Ramai yang dulu selesa dengan enterprise, sekarang dah mula buat Sdn Bhd. Bukan sebab trend, tapi sebab dah sampai masa kena upgrade! Jom tengok kenapa ramai owner bisnes ambil langkah ni.
1. Bisnes Pelancongan & Agensi Pekerjaan Wajib Sdn Bhd!
Kalau anda buat bisnes dalam sektor pelancongan atau agensi pekerjaan, wajib tukar ke Sdn Bhd. MOTAC dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memang tak layan enterprise. Nak dapat lesen? Kena ada Sdn Bhd dulu.
Ramai owner yang buat tour agency, homestay management, recruitment agency akhirnya terpaksa tukar ke Sdn Bhd sebab tak boleh nak mohon lesen dengan enterprise. Jadi kalau anda dalam bidang ni, better prepare dari awal.
2. Sales Dah Lebih RM300K Setahun – Cukai Jadi Beban!
Ramai owner enterprise terkejut bila dapat tahu cukai individu lebih tinggi dari cukai syarikat!
📌 Enterprise (Pemilik Tunggal)
- Sales RM300K setahun? Anda kena declare semua sebagai pendapatan peribadi.
- Cukai individu boleh cecah 24%!
- Tak boleh claim banyak kos.
📌 Sdn Bhd (Syarikat Berhad)
- Cukai hanya 17% untuk RM600K pertama.
- Boleh claim banyak kos bisnes untuk kurangkan cukai.
- Bonus boleh disusun ikut strategi untuk kurangkan tax peribadi.
So kalau sales dah lebih RM300K, better tukar Sdn Bhd untuk kurangkan cukai dan lebih banyak peluang buat untung bersih.
3. Dah Faham Konsep Liabiliti Enterprise Ni Bahaya!
Ramai tak sedar yang enterprise = tanggung semua hutang sendiri.
Contoh:
📌 Kalau ada hutang supplier RM100K, bank boleh sita aset peribadi (rumah, kereta, tanah) untuk bayar hutang.
📌 Kalau ada kes saman, owner boleh kena saman sampai harta sendiri kena lelong.
📌 Tapi kalau Sdn Bhd, hutang hanya terhad pada syarikat. Aset peribadi selamat!
Sebab tu ramai mula sedar risiko dan terus buat Sdn Bhd. Lebih selamat dari segi undang-undang.
4. Rasa Nak Upgrade Diri & Bisnes ke Level Lebih Tinggi
Satu lagi sebab utama – mentaliti bisnes!
✔ Mudah nak deal dengan client besar & korporat – Banyak syarikat besar hanya nak kerja dengan Sdn Bhd.
✔ Nampak lebih profesional – Ada "Sdn Bhd" belakang nama syarikat buat orang lebih yakin.
✔ Boleh bawa masuk investor & partner – Kalau enterprise, tak boleh share ownership.
Ramai yang mula dengan enterprise sebagai 'try & error', tapi bila dah serius, Sdn Bhd adalah next step paling logik untuk berkembang lebih besar.
5. Nak Buat Franchise? Mesti Guna Sdn Bhd!
Ramai usahawan enterprise yang nak kembangkan bisnes sebagai franchise, tapi tak tahu syarat utama nak franchise:
➡ Kena ada Sdn Bhd!
Kenapa?
✔ Lesen franchise mesti daftar dengan KPDN. Enterprise tak boleh daftar.
✔ Senang tarik franchisee sebab nampak lebih kukuh dan boleh diuruskan secara profesional.
✔ Boleh asingkan keuntungan & perbelanjaan syarikat franchise dari bisnes utama.
Kalau ada impian nak jadikan brand anda franchise besar, kena mula dengan langkah pertama – tukar ke Sdn Bhd dulu!
6. Nak Cari Investor? Enterprise Tak Boleh!
Kalau bisnes makin berkembang, sampai satu tahap anda mungkin perlukan modal tambahan. Tapi ramai tak sedar enterprise tak boleh terima pelabur!
🚨 Enterprise = Owner 100% milik sendiri 🚨
Investor tak boleh beli saham atau pegang ekuiti dalam enterprise. Tapi kalau Sdn Bhd, boleh:
✔ Jual saham syarikat kepada pelabur. (tapi xboleh public advertise ye anda bukan berhad)
✔ Bawa masuk rakan kongsi secara sah & tersusun.
✔ Dapat modal besar tanpa perlu buat pinjaman peribadi.
Jadi kalau ada rancangan nak cari pelabur dalam atau luar negara, Sdn Bhd adalah pilihan yang wajib!
Kesimpulan
Kalau anda owner enterprise dan termasuk dalam salah satu kategori ni:
✅ Bisnes tourism atau agensi pekerjaan
✅ Sales dah lebih RM300K setahun
✅ Dah sedar risiko liabiliti
✅ Nak upgrade ke level lebih tinggi
✅ Nak buat franchise
✅ Nak cari investor
Mungkin dah tiba masa untuk buat Sdn Bhd! Jangan tunggu sampai terlambat, buat persiapan sekarang supaya bisnes anda lebih selamat, untung, dan berkembang! 🚀