Friday, 25 November 2022

Jemput Follow saya di Media social

Hi semua, jemput follow saya di media social saya di youtube & tiktok.
Buat sementara waktu ini, saya akan banyakkan buat video dekat tiktok & youtube, blogspot ini akan slow update sementara ini sebab tidak sempat hendak buat semua serentak. 

Tetapi selepas video-video saya selesai buat baru akan aktif menulis blog semula. Jadi stay tune ye.


Bersama youtuber fav saya financial faiz

Sebelum itu saya hendak ucapkan terima kasih kepada Lets Jom studio & team financial faiz yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi tentang topik yang saya rasa sesuai untuk dikongsi untuk masyarakat iaitu pinjam nama untuk daftar perniagaan. Boleh terus tonton video itu ye. Seriously kekok masa ni, jadi kalau saya cakap gagap tu. Insyallah saya akan improve dari semasa ke semasa

https://www.youtube.com/watch?v=u6o-hYqZQAE&ab_channel=Let%27sJomStudios


Ok berbalik kepada posting hari ini, saya hendak invite anda semua ke channel youtube & blogspot saya. Ini link platform dia ada di bawah. 

Saya memang akan aktif keluarkan video-video, sebab bagi saya. Berkongsi pengalaman dan ilmu adalah perkara mulia yang patut dibuat oleh semua orang buat. Insyallah bila kita selalu berkongsi, urusan kita juga akan dipermudahkan. 

Jadi saya terangkan ringkas tentang youtube & tiktok saya


https://www.youtube.com/@malayacorporate5056/videos

Youtube
 : Untuk Platform youtube saya akan focus berkongsi video-video pensyarikatan yang panjang2 seperti video tutorial. Siaapa sangka video perkongsian pendaftaran enterprise yang buat semasa pkp mencecah 21k orang tonton. Jadi sekiranya anda rasa ada topik perlu saya cover boleh terus text dekat comment. Insyallah perlahan2 saya akan reply













https://www.tiktok.com/@azizam.malaya

Tiktok : Untuk Platform tiktok pula, saya akan focus berkongsi video-video pensyarikatan yang pendek2. Dah study dimana dekat tiktok ni, kebanyakan generasi-generasi baru yang tengok
iaitu 12tahun ke 18tahun.
Jadi video-video yang sesuai untuk mereka adalah video pendek2.
sebenarnya Topik pensyarikatan mmg tak sesuai dekat tiktok ni.. Tapi saya percaya ada juga individu nk tahu tentang pensyarikatan. Jadi kita kongsikan sahaja info. 





Saturday, 20 August 2022

Company Trip Pertama Kami

Alhamdulillah bulan lapan 2022 saya berjaya membuat company trip firm saya di Grand Lexis Port Dickson. Dulu masa berkerja selalu sangat saya jelous dengan syarikat-syarikat yang ada company trip ni. Jadi bila sudah menjadi majikan saya hendak pastikan staff dapat merasakan apa yang saya tak dapat rasa masa berkerja dulu, sebab bagi saya staff adalah aset yang perlu dihargaai.

Buat masa ini man power firma saya masih kecil jadi senang nk manage, insyallah tahun 2023 akan makin besar sebab saya dlm process merging bbrp firm. Kalau betul jadi pergabungan ini, staff saya bertambah



Cuma kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya  dan post ini mostly tujukan kepada mereka yang mula nk berniaga. 
Pada mula berniaga dulu saya sama macam anda iaitu amat takut hendak mengambil staff. Semua saya buat sendiri dan siang malam saya kena berkerja. Tak salah kalau kita berterusan mcm ni dan sebagai usahawan kita kena tahu semua A to Z
Tapi apa yang saya perasan bila semua kita buat sendiri, growth kita akan sedikit lewat. Sebab kita kehilangan masa untuk fokus kekuatan perniagaan kita. Hebat mcm mana anda, kita cuma ada masa 24jam sahaja. Jadi lebih baik mencari penganti untuk membantu membuat kerja-kerja kita.

Jadi apa saya nk kongsi dekat anda, anda jangan terlalu risau mengambil staff. Cuma nanti anda kena belajar macam mana nk pantau staff, handle masaalah staff. Semua ini akan ada lalui. Jadi berikut adalah beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya

1) Caruman KWSP & PERKESO adalah wajib tidak kira mereka masih dlm tempoh percubaan atau tidak
2) Sekiranya antara termaktub kepada akta, anda kena carum juga HRDF. 
3) Mengambil staff ini ibarat investment, ada yang good staff dan bad staff, jadi sebelum anda mengambil staff pastikan anda tugas-tugas staff adalah jelas.
4) Gaji yang setimpal, pengalaman saya kalau hendak mendapat quality staff mmg kita kena bayar lebih sedikit. Berdasarkan pengalaman saya. Kalau nk ada staff yang berkualiti mmg kena bayar tinggi. 
5) Staff tidak akan kekal selama-lamanya dengan kita, jadi jangan rasa sedih bila staff kita resign, adalah lumrah kehidupan untuk mereka mencari peluang yang jauh lebih baik. Jadi mcm saya saya cuba bagi sebanyak benefit kepada staff dan kalau anda betul2 rasa staff itu penting. Boleh buat mcm syarikat2 besar buat iaitu memberi sedikit saham atau jadikan mereka partner. 

Jadi usahawan semua, saya mengucapkan semoga maju jaya. 



Tuesday, 16 August 2022

Dapat Notis Pemotongan Nama Seksyen 551 Apa Perlu Anda Buat

Hi, baru-baru ini SSM mula mengeluarkan notis penutupan kepada syarikat-syarikat Sdn Bhd yang SSM percaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan. Sebelum itu, maaf saya kurang updata, tengah mencari staff untuk assist saya di media sosial sbb hendak tunggu saya edit video dan posting memang lambat. Jadi cara yang terbaik saya upah seorang staff.

Berbalik semula kepada topik hari ini. 

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini SSM telah menghantar notis pemotongan nama kepada syarikat yang mereka percaya tidak beroperasi.

Rupa notis adalah seperti berikut :



Untuk pengetahuan semua, Syarikat Sdn Bhd beroperasi atau tidak, syarikat wajib menghantar laporan tahunan dan laporan kewangan setiap tahun. Banyak owner syarikat sdn bhd yang selalu saya jumpa. Selalu mengabaikan perkara ini dengan justifikasi mereka mengatakan mereka tidak beroperasi dan tidak mahu menghubungi Setiausaha Syarikat mereka. Benda ini salah ye, beroperasi atau tidak submission itu adalah wajib. Dengan sekarang saman daripada pelbagai sudut, kalau betul tidak beroperasi baik tutup.

Jadi surat ini SSM mengeluarkan dan syarikat-syarikat yang dapat surat ini adalah syarikat yang tidak menghantar laporan kewangan atau laporan tahuan di SSM. Di mata SSM, mereka hendak tahu adakah anda masih meneruskan syarikat atau sebaliknya.

Jadi sekiranya anda telah dapat notis dan mahu meneruskan syarikat , anda perlu menghubungi company secretary anda dengan segera. Masa ini syarikat masih status beroperasi. Sekiranya sdah keluar seksyen 551(4) yang ni mmg leceh sbb kira syarikat telah ditutup. Hendak reinstate syarikat lagi leceh sebab kena melalui mahkamah.

Cuma ada beberapa pelanggan saya tanya better dia buka baru atau sebaliknnya. Yang ini anda kena hubungi saya. Sebab ada bberapa faktor yang saya kena tengok sebelum bagi advise.
Boleh terus hubungi saya di talian 0193960277.


Monday, 24 January 2022

Hello Double Degree Accounting 2022

Hi Semua, Maaf saya kurang update di blogspot saya. Bukan saya menghilang diri, tetapi saya sibuk menguruskan syarikat saya. 

Tahun 2022 memang amat mencabar bukan sahaja covid di tambah lagi  compliance seperti SSM dan LHDN makin aggressive. Jadi selaku Setiausaha Syarikat Berdaftar saya kena pastikan semua reminder di hantar kepada pelanggan. 

Untuk pengetahuan semua juga, Saya kurang update di blogspot tetapi aktif menulis article di website saya.

                                     https://malayacorporate.com/malaya-corporate-library/2/

Ini link article dalam website saya. Vision saya adalah hendak menjadikan  website saya library kepada semua usahawan. Jadi saya perlukan masa yang lebih untuk diberikan di website ini. Kepada yang berminat boleh direct sahaja singgah ke website saya

Ok Berbalik kepada topik Double Degree saya, March 2022 bermulalah "Road to MIA" before 40 Tahun. Apa itu MIA? MIA bermaksud Malaysian Institute of Accountants (MIA) iaitu akautan yg bertauliah.

Ada rakan-rakan saya cakap, kenapa tidak apply ACCA or CIMA sahaja.

Jawapan saya, saya dah ada partners dan associate dlm accounting. Jadi Biarlah team saya yang handle sahaja kerja-kerja account tu. Saya ni lebih suka bergerak dalam team. Kat Uitm pun insyallah boleh transfer credit. huhu.

Cuma apa saya target, apabila diri mencecah 40an nanti. Nk jadi advisor yang byk lesen. Sebab bila umur 40an, rasa memang tak larat dah nk buat kerja2 ni. Time ni nk jadi consultant dan focus pada advisory sahaja. 


                             

Jadi sebelum cecah 40an. Ada lagi bbrp lesen yang saya aim nk ambik dan yang penting niat nk improve diri sendiri itu kena sentiasa berterusan. Juga dalam dunia perniagaan di Malaysia ni. Company Secretary kurang di padang tinggi. Tetapi di dalam Corporate World. Company Secretary mmg dipandang tinggi. 

Memang payah tapi at the end untuk diri saya sendiri juga. Anda pun sama, saya galakkan sentiasa improve kan diri. Insyallah reward itu akan sampai juga nanti.




Sunday, 3 October 2021

Akan update blogspot topik-topik lama sehingga 31 October 2021

Kepada Semua pembaca blogspot saya.
Saya didalam process update balik semua topik di blogspot saya.

Terkejut saya sebab average pembaca blogspot saya telah mencecah 5k to 10k pembaca sebulan.
Ikutkan tujuan ASAL saya hendak sharing info sahaja. Tidak sangka ramai pembaca, JADI saya perlu memastikan semua topik di blogspot saya berupdate pada 31 Oktober 2021 ini.

Insyallah saya akan update selalu blogspot ini.  Sekali lagi terima kasih di atas sokongan anda semua

Ikhlas
Azizam Bin Azizan

Monday, 9 August 2021

Tempat Beli Barang Secondhand Pejabat Terbaik di Kuala Lumpur?

 Hi, kali ini saya hendak berkongsi dengan anda ''Tempat saya membeli peralatan perabot SECONDHAND yang terbaik''. Teringat cerita saya 4 tahun lepas. Dulu hendak beli meja pun tidak mampu.
Kepada anda yang baru bermula. Perjalanan memang sukar diperingkat awal. Tapi bila anda sudah dapat rentak. Insyallah anda boleh, JANGAN GIVEUP  dan AVOID pergi kelas yang mahal-mahal.
Digalakkan Join kelas yang murah-murah seperti dibawah selia MARA, PUNB, INSKEN, PKNS SELANGOR. Bukan apa selain murah, networking di kelas-kelas kerajaan ni terbaik. Sebab tu saya aktif join program-program under kerajaan ini. Masa covid ni je kurang. Sbb saya tak suka join online sbb tidak boleh nk networking.

Ok berbalik kepada topik. Saya ni dah merata tempat saya mencari barang-barang pejabat ni. Ye lah, kita bukan daripada keluarga yang senang. Jadi capital pun perlahan2 upgrade. Macam-macam tempat saya dah survey dan pergi. 
Dulu pejabat saya dekat dgn ikea. Jadi Pergi IKEA Je lah, Tapi ikea tak banyak pilihan dan bagi saya mahal.
Then satu hari, saya post dekat facebook dan Alhamdulillah Ada beberapa rakan berniaga saya recommend dekat Chai-chai trading ni.


Untuk pengetahuan semua, mostly fb saya dipenuhi oleh rakan-rakan yg berniaga. Sekiranya anda nk add saya boleh find saya di facebook ye. 

ini link : https://www.facebook.com/azizamazizan



Sebab yg suggest ni pun rakan-rakan saya yang hebat2. Shukri Razak ni owner kepada Ommo home (penjual perabut) En halim (otai aircond, trainer INSKEN dibawah syarikat Techmaster). So saya pergi la sendiri. Terus terang, MEMANG TERBAIK tuan-tuan & puan-puan sekalian. Dah la 5 tingkat,
barang banyak. Siap ada secondhand, Baru pun ada. DAN yang best nya, barang-barang secondhand di amat berkualiti. Siap ada peralatan secondhand seperti komputer, telephone, printer pun ada secondhand. Saya bagi gambar untuk tantapan anda.

Tapi sebelum itu
(SAYA BUKAN DIBAYAR OLEH MEREKA YE) 
Blogspot ni sekadar nk kongsi pengalaman. Jadi mana tahu memberi manfaat kepada yang mereka yang memerlukan.


Ini Baru


Secondhand



Secondhand

Secondhand
BANYAKKAN?,
memang rambang mata bila sampai sana. Rasa macam-macam saya nk beli . huhuhu. Sebab tu kena bawa Bini, nanti dia control. 
Cuma satu je nk pesan. Ahad mereka tutup. Jadi kena pergi, kena pergi selain hari ahad.

Juga masa covid ni mereka x buka. Jadi kepada mereka yang cari peralatan pejabat. Try la ke sana.
Lepas ke sana, then anda COMMENT dekat sini. Berbaloi tak pergi?
Juga lokasi kedai ni dekat-dekat Jalan duta, Jalan Kuchai lama

Semoga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan ye

Saturday, 7 August 2021

Kenapa Akhirnya Anda Kena Buka Syarikat Sdn Bhd?

Hi, seperti semua tahu. Saya adalah "'Seorang Setiausaha Berlesen'' dan alhamdulillah tahun 2021.
Saya sudah mempunyai hampir 230 pelanggan berdaftar. Lagi bersyukur kebanyakkan pelanggan saya adalah referral dan dalam 40% juga daripada blogspot ini sahaja. Sebab itu saya dah decide untuk lagi aktif menulis perkongsian saya di blogspot ini. 

Saya bukan berasal daripada keluarga business. Network dan Capital pun tiada. Saya memang mula daripada bawah. Jadi bila dah ada 200 lebih pelanggan berdaftar ini. Memang saya amat hargaai.Website & video juga buat sendiri berlajar di youtube.

JADI TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERI

Jadi berbalik kepada topik. Saya ingin berkongsi dan memberi pandangan saya KENAPA PEMILIK ENTERPRISE atau Milikan tunggal KENA buka Syarikat Sdn Bhd AKHIRNYA.




Saya listkan dengan cara yang mudah untuk anda paham

Pertama : Keuntungan perniagaan yang tinggi
Untuk pengetahuan semua. Cukai Enterprise adalah cukai individu jadi dia boleh mencecah 30% .
ini link untuk anda semak sendiri kadar cukai anda.
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11

Sdn Bhd pula adalah cukai korporat dan rate dia adalah 17% (boleh refer link)
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=2&bt_posi=5&bt_unit=1&bt_sequ=1

Jadi bila keuntungan bersih telah tinggi. Ada telah disarankan untuk membuka syarikat Sdn bhd.

Kedua : Confident Third Party
Confident yang saya maksudkan ini bukan pelanggan. Saya maksudkan adalah adalah third party daripada Kerajaan, Badan berkanun, supplier, bank dan lain-lain . Kalau anda melakukan perniagaan B2C atau maksudnya "'Business to Customer" kadang kala pelanggan tidak kisah langsung kita ni enterprise atau sdn bhd. 

Jadi kenapa third party lebih yakin dengan syarikat Sdn Bhd? Ini kerana syarikat Sdn Bhd wajib menghantar laporan kewangan kepada SSM setiap tahun. Jadi semua oang boleh access laporan kewangan anda di SSM. Enterprise dan PLT TIDAK PERLU melapor kewangan dekat SSM. Laporan kewangan  syarikat Sdn bd juga wajib di audit oleh juruaudit yang bertauliah jadi dengan laporan kewangan anda SAHAJA boleh menyakin third party untuk pelbagai kegunaan seperti pinjaman duit, masuk tender dan lain-lain.
Kemudian baru masuk pitching dan business plan.

Ketiga : Ingin Membuat Franchise
Maaf semua, Enterprise tidak boleh melakukan Franchise. Syarat yang telah di tetapkan oleh Persatuan Franchise Malaysia. Anda kena syarikat Sdn Bhd dan telah beroperasi selama 3 tahun baru boleh membuat franchise. Jadi kalau anda dah mula rancang nk buka franchise, anda telah boleh mula rancang untuk membuka Syarikat Sdn Bhd

Ke-Empat : Raising Capital | Ingin menambah modal perniagaan
Ok, Ini adalah sebab-sebab UTAMA kenapa anda perlu membuka syarikat sdn bhd. Kalau enterprise anda tiada SAHAM untuk dijual. Jadi sukar hendak Rasing Capital. kalau nk raising capital, anda perlu membuat loan, membuat pinjaman atau mereka kena jadi rakan perniagaan anda. 

Sesetengah orang, mmg tidak suka ORG LUAR masuk campur dalam perniagaan kita. Jadi membuka Syarikat Sdn Bhd adalah cara terbaik untuk RASING CAPITAL ini. berikut adalah antara-antara cara untuk anda Raise Capital mengunakan syarikat Sdn Bhd :
1) Jual saham anda, diantara Saham Biasa (Ordinary Shares) atau Saham Keutamaan (Preference Shares)
2) Crowd Funding
3) Road to ipo - pergi ke berhad
4) Modal Teroka
5) P2P 
6) Geran
7) Venture Capital

Macam-macam lagi cara hendak RASING CAPITAL, yang ini mmg kena personal coaching. Sebab setiap syarikat berbeza jadi setiap cara raising akan berbeza. Boleh hubungi saya 0193960277. Insyallah saya boleh LINK-kan kepada orang-orang yang sepatutnya. 
 
Ke-Lima : Masuk Tender

Ikut pengalaman saya, selalunya tender-tender yang amount yg besar. Selalunya mereka menawarkan kepada syarikat Sdn Bhd. Perkara ini selalu dicerita oleh client saya yang akhirnya membuka syarikat Sdn Bhd.

Ke-Enam : Loan Perniagaan Amount yang besar
Mengikut pengalaman saya, jarang enterprise dapat loan 200k dan keatas. Selalunya amount-amount yang besar ini syarikat Sdn Bhd yang dapat. Jadi anda perlu consider untuk buka syarikat Sdn Bhd bila anda ada plan nk buat loan perniagaan. Sebab dia take time. Bukan terus buka syarikat sdn bhd terus boleh dapat loan. Kalau insititute kewangan seperti PUNB, MARA itu lain sedikit. (Ini berdasarkan pengalaman saya sahaja)

Ke-Tujuh : Ingin Legacy Perniagaan Anda & Sudah paham konsep Liability
Rasanya semua maklum yang Sdn Bhd mengamalkan Separate Legal entity dimana liability Pengarah dan pemilik adalah berbeza. Selain itu anda juga boleh meletakkan nama pewaris-pewaris sebagai pemegangn saham.  
Yang ini mmg kena contact or personal coaching.

Banyak lagi sebab-sebab akhirnya Pemilik ENTERPRISE akhirnya kena buka syarikat Sdn Bhd 
Kesimpulannya. Anda ada soalan tentang syarikat Sdn Bhd?
Boleh terus hubungi saya.
Tel : 0193960277
Email : azizamazizan@gmail.com





Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...