Tuesday, 7 April 2020

Pengajaran Covid19 Untuk Para Usahawan

Tiada sapa sangka Outbreak Covid19 ini telah menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia.
Kepada keluarga Mangsa yang terkesan, saya ini mengucapkan takziah. Bagi peniaga yang amat terkesan dengan wabak ini. Bangkit lah. Jangan mengalah.


Saya juga hendak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Nasional yang berusaha sehabis baik mengekang Wabak Covid19. Tidak perfect, tp memang patut dipuji.

Topik kali ini adalah Pengajaran yang boleh usahawan di Malaysia mengambil iktibar kerana pelbagai Ransangan ekonomi telah di beri. Tetapi Sayang tidak semua perniaga boleh ambil peluang ini, di sebabkan ada usahawan yang :

1) Tidak Declare Cukai (Enterprise & Sdn Bhd)
2) Tidak mendaftar SSM
3) Tidak membuat caruman KWSP/Sosco
4) Tiada ada bank account & Proper Accounting Record
5) Tiada menyediakan Cash Reserve.
6) Tidak memandang kepenting i.t (seperti mempunyaai website/sistem)


Penjelasan
1) Tidak Declare Cukai
Sayang, Betul-betul sayang. Ramai betul para usahwan tidak pernah declare cukai mereka.
Anda kena paham, Declare cukai tidak semestinya kena bayar. Beroperasi atau tidak, untung atau rugi. Declaration tu perlu.Ramai usahawan terlepas geran 3ribu yang di tawarkan kerana tidak declare LHDN. Dengarlah kata saya ini. Jikalau anda declare LHDN,
perlbagai kemudahan anda akan dapat. Terutamanya bab financing. Jadi declarelah cukai itu, if kena bayar pun kenapa tidak mahu bayar? kerajaan mmg perlu duit-duit anda.

2) Tidak mendaftar SSM
Sebagai Setiausaha syarikat, saya selalu pesan untuk mendaftar SSM. Tidak kira entiti yang mana. Daftar lah perniagaan itu. Hari ni banyak usahawan tidak boleh nk buat mana2 financing. Sebab tiada SSM. Untuk pengetahuan anda. Untuk apply mana-mana financing, sekurang-kurangnya kena berdaftar at least 6 month

3) Tidak Membuat Caruman KWSP/PERKESO
Ini lagi menyedihkan, ramai rupanya para usahawan tidak ada caruman KWSP & Perkeso. Paling menyedihkan bab caruman Perkeso itu. Perkeso itu mcm insurance, xde la mahal mana pn.
Ada pula majikan tidak buat caruman. sedih2.
Jadi lepas ni terus buat caruman. Bab KWSP, amat di sarankan untuk membuat caruman. Walaupun dividend KWSP tidak lah terlalu tinggi. Tapi itu duit retirement anda tu.

4) Tiada ada bank account & Proper Accounting Record
Haaa, ini lagi menyedihkan. Ramai rupanya tidak membuat akaun syarikat dan mengunakan account personal untuk berniaga. Silap mmg silap, Pertama anda nk buat financing dah susah sbb bank mahu account syarikat dan sekurang-kurangnya enam bulan, jadi secara tidak langsung financing dah susah. Kedua anda tidak asingkan income anda. Macam mana nk maju dan tahu untung rugi?
Jadi belajar daripada kesilapan. Lepas covid19 ini habis teruslah buka Bank Account.

5) Tiada menyediakan Cash Reserve.
Antara pengajaran paling penting masa Covid19 ini. Ingat kita tidak akan hidup selama-lamanya. Jadi Covid19 ini adalah pengajaran penting untuk semua usahawan untuk menyediakan modal pusingan sekurang-kurangya 6 Bulan. Kenapa? ingat kita berniaga nk bagi family kita makan. If satu hari kita sudah tiada. At least waris boleh continue business tu.

6) Tidak Merasa Teknologi untuk penting
Dengan covid19 ini, saya rasa ramai dah sedar bahawa teknologi amat penting. Jadi di galakkan untuk semua usahawan untuk ada seorang IT guys dalam team anda. Macam membuat website, apps dan at least celik IT.

Berikut adah video yang kami sediakan

                                           https://www.youtube.com/watch?v=Mx4zk9lGWvg



Belajar lah daripada kesilapan. Ada soalan boleh terus whatsapp saya

https://wa.me/60193960277
https://wa.me/60193960277



No comments:

Post a Comment

Ebook Himpunan Geran & Pembiayaan 2024

  Hi semua, terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya. Rata-rata pembaca blog saya mencapai 5,000 setiap bulan, dan alhamdulilla...