jauh dengan KL.

Rumawip vs Rumah Prima (Based my observation)

- Mesti korang ade compare kn. Dari apa saya research, rumawip menang dengan harga, sebab tanah tu milik DBKL. Jadi dia murah skit. Rumah Prima not bad. Tp tanah dia kena beli
- Dua-dua ok, sebab kena tengok mana korang nk duduk


JANGAN MALAS
-Ramai betul malas nk apply, Sebab kata leceh, Sumpah Lah., uit, nk beli rumah bawah market price. Kena lah berusaha skit.
- So cepat-cepat apply.

Sampai Disini sahaja blog saya hari ini. Ingat post semua ini adalah based Pengalaman saya. And kepada mereka berminta nk dapat khidmat secretary.
Singgah lah ke website saya ye

www.velvetcorporate.com

(buatan sendiri ni)

Jadi berjumpa lagi di topic akan datang.


regards
azizam azizan
#mohonrumahwip
#applyrumahwip

keyword tajuk : Mohon Rumahwip, Pengalaman sayar beli Rumawip & Apply Rumawip

Sunday 11 June 2017

Selamat Datang My Beloved Princess Aleesa Binti Azizam - 19 April 2017 (Cerita Kami)

Hi semua, Lama saya tidak Update blog. Sedikit sibuk lately, Al Maklum sudah ada  Baby.
Hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya semasa Kelahiran Baby Sulung saya iaitu


Aleesa Binti Azizam
Aleesa bermaksud di lindungi tuhan. DAN keluarga kami memang mengamalkan nama pendek-pendek sahaja.  Sebagai Contoh
Keluarga saya : Azlinda, Azaliza, Azrizal, Azizam, Azizi
Keluarga wife pula : Zaila, Zaidora, Zaidi, Zainizam

Jadi saya decide nk menyambung Hurup A. Sebab saya nk anak saya sentiasa di hadapan, sbb sebagai orang nama Hurup A. kitaorg sentiasa kehadapan. Insyallah Semua anak saya akan di namakan hurup A. Dan kenapa pendek? well, panjang2 bukan sebut pn nama penuh.

Story Time
Selamat saya menghadiri kelas ibu mengadung dan melihat banyak video youtube. Sememangnya amat membantu. Jadi hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya dan view saya dari pihak lelaki. (penting tau peranan seorang lelaki ni)

1.Tanda Tanda Awal

Isteri saya mula menunjukan tanda-tanda awal pada malam sebelum bersalin. Sebab attend kelas, jadi saya tahu keluar pendarahan or keluar air adalah penanda isteri hendak bersalin (kita kena cepat2 bergegas ke hospital). Nak di jadikan cerita wife saya ade pendarahan kecil pada jam 2pagi. Selamat waktu pagi,

Sampai sahaja hospital, doctor suruh wife saya admit. (kami tidak panic, sebab sudah tahu apa perlu buat semasa attend kelas hari tu). Dan Doktor kata wife saya baru buka 1cm

Pengajaran : Kepada suami, korang stdy lah skit pasal ibu mengadung nie. Time moral support kita penting.

2. 1 CM

Ok, baru saya tahu. Payah rupanya bersalin, pada jam 1 petang wife saya baru sahaja terbuka 3 cm.
saya ingat sebelum ini. Masuk wad terus bersalin. Salah rupanya. DANNN, terus terang selamat lah bini saya kuat bersenam sebelum bersalin. Jam 2 petang, tamat sahaja waktu melawat. Terus nk terberanak.

Yang kelakar, nurse terkejut wife saya cepat terbuka. Sebab masa dia check baru 3 cm. Tiba2 nk terberanak. Tak sempat pindah katil. Dengan katil-katil tu doctor ngn nurse bawa ke labour room
Pengajaran : bila wife bersalin, rajinkn bersenam. or bawa diorang keluar shopping. Seriously nti senang nk bersalin, insyallah cepat terbuka nti.


3. Labour Room

Ha, yang ni kelakar, sebab waktu time rehat nurse kata baru 3cm. DAN estimation bersalin pada 12mlm nti. Sekali wife saya col dan dia sudah kat labour room. Jadi Kelam Kabut saya lari kat atas.

Masa di Labour room, *Saya mmg tak takot darah.
memang kita as lelaki memain kan peranan yang amat penting. Time tu wife tak pikir apa dah. So disebabkan sudah pergi kelas. Saya tahu teknik penafasan yang betul dan urutan yang betul.
*susah nk terangkan, so si suami semua. Korang cepat-cepatlah belajar.

Pengajaran : Belajar teknik penafasan dan position masa nk bersalin tu. (kepada si suami) dan kepada yang xtakot darah tu. Temanlah masuk

4. Miracle Happened . 2.7kg Normal

Pada jam 2.44pm. Aleesa saya lahir

Indah, sangat indah. Semasa kelahiran Aleesa dan semasa qamat kan di teliga untuk kali pertama adalah saat paling indah yang saya tidak akan lupakan. Saya btl2 terharu dan saya menagis,
Bila saya qamat kat teliga dia. Seriously saat paling warrmmm dalam hidup saya. Sebab dia menangis, then tiba2 berhenti menangis. Seperti Cam suara saya.

Pengajaran : Tak gi kelas pn tak xpe. Tapi si Suami pastikan pandai teknik penafasaan dan teknik urutan

5. Pulang

Alhamdulillah, sehari selepas bersalin, wife dan puteri saya dapat pulang ke Rumah. Syukur kami tiada dugaan penuh semasa mengandung dan bersalin.

Tetapiiiiiiiiiiiii

Nk di jadikan cerita Aleesa terkena kuman. Sampai je rumah 3hari tu masuk balik hospital seminggu.
Jadi tunggu next blog saya update pengalaman.  DAN Pengajaran untuk seorang suami. Seriously Banyak betul saya belajar.

Tunggu next update ye. Nk kongsi pengalaman membeli rumah dulu. hehe










Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...