Saturday 31 August 2019

Pekara anda tahu sebelum apply loan perniagaan

Ok topik kali ini saya memang perlu disclaimer sepenuhnya sebab mmg berdasarkan pengalaman saya. Sbb saya sangat sangat yakin topic ini akan ramai yang baca.

Seperti biasa jikalau hendak daftar syarikat sdn bhd boleh singgah ke website saya. www.malayacorporate.com

Ok, sebab saya juga ada buat sedikit loan perniagaan dan seorang company secretary. Saya ingin berkongi serba sedikit apabila hendak memohon loan perniagaan ini.

Loan perniagaan ini adalah refer kepada PUNB, SME Bank, dan banks

1) Record Diri sendiri
Untuk pengetahuan, memohon loan perniagaan tidaklah mudah seperti anda sangkakan. Mereka akan tgk record anda sendiri. Even hari tu saya ada sedikit bad record bersama ptptn pn mereka tengok.. Jadi CRIS mmg mereka tengok. Ctos kurang sedikit. Jadi if anda ade bad record ccris. Kemungkinan nk lepas itu sedikit sukar.

2) Tahun Perniagaan
Untuk pengetahuan ada, secara jujur adalah amat sukar jikalau anda baru mendaftar perniagaan dan apply daripada zero record. Seriously amat sukar. Jadi adalah better anda mula berniaga dulu, ada properly record at least 6 month bank statement. Then baru lah mudah anda untuk apply. Dengan PUNB or SME Bank, at least anda telah ada 6 bulan bank statement. Tetapi if bank, selalunya mereka hendak syarikat sdn bhd yg telah beroperasi 2 tahun dan profit. Jadi jgn delay daftar perniagaan itu dan jgn delay buka bank account. Every month is count.

3) Jenis Perniagaan.
Selain record kewangan, jenis perniagaan juga memainkan peranan untuk apply loan perniagaan. Client saya walaupun sudah 5 tahun berniaga, tetapi loan dia masih tidak lepas sbb jenis perniagaan dia. Bank decide iannya adalah perniagaan yang berisiko. Jenis-jenis perniagaan  ini anda kena tnya bank sendiri, tetapi jikalau mmg record anda bagus ada proper accounting record. Insyallah lepas juga.

4) Jenis Entiti Perniagaan.
Rasanya anda telah mula paham beza enterprise dan sdn bhd. Mengikut pengalaman saya, amat jarang sekali saya jumpa entititi enterprise mendapat loan perniagaan amout RM100k dan above selalunya syarikat sdn bhd. Ini kerana syarikat sdn bhd adalah entity corporate dan perlu audit. Jadi institute kewangan or bank lagi prefer memberi loan kepada syarikat sdn bhd daripada enteprise.

5) Documentation dan Accounting record
Document standard yang bank mahu adalah sijil pendaftaran syarikat dan yang paling crucial adalah record accounting anda. Jikalau anda nk system accounting serendah rm350 boleh pm saya.
Kena ingat, system accounting amat penting. Ini kerana bank mahu lihat anda betul2 berniaga or tidak. Jikalau anda berangapan meletaklan duit ke dlm bank account anda kemudian keluar kan balik. Cara itu silap. Anda betul2 perlu record accounting ada. Sbb antara document yg bank mahu adalah management account.

6) Tahun pulangan wang pinjaman
If anda guna SME, PUNB adalah boleh meminjam 7 tahun. Tapi bank is anda apply bawah 50k. Selalunya dlm 5tahun sahaja tempoh bayaran balik.

Sampai disini sahaja. Sekali lg perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya. Ada sahaja kekwn saya yg dpt loan tp belum 2 tahun ada juga yang dpt geran.

Jadi kepada reader semua.
All the best ye
Website saya :
www.malayacorporate.com

14 Pekara sebelum anda mulakan perniagaan

Hi Semua, tahun 2019 adalah tahun ke dua saya berniaga secara full time.
Jikalau nk bandingan pengalaman dan kejayaan. Saya sememangnya belum lagi berjaya. Tapi disebabkan saya seorang setiausaha syarikat berlesen. Saya selalu berurusan terus owner perniagaan.

Jadi topik hari ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman saya. Jikalau memerlukan khidmat pendaftaran perniagaan. Sila layari website saya.
www.malayacorporate.com

Disebabkan kebanyakan pembaca blog saya adalah mereka yang baru berniaga, jadi hari ini saya ingin kongsikan 10 pekara yang perlu anda ada dalam diri anda sebelum anda memulakan perniagaan.

1) Self Motivate
Ini antara pekara yang wajib anda ada di dalam diri anda. Jangan nk harapkan sokongan "moral" daripada keluarga, suami, isteri, sahabat or sapa-sapa sahaja. Mereka tidak akan paham dan nampak apa yang anda nampak. Anda business owner, hanya anda sahaja paham apa yang anda mahukan. Orang yang tidak berniaga tidak akan paham. Sebab system hidup kita telah ajar untuk bersekolah, masuk university then dptkan kerja. Lagi2 melayu, mak bapak ajar belajar tinggi2 then apply kerja kerajaan.

2) Berkawan la dengan org berniaga.
Apabila anda telah decide untuk berniaga anda perlu mula memilih kawan or team yang boleh membawa anda kehadapan. Tetapi tidak semestinya perlu stop tuk berkwn yang tada sekarang. Nanti mereka kata kita sombong pulak. Tp masa lepak tu boleh kurang kan, dan start mula berkawan dengan kwn yg berniaga. For start boleh berkwn dengan saya. Dan mula la attend seminar keusahawan. Situ anda mula dpt kwn2 yang berniaga. Mcm saya, saya mula dengan kelas-kelas anjuran INSKEN.

3) Ready Kewangan at least 4 bulan ke hadapan
Perlu ingat, apa bila anda decide untuk berniaga, jadi income tidak menentu. Dan semestinya semua org ada commitment kewangan. Dan kita tidak seperti orang bekerja, kita tiada fix salary. Jadi saya galakkan anda ready kewangan 4 bulan kehadapan.

4) Reduce Commitment Minimum yang boleh
Tidak nafikan, semua orang nk mewah. Tp ingat iannya bukan skrg. anda belum tahu business anda ni boleh pergi jauh ke tidak. Jadi reduce commitment anda minimum yang boleh. If belum ada kereta jgn beli lagi. Kita beli under company je nanti.

5) Pandai Mencari peluang
Saya amat galakkan anda rajin attend seminar seminar pada awal2 ini. Sebab anda kena pandai pilih kwn dan start mencari peluang. Peluang mcm mana? Kwn sahaja seramai boleh. Sbb dlm dunia perniagaan ini tidak lah sebesar mana

6) Active dan berdisplin
Kebanyakkan org yang gagal dalam perniagaan adalah mereka yang tidak berdisplin. Ingat anda bekerja sendiri. Anda tiada punch card. Tiada siapa yang mengawal diri anda kecuali anda. Jadi latih diri untuk mencari seorang yg berdisplin. Mmg susah awal2. Tp lama2 mesti anda akan mula biasa. Mcm saya, saya merasa  diri pelik tak buat apa2. Tulis blog ini pun masa perjalanan ke Johor ni. Everytime berharga. Setiap masa harus di hargaai.

7) Jangan memandang Rendah pada orang lain dan jangan pula terlalu merendah diri
Jangan terkejut antara client saya yang berjaya adalah menjual sambal sahaja. Seorang lg cleaning services untung mereka ratus ribu sebulan.
Jadi anda jgn sesekali memandang rendah dekat orang lain. Tidak kira setinggi mana pelajaran anda. Kita kena sentiasa hormat menghormati orang lain. Tetapi yg terlalu merendah diri, kita as business owner kena ada lagak kita tersendiri.

8) Jaga Kewangan anda
Ini ramai perniaga baru dan perniaga kecil tidak jaga betul2. Ingat as business owner, all transaction must be properly recorded. Jadi mula lah berjinak2 simpan resit. Use accouting system, if anda hendak system accoutant yg better. Boleh PM saya. Saya akan bg suggestion dengan serendah RM350 setahun. Ingat kena jaga daripada awal. If delay bahaya.
Tp saya akan sentuh topic ini pada blog yg lain.

9) Berniaga bukan janji anda akan terus kaya
Ramai berangapan, buat perniagaan adalah jalan pintas untuk berjaya atau jalan keluar daripada masaalah kewangan anda. Jawapannya salah. Selalunya org yang berniaga akan gagal or loss pada 2 tahun pertama. Selalunya tahun ketiga baru anda rasa buahnya @ hasilnya. Jadi anda kena simpan sifat Kental di dalam diri anda. Jgn mengalah, tetapi if anda keep losing money. Something is not right. Anda kena re strategy balik perniagaan anda.

10) Avoid pergi kelas kelas yang mahal.
Ini antara pekara mistake yang selalu perniaga kecil saya jumpa event client saya. Mereka obsess nk pergi kelas usahawan yang mahal2. Ingat kelas mahal2 tidak menjanjikan sales anda akan terus naik. Saya tidak kata salah menghadiri kelas mahal2 ni. Tp kn better spend duit tu ke arah improve operation or marketing anda. Attend kelas mahal2 bila anda telah ada empire awk dan nk tambah networking. Banyak sahaja kelas usahawan yg murah anjuran kerajaan. Cuba cari.

11) Mula dan ada sifat bertanggunjawab
Ingat, key dia adalah mula. Jangan delay. Beza anda dengan saya, saya telah mula. Jadi saya telah ada pengalaman berniaga. Jadi mula sahaja, business owner yg bgs adalah mereka yg berani bertindak dan berani mengambil risiko.
Selain itu, anda juga kena ada sifat bertanggungjawab, jgn asyik salah kan orang atau takdir. Belajar accept kesalah diri sendiri.

12) hargaai perniagaan orang lain
Bila anda nk berniaga, selain berani mengambil risiko. Anda juga akan mula hargaai orang lain yg berniaga.
Jangan asyik nk services percuma.
Nothing is free, mcm kami. Kami adalah consultant. Jadi kami based on services. Kami pn ada commitment monthly yang perlu bayar. Apa yang saya nk masukkan disini, ada pekara yg boleh anda kongsi. Dan ada pekara yang tidak boleh kongsi.

13) Tahu persaing anda
Selain menghargaai perniagaan org lain. Anda juga perlu tahu persaing anda. Ada yang kata anda perlu selidik pesaing pesaing anda then keluarkan. Tp saya lain, saya suka berkawan dengan pesaing saya. Sbb bila saya tak boleh buat. Saya akan pass pada mereka. (Yang ini subjective dia bergantung kepada nature business anda)

14) daftar perniagaan anda
Ha, as company secretary berlesen dgn ssm. Adalah tugas saya menasihatkan anda mendaftar perniagaan tidak kira sdn bhd or enterprise. Daftar perniagaan adalah wajib dan terus daftar account bank. Tapi saya tidak akan sentuh sekarang.
Saya akan tulis blog yg berbeza.

Sampai sini sahaja. All the best all reader 😀😀

Thursday 22 August 2019

Renew Enterprise SSM Secara Online "EzBiz.SSM"

Salam semua, hari ini topic yang akan di sentuh adalah Renew/pembaharuan perniagaan Enterprise secara online di SSM mengunakan website https://ezbiz.ssm.com.my
Untuk pengetahuan anda, sudah lama service ini di buka oleh SSM. Cuma ramai yang tidak tahu.
Rasanya sudah 3 or 4 tahun saya sudah ada ezbiz account ini dan lately SSM telah mula digitalise daripada Pendaftar Enterprise @ Milikan Tunggal mahupun partnership.
Semua dah online, lepas ini xde dah beratur di kaunter.

dan berita terbaru, lepas ni cheque book pn sudah tiada. Everything online sahaja lepas ini

Jadi hari ini saya nk berkongsi step pembaharuan enteprise ini.
Jikalau anda bercadang dengan upgrade enterprise anda kepada Sdn Bhd, boleh ke website saya
www.malayacorporate.com, sana ada link whatsapp saya.

Berbalik kepada topic asal, Hari ini saya ingin berkongsikan |secara gambar| bagaimana hendak renew perniagaan enterprise anda online. Seriously tidak susah.
Yang susah, anda kena verify thump print di SSM yang berdekatan sahaja.
*tp ramai fail nk verify ni, sebab gagal hendak verify thump print dan gagal ke SSM.



             Pertama Sekali anda kena buat account ezbiz ini.
                Ini link dia :  https://ezbiz.ssm.com.my, Tapi kena verify dulu id

Boleh google sahaja



Anda Click Renewal by owner, or Renewal by others. Bermaksud anda boleh tlg renewkan enterprise orang lain

Click berapa tahun anda nak, saya advise jangan setahun, at least 2 tahun

Then buat bayaran, according tahun yang ada mahu

Buat Bayaran Then selesai, 

Lepas buat bayaran terus siap, mudah kn? aah memang mudah pun. Ramai yang mls nk buat. Sebab mcm-mcm alasan nk ke SSM.

Jadi pandangan saya, anda kena rajin ke SSM untuk thump print. Ingat sekali seumur hidup sahaja kena thump print.

Service yang di tawarkan di dalam ezbiz

Dan selain Renewal, mcm-mcm juga service yang ada dlm system Ezbiz ini.
Seperti Daftar Enterprise baru (Kena verify dulu), tukar business address, tutup perniagaan pun boleh. Tapi owner sahaja boleh buat

If ada yang bertanya boleh tak nk tukar ownership di dalam system ini. Jawapannya tidak boleh. Sebab kena thump print dan verify di depan orang kaunter SSM.

Jadi pendek sahaja blog kali ini.
Harap perkongsian saya memberi mafaat kepada yang membaca.
Sekali lagi, jikalau mempunyaai persoaalan tentang pensyarikatan.

Boleh singah ke website saya

Next topic adalah berkenaan sistem account dan website


Sunday 18 August 2019

Pengalaman Saya Menduduki Rumahwip @ Rumah Wilayah

Hi semua reader,
Terima kasih kerana membaca blog saya, dan untuk pengetahuan semua  topic yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman dan observation saya.
Saya bukan pakar.
Sekali lagi terima kasih kerana singgah ke blogspot saya.

Rumawip @ Bukit Jalils


Jikalau berminat tentang pensyarikatan boleh singah ke website saya.
www.malayacorporate.com

Jadi berbalik kepada topic hari ini. Saya ingin berkongsi pengalaman saya selepas membeli Rumawip atau dikenali sebagai rumah wilayah ini. Sebagai pembeli Rumawip saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana incentive kerajaan, tidak kiralah kerajaan mana yang membuat project ini. Sebab bagi saya, mana2 kerajaan tujuaan mereka adalah untuk rakyat.

Jadi Hari ini saya ingin berkongsi beberapa pekara yang perlu anda tahu apabila membeli rumawip

Pertama : Jangkaan Siap Rumah (Kemungkinan Siap lebih awal Kemungkinan  Lebih Lewat).
Mengikut perancangan asal, rumah kami sepatutnya siap pada December 2020.
Tetapi pada March 2019, Rumah kami telah siap, Jadi rumah kami siap awal.
Masaalah yang di alami oleh saya adalah "persedia duit".
Ye la siap awal sangat, Duit belum ready,
Dah la saya baru balik bercuti. So anda perlu bersedia segi kewangan.


pelancaran oleh Menteri Wilayah Persekutuan



Kedua : Duit
Disebabkan ini adalah pertama kali saya membeli rumah, memang saya tidak tahu membeli rumah ni memerlukan duit yang banyak.

Jadi anda sebagai pembeli rumahwip, berikut adalah kos-kos yang perlu ada tahu bila beli rumah ini
(sekadar berkongsi pengalaman)

  • Duit Mengambil Kunci : Masa mengambil kunci adalah perlu ready dalam RM1K lebih, duit ini termasuk lah deposit TNB dan Air, cuma masa nk masuk rumah kami ada isu late payment fee, di mana developer claim bahawa bank lambat release duit. Jadi ada penalty yang pemilik rumah perlu bayar. Saya ni jenis malas nk pening kepala jadi saya bayar sahaja. Tetapi ada yang complaint.Jadi anda kena ready juga pekara ini.
  • Deposit Pindah dan Renovation : Ini pekara leceh yang perlu anda tahu apabila beli rumah tinggi ini, ada kos renovation semasa nk renovate rumah. Rumawip kami, Deposit Renovate adalah RM2,500 dan Deposit pindah RM200. Dan perlu bayar deposit RM500 kepada setiap contractor. So anda kena ready dlm RM3,000.00 untuk deposit pindah. Daripada deposit itu, management kami mengambil RM100.00 as nonrefundable money. (Setiap management berbeza)
  • Renovation Asas : Rumahwip ini below harga market, semestinya dia bagi kosong, Jadi wajib untuk anda untuk renovate, 
  • Dan Berikut adalah kos kasar jikalau anda mahu renovation tambahan.(Ini kos yang saya bayar sebagai rujukan)
    • Grill Satu Rumah :Rumah kami 800sq dan ada anak kecil grill sgt penting, Tingkat 35 tinggi beb | RM1,500 - RM2,000.00
    • Kipas, Lampu dan Aircord dan Upah Pasang : Kalau dah ada equipment sendiri, upah pasang sahaja tinggal | RM2,000 | 
    • Cabinet Dapur : Boleh buat kemudian, dan ada package daripada contractor. Tapi kami kurang bajet, kami guna Ikea dan swap credit card 2 tahun. hehe. Kos kami around  | RM5,500 |
    • Overall Tak lari RM15,000.00 kami habis. Memang terus pokai saya sebentar. hehe
Cabinet from IKEA

Ketiga : Undi
Pekara yang tidak menarik tentang membeli rumahwip ni, dia pakai sistem undi.  Dapat pula dekat tangan yang tak bertuah seperti saya ni. Dapatlah tingkat 35 dan yang paling malang view saya kondo sebelah. So tak boleh buat apa saya redha je. Sebab sekarang sudah ada rumah kedua. Jadi goodluck kepada anda. Untuk para Suami, make sure wife yang undi. Nanti dpt unit mereka tidak boleh blame kita. hehe. 

View Condo Sebelah. Redha Sahaja. Rumah below market beb

KeEmpat : Parking
Nasihat saya, jikalau ada slot dua parking, Beli lah terus dua parking tu. Sebab anda tidak boleh upgrade lagi nanti, s jangan pikir panjang, beli sahaja, masuk amount dlm loan pun berapa lah sangat. Sebab ada orang beli dua parking dan mereka sewakan parking dia, dan duit tu dia buat bayar maintenance fee. Dan rumah kami Kos maintenance dan sinking fund adalah RM172 sebulan.

Kelima : Jiran
Selepas duduki rumah wilayah ini, saya perasan tidak semua seperti saya. Beli untukk duduk, ada penduduk mengambil kesempatan membeli dan untuk sewakan. Jadi pekara ini juga kerajaan patut masuk campur. Rumah mampu milik bukan tempat untuk investment. Tapi saya malas nk campur, Duit anda hak anda. Cuma kalau mereka sewa kepada foreigner memang saya report sendiri.

KeEnam : Ramai Penduduk
Perumahan ini adalah perumahan mampu milik, jadi ramai juga yang membeli. Tidak seperti condo-condo di bukit jalil. Semestinya ramai yang membeli. Jadi get ready tuk beratur panjang menunggu lift.

KeTujuh : Kualiti Rumah itu sendiri
Macam saya, rumah saya beli ini di bawah harga market price, jadi saya tidak complaint sangat. Sebab nk rumah yang gred A. kena beli rumah 300k dan above la.
Tapi pekara ini perlu anda take note Juga. Overall saya amat berpuas hati dengan quality rumah jalilmas ini. Cuma bagi saya,  dinding coridor sedikit rendah. dan dinding rumah sedikit nipis.
Overall. saya happy membeli rumahwip ini


KeLapan : Milikan Rumah
Rumah wilayah bukan freehold tetapi leasehold. So milikan kita adalah 99tahun, nti kena renew. 
Tapi no issue sangat pekara ini. Mostly rumah dah start milikan lease hold.


Itu sahaja pekara yang boleh saya kongsikan, Overall saya berpuas hati dengan rumah yang saya beli. Cuma jikalau ada orang berkongsi kos-kos yang perlu saya ready daripada awal. Mesti saya boleh ready daripada segi kewangan dan kepada anda yang ingin membeli rumah wilayah, teruskan sahaja. 

Cuma anda beli rumah below market price, So jangan expect quality Tip Top, Tapi seriously not bad. Ada sahaja kawan saya beli rumah 300k and above quality teruk.
Jadi saya ingin mengucapkan goodluck kepada anda. 
Dan terima kasih kerana sudi membaca. 




Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...