Saturday 13 June 2020

Perbezaan Borang 9, Borang 49, Borang 44 dan Seksyen 14, 17, 58 & Seksyen 46 (3) (Syarikat Sdn Bhd & Berhad)

Update 18 September 2022.
Saya ada berkongsi ringkasan apa itu Form 9/Borang 9 di Tiktok saya.
Insyallah akan byk video penerangan ringkas tentang pensyarikatan akan saya kongsi.
Sila singgah ke tik tok saya


https://www.tiktok.com/@azizam.malaya/video/7144671464715783450?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7144682841657050626

Update 30 Nov 2022.
Saya juga ada buat penerangan ringkas tentang dokumen-dokumen SSM di channel youtube. Boleh buka sekiranya berminat (sekiranya percakapan saya kurang jelas, saya mohon maaf dulu, bercakap depan kamera mmg payah)
https://www.youtube.com/watch?v=dmwSNRXrYTs



Ok berbalik semula topik, kali ini saya ingin menceritakan tentang Perbezaan Akta Syarikat 1956 & Akta Syarikat 2016. Topik ini lebih specific kepada borang-borang syarikat Sdn Bhd/Berhad.

Milikan tunggal dan perkongsian masih tiada perubahan, kerana terlampau ramai sangat yang bertanya, jadi hari ini saya mewujudkan topik ini. Sebagai Setiausaha Syarikat berlesen adalah tugas saya untuk memastikan anda paham pekara ini. Disebabkan terlampau ramai sangat bertanya soalan ini, jadi insyallah saya akan berkongsi sedikit tentang borang-borang ssm ini. Version video akan saya berkongsi di tiktok saya.

Anda kena tahu bahawa terdapat perubahan Akta Syarikat 
Daripada Akta Syarikat 1965 kepada Akta Syarikat 2016. 

Untuk Syarikat yang berdaftar sebelum Jan 2017 dan kebawah :
Syarikat akan memakai Borang 9, 24, 49 & Memorandum of Association. (Berdaftar mengunakan akta syarikat 1965)

Manakala Syarikat yang berdaftar pada January 2017 dan ke atas. 
Syarikat akan memakai Seksyen 14,58,78 dan seksyen-seksyen yang lain.
(Bedaftar dengan Akta Syarikat 2016)

Apa itu Borang & Seksyen ini untuk syarikat Sdn Bhd & Berhad ini?

1) Borang 9 & Seksyen 17 : Adalah Sijil Pendaftaran Syarikat
2) Borang 49 & Seksyen 58 : Adalah Maklumat Pengarah
3) Borang 24 & Seksyen 78 : Adalah Maklumat pemegang saham
4) Borang 44 & Seksyen 46(3) : Adalah Maklumat alamat berdaftar

Kesimpulannya begini (Perubahan Akta)

1) Borang 9 di gantikan kepada Seksyen 17.
2) Borang 24 digantikan kepada Seksyen 14 & Seksyen 78 (jika ada kenaikan saham)
3) Borang 44 digantikan kepada Seksyen 14 & Seksyen 46(3) (jika ada perubahan alamat berdaftar)
2) Borang 49 digantikan kepada Seksyen 14 & Seksyen 58 (jika ada perubahan pengarah)


Kenapa berubah borang kepada Seksyen? 

Untuk pengetahuan anda, Di setiap borang 9,44,24 dan borang 49. 
telah mention setiap seksyen di setiap Borang. 
Saya lampirkan gambar untuk anda paham


Jadi, jika anda melihat Borang 9 di atas ini.  Ada menyatakan Seksyen 16(4) di sijil syarikat ini,
Sebenarnya semua Borang 24,44 & 44 ada mention setiap Seksyen untuk setiap borang.

Saya berpendapat bahawa SSM telah menukar perkataan Borang kepada Seksyen ini kerana ramai orang hanya menghafal borang tapi tindak menghafal seksyen. 
Jadi  untuk Akta Syarikat 2016. 
Tiada lagi istilah borang. Kita perlu menghafal seksyen terus.
(Lebih mudah sebenarnya)

JANGAN SALAH PAHAM

Kepada Syarikat Berdaftar Sebelum 31 January 2017
- Sekiranya anda berdaftar syarikat sebelum tarikh 31 Jan 2017 dan syarikat anda telah tutup. 
Anda tidak akan mempunyaai Seksyen 14,17,58 dan seksyen-seksyen lain.

Kepada Syarikat Berdaftar Selepas 31 January 2017
- Sekiranya syarikat anda berdaftar selepas tarikh 31 Jan 2017 dan ke atas, Anda tidak akan mempunyaai Borang-Borang iaitu Borang 9, 24, 44 dan Borang 49.

Bagaimana pula syarikat yang berdaftar Sebelum January 2017 dan masih wujud sehingga sekarang?
- Sekiranya anda berdaftar sebelum 31 Jan 2017, Borang-borang yang telah wujud sebelum akan kekal wujud. 

Sebagai contoh Syarikat saya sendiri. "Malaya Corporate Group Sdn Bhd" yang berdaftar pada 16 Julai 2015. Borang 9 saya akan kekal sehingga syarikat saya ditutup.
Sekiranya tiada perubahan pengarah, Borang 49 saya akan masih kekal dan masih boleh digunakan. Tetapi sekiranya terdapat perubahan pengarah. Saya perlu lampirkan Borang 49 berserta Seksyen 58 yang baru. Begitu juga borang-borang yang lain.

Anda keliru?
Jangan risau hubungi saya sahaja.
Ini Talian whatsapp saya

Dan sekiranya article saya membantu. Dan hendak belanja saya coffee.
Boleh click link


Insyallah saya akan membantu, Next topic saya akan jelaskan apa itu Superform & Seksyen 14

Disclaimer yang Topik ini diwujudkan dan ditulis atas pandangan saya selaku Setiausaha Syarikat yang di daftarkan oleh SSM. Segala penulisan adalah daripada pengalaman saya sahaja. Saya tidak bertanggungjawab diatas segala kerugian di atas pembacaan blog saya ini.

9 comments:

  1. Banyak juga contact saya tentang topik ini. Ingat Form/seksyen ini adalah untuk Syarikat Sdn Bhd sahaja. Perniagaan enterprise tiada ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada yg mendaftar cukai sendiri. Enterprise bukan syarikat. Jadi tiada borang/form 9/17/49.
      Cukai enterprise adalah cukai individu. Sbb tu sekiranya keuntungan dah byk. Digalakkan buka syarikat sdn bhd

      Delete
    2. Tuan, berapa jumlah keuntungan yang banyak yang digalakkan buka sdn bhd sebagaimana tuan sarankan tu. Mungkin tuan boleh kongsikan nilai minima keuntungan tersebut. terima kasih

      Delete
    3. Hi maaf tak perasan post ni.Tiada nilai minima pandangan saya, yang penting anda tau kenapa anda buka sesuatu eniti perniagaan itu. Walaupun sdn bhd lg mahal daripada sdn bhd. Tetapi sdn bhd tetap eniti yang terbaik. Macam saya sendiri, nanti, kalau anak saya dah besar. Saya letak sahaja mereka dlm shareholders pengarah biar org yang layak run the company. Kalau mereka xnk continue business saya. At least mereka akan dpt divided sekiaranya syarikat dpt keuntungan

      Delete
  2. Berguna informasi ni. Saya baru faham konsepnya. Senang nak berurusan dengan syarikat lepas ni bila nak mohon dokumen pada mereka. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih En Zam untuk informasi yg sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  4. sama2 video dah dlm process. nanti saya shares

    ReplyDelete
  5. Masih lagi ramai menghubungi saya terutama pemilik enterprise.
    Ingat pemilik enterprise semua.

    Form 9,24,44 atau Sekyen 17,14 dan lain-lain hanya ada untuk syarikat Sdn Bhd

    Enterprise tiada dokumen ini

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...