Wednesday 31 March 2021

Pengalaman saya membeli (Trade In) Kereta Belum Habis Bayar

Hi semua Azizam Bin Azizan sini, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli kereta baru dengan swap/trade ini kereta yang belum habis bayar. Story kali ini hanya untuk berkongsi pengalaman kepada mereka yang memerlukan. (Bukan untuk berlagak ye). Jadi topik kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli kereta Nissan Serana saya swap kereta perodua bezza saya DAN saya tiada caruman kwsp tetapi saya ada buat declaration cukai.

Pada mulanya memang saya tiada plan pun nk beli kereta baru ni Selalu kalau nk beli sesuatu saya akan plan caruman kwsp, sebab selalu untuk loan kita kena ada at least 6bulan caruman KWSP, dan selamat scoring ccris saya mmg saya jaga dan declaration cukai saya buat. 

Tapi sebab saya seorang setiausaha syarikat berlesen. Banyak pula clients saya beli kereta semasa PKP ini. Dan untuk syarikat membeli kereta. Kita perlu keluarkan resolusi  saya perasan interest rate kereta average semasa PKP bermula daripada 2.2% hingga 2.4%. Rendah sangat tu, selalu 3.5% dan 4% pun ada. Jadi terdetik hendak membeli kereta.

Kepada yang mengenali saya, saya ini memang jenis tidak mementingkan kereta, Bagi saya kereta ini adalah dibawa dari titik A ke titik B sahaja. Tapi bila dah ada isteri dan anak ni, mula rasa keselesan keluarga ini amat penting. Jadi mula lah saya cari MPV dan isteri pun berkenaan dengan nissan serena ni dan mula la saya survey harga.

Pada mulanya, saya ingat nk beli kereta baru saya kena pastikan kereta perodua bezza saya ini perlu habis bayar dulu . Silap rupanya, jual beli kereta ini bukan seperti menjual rumah. Anytime sahaja boleh jual kereta kita yang belum habis bayar ni

Jadi story kereta saya mcm ni.

Nissan Serena harga yang kami ambik harga dia RM156,301.30. Semasa PKP ini ada banyak rebate. Kedai Nissan bagi kami extra RM7,000.00 rebate. Tapi sebab kami trade in bezza saya dengan mereka. So rebate tu tolak dekat kereta bezza saya. Ikutkan kereta Bezza saya ada lagi balance loan 4 tahun dengan total harga RM29,000 ribu. 

Jadi pekara pertama kami buat. Kami hubungi dulu bank dan request untuk early settlement. Bila kita hendak early settlement bank akan bagi discount. Total saya dapat untuk early settlement adalah RM26,000.00. Kemudian pihak nissan check bezza saya, dan mereka ambil RM22,000.00. Jadi Calculation saya jadi macam ini

Bezza
Early Settlement           : RM26,000.00
Nissan beli/tradein        : -RM22,000.00
Rebate semasa PKP      : - RM7,000.00 (Rebate ini nissan bagi)
Balance                          : RM3,000.00 (ada lebihan dan 3ribu dekat penjualan bezza saya. dan saya masukkan balance ini dekat deposit, sebab kami letak 10% deposit jadi perlu tambah dalam RM12,000 untuk cukupan 10% deposit)

Nissan Serena 
Harga on the road         :  RM150,000.00
10% Deposit                 :  RM12,000.00 (duit sendiri) + (3,000 balace daripada bezza)
Total Loan kami           : RM135,000.00
Interest rate kami          : 2.35%, 9 tahun
p/s : harga saya genapkan untuk bagi pemahaman

Jadi apa yang saya hendak sampai dekat sini, adalah kita memang boleh swap/trade ini kereta kita yang belum habis bayar untuk beli kereta yang baru

Tips saya

Pertama - Digalakkan kita kekalkan kereta kita standard sahaja. Sebab value standart lagi maintain daripada kereta yang makeup ni. Nanti mudah nk swap kereta baru.

Kedua-
 cari dua atau tiga penjual kereta, sbb ada penjual kereta tak info yang betul. contoh info yang tak betul, patut penjual kereta yang kena pergi bank untuk dapatkan pengesahan early settlement saya. Tapi mereka minta kita pergi sendiri pula.

Ketiga - Bagi mereka yang berkerja sendiri yang tiada KWSP, declaration cukai amat penting. Macam saya, saya memang tak ambik KWSP untuk diri saya semasa PKP ni. Cuma saya mmg jaga submission cukai. Jadi loan saya alhamdulillah lulus. Tapi kalau anda memang plan nk beli rumah or kereta, di galakkan jaga caruman tu at least 6bulan. Lepas loan dah lulus tu pandai-pandai lah anda untuk teruskan caruman atau tidak

Keempat - Beli kereta ini biar step by step, Jangan terburu-buru yang beli kereta yang mahal. Macam saya lepas kawin kami pakai kereta second sahaja. Kemudian baru ambik bezza, bila dan ada kemampuan baru upgrade kereta MPV. Perjalanan hidup saya bermula secara perlahan-lahan. Trend sekarang, saya perasan terus nk kereta mahal. Jangan. Develop skill high income skill anda. Tak perlu nk pikir orang, kita je tahu income kita

Jadi sampai disini sahaja. Berjumpa lagi di topik akan datang

Aleena tidor la pula












Sunday 7 March 2021

Nama Syarikat (3 Tips Pemilihan Nama Syarikat Di Malaysia)

Update 2022 : SSM ada mengeluarkan guide baru untuk pendaftaran nama perniagaan

boleh refer link ini : https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/Guidelines%20on%20Company%20Names.pdf ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Asalamualaikum semua, Azizam Bin Azizan Setiausaha Syarikat (LS. 0009977) sini. Video ini adalah perkongsian saya tips pemilihan nama syarikat. Sebelum itu, saya perlu membuat penafian dulu. Tips ini dikeluarkan di atas pengalaman saya sebagai setiausaha syarikat berdaftar dengan SSM lebih daripda 5 tahun. Jadi segala perkongsian berdaftarkan pengalaman saya sendiri.

Sebelum itu saya memohon maaf disebabkan kualiti video telah direndahkan sebabkan ada masalah teknikal. Jadi saya hanya menjaga audio
anda boleh semak di sini untuk menyemak nama syarikat yang telah didaftakan 1.
https://www.mydata-ssm.com.my/ 2. https://www.ssm-einfo.my/ website saya https://malayacorporate.com/sdn-bhd/t... semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Boleh lihat video di bawah



Sekiranya perlu sesi one to one coaching pensyarikatan boleh click link di bawah.
(tiada paksaan ye)

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...