Thursday, 20 October 2016

Perkara yang perlu anda tahu sebelum membuka Perkongisan Liabiliti Terhad (LLP)

Hari ini saya menghadiri seminar pemantapan pegawai pematuhan di bawah akta perkongsian liability terhad (LLP). Untuk pengetahuan semua, LLP adalah combination diantara Enterprise dan Sdn Bhd. Ianya mengamalkan konsep separate legal entity dan ciri2 sdn bhd dan enteprise yg lain.

Tp hari ini saya nk tekan kn bbrp common issue selepas menghadiri seminar ini

-walaupun sudah hampir 4 tahun LLP di perkenalkan, ianya masih tidak popular dikalangan bank. Jadi pembukaan bank account bermasaalah. Kerana masih banyak bank tidak mengetahui tentang Llp ini. Main branch dan bank sekitar kl/selangor nmpk tidak lg bermasaalah. Akan tetapi yg cawangan diluar kl. Rasanya masih susah nk buka. Jadi anda harus consider perkara ini.

- By right, LLP mempunyai hak memilik tanah, kereta, rumah dan membuat loan di atas nama Llp kerana ianya mengamalkan konsep seperate legal entitiy. Akan tetapi yang saya perasan, adalah sukar utk membuat semua ini. Kerana LLP tidak perlu di audit, jadi bank tidak tahu keupayaan kewangan LLP anda. 

- Bukan sahaja pembukaan bank account, adalah amat digalakkan anda menkaji semula agensi2 yang anda akan engange. Sebagai contoh, jikalau anda nk apply lesen CIDB. Pastikan anda check dahulu di Cidb adakah mereka menerima permohonan LLP. Jangan baru nk buka baru apply. Then salahkn SSM. Tidak boleh ye

- Penutupan LLP sangat leceh dah mahal, kerana hanya boleh buat Voluntry winding up sahaja. Bermaksud anda kena mengikanlan kepada surat khabar dan perlbagai proses yang rumit sebelum boleh tutup (saya boleh buat dan menawarkan services penutupan ini)

- Membuat management account, anda wajib membuat management account dan menyimpan di alamat berdaftar. Dan anda wajib membuat declaration annualy. Kegagalan membuat demikian dan membuat delcaration paslu. Compound boleh mencecah RM250k. Mahal gileeeee


But

LLP masih mempunyaai kebaikan nya. Antara nya

1) Lebih flexsibility
2) Senang untuk buka
3) Cost tidak terlalu mahal
4) Tidak perlu membuat audit
5) Sesiapa boleh menjadi compliance officer
6) Cost tahunan jauh lebih murah


Jadi conslusion saya, kepada nk serious berniaga dan ada potential nk maju, beli asset dan sebagainya. Saya sarankan buka je la sdn bhd. Tak ramai company secretary nk jadi compliance officer, sbb mmg byk sebab la.

So sampai disini sahaja blog saya hari ini, saya skrg hanya melayan yg byl2 serious sahaja. Kerana saya sudah semakin sibuk. Jadi boleh mengemukakan soalan kepada 0193960277 or email direct kepada velvetgrousp@gmail.com. 






Wednesday, 3 August 2016

Puspakom Datang terus ke Rumah?

Tahukah anda, bahawa Puspakom ada khidmat door to door services. Bermakna anda tidak perlu ke purspakom akan tetapi. Puspakom yang akan ke rumah anda.?

Well nak di jadikan cerita, Wife saya hendak menukar nama kereta arwah ayah dia kepada nama dia. Kami berdua terlalu sibuk dengan pekerjaan masing2. Di pahamkan weekend tutup lah pula.

 Jadi saya google sana, google sini. Baca blog sana, baca blog sendiri.
 Terbaca lah website dari thevocket pasal door to door services ini.
.
Tanpa melengah masa, terus saya menghubungi purspakom sebab takot orang tipu pula.
terus saya telephone  hot line dia. 1- 800- 222-210.

Saya col pada hari khamis 28/07/2016. Dan alhamdullilah memang wujud services ini, Mereka kata paling cepat service adalah 02/08/2016 (selasa).

Jadi saya setuju je lah, sebab tidak payah saya pening nk ke sana.  Lepas confirm date. Terus saya dapat Nombor case dan nombor case saya ialah "25498."
Mereka kata, hari kejadian wakil purspakom akan col confirmkan kembali.




03/08/2016

Pada hari kejadian, yes memang orang purpakom datang. Dia col saya dalam pukul 11:30am dan confirmkan time dan tempat.
.
Pukul 1:00pm dia datang, terus dia datang check kereta, mcm biasa lah. Check no engine, potong ke tak. Dalam masa tidak sampai 15 minit. On the spot Terus dapat report kereta.
*Tapi
Ingat anda kena ada geran original dan photostat satu untuk bagi kepada wakil puspakom.

check sana chek sini. Terus dapat report (On the Spot)

Total kena bayar adalah RM138.00 (tak campur gst)
meaning caj mereka adalah RM100.00
dan caj check adalah RM38.00

Consider murah ye, sbb kalau pakai runner. Boleh Up to RM400 dan ade yang caj Up to RM500.

REPORT SAYA :




Jadi, jikalau anda tiada masa untuk membuat pemeriksaan ini. Boleh lah try guna services ini. Insyallah berpuas hati. Ingat pastikan anda col dulu,

Thanks ye the vocket. Settel masaalah Puspakom saya. Tak payah saya pening-pening nak kesana.
Jadi berjumpa lagi di Next Topic
Thanks membaca ;)

http://www.thevocket.com/pemeriksaan-puspakom-di-rumah/

Tuesday, 19 July 2016

Bolehkah Individu Muflis @ Bangkrap manjadi pengarah?

Alhamdullilah, sudah 3minggu beraya, pejam celik sudah 7 bulan saya sudah bergelar suami. Dan sebab raya pertama as husband and wife. Dua baju tahun nie. hehe.  Ouf of topic skit. 



Jadi selamat hari raya ye kepada kawan-kawan muslim, bukan muslim happy holiday. hehe

Ok Berbalik kepada topic kita Bolehkah Individu Muflis @ Bangkrap manjadi pengarah? 

Well untuk senang di pahami, muflis ini bermakna korang gagal bayar hutang sebanyak RM50,000.00 (update 2021) dan keatas.  Tapi kalau nak definasi pula, bangkrup bermakna tindakan perundangan yang di ambil oleh individu ataupun syarikat melalui perintah makamah terhadap penghutang akibat kegagalan membayar hutang. Kesemua harta yang dimiliki penghutang akan dipindah kuasa (pemilikan) kepada Pengarah Insolvency (DGI - Director General of Insolvency)

Sebelum seseorang bergelar muflis, mereka mempunyai tempoh 7 hari untuk memberi jawapan terhadap notis yang di keluarkan. Anda juga boleh check di laman sesawang https://www.myeg.com.my/BM/faq/e-insolvency.html  dengan membayar RM12.00, boleh dapat status muflis anda on the spot. Yang x bestnya, kadang-kadang bukan yang berhutang yang kena tetapi penjamin yang dideclare mufliss. Jadi nk jadi penjamin tu, pikir elok-eloklah ye.  Tapi ingat tidak semestinya dunia berakhir bila anda digelar muflis. Sekarang bangun dan berjuang kembali. 


Bagaimana anda di gelar muflis? 
Yang saya tahu ada 2 cara untuk anda di gelar muflis iaitu :
1) memohon sendiri 
2) Permohonan orang yang beri hutang (creaditor's petition) kepada mahkamah.

Kenapa mohon sendiri? ye laa, stress bila hutang banyak. Bank col non stop, jadi sudah tidak tahan dan ingin memulakakan hidup yang baru tetapi akan terikat dengan syarat-syarat yang di tetapkan. 

Syarat-Syarat  untuk Melayakkan seseorang itu Diistihar Muflis :-                        3  (Condition for Creditor’s Petitions)
  • Jumlah hutang mestilah tidak kurang dari RM50K (Update 2021)
  • Hutang adalah dalam satu jumlah yang boleh ditentukan & perlu dibayar                           segera atau kemudian
  • Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan petisen dikeluarkan
  • Penghutang merupakan pemaustautin Malaysia ketika pembentangan petisen difailkan

   Apakah yg Perlu Dipatuhi oleh Seseorang yg Muflis?
  • Setiap 6 bulan perlu mengemukakan penyata kewangan yang diterimanya
  • Membayar lebihan kewangan dari apa yang diperuntukan kepada DGI
  • Memaklumkan segala perubahan pemilikan harta, tempat tinggal dan sebagainya
         Seseorang yang Muflis tidak Layak untuk :- 
  • Di calonkan sebagai wakil rakyat mahupun menyandang jawatan tersebut (Hilang kelayakan)
  • Menjadi ataupun dipilih sebagai Majistret ataupun hakim mahkamah syeksyen
  • Menjadi penguatkuasa tempatan
  • Keluar Negara melainkan mendapat kelulusan dari DGI ataupun perintah mahkamah
  • Meminjam lebih dari RM 1000.00 tanpa memaklumkan peminjam adalah muflis
  • Terlibat dalam perusahaan bersama ataupun perniagaan ataupun syarikat
  • Menerima sebarang pencen ataupun imbuhan
  • Tidak boleh berkerja dengan syarikat isteri/keluarga/saudara tanpa mendapat kebenaran dari DGI ataupun perintah mahkamah.

 Bagaimana Untuk Keluar Daripada Muflis (3 Cara)
  • Pembatalan dari pengistiharaan Muflis melalui perintah mahkamah mengikut Section 105 akta kebrankapan 1967
  • Pelepasan dari diistihar muflis melalui perintah mahkamah dibawah section 33 akta kebrankapan 1967
  • Pelepasan dari diistihar muflis melalui perintah DGI dibawah section 33A akta kebrankapan 1967

Jadi Bolehkah Individu Bangkrap Menjadi Pengarah??

  • Jawapannya tidak bolehlah , sbb under companies act pun akta tidak bagi. Sebelum menjadi director anda kena sign Form 48A skrg sudah bertukar kepada Section 201, Disitu kena declare mengatakan anda tidak bangkrup. Kalau tipu dan kantoi, memang saman cecah RM100K tau.
  • Kalau anda tetap hendak menjadi pengarah juga, anda boleh  memohon kebenaran dari Mahkamah untuk bertindak menjadi pengarah, 


    Dan bila anda berstatus bangrkup semasa menjadi pengarah. Antara benda anda kena buat ialah :
     
  • 1) Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan  setiausaha syarikat;Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat untuk menyerahsimpan Borang 49 kepada SSM;
  • 2)Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 selepas perletakkan jawatan. Sekiranya berlaku,  pastikan pengarah baru dilantik sebelum perletakkan jawatan anda berkuatkuasa.

Jadi sampai disini sahaja hari ini, jangan tanya pasal bangkrup @ muflis. Saya tak reti sangat. Tapi ada apa apa nak tanya pasal syarikat boleh whatapp saya di. 0193960277 or email kepada azizamazizan@gmail.com

Berjumpa Di next topic ;) 



Thursday, 9 June 2016

Company Bill 2015 - Apa Yang Kita Sudah Tahu

Disclaimer :Companies bill as at 10 May 2016 - 
Ini daripada pemahaman saya, if salah sila betulkan

Well, adalah tugas seorang Company Secretary untuk mengetahui secara terperincil tentang akta syarikat ni. Tapikan saya pn lemah lagi, hehe. banyak betul nk di hafal. 

Dan tahukah anda bahawa Akta Syarikat (companies act 1965) akan bertukar dan tidak akan digunakkan lagi. tapi rasanya ramai tidak tahu tentang akta syarikat nie. Untuk pengetahuan korang, semua syarikat di Malaysia mengunakan akta nie. Semua syarikat wajib mengikut undang-undang yang di tetapkan oleh akta syarikat 1965. Jadi tugas kami sebagai company secretary adalah memastikan syarikat tidak melanggar peraturan yang di tetapkan oleh SSM.

Dan SSM telah memperkenalkan akta baru untuk menganti akta yang lama ni. Bermakna banyak pekara akan berubah dalam tempoh setahun dua nie. Akta ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada April 2016, so sekarang hanya menunggu masa tuk diguna pakai.But estimate setahun lagi.

.Dan baru-baru ini, saya menghadiri seminar Companies Bill di SSM
* Well kami kena kumpul point tuk lesen proffesional kami. 


Jadi Apa yang kita sudah tahu daripada akta syarikat yang baru ini?

Effective date 
Akta ini sudah diluluskan oleh parliment, dan daripada kata SSM. Rasanya akan guna pakai pada tahun depan

Bilangan Pengarah : 
- Sdn Bhd (Boleh seorang (1)
- Berhad 2 orang minium

Shareholder
-Seorang dah cukup untuk menjadi Pemegang Saham 

Secretary
-Masih sama, still kena ada Company Secretary yang berlesen

Audited Account
-Syarikat dormant boleh ada pilihan untuk buat ke AGM ke tidak. Macam mana nk determine status audit tu, SSM belum finalize lg


Annual General Meeting
-Sdn Bhd - tidak perlu dah buat AGM

-Berhad - Masih sama seperti sekarang

Annual Return/Penyata Tahunan 
-Kena submit ye, dalam tempuh 30 hari dari tarikh incorporation selepas setahun. So rule 18bulan semua tiada dah.

Tiada lagi capital/saham syarikat 
-Dipahamkan tiada lagi paid-up & authorised capital, so kita tunggu dah lihat. mcm mana badan kerajaan lain nk adapt benda nie. nmpk sgt akan ade masaalah nti. hehe 

Communication 
-Communication diantar ahlu syarikat boleh di buat secara hardcopy atau elektronic atau apa sahaja comunication yang di persetujuai oleh syarikat tetapi kena ada di dalam consitution.

Memorandum of Association 
-Dah tak de, dia digantikan dengan consitutions. 

Sijil Saham/ Shares Certificate 
-Sudah tidak wajib menyediakan sijil saham ini, so kedai priting akan tereffected la lepas nie.


Sampai disini sahaja blog kali ini dan daripada permahatian saya. Mostly perubahan adalah kepada syarikat Sdn Bhd bukan  berhad (public limited company) Syarikat Berhad tidak berubah sangat. Nti if ade news lain, saya update. Ada apa2 pertanyaat sila whatapp ke 0193960277/ijam

GAMBAR SEKITAR SEMINAR DI SSM PADA BULAN MEI LEPAS

Bersama Head Legal SSM. Encik Sufyan

Wednesday, 8 June 2016

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) - Kelebihan & Kelemahan yang perlu Anda Tahu


Alhamdulillah sekarang ini ramai orang mula berjinak dengan dunia perniagaan kerana mereka sedar bahawa untuk keluar daripada kemelutan ekonomi diri sendiri adalah daripada usaha anda sendiri. Jadi hari ni saya hendak menceritakan  Kelebihan dan Kelemahan Syarikat PLT ( Perkongsian Liability Terhad)

Sebelum itu, untuk megelakkan kekeliruan

Bahasa Melayu : Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Bahasa Inggeris :  Limited Liability Partnership (LLP)
*Maksudnya sama ye~  
Website saya : www.velvetcorporate.com 

Jadi sebelum cerita kebaikaan dan keburukan adalah penting untuk anda memahami criteria PLT ini. Sebab tidak guna juga anda membaca tetapi tidak tahu apa PLT ini

PLT merupakan bentuk perniagaan yang mengabungkan ciri-ciri syarikat dan enterprise. Ianya di wujudkan kerana memberi alternatif kepada perniagaan mendaftar perniagaan dan memberi akses status liability terhad kepada rakan kongsi. SSM memperkenalkan PLT ini pada tahun 2012, dan ramai perniaga mula berjinak mendaftar PLT ini.

Jadi apa yang membezakannya dengan Sdn Bhd & Enterprise?


  • Tidak seperti Sdn Bhd, PLT tidak perlu mengeluarkan saham, sebaliknya modal dalam bentuk kongsi oleh rakan kongsi.
  • Tiada keluaran saham (sebaliknya modal dalam bentuk modal kongsi oleh rakan kongsi);
  • Fleksibiliti membuat keputusan, sbb tiada EGM or AGM perlu dibuat
  • Tiada keperluan formal  untuk Mesyuarat Agung Tahunan;
  • Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM; dan
  • Akaun tidak perlu diaudit.


Jadi apa kelebihan PLT ini?


  • Kos mendaftarkan PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran Sdn.Bhd.
  • PLT tidak wajib mempunyai company secretary mahupun melantik firma akaunting berbanding Sdn.Bhd, sebaliknya wajib melantik compliance officer.
  • Tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya.
  • Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan (Annual Return) kepada SSM
  • Akaun perniagaan tidak perlu diaudit.Tetapi syarikat boleh membuat akaun untuk memantau perniagaan sendiri
  • Cukai LHDN lebih rendah berbanding enterprise. (dia sama mcm cukai korporat)
  • Hutang ditanggung oleh PLT bukan sepenuhnya oleh pemilik. *Tetapi ingat, if pengarah yang sign aggrement. Anda still kena kejar oleh bank ye.

Kelemahan dia pula

Untuk pengetahuan anda, PLT baru sahaja diperkenalkan oleh SSM pada 2012. Jadi

  • Pembukaan bank account akan mempunyaai masaalah sedikit, sebab most bank tidak biasa dengan LLP ini (Update 2021, sekarang sudah ramai familiar dengan PLT. Jadi kepada yg nk buka teruskan sahaja)
  • Officer SSM di peringkat negeri pun masih belum faham tentang Proses PLT ini (update 2021, sekarang sudah ramai familiar dengan PLT)
  • Process penutupan dia sedikit sukar, kerana kena buat voluntry winding up. 
.
Jadi sampai disini sahaja blog saya kali ini, Harap sedikit ilmu saya ini. Membantu



SILA SINGGAH KE WEBSITE
MALAYACORPORATE UNTUK DOWNLOAD

Thursday, 28 April 2016

Perkara menarik di Jepun ( Pengalaman saya)

Well, Saya terpengaruh dengan budaya Jepun Semenjak Kecil lagi. Sampai sekarang koleksi komik mmg banyak saya ade. Semenjak kecil lagi menonton animasi adalah kegemaran saya, dan semasa kecil saya memasang impian untuk melihat sendiri bungga sakura. Dan alhamdulillah pada 14 March 2016 saya berjaya menjejaki kaki ke negara matahari terbit.
.
Dan dijadikan cerita, masa saya tiba di Jepun. Hujan teramat lah Lebat semasa sampai, baju semua dalam beg. mls lah nk keluarkan. First time pulak naik train, mmg pening ler.
Overall, Jepun memang tempat wajib anda jejaki. Jadi disini saya bercerita tentang apa yang saya perasan semasa berada di Jepun.



1. Matahari terbit
Perbezaan waktu antara Jepun dan Malaysia adalah sejam, bermakna jepun pukul 5 tapi malaysia pukul 6.tetapi paling yang menarik, pukul 6 Jepun sudah gelap seperti pukul) 7.30 di Malaysia. Dan di waktu pagi pulapukul 5.30 sudah seperti pukul 7.30 di malaysia. Sangat terang.

2. Bersih
- Rasanya semua orang tahu Negara Jepun sangat bersih, dan selepas melawat sendiri negara mereka, yes negara jepun sangat2 bersih dan paling menarik tong sampah sangat susah untuk jumpa. Jikalau anda ada sampah, anda kena menyimpan nya sendiri. kemudian (selalunya di stesyen kereta api) or menyumpaai tong sampah, baru lah buang. Jangan terkejut semasa dihotel, saya kena berjalan 50 meter untuk membuang sampah di hotel saya.



3.  Transporation (kereta api)


- Macam litar electic kn, boleh sesat? yess semestinya. Sebelum ke Jepun anda di nasihati
mendownload application, kerana itu penyelamat anda macam pengalaman saya sendiri, Jikalau anda berdiri di platform 5, tidak semestinya platform ini menuju ke detinasi anda mahu, ada cara dia tersendiri,  dan bayangkan kereta api di jepun sgt sgt effective? kelewatan mereka
boleh di kata sifar?

4. Beratur
- Kalau Di Malaysia, jikalau kita nmpk kedai penuh dan beratur. Mesti kita kata "Malas lah, pergi kedai lain la",woo semestinya berlainan di Jepun. Jepun boleh di katakan beratur adalah perkara biasa. dan biasa maksudnya ianyasebahagian dari kehidupan mereka, rasanya mereka tidak pernah merunggut. Dari seksyen kereta api, kedai makan, beratur, beratur, beratur bukan masaalah mereka.

5. Keselamatan
Korang mls nk pegang beg berat kat airport? sebab nk gi tandas. well insyallah beg tu ada lagi kat situ?
seriosuly, kalau kat Malaysia letak je sedikit barang. nescaya hilang la.
Berbeza sangat di Jepun. Anda bayangkan seorang peserta trip kami tertinggal Iphone 6 di stesyen kereta api, patah balik dapat lagi tau. mereka tinggalkan je di disney land

6. Duit Siling
- tidak seperti di Malaysia pengunaan duit syiling sangat byk di jepun. dan mostly mereka ada beg utk duit syiling

7. Pakai mask
- Mcm fashion, tetapi mereka tidak semestinya sakit pn, tetapi nk melindungi diri dari penyakit. Anda bayangkan ade 30juta rakyat di Tokyo Sahaja hampir sama byk dengan rakyat malaysia.

8. Harga
Tidak di nafikan Jepun lebih mahal daripada Malaysia, dan taraf hidup mereka sangat tinggi.
kalau anda nk compare kn, contohnya Air dimalaysia adalah RM1.00 : 0.30 dan di jepun adalah RM3.79 ( YEN 110)
barang2 plak mostly barang sovienger adalah 1,000 yen dan keatas, 1000 yen berjumlah RM38.00
kira seperti 1.00 Malaysia di darab dengan 3.4



9. Bahasa
Di galakkan memahami perkataan basic seperti dekat mana, , sini ke. Tapi jangan risau mostly kat Jepun sigboard dia boleh di fahami
dan orang-orang jepun terutama di stesyen kereta api memahami basic english, anda jangan segan sesat di sebabkan ramai juga rakyat Jepun sesat. hehe


10. Teksi dan sewa kereta?
X payah lah, jepun sangat mahal tau. Di pahamkan tiada subsidi minyak. Jadi cost transporation mereka mahal. If sy jadi mereka pn saya tidak naik kereta.

11. Sopan Santun
Seriously mereka sangat polite, walaupun kadang-kadang macam ayam dan itik. mereka akan cuba juga membantu anda.

12. Makanan
Makanan halal? yes sangat susah nk dapat. So better research awal2 mana kedai makan dan apa makanan yang boleh makan.


13. Ada Robot Gundammmmm!!!!
Hehe, saya memang minat anime ni, dapat plak tgk robot gundam. Memang best ler...



14. Orang dia sangat2 ramai
Kami hanya ketokyo sahaja, apa yang saya research tokyo sahaja dekat 30juta orang. Kat malaysia sahaja, rakyat kita hanya 30juta orang. Bayangkan berapa sesaknya Jepun ni. Tetapi mereka sangat tersusun, Jadi tak nampak sangat sesak nya tu. Train pn berlambak






once again thanks Sushi Travel. Nti saya upload lagi ye ;)


Wednesday, 27 April 2016

Bolehkan pekerja kerajaan menjadi director?

Siapa boleh jadi company director (2)
kenapa sesiapa blum membaca lagi. sila boleh click sini
http://azizamazizan.blogspot.my/2016/03/menjadi-director-di-dalam-syarikat.html
sekali lagi topic ini kepada syarikat sdn. bhd. ye

Disclamier - sumber ini, adalah di atas kajian saya sendiri dengan membuat research dengan lebih 20 orang didalam pelbagai bidang pekerjaan dan ramai juga bertanya tentang soaalan ini.

Jadi Tajuk kali adalah :
Bolehkan pekerja kerajaan Menjadi director?

Introduction-
Well, bukan anda seorang sahaja ingin mencari other income kerana keadaan ekonomi sekarang ini. Tidak kira dalam bidang apa, ramai tercari2 cara menambah perniagaan, daripada jual beli online,  dropshipping, beli saham. dan lain-lain lagi tidak lari juga pekerja kerajaan.

Jadi bolehkan pekerja kerajaan menjadi pengarah syarikat?

Mengikut pekeliling : sila click link "ini saya jumpa" tidak tahu relevant lagi ke x.

5.   (1) Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberikuasa dengan nyata oleh Ketua Jabatannya untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidak boleh --

(a)
mengambil bahagian secara Iansung atau tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;
(b)
mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;
(c)
sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah; atau
(d)
bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.
*Ini pekeliling lama, kemungkinan ada yang baru, disebabkan kerajaan juga mengalakkan individu mencari sumber pendapatan lain.

Jadi conclusion dia :

1) Pertama anda kena tengok contract anda jikalau tidak mengatakan, teruskan saja.
2) Jikalau anda tidak clear, anda boleh meminta surat kelulusan daripada ketua jabatan anda. Prosess dia saya tidak sure
1) Kena declare- well, kang byk sgt income (ade org dengki) tak pasal pasal jadi cerita lain plak.

Jadi bagaimanaplak kalau saya senyap dan tidak declare.

- tidak dinafikan ramai yang menjadi director senyap-senyap. dan tidak kena apa-apa, well selagi tiada org dengki,report or ada masaalah timbul. Insyallah tiada apa-apa, tetapi kalau ade masaalah nti. memang bermasaalah lah.

So terpulang kepada anda untuk declare ke tidak. Kalau anda rasa tidak mahu declare ada beberapa pilihan untuk anda :

- Menjadi shadow director : mengunakan nama orang lain, tetapi anda yang  mengawal operasi syarikat (di nasihatkan membuat perjanjian luar @ black and white)

Di ingatkan sekali lagi bahawa sumber kali ini berdasarkan kajian saya. Kebenaran 100% saya tidak beberapa sure, sebab takot ada pekeliling baru dan soalann ini sering kali di tanya.
sampai disini sahaja blog saya kali ini.

Jikalau mempunyaai soalan sila bertanya di form di bawah
https://docs.google.com/forms/d/1B5J0XV3YxxYFu7gpK4rBG96JY9pali9Tqx8YTo3CwJw/viewform


Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...