Tuesday, 8 June 2021

Enterprise SSM Tamat Tempoh/Expired/Mati

Hi Semua, kali ini saya hendak berkongsi tentang topik perniagaan Enterprise yang telah tamat tempoh. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya. Anda boleh mendapatkan lagi second opinion atau rujuk SSM sendiri

Sebelum itu, saya ada membuat video tentang pendaftaran Enterprise (step by step). Tujuan video ini adalah untuk memberi panduan kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya hendak mendaftar Sdn Bhd. Jangan lupa menghubungi saya.



Ok. Berbalik kepada topik asal.
Untuk makluman semua, perniagaan enterprise tidak seperti syarikat sdn bhd.
Di mana enterprise perlu renew mengikut tempoh pendaftaran. Entiti Sdn Bhd pula berbeza, Sdn Bhd tidak perlu renew.

Jadi, apa yang akan terjadi sekiranya perniagaan enterprise anda telah mati/tamat/tempoh?
Jawapan dia, besar kemungkinan anda kena mendaftar SSM Enterprise yang baru. Enterprise sekiranya anda lewat renew lebih dua tahun, besar kemungkinan anda memang tidak akan dapat renew enterprise itu. Anda memang kena mendaftar baru.

Kalau sudah lebih daripada 3 tahun, lupakan sahaja hajat hendak renew, anda kena mendaftar SSM yang baru. Sekiranya tidak bernasib, ada kemungkinan tidak dapat mendaftar nama yang sama. Sekiranya berjaya, nombor SSM tidak akan sama. Benda ini kemungkin akan menganggu lesen-lesen anda kerana nombor perniagaan tidak sama. Jadi ambil berat perkara ini. Nk selamat daftar sahaja syarikat sdn bhd.  

Tentang bank tidak mengapa. tidak silap saya, anda boleh meminta SSM mengelurkan surat pengesahan, dan bawa ke bank sahaja. 

Juga, ada perlu tahu beberapa pekara seperti berikut


1. Enterprise hanyalah untuk warganegara Malaysia (Foreigner tidak boleh)
2. Sesetengah perniagaan tidak membenarkan enterprise untuk beroperasi seperti travel and tours
3. Enterprise bukan syarikat, iannya adalah perniagaan sahaja.
4. Enterprise tiada form 9, section 17 dan sebaliknya
5. Kewujudan Enterprise mengikut nyawa owner, jadi hati-hati perkara ini
6. Cukai Enterprise adalah cukai individu. Jadi boleh mencecah 28%

Sampai disini sahaja posting saya kali ini.
Sekiranya berminat personal coaching. Boleh menghubungi kami di talian 
Whatsapp : https://wa.me/60193960277
Whatsapp : https://wa.me/60193960277

Harga coaching pensyarikat harga serendah RM350 per session.
Insyallah akan menjawab semua persoaalan yang anda hendak tahu.

Sekiranya perlu coaching full sekali dengan lawyer.
Platform booking akan saya wujudkan sebelum julai 2021 ini
Semoga maju jaya semua



Wednesday, 31 March 2021

Pengalaman saya membeli (Trade In) Kereta Belum Habis Bayar

Hi semua Azizam Bin Azizan sini, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli kereta baru dengan swap/trade ini kereta yang belum habis bayar. Story kali ini hanya untuk berkongsi pengalaman kepada mereka yang memerlukan. (Bukan untuk berlagak ye). Jadi topik kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli kereta Nissan Serana saya swap kereta perodua bezza saya DAN saya tiada caruman kwsp tetapi saya ada buat declaration cukai.

Pada mulanya memang saya tiada plan pun nk beli kereta baru ni Selalu kalau nk beli sesuatu saya akan plan caruman kwsp, sebab selalu untuk loan kita kena ada at least 6bulan caruman KWSP, dan selamat scoring ccris saya mmg saya jaga dan declaration cukai saya buat. 

Tapi sebab saya seorang setiausaha syarikat berlesen. Banyak pula clients saya beli kereta semasa PKP ini. Dan untuk syarikat membeli kereta. Kita perlu keluarkan resolusi  saya perasan interest rate kereta average semasa PKP bermula daripada 2.2% hingga 2.4%. Rendah sangat tu, selalu 3.5% dan 4% pun ada. Jadi terdetik hendak membeli kereta.

Kepada yang mengenali saya, saya ini memang jenis tidak mementingkan kereta, Bagi saya kereta ini adalah dibawa dari titik A ke titik B sahaja. Tapi bila dah ada isteri dan anak ni, mula rasa keselesan keluarga ini amat penting. Jadi mula lah saya cari MPV dan isteri pun berkenaan dengan nissan serena ni dan mula la saya survey harga.

Pada mulanya, saya ingat nk beli kereta baru saya kena pastikan kereta perodua bezza saya ini perlu habis bayar dulu . Silap rupanya, jual beli kereta ini bukan seperti menjual rumah. Anytime sahaja boleh jual kereta kita yang belum habis bayar ni

Jadi story kereta saya mcm ni.

Nissan Serena harga yang kami ambik harga dia RM156,301.30. Semasa PKP ini ada banyak rebate. Kedai Nissan bagi kami extra RM7,000.00 rebate. Tapi sebab kami trade in bezza saya dengan mereka. So rebate tu tolak dekat kereta bezza saya. Ikutkan kereta Bezza saya ada lagi balance loan 4 tahun dengan total harga RM29,000 ribu. 

Jadi pekara pertama kami buat. Kami hubungi dulu bank dan request untuk early settlement. Bila kita hendak early settlement bank akan bagi discount. Total saya dapat untuk early settlement adalah RM26,000.00. Kemudian pihak nissan check bezza saya, dan mereka ambil RM22,000.00. Jadi Calculation saya jadi macam ini

Bezza
Early Settlement           : RM26,000.00
Nissan beli/tradein        : -RM22,000.00
Rebate semasa PKP      : - RM7,000.00 (Rebate ini nissan bagi)
Balance                          : RM3,000.00 (ada lebihan dan 3ribu dekat penjualan bezza saya. dan saya masukkan balance ini dekat deposit, sebab kami letak 10% deposit jadi perlu tambah dalam RM12,000 untuk cukupan 10% deposit)

Nissan Serena 
Harga on the road         :  RM150,000.00
10% Deposit                 :  RM12,000.00 (duit sendiri) + (3,000 balace daripada bezza)
Total Loan kami           : RM135,000.00
Interest rate kami          : 2.35%, 9 tahun
p/s : harga saya genapkan untuk bagi pemahaman

Jadi apa yang saya hendak sampai dekat sini, adalah kita memang boleh swap/trade ini kereta kita yang belum habis bayar untuk beli kereta yang baru

Tips saya

Pertama - Digalakkan kita kekalkan kereta kita standard sahaja. Sebab value standart lagi maintain daripada kereta yang makeup ni. Nanti mudah nk swap kereta baru.

Kedua-
 cari dua atau tiga penjual kereta, sbb ada penjual kereta tak info yang betul. contoh info yang tak betul, patut penjual kereta yang kena pergi bank untuk dapatkan pengesahan early settlement saya. Tapi mereka minta kita pergi sendiri pula.

Ketiga - Bagi mereka yang berkerja sendiri yang tiada KWSP, declaration cukai amat penting. Macam saya, saya memang tak ambik KWSP untuk diri saya semasa PKP ni. Cuma saya mmg jaga submission cukai. Jadi loan saya alhamdulillah lulus. Tapi kalau anda memang plan nk beli rumah or kereta, di galakkan jaga caruman tu at least 6bulan. Lepas loan dah lulus tu pandai-pandai lah anda untuk teruskan caruman atau tidak

Keempat - Beli kereta ini biar step by step, Jangan terburu-buru yang beli kereta yang mahal. Macam saya lepas kawin kami pakai kereta second sahaja. Kemudian baru ambik bezza, bila dan ada kemampuan baru upgrade kereta MPV. Perjalanan hidup saya bermula secara perlahan-lahan. Trend sekarang, saya perasan terus nk kereta mahal. Jangan. Develop skill high income skill anda. Tak perlu nk pikir orang, kita je tahu income kita

Jadi sampai disini sahaja. Berjumpa lagi di topik akan datang

Aleena tidor la pula












Sunday, 7 March 2021

Nama Syarikat (3 Tips Pemilihan Nama Syarikat Di Malaysia)

Update 2022 : SSM ada mengeluarkan guide baru untuk pendaftaran nama perniagaan

boleh refer link ini : https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/Guidelines%20on%20Company%20Names.pdf ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Asalamualaikum semua, Azizam Bin Azizan Setiausaha Syarikat (LS. 0009977) sini. Video ini adalah perkongsian saya tips pemilihan nama syarikat. Sebelum itu, saya perlu membuat penafian dulu. Tips ini dikeluarkan di atas pengalaman saya sebagai setiausaha syarikat berdaftar dengan SSM lebih daripda 5 tahun. Jadi segala perkongsian berdaftarkan pengalaman saya sendiri.

Sebelum itu saya memohon maaf disebabkan kualiti video telah direndahkan sebabkan ada masalah teknikal. Jadi saya hanya menjaga audio
anda boleh semak di sini untuk menyemak nama syarikat yang telah didaftakan 1.
https://www.mydata-ssm.com.my/​ 2. https://www.ssm-einfo.my/​ website saya https://malayacorporate.com/sdn-bhd/t...​ semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Boleh lihat video di bawah



Sekiranya perlu sesi one to one coaching pensyarikatan boleh click link di bawah.
(tiada paksaan ye)

Thursday, 14 January 2021

Cara menyemak nombor syarikat format baru (Nombor Syarikat)

Hi video kali ini adalah dua cara untuk anda menyemak nombor syarikat baru dengan SSM. Pada Tahun 2019, SSM telah mengenalkan nombor format baru dan semua syarikat terlibat daripada enterprise sehingga ke berhad.

Insyallah, tahun 2021 ni saya akan kerap mengeluarkan banyak video untuk berkongsi ilmu Semasa covid19, saya perasan ramai sekarang ini nk berniaga. Sebab saya seorang company secretary yang menjaga ratusan syarikat Sdn Bhd. Saya lihat sendiri syarikat yang sales dia jutaan ringgit dan syarikat yang tiada sales langsung. Jadi sedikit sebanyak nk berkongsi info.

Jadi insyallah macam-macam video saya akan keluarkn. Bukan tunjuk pandai tapi hanya nk berkongsi info. Kaya pun jauh lagi, tapi insyallah dengan niat nk membantu. Rezeki kita dipermudahkan

Jadi kepada mereka yang ingin mengetahui nombor syarikat format baru anda. Boleh lihat video ini untuk semak sendiri.

Harap perkongsian saya memberi manfaat kepada yang memerlukan. Insyallah



Saya juga ada menawarkan personal coaching pensyarikatan kepada yang memerlukan.
Maaf kerana terlampau sibuk, saya boleh entertain kepada mereka yang serious sahaja.
hendak bertanya soalan-soalan mudah. Boleh reply sahaja

https://malayacorporate.onpay.my/order/form/pensyarikatan


Wednesday, 13 January 2021

Cara memohon kebenaran beroperasi dengan miti (semasa pkp)

 Tahun 2021, saya dah start membuat video. Sebelum itu terima kasih kerana singgah ke blogspot saya ini.

Insyallah saya akan kerap mengeluarkan video seminggu sekali. Kepada majikan yang ingin memohon beroperasi dengan miti.  Boleh click link di bawah dan boleh juga lihat video saya buat.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada yang memerlukan



Cara daftar dengan Miti (Kebenaran beroperasi semasa PKP) - YouTube

Saturday, 2 January 2021

Nombor Syarikat SSM (Format Baru)

 Selamat Tahun baru 2021 semua.

Topik kali ini adalah nombor syarikat format baru di SSM. Untuk pengetahuan anda pada tahun 2019, SSM telah memperkenalkan nombor syarikat baru. Boleh lihat video penjelasan yang saya buat untuk lebih mudah paham. Ikutkan video ini saya dah post lama dekat Facebook, Tapi tahun 2021 ni nak ubah angin sedikit.Nak cuba aktif dekat youtube pula. Pening beb nk guna nama azizamazizan or nama Malaya Corporate. At the end saya tukar kepada Malaya Corporate. Insyallah tiap2 minggu akan post satu video. Video akan lebih fokus kepada pensyarikatan secara ringkas. 


Boleh terus click link video dibawah


Kepada mereka yang ingin menyemak nombor syarikat baru anda. Boleh semak di link di bawah.

https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Li... (Sila copy link ini) Hendak tukar setiausaha syarikat? Mendaftar Syarikat Sdn Bhd? Boleh terus menghubungi saya di talian

Sekiranya perlu sesi one to one coaching pensyarikatan boleh click link di bawah.

(tiada paksaan ye)

Friday, 20 November 2020

Nama-Nama Syarikat yang di tolak/reject oleh SSM

Hari ini saya akan beri contoh nama-nama syarikat yang ditolak/reject semasa saya membuat carian nama dengan SSM.

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar untuk semua orang. Disebabkan Covid 19, ramai mula mahu menceburi bidang perniagaan. Untuk pengetahuan semua,  Semenjak daripada March 2020  sehingga 30 November 2020.
Ramai whatapp saya bertanya tentang nama syarikat ni.

Maaf semenjak menjadi pesuruhjaya sumpah ni. Saya tidak sempat nk menjawab semua orang.
Jadi saya wujudkan E-book percuma (Sila layari website saya www.malayacorporate.com dan click di live chat, letak email anda, nanti saya akan email E-book percuma). 

Berbalik kepada tajuk asal. Hari ini saya berkongsi dengan anda Nama-Nama Syarikat yang reject oleh SSM. Untuk pengetahuan semua, saya juga seorang Setiausaha Syarikat yang dilesenkan oleh (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM . Selama saya menceburi bidang ini. Lebih daripada 400 carian nama telah saya buat. 
Jadi nama-nama di bawah adalah keputusan carian nama yang di reject/tolak untuk panduan anda semua.

Sekiranya rasa article saya membantu dan hendak belanja saya coffee.
boleh click di link ya

Sebelum itu (Note)
*Keputusan penolakan adalah daripada SSM
*Sesetengah nama ada simbol "xx"  untuk melindungi nama yang asal
*Submission di bawah adalah untuk syarikat sdn bhd
*Kos Submission Name search untuk Syarikat Sdn Bhd kepada SSM adalah RM50.00

1) Nama Perniagaan Lebih Kurang Sama
komen : 
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat lebih 8 (lapan) Juta entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM sehingga November 2020. Jadi ada kemungkinan nama anda pilih lebih kurang sama dengan nama perniagaan yang lain. Sekiranya terlalu sama. Besar kemungkinan nama tersebut akan ditolak. 
Sekiranya nama perniagaan anda ditolak disebabkan ini, anda perlu menghubungi syarikat tersebut dan meminta kebenaran untuk meluluskan nama anda.
Di bawah adalah nama-nama perniagaan yang ditolak disebabkan nama syarikat yang lebih kurang sama

i) Nama Cadangan : xRANDPARTNERS SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
Tidak dapat diluluskan kerana : 
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xRAND PARTNERS & CO SDN. BHD. xx0251 - V ( TARIKH DITUTUP PADA 8.6.18 BELUM 7 TAHUN)

ii) Nama Cadangan : A & X XNTERNATIONAL GROUP SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
(Tidak dapat diluluskan kerana)
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xx INTERNATIONAL SDN. BHD. X84634 – D

iii) Nama Cadangan : PxxMIUM VENTURE RESOURCES SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
Tidak dapat diluluskan kerana :
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xxEMIUM xxNTURES SDN. BHD. (xx4071 – W)

Kesimpulan :
Sekiranya nama lebih kurang sama. Besar kemungkinan nama akan ditolak.

2) Pengunaan nama-nama tuhan
Komen :
Mengikut pengalaman saya, sekarang ini pengunaan nama-nama tuhan tidak lagi dibenarkan. Tidak kira agama mana. Pandangan saya langkah yang diambil oleh SSM memang langkah yang bijak kerana tidak kira agama mana. Nama-nama yang melambangkan keagamaan mmg patut di kawal.

i) Nama Cadangan : APHRODITE VENTURES SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
PENGGUNAAN NAMA AGAMA DAN KETUHANAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK NAMA SESEBUAH SYARIKAT/PERNIAGAAN

ii) Nama Cadangan : BISMILLA FARMING AND AGRICULTURE (M) SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH MERUPAKAN NAMA YANG DIKAWAL DAH DIHADKAN PENGGUNAANNYA OLEH PENDAFTAR SYARIKAT MALAYSIA BISMILLA/ BISMILLAH ADALAH PERKATAAN DIKAWAL

3) Nama terlalu umum

Saya bagi contoh nama submission yang pernah saya buat dan ditolak disebabkan nama terlalu umum. Selalunya akan minta tambah perkataan untuk lulus.

i) Nama Cadangan : AxxF GROUP SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
SURAT TERBUKA
NAMA YANG DIPOHON TERLALU UMUM. SILA MAJUKAN PERMOHONAN BARU DENGAN MENAMBAH PERKATAAN CONTOHNYA AxxF ___ GROUP SDN BHD


ii) 
Nama Cadangan : SANG NILA UTAMA SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
SILA KEMUKAKAN PERMOHONAN BARU DENGAN PENAMBAHAN PERKATAAN. CONTOHNYA, SANG NILA UTAMA SERVICES SDN. BHD. NAMA YANG DICADANGKAN TERLALU UMUM

Kesimpulan : Nama-nama yang terlalu umum boleh menyebabkan nama cadangan ditolak oleh SSM. Jadi saya amat galakkan meletak nama yang unik

4) Nama kawalan

Anda boleh melihat senarai-senarai nama kawalan di website syarikat saya
https://malayacorporate.com/my/sdn-bhd/tips-choosing-company-name/
Semoga memberi manfaat.

Nama Cadangan : NxxARASHI CORP GROUP SDN. BHD
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH MERUPAKAN NAMA YANG DIKAWAL DAH DIHADKAN PENGGUNAANNYA OLEH PENDAFTAR SYARIKAT MALAYSIA

PERKATAAN CORP, INC, INCORP ADALAH DIKAWAL 


5) Ditolak disebabkan simbol 

Komen : 
Tidak perlu jelas panjang. Simbol memang tidak boleh digunakan, hanya simbol "& "sahaja yang boleh digunakan untuk pendaftaran syarikat.

i) Nama Cadangan : VxxxMADAN INT'L BIZ SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :

SEBARANG SIMBOL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA NAMA SYARIKAT, TANDA ( ')

ii) Nama Cadangan : AL-xxKMAH GROUP SDN. BHD.
tidak dapat diluluskan kerana :
(UNTUK MAKLUMAN - SEBARANG SIMBOL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA NAMA SYARIKAT, TANDA ( - )

Update 2022 : SSM teleh membenarkan beberapa simbol untuk digunakan boleh refer 


6) Nama Ditolak kerana Campuran Bahasa Melayu & English

Komen :
Yang ini terpulang kepada SSM. Mengikut pengalaman saya, ada nama capuran yang lepas manakala  ada nama campuran tidak lepas. Tetapi Kebanyakkannya tidak lulus.

Jadi boleh lihat cadangan nama yang saya submit dulu. Tidak lulus kerana ada campuran bahasa, Jadi all the best ye.

Update 2022 : Update 2022 : SSM teleh membenarkan beberapa campuran bahasa digunakan boleh refer 

Nama Cadangan : RxxGKAIAN FITRI SOLUTION SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
SURAT TERBUKA
SILA SELARASKAN BAHASA. CAMPUR BAHASA TIDAK DIBENARKAN

7) Nama Tidak Sesuai 
Nama Cadangan : FIN CLUB INTERNATIONAL BERHAD
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH TIDAK SESUAI DAN TIDAK DIINGINI (UNDESIRABLE) UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI NAMA SEBUAH SYARIKAT
PERMOHONAN NAMA DAN AKTIVITI SYARIKAT ADALLAH TIDAK SESUAI

Kesimpulan : Terdapat 8juta entiti perniagaan yang telah berdaftar dengan SSM sehingga November 2020. Jadi selamat memikir nama yang unik ye. 

Sekiranya anda perlu One to One session dengan saya boleh whatapp 0193960277 atau click link dibawah. Tiada paksaan ye. Office sekitar tesco ampang







Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...