Sunday, 23 February 2025

Taklimat Pengeculian Unaudit Report Baru (Khas untuk Pelanggan Malaya Corporate)

 Hai semua,

Pada hari Khamis lepas 20.02.2025, jam 10 pagi, saya telah mengadakan taklimat tentang pengeculian audit report bersama rakan-rakan dari Falina and Co. Sesi tu berjalan lancar dengan perkongsian ilmu yang sangat berguna. Video rakaman taklimat akan diupload ke dalam customer portal Malya – jadi kalau korang tak sempat hadir, boleh tengok balik bila-bila masa.

Tahun 2025 ini bukan sahaja Malaya Corporate dah ada sistem sendiri, tapi kami juga akan cuba adakan lebih banyak taklimat terkini khas untuk pelanggan Malaya. Saya ambil inisiatif ni sebab saya selalu dengar aduan dari pelanggan yang buka SDN BHD – terutamanya isu secretary atau cosec yang macam tak wujud. Jadi, kami explore pelbagai cara untuk bantu pelanggan agar urusan jadi lebih mudah.

Selain taklimat tadi, saya nak share sikit tentang tiga kriteria syarikat untuk Laporan Kewangan Tidak Diaudit 2024 yang diperkenalkan oleh SSM. Menurut SSM, syarikat yang layak hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Pendapatan Tahunan: Tidak melebihi RM3 juta.
  2. Jumlah Aset: Tidak melebihi RM3 juta.
  3. Bilangan Pekerja: Kurang daripada 100 orang.

    Jangan salah paham, Penyata kewangan masih perlu disediakan, Penyata Kewangan beraudit tidak perlu sekiranya anda layak.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban syarikat kecil 


dan sederhana dalam urusan kewangan mereka, sekaligus memastikan pengurusan kewangan yang lebih efisien dan kos efektif.

Terima kasih banyak kepada semua pelanggan Malaya Corporate kerana sentiasa mempercayai dan menyokong kami. Sokongan korang adalah pendorong utama untuk terus memperbaiki perkhidmatan dan menyediakan maklumat terkini yang korang perlukan.

Jumpa lagi di taklimat seterusnya!



Boleh click sini sekiranya hendak menghubungi saya
https://beacons.ai/azizam.azizan
https://beacons.ai/azizam.azizan

1 comment:

  1. Anda adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya, anda membawa kembali suami saya apabila fikir tiada apa yang akan berlaku untuk kita bersama lagi.. Saya benar-benar ingin menghargai kerja anda Dr Dawn, saya telah mengalami beberapa siri situasi malang dalam perjalanan kembali kepada kekasih saya. Anda akan sentiasa mendapat restu dan doa saya untuk mantera hebat yang telah anda lakukan untuk saya dan suami saya berhubung.
    Ini nombor Whatsapp Dr Dawn: ( ​​+2349046229159 )bagi mereka yang menghadapi masalah dalam perhubungan/perkahwinan/ kehidupan,
    Walaupun ia adalah isu kesuburan, kes Curt, nombor pemenang loteri, E.T.C.

    DR Fajar Whatsapp: +2349046229159
    E-mel dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete

Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...