Wednesday, 12 February 2025

Apa Itu E-Invoice & Kenapa Kena Pakai?

Hi Semua Selamat datang ke blogspot saya tahun 2025

Hari ini kita akan bincangkan tentang Einvoice. 

E-Invoice atau invois elektronik ni sebenarnya invois digital yang terus masuk ke sistem pembeli dan LHDN. Kiranya, tak payah dah print invois kertas atau buat dalam PDF macam dulu. Semua transaksi akan direkod dalam MyInvois Portal atau melalui API (Application Programming Interface) kalau guna sistem yang lebih canggih. Senang cerita, sistem ni dibuat untuk mudahkan pemantauan cukai, kurangkan kesilapan, dan pastikan semua transaksi lebih telus & automatik.

Kalau dulu invois boleh jadi hilang, salah kira, atau lambat dihantar, dengan e-Invoice ni semua real-time. Bila kita hantar invois, LHDN akan terus sahkan, dan setiap invois ada Nombor Pengenalan Unik (IRBM Unique Identifier Number) dengan QR Code. So, kalau nak semak sama ada invois tu betul atau tak, boleh scan je QR Code tu. Takde lagi kes invois tipu!

E-Invoice ni wajib untuk semua jenis transaksi, B2B (business to business), B2C (business to customer) dan B2G (business to government). Kalau B2B, invois terus masuk sistem pembeli & LHDN. B2C pulak, kalau pelanggan nak resit biasa takpe, tapi lepas tempoh tertentu, peniaga kena buat e-Invoice yang dikumpulkan (consolidated). Kalau B2G, lebih kurang macam B2B, tapi ada syarat ketat sikit dari kerajaan.

Bila kena pakai? 1 Oktober 2024 wajib untuk syarikat yang ada sales lebih RM100 juta, 1 Januari 2025 untuk yang ada sales RM25 juta ke RM100 juta, dan 1 Julai 2025 wajib untuk semua perniagaan termasuk yang baru daftar dari 2023 & ke atas. So, kalau bisnes korang tak besar lagi, ada masa nak prepare sebelum kena pakai sistem ni.

Kesimpulannya, e-Invoice ni memudahkan hidup pembeli & peniaga, kurangkan paperwork, elak kesilapan akaun, dan paling penting senang nak buat filing cukai. Jadi, kalau bisnes korang dah ready, baik start explore sistem ni sekarang supaya tak kelam-kabut nanti


Tuesday, 3 December 2024

Corporate Game 'MAICSA - UiTM Student Conference 2024'

Corporate Game 'MAICSA - UiTM Student Conference 2024'

Selamat datang ke blog saya! Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman menarik dalam penganjuran Corporate Game sempena MAICSA - UiTM Student Conference 2024.

Acara ini melibatkan 400 pelajar, dibahagikan kepada 3 kelas, dan berlangsung selama 2 jam. Ia bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman interaktif serta meningkatkan kemahiran mereka dalam perancangan korporat dan kerja berpasukan.

Namun, tugasan ini datang dengan cabaran tersendiri. Saya menerima jemputan untuk menganjurkan acara ini secara spontan ketika menghadiri kuliah MACS semasa persidangan tersebut berlangsung. Sebagai seorang alumni UiTM, saya tidak berfikir panjang dan terus bersetuju. Walaupun jadual saya sangat padat ketika itu, saya menganggap ini sebagai peluang untuk menyumbang kembali kepada alma mater.

Cabaran utama adalah:

  • Pengurusan masa: Mengimbangi komitmen kerja harian dengan persiapan acara dalam tempoh yang singkat.
  • Perancangan segera: Memastikan setiap elemen aktiviti memenuhi objektif program.
  • Kerjasama dengan pihak penganjur: Menyelaraskan keperluan acara agar semua berjalan lancar.
Susah kami memikirkan program yang bersesuai sebab corporate game dan beratus students, Jadi pelbagai simulation yang kami pikir.


Yang lebih mengujakan, panelis yang dijemput sempena konferens ini adalah nama-nama besar dalam bidang secretarial line. Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh profesional yang sangat berpengalaman, memberikan inspirasi dan ilmu yang amat berharga kepada para peserta. Kehadiran mereka menambah nilai kepada acara ini dan memberikan dimensi baru kepada perbincangan.

Walaupun mencabar, saya sangat berpuas hati apabila melihat pelajar-pelajar ini aktif mengambil bahagian, menunjukkan kreativiti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Sebagai alumni, pengalaman ini amat bermakna, dan saya bersyukur dapat memberi sumbangan kecil kepada generasi baru.


Azizam Azizan
"Transforming Ideas into Experiences"


Tuesday, 13 August 2024

Ebook Himpunan Geran & Pembiayaan 2024

 

Hi semua, terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya. Rata-rata pembaca blog saya mencapai 5,000 setiap bulan, dan alhamdulillah, masih ramai yang melawat. 

Saya akui, saya jarang mengemas kini blog kerana kesibukan menjalankan perniagaan , menjadi seorang pesuruhjaya sumpah, dan kini sebagai seorang ayah.  Sibuk betul, sampai dah tiada dah masa sendiri. Weekend pun sibuk dengan urusan anak. Hari biasa sibuk urusan sumpah

Penulisan kali ini saya hendak ingin memaklumkan bahawa saya baru sahaja melancarkan ebook terbaru yang mengumpulkan maklumat tentang geran-geran perniagaan yang saya ketahui tahun 2024. 

Untuk pengetahuan anda, tahun ini sahaja saya telah berjaya memohon empat geran perniagaan. Saya rasa rugi jika hanya saya yang mengetahui maklumat ini. Jadi tujuan himpunan ebook ini adalah himpunan geran dan pembiayaan yang saya tahu. 

Jadi sekiranya anda berminat bolehlah membeli di link di bawah 



Sunday, 21 January 2024

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Impian saya untuk mempunyai pejabat sendiri bertukar menjadi bangunan sendiri 🤗Sebab masih dalam proses, jadi saya hidden dulu program apa ye. Lepas sahaja selesai dan semua dah bersign dan selesai. Saya akan buat content di tiktok azizam.malaya perjalanan dia. Lama tau mohon, setahun lebih juga. 



Pada awalnya, saya tidak merancang untuk membeli pejabat lagi sebab cashflow hendak kena jaga, tetapi disebabkan owner ingin menjual, terus saya mencari peluang dan program yang wujud dan mohon. Disebabkan Kami menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat, alamat berdaftar sangat penting bagi kami sbb surat menyurat pelanggan sampai ke pejabat kami.

Sesiapa yang mengenali saya dari awal mungkin tahu bahawa saya bermula dengan menyewa meja pada tahun 2014-2015. Ikutkan kami hendak membeli unit saya sahaja, tetapi status bangunan ini adalah individual tittle. Nak tak nak kenalah beli satu bangunan. Bukannya murah mmg lebih 2Juta. 

Jadi apa lagi, macam biasa saya terus cari program-program yang ada wujud dan mohon sahaja.
Untuk makluman anda semua, ini yang membezakan saya dengan banyak usahawan. Macam saya ini, saya ni jenis mohon sahaja program-program yang anda. Dapat tak dapat belakang cerita, untuk pengetahuan anda banyak sahaja program-program yang wujud dekat Malaysia ini tidak kira bangsa dan agama. Kita sahaja kena rebut peluang 

 Tahun 2024 mungkin menjadi tahun "luck" untuk kami. Sebab ada lg bbrp berita baik yang akan menyusul. Insyaallah 🤗

Sekadar ingin berkongsi berita baik dengan rakan-rakan membaca blogspot saya ye. 🤗🤗

Sekiranya hendak menghubungi saya untuk pendaftaran syarikat atau percukaian boleh text saya di sini ye

https://beacons.ai/azizam.azizan
https://beacons.ai/azizam.azizan
https://beacons.ai/azizam.azizan
https://beacons.ai/azizam.azizan

Tuesday, 19 December 2023

Pengalaman saya membeli rumah Subsales (Jangan ikut kesilapan saya)

 Hi semua,

Lama saya tidak update blog sbb sekarang ini saya dah makin aktif membuat content di tiktok dan youtube. Tahun 2024 saya plan nk buat youtube Azizam Family, mcm biasa kita buat sahaja betul ke salah tu kemudian. Nak tunggu perfect mmg tak akan siaplah jawapan dia. 

Saya dah ada bio untuk semua link, sekiranya nk contact saya. Boleh refer bio di bawah ye.


Kalau nk buat juga bio mcm saya ni, boleh guna link ini. https://beacons.ai/signup?c=azizamazizan Sekarang ni mcm2 teknologi ai. Jadi rugi kalau kita tak guna

Topik kali ini saya nk berkongsi pengalaman saya membeli rumah subsales supaya anda semua belajar daripada pengalaman saya.  Ikutkan kami plan hendak beli rumah lama lagi. Tapi tangan gatal sangat asyik view rumah. Terjumpa pula rumah yang kami suka. Boleh pulak semua loan yang mohon lulus. Apa lagi sign sahaja. 

Rumah ke dua kami ;)

Ok, Berikut adalah beberapa perkara yang saya hendak kongsi dan anda kena ambik iktibar sekiranya hendak beli rumah subsales ini.

1. Inspection 
Ok, ini pengajaran yang saya nk betul2 anda kena ambik iktibar sebab ini rumah subsales kalau ada defect tidak boleh claim dengan developer atau dengan sesiapa, at the end guna poket sendiri sahaja. Untuk pengetahuan semua, kami view rumah kami dua kali. Pertama denga agent, kedua kami view selepas loan approve juga dengan agent. Cuma kami pergi view tanpa bawa sesiapa pun yang mahir tentang rumah. Bukan nk kata owner lama menipu. Cuma kami tidak tahu dan perasan terdapat banyak kerosakan dan kebocoran yang perlu dibaiki.  Disebabkan ini memang burst terus bajet kami. Ingatkan bila masuk rumah just nk upgrade barang-barang sahaja mcm peti ais yang besar, sofa baru. Memang habis habisan kami cari perabot dekat home expo. Sekali sebab banyak kerosakkan. Jadi kami terpaksa focus untuk perbaiki rumah dulu. Memang silap, sebab patut kami datang dengan contractor. Kalaulah kami view dengan contractor bolehlah kami nego dengan owner lama untuk kurangkan sedikit harga. Jadi dengan duit itu bolehlah bayar duit yang nk kena repair tu. silap mmg silap 

2. Hitam Putih
Ikutkan owner lama ada cakap dia akan repair tingkap yang pecah, tapi bila dapat kunci. hmmmm. Tak repair pun. Duit pun dan release. Jadi kepada anda at least ada lah perbualan hitam putih mentioned perkara ini. Belum lagi sampah yang ditinggalkan. Jadi kepada anda take note pekara ini ye

3. Harga rumah akan sentiasa mahal
Dulu masa kecil, saya ingat rumah 1juta boleh dapat mcm istana, tp realiti sekarang ini rumah 700k - 1juta dekat Klang Valley ini boleh dapat teres dua tingkat sahaja.
Jadi kita tahu rumah akan sentiasa mahal.
For me, no point complaint. Cara yang terbaik kita kena improve income kita sendiri. Macam kami, mmg dah decide untuk duduk dekat klang valley sahaja. Kami sudah biasa duduk kawasan yang sibuk. Jadi mmg tak rasa boleh keluar daripada kawasan banda.

4. Beli Rumah Subsales ini makan masa
Ingat ye, beli rumah subsales ini makan masa at least 6 bulan baru selesai. Itu pun kami minta tlg lawyer untuk percepatkan. Kami ingat dalam 2 ke 3 bulan je. Tapi rupanya makan masa yang agak lama.
Jadi kalau anda nk beli rumah subsales. Kena ready 6 bulan untuk terima kunci.

Ok ringkas sahaja topik ini. Walaubagaimana pun saya dengan isteri bersyukur dengan rumah yang kami ada sekarang. Bila dah anak ramai ni dengan saya sibuk berniaga. Kalau boleh balik tu malas nk menunggu lift. Sebelum ini duduk rumah apartment. Kadang kala penat nk balik rumah sbb menunggu lift. Sekarang senang buka pagar terus balik sahaja. Jadi kepada mereka yang bakal membeli rumah.
Saya ucapkan goodluck ye. Insyallah kalau kita berusaha untuk keluarga rezeki kita dipermudahkan ;)





Tuesday, 13 June 2023

Percuma Modul Pensyarikatan untuk Semua Pelanggan Saya

Hi pembaca blogspot semua, topik kali ini saya hendak update tentang perkhidmatan setiausaha syarikat saya. Sebab ada yang bertanya daripada blogspot yang saya masih aktif atau tidak. Alhamdulillah saya masih bertahan pada tahun 2023 ini. Juga selepas 10 tahun berniaga saya sudah mula fokus satu bidang sahaja. Insyallah saya memang aim menjadi setiausaha syarikat yang lebih mahir tentang macam-macam akta.

Untuk maklumat semua, pada 2023 ini, saya di dalam proses menukar lesen setiausaha syarikat saya kepada lesen professional setiausaha syarikat di bawah MACS. Insyallah saya akan bersedia menjaga syarikat berhad dalam beberapa bulan lagi.

Saya juga telah menyediakan modul pensyarikatan PERCUMA kepada pelanggan saya. 
Video ini berbentuk unlisted, hanya pelanggan sahaja akan dapat. Insyallah macam-macam lg modul akan saya keluarkan. Cuma sebab saya yang edit sendiri, jadi makan masa sedikit. Juga video ni berbentuk information. Jadi mmg yang nk tahu sahaja akan focus untuk tonton.  



Didalam modul pensyarikatan ini, kami menyediakan pelbagai topik pensyarikatan. Dimana saya merancang nk buat topik daripada basic sehingga advance.

Didalam modul Asas ini ada 10 topik yang kami cover adalah
1. Pengenalan Pensyarikatan
2. Pengenalan Percukaian
3. Perbelanjaan yang boleh dan tidak boleh tolak cukai
4. Tips Penjagaan dokumen untuk tujuan pengauditan
5. Kesilapan pemilik syarikat Sdn Bhd
dan macam-macam lagi topik, speaker bukan saya sorg ye. Ada lagi team-team yang lain. 
Kami memang ada daripada secretary sehingga agent cukai. 

Sekiranya anda jadi pelanggan kami, memang kami akan beri semua video ini percuma sahaja. Insyallah macam-macam lagi topik yang kami tentang buat. Antaranya adalah capital raising, berkongsi tentang shareholders agreement, macam mana nk convert kepada berhad dan macam-macam lagi

Jadi adakah perlu anda Upgrade Enterprise anda kepada Sdn Bhd? Jawapannya sudah sekiranya sales ada telah mencecah 300k ke atas memang digalakkan. Jangan terlalu dengar pengaruh orang sdn bhd susah hendak di jaga. Jawapan saya hendak maju kita memang kena berubah. Jadi ada soalah text sahaja saya ye. Ini nombor phone saya 0193960277



Friday, 7 April 2023

Tip Pemilihan Nama Syarikat 2023 dan update 2023

Hi semua, terima kasih kerana masih singah ke blogspot saya. Walaupun saya jarang update tetapi mencecah 5 ribu juga pembaca sebulan. 

Untuk tahun 2023 ini. Saya ada mengeluarkan tips pemilihan nama syarikat 2023 dan beberapa video di channel youtube saya. Anda boleh tonton dekat channel youtube kami. 

Video ini sesuai kepada mereka yang ingat mendaftar syarikat sdn bhd tetapi masih tidak boleh decide nk guna nama apa. Ada beberapa update yang terkini di antaranya pengunaan simbol dan pengunaan bahasa melayu dan english

Ini link dia.


Memang sibuk tahun 2022 dan tahun 2023 ini. Terutama tahun 2022, sebab ada dua 2 business yang luar bidang yang cuba saya ceburi iaitu kedai gadjet dan kedai makan. Tp sayang kurang berjaya, jadi pengajaran saya adalah expand business yang dekat2 perniagaan saya skrg dulu. 
Dah btl2 strong baru saya expand perniagaan yang lain 
Total lost puluhan ribu juga. Jadi lesson learned. 

Cuma style saya, biar saya gagal mencuba daripada gagal tidak buat apa2. Cuma kedai gadjet kami bertukar online dan kedai makan jual nasi ambeng tu. Saya dormant kan dulu. Dan free baru mula balik.
Dah tahu cara dia, cuma saya nk focus secretarial firm saya dulu


Kedai gadjet di Sek 7 Shah Alam. Kami dah tutup kedai fizikal. Focus online dulu

Nasi Ambeng Mak Joyah, hari tu cuba berniagaa di Bazaar. Tp saya dormant kan dulu. 


Tapi Alhamdulillah Firma Secretarial saya makin berkembang. Saya dah jumpa the right team members. Macam-macam try and error jugalah nk jumpa the right business partner dan staff ni. Ye lah saya bukan lahir dlm keluarga org berniaga. Jadi kena create my own network itu perlahan2.

Kalau anda nk ada business partner. Nasihat saya adalah buka enterprise dulu, tgk mcm mana business tu dan partner itu sendiri. If ok, then baru buka syarikat sdn bhd dengan partner tu. Ingat rakan baik tidak semestinya good business partner. Anda akan paham benda ini bila anda dah start berniaga dengan mereka. Agreement mesti ada, situ lah penyelamat kalau pergaduan berlaku Sebab mmg normal dispute dlm perniagaan tp bila ada arrangement awal insyallah dispute itu boleh resolve dengan senang.

Lepas 7 tahun naik pun signboard. Selalu signage sahaja. Pejabat sekitar Lotus Ampang

Sekarang ini saya nk inform beberapa perkara yang membuatkan saya btl2 sibuk.
Yang pertama saya memang tengah kejar beberapa lesen professional yang lain. Antaranya adalah MIA sendiri. Insyallah sebelum umur saya reach 40 tahun saya akan jadi chartered accountant kalau tidak berjaya pun. Insyallah saya akan cuba menjadi agent cukai.
Sebab pada bulan April 2023 ini saya di dalam process convert lesen setiausaha syarikat saya kepada Chartered Secretary. Insyallah perlahan2 saya akan boleh syarikat berhad.

Insyallah saya akan update lagi blogspot ini. 
Kepada mereka yang nk tau pasal nama syarikat yang baru. Sila tonton video youtube channel kami ye.

Sumber update nama syarikat adalah disini
https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/Guidelines%20on%20Company%20Names.pdf



Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...