Topik kali ini adalah nombor syarikat format baru di SSM. Untuk pengetahuan anda pada tahun 2019, SSM telah memperkenalkan nombor syarikat baru. Boleh lihat video penjelasan yang saya buat untuk lebih mudah paham. Ikutkan video ini saya dah post lama dekat Facebook, Tapi tahun 2021 ni nak ubah angin sedikit.Nak cuba aktif dekat youtube pula. Pening beb nk guna nama azizamazizan or nama Malaya Corporate. At the end saya tukar kepada Malaya Corporate. Insyallah tiap2 minggu akan post satu video. Video akan lebih fokus kepada pensyarikatan secara ringkas.
Boleh terus click link video dibawah
Kepada mereka yang ingin menyemak nombor syarikat baru anda. Boleh semak di link di bawah.
https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Li...
(Sila copy link ini)
Hendak tukar setiausaha syarikat? Mendaftar Syarikat Sdn Bhd? Boleh terus menghubungi saya di talian
Sekiranya perlu sesi one to one coaching pensyarikatan boleh click link di bawah.
Hi saya ada buat video penerangan nombor syarikat baru ini.
Boleh Semak
Blog October 2019
Terima kasih kerana singgah ke blogspot saya ini.
Maaf sangat, memang tidak sempat hendak update blogspot saya ini kerana sibuk dengan perniagaan secretarial firm saya. Pejam Celik dah lebih 150 clients saya. Tapi still tidak kaya. huhu. Bermakna banyak lagi saya kena improve
Jadi Usaha harus di teruskan,
Boleh lawat ke website saya.
Ok hari ini saya ingat menulis tentang topic yang terhangat di SSM Conference 2019.
Di Mana Semua nombor syarikat akan mempunyaai format yang baharu.
Ini bermakna semua nombor syarikat akan berubah, tetapi bukan bermaksud nombor yang sekarang ini terbatal. tidak.
Jadi kita tengok Format Nombor syarikat yang lama dan perbezaan dengan format yang baru di cadangkan oleh SSM ini seperti di bawah :
Format Syarikat Lama
Enterpirse : 002885848-X (Velvethirteen) @ Enterprise Lama Saya Syarikat Enterprise akan mempunyaai 9 nombor
LLP : 0015534LGN (if belakang ini LGN @ Selalunya General Business)
Syarikat Sdn Bhd Pula, Selalunya ada 6 digit Nombor contohnya mcm ni : 1152472-X
Jadi start pada tahun 2019, SSM telah mencadangkan untuk semua nombor mempunyaai format yang baharu. Bagi saya, Idea ini adalah satu idea yang bagus, sebab kita pun dah ke arah digitalis dimana semua document akan banyak softcopy daripada hardcopy dan kita harus menerima idea dengan hati yang terbuka.
Berikut adalah ciri-ciri nombor syarikat yang baru :
Akan mempunyaai 12 Digit Nombor
Tahun pendaftaran akan mengikut tahun syarikat ditubuhkan. contohnya syarikat saya daftar 2015, jadi akan bermula pada tahun 2015
Semua entity perniagaan tidak kira enterprise, LLP, Sdn Bhd dan berhad akan terlibat.
Contoh adalah seperti berikut
4 digit pertama (tahun didaftarkan) : 2015
2 digit kedua : Code entity perniagaan itu
6 digit seterusnya : akan mengikut turutan (yang ini dikeluarkan oleh SSM)
Dipahamkan start 01 August 2019 ini akan bermula dan ianya berperingkat. dan sbb ini pekara baru, selalunya SSM akan mengambil masa untuk implikasikan nya.
2) Sapa yang terlibat :
Semua, Semua entity perniagaan yang berniaga di Malaysia
3) Nombor syarikat yang lama bagaimana pula :
Nombor syarikat yang lama akan kekal, tetapi dia mcm syarikat yang menukar nama, Nama Baru di depan, di ikuti nama lama di belakang.
Contohnya mcm ni, apabila terdapat penukaran nama syarikat.
Malaya Corporate Group Sdn Bhd (Nama Baru di hadapan)
Formerly known as Velvet Corporate Group Sdn Bhd (Nama syarikat yang lama akan di belakang)
Bagi syarikat syarikat pula
Nombor syarikat baru di depan, no lama akan berada di belakang.
: 201501000001 (1152472-X )
Jadi pandangan saya terhadap pekara ini?
Saya berharap SSM akan memberi masa kepada perniaga kecil mcm kita untuk menukarnya.
sebab untuk menukar semua akan melibatkan kos, Ye la, cop perniagaan, printer new letterhead semua ada kos nya.
Walaubagaimana pun, kita harus menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka. Sebab sekarang kita sudah hendak masuk era yang baru.
Jadi saya akan update post ini. Bila terdapat announcement yang baru.
dan saya perlu disclaimer
Post ini adalah sharing dan pandangan adalah pandangan peribadi saya.