Thursday 14 February 2019

Apply Debit Card Maybank For Sdn Bhd???



Salam semua, terima kasih kerana singgah ke blogspot saya pada tahun 2019 ini.
Kepada mereka yang tidak mengenali saya.
Nama Saya adalah Azizam Bin Azizan seorang Company Secretary berlesen dan seorang agent pengurusan wasiat.
website official saya adalah www.malayacorporate.com

Jadi berbalik kepada tajuk asal.
Hari ini saya nk berkongsi tentang Application Debit Card untuk Syarikat Sdn Bhd.
Untuk pengetahuan anda semua, International Bank seperti OCBB Bank, Standard Chartered sudah lama dah Debit Card ini. Selain Debit Card, Loan Application pn sudah boleh apply di maybank ini
Hari ini saya akan kurang bercerita dan more sharing gambar.
.
Disclaimer : saya kongsi based on pengalaman. (saya bukan agent maybank or wakil mana-mana pihak, sekadar hendak berkongsi sahaja)

Login (Maker) Maybank2u Biz Account Bukan personal Account) (Syarat kena Solely By or Either One to Sign)

Click Apply Online

Selain Debit Card, Anda boleh Apply Loan dan Business Account yang lain
(tp kali ini saya hendak berkongsi Debit Card Application sahaja)

Selepas Click, anda boleh pilih berapa byk card nk apply
(macam saya, satu card sudah memandaai)

Isi Details

Sahkah

Belum selesai lagi, kena masuk Account Checker pula




Then Dalam Dua minggu dpt lah kad.

Agensi-Agensi yang kad ini boleh guna


Jadi goodluck kepada mereka yang nk apply.
Selain Maybank, CIMB pun sudah ada debit card.

Sunday 10 February 2019

Tukar Nama Syarikat? Boleh Ke?

Update 2022

Saya ada berkongsi topik ini ditiktok saya secara ringkas. Sila semak ye
https://www.tiktok.com/@azizam.malaya/video/7151697914119720218?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

---------------------------------------------------------------------------------
Hi Semua,
kepada mereka yang sudah lama membaca blog saya. Mesti ada yang perasan.
Awal-awal dulu, nama perniagaan saya adalah VELVET CORPORATE GROUP (M) SDN. BHD.
panjang kan nama ini. Well, tidak dinafikan nama Velvet tidak sesuai langsung dengan dunia Korporat.
Walaupun ada makna tersendiri nama ini. Tidak boleh di nafikan bahawa nama syarikat amat penting di dalam perniagaan sbb dia mewakili diri anda dan perniagaan anda.

Sebelum cerita lebih panjnag, perlu di ingatkan ini adalah blog, secara perkongsian adalah berdasar pengalaman dan permahaman saya. 

Jadi berbalik kepada Topik hari ini, BOLE KE MENUKAR NAMA PERNIAGAAN?

1) Boleh kepada Syarikat Sdn Bhd @ Berhad
2) Tidak boleh kepada Perniagaan Enterprise @ Perkongsian dan milikan tunggal.

Macam Saya sendiri, Saya telah menukar nama perniagaan saya kepada Malaya Corporate Group Sdn Bhd, dan ini adalah logo Baru perniagaan saya

Design sendiri logo dan Business Card ini. Seperti biasa (Design sendiri dengan belajar dekat google dan youtube) hehe

Jadi if Anda Berniaga secara enterprise dan decide nk menukar nama perniagaan. 
Maaf memang tidak boleh, anda kena mendaftar perniagaan yang baru.
apa yang anda boleh buat sekarang
1. Daftar baru
2. Atau daftar trademark sebagai nama dagang sahaja.

Jika anda berniaga secara Sdn Bhd @ Berhad pula. Jawapannya boleh, 

Apa yang anda kena buat adalah.
1) Memikir nama syarikat yang baru dan memaklumkan kepada Company Secretary anda
2) Secretary anda yang menyelesaikan semua. Nak buat sendiri? jawapan dia tidak boleh. sbb system mycoid hanya boleh di access boleh Company Secretary anda.
3) Estimate kos, selalunya around RM1K and above.

Kebaikan Menukar Nama
1) Seperti baru - Macam kes saya, daripada Velvet kepada Malaya Corporate, bagi saya, nama baru saya amat gah. Jadi sekarang saya bangga dengan nama baru saya. Kalau tidak, orang ingat saya jual velvet kek. Penat nk menjawab.
2) Image yang baru - Mungkin anda ada isu nama syarikat lama, dah viral ke. jadi tukar baru. Orang kurang tahu, (tapi ingat nombor syarikat mmg tidak boleh tukar, jika ada menukar nama sbb nk lari daripada hutang or sebaliknya, nombor syarikat, selama-lamanya tidak akan bertukar.

Keburukan Menukar Nama Syarikat
Kena inform semua client, Update bank, Printing kad baru, Design baru. (Jadi kos baru akan timbul).
Priority utama yang anda kena buat apabila tukar nama adalah tukar nama di Bank.
Sebab bank sgt ketat, even salah satu titik sahaja mereka akan reject cheque.

Sampai disini sahaja,


Dapat Surat LHDN? Apa yang anda kena buat?

Hi Semua, Alhamdulillah sudah 2 tahun saya genap berniaga secara fulltime.
Dan sekarang baru boleh kembali aktif semula menulis blog.

Disclaimer dulu : Seperti biasa ini adalah blog, segala penulisan adalah berdasarkan pengalaman dan 
Hari ni topik saya nk sentuh adalah topik yang paling hangat untuk permulaan tahun 2019, iaitu Surat
Cinta daripada LHDN ini. 



Jeng Jeng, anda pun dapat surat yang sama kn? 
Jadi sapa yang dapat surat ini? 

Korang  jangan risau sebab LHDN keluarkan hampir 8.3 juta surat untuk volunteer disclosure program.
Tapi bukan semua orang layak. So jangan risau bila dapat surat tu. Tapiiiiiiiii, sapa yang income banyak tu. If tak Declare, yess korang dah kena Start risau ,
Link Berita boleh click sini

Jadi sebelum itu kita kena tahu sapa yang kena Declare Income Tax ini? 

Orang yang Kena Declare Tax
1- Orang yang berkerja makan gaji dan gajinya lebih dari RM2,800 sebulan selepas potongan kwsp.
2- Peniaga yang hasil perniagaan kasar melebihi RM2,800 sebulan.
3- Peniaga yg sudah berniaga lebih dari setahun. Tidak semestinya perlu ada akaun semasa. Asalkan berniaga, wajib isytihar.
4- Warganegara asing yg bekerja atau berniaga di dalam Malaysia.
5- Ejen insurans/takaful/penapis air/ lain-lain ejen yg menerima komisyen.
6- Sesiapa sahaja yg tinggal di dalam Malaysia dan mempunyai pendapatan dari dalam negara.

Jadi Macam Mana Nak Mula Declare Income Tax ni?

1- Perniaga yang Berdaftar meniagan genap Setahun. Ada income ke loss ke, kena declare. Orang ramai silap, mereka ingat bila tiada income tak perlu declare. Salahh. anda kena declare juga.
2- Mula- Mula Semak no kad pengenalan di laman web LHDN untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum. If sudah dah Auto Daftar lah tu
3- Nombor cukai pendapatan boleh di daftar melalui laman web atau boleh terus ke kaunter LHDN.
4- Daftar dengan E-Filing untuk penghantaran borang cukai pendapatan secara online.
5- Sediakan PENYATA UNTUNG & RUGI perniagaan & TAKSIRAN CUKAI PENDAPATAN anda sebelum mengisi borang E-FILING. Klik hantar setelah selesai. Jadi key dia kena buat management account. 
6- Cukai pendapatan boleh di bayar melalui online banking. Tak perlu pergi ke LHDN untuk bayar.
7- Semua urusan di atas boleh dilakukan sendiri jika MAHIR. Atau sebaiknya upah juruakaun @ akauntan bertauliah untuk uruskan.
8- Taksiran cukai pendapatan hanya sekali dalam setahun, sebaiknya di urus antara bulan Januari hingga Jun. Lebih dari bulan tersebut, akan kena penalti dari LHDN.
9- Simpan slip / dokumen bukti anda telah hantar borang cukai melalui E-Filing setiap tahun. Ia dokumen penting sekiranya ingin membuat pinjaman bank dan sbg nya.
10- Fail cukai pendapatan hanya boleh ditutup sekiranya pembayar cukai meninggal dunia atau sudah tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Jadi Berbalik kepada Topik asal, apa yang ada kena buat?

Dan jawapan dia Simple
1. Anda dah kena start Declare, Jadi kena start membuat Management Account bagi mereka yang berniaga Enterprise. Kena ingat, tanpa Management Account Wajib ada, Sebab bila tiada management account nanti susah nk bukitkan total Income, total expenses, perbelajaan peribadi.
Jadi key dia disini adalah Management Account. 
Macam mana nk buat? banyak dah software accounting online or upah kami Malaya Corporate untuk buat. 
2. Start Daftar Tax di LHDN, ingat ye pendaftaran adalah percuma. If tidak pandai buat online, pergi sahaja ke LHDN yang berdekatan

Itu sahaja Topik kali ini, Saya akan update Selalu Selepas ini
korang boleh singgah ke website rasmi saya untuk lebih rujukan
www.malayacorporate.com
nanti saya akan update topik ini.
.
Jadi sampai disini sahaja dulu






Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...