Thursday, 12 November 2015

Senarai Kod Lahir / IC

Dalam bidang secretariat or bidang-bidang pendaftaran selalu di request Tempat Tingal Pengarah.
Jadi sebab selalu sgt saya lupa tmpt lahir dorg.
.
Jadi saya shares senarai kod lahir mengikut negeri. Hanya perkongsian :)


BIL
NEGERI
KOD I/C
1
Johor 
01, 21, 22, 23, 24
2
Kedah 
02, 25, 26, 27
3
Kelantan
03, 28, 29
4
Melaka 
04, 30
5
Negeri Sembilan 
05, 31, 59
6
Pahang 
06, 32, 33
7
Pulau Pinang 
07, 34, 35
8
Perak 
08, 36, 37, 38 , 39
9
Perlis 
09, 40
10
Selangor 
10, 41, 42, 43, 44
11
Terengganu 
11, 45, 46
12
Sabah 
12, 47, 48, 49
13
Sarawak 
13, 50, 51, 52, 53
14
Wilayah Persekutuan (KL) 
14, 54, 55, 56, 57
15
Wilayah Persekutuan (Labuan)
15, 58
16
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)
16
17
Negeri Tidak Diketahui 
82

Monday, 14 September 2015

NAMA SYARIKAT - APA NAMA YANG BOLEH, APA YANG TIDAK BOLEH


Update 2022
SSM ada mengeluarkan guide baru untuk pendaftaran nama perniagaan boleh refer rujukan ini

https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/Guidelines%20on%20Company%20Names.pdf

--------------------------------------------------------
Carian nama
,mencari nama syarikat boleh dikata kerja rutin harian saya, untuk maklumat semua carian nama merupakan process pertama  untuk anda menubuhkan syarikat. Tidak kira enterprise, persatuan, Sdn Bhd, Berhad. Carian nama adalah process pertama sebelum anda melakukan perniagaan atau aktiviti (bagi persatuan)

Dan hanya company secretary berlesen boleh melakukan carian nama kepada syarikat sdn bhd atau berhad, tetapi jikalau anda mendaftarkan enterprise, anda perlu melakukannya sendiri dengan menghantar Borang Carian Nama ini terlebih dahulu.

update March 2021
Sekarang perlu buat searh di ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/?1) sahaja
sebelum itu. Ini website saya.
www.malayacorporate.com
*Jikalau perlu khidmat pensyarikatan boleh hubungi saya direct.

Video update 2021
Tahun 2021, saya akan keluarkan banyak video untuk pensyarikatan.Saya memohon maaf video kualiti kurang memuaskan disebabkan terdapat masaalah teknikal. Insyallah kualiti video akan diperbaiki, Harap perkongsian saya memberi sedikit tips kepada mereka yang memerlukan.





Jadi Kenapa perlu carian nama? Ingat dekat berjuta perniagaan di daftar di SSM. Dan SSM tidak mahu ada DUA (2) nama ada di pasaran kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

Dan Nama merupakan Identify dan perniagaan anda, Jadi adalah digalakan mencari nama sesuai dengan perniagaan anda

Contohnya
Perniagaan Saloon - Beauty And Spa Sdn Bhd. Cuci Cuci Rambut Sdn Bhd
Makanan - Azizam Catering Sdn Bhd, Your Food Solutions Sdn Bhd)
Travel - Azizam Azizan Travel Sdn Bhd, Cuti-Cuti Sdn Bhd)
(Orang terus tahu apa perniagaan anda, hanya melihat nama anda)
Tetapi ini subjective, anda adalah owner, nama syarikat anda adalah di atas tangan anda.)
-Macam kami mengunakan Velvet Corporate Resources Sdn Bhd as nama syarikat kami)

Secara kesimpulan - Nama yang tidak boleh pakai adalah: 


  • Nama raja -raja (permaisuri,putera,puteri,Yang Mulia)
  • Nama yang dekat dengan agensi  kerajaan - (Persektuan, Negeri, Negara, Jabatan Menteri)
  • Nama persatuan Rasmi - Asean, Nato, Unesco, G7, UN
  • Syarikat Lain telah mengunakan nama tersebut (Contoh Velvet Holding, dan anda mahu mengunakan Velvet Group) -Sebutan berlainan tetapi makna sama) -SSM will reject.
  • Nama parti politic/Koperasi
  • Nama kawalan - Amanah, Antarabangsa, Bursa, Bumiputra, Buatan, 99 Nama Allah S.W.T
  • Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn.   Bhd.”
  • Gabungan Bahasa Inggeris dan Malay (Hari Wednesday Sdn Bhd), (Love Isnin Sdn Bhd)
  • Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan
  • Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan seperti ”Astro”, ”DIGI”, ”Berjaya”, ”Chase”, ”HICOM”, ”Petronas”,Intrakota”,”Celcom”, ”Pernas”, “”Perodua”, “Modenas”, “Telekom”,“Kenyir”, “Kulim Hi-Tech” “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
  •  Bagi syarikat travel adalah wajib mengunakan perkataan seperi :
    travel & tour di akhir nama syarikat anda. Seperti Azizam Azizan Travel & Tour Sdn Bhd, (Requested By Minister of Tourism)
  • Bagi kepada mereka yang ingin mengunakan nama sendiri atau nama ibu anda wajib melampirkan NRIC anda.
  •  Jikalau anda masih mahu mengunakan nama kawalan, anda wajib meminta kelulusan menteri, contohnya seperti Burger King. ada perkataan "KING" , anda boleh meminta kelulusan menteri (selalunya sebulan dua)

Download

Percuma Ebook

10 Tips Pemilihan Nama Syarikat
SILA singgah ke website saya.
Kemudian reply di live chat

website > Malaya Corporate













Anda juga boleh meminta kebenaran daripada syarikat tertentu jikalau anda ingin mengunakan nama yang telah wujud dengan meminta consent letter/resolution bagi anda mengunakan nama . (Contohnya Velvet Services Sdn Bhd dan anda mahu mengunakan Velvet Trading Services Sdn Bhd, anda perlu meminta kebenaran daripada Velvet Serives dengan meminta mereka mengeluarkan surat kebenaran/consent letter dan attach semasa carian nama)

Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu
dari tarikh arahan tersebut.

Dan SSM berhad membatalkan carian nama anda, Jikalau :
REAL Case contoh: 

WHITE QUEST ENERGY SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama yang sedang tersimpan (reserved) di pejabat ini.BATAL RUJUK PERMOHONAN

KIPIDAP DONGIBAB SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Adalah tidak sesuai dan tidak diingini (undesirable) untuk digunakan sebagai nama sebuah syarikat

LS CONSULTING SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan.
LS CONSULTANCY & MANAGEMENT SDN. BHD.

MACKENZIE & LEON SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Termasuk nama diri yang bukannya salah seorang Pengarah

Boleh refer posting tahun 2020.
Perkongsian saya tentang nama-nama syarikat yang di REJECT oleh SSM

Ini Link > 
http://azizamazizan.blogspot.com/2020/11/nama-nama-syarikat-yang-di-tolakreject.html








Sunday, 13 September 2015

APA ITU MOF?

Selain pendaftaran Syarikat Sdn Bhd, Limited Liability Partnership (LLP), persatuan, photographer mendaftarkan Lesen MOF adalah satu kepakaran utama saya. Tapi apa itu Lesen MOF?

Mof adalah Minister of Finance atau kementerian kewangan, Jadi apa pula lesen kementerian Kewangan ni??? Untuk maklumat anda, untuk memasuki mana-mana tender kerajaan.
Anda wajib mempunyaai lesen ni. Selalunya Nombor Kementerian kewangan 357-1111111 (Selalunya bermula dengan 357- dihadapan)

Contoh sijil saya upload kemudian.


Jadi perlukah anda memohon lesen ni?
Ya  - jika anda mahu memasuki tender kerajaan. Anda wajib mempunyaai lesen ini.
Tidak jika anda tidak mahu memasuki tender-tender kerajaan.

Saya sudah mendaftar, boleh saya memasuki "semua" tender kerajaan?
Tidak boleh, untuk pengetahuan. Maximum bidang adalah 25. Anda hanya boleh memohon mengikut bidang perniagaan anda sahaja. Kalau enterprise pastikan bidang ada nk mohon ada di sijil perniagaan anda

sila click sini untuk memihat senarai kod bidang.

Contoh iklan tender



Saya tidak mempunyai Enterprise, Syarikat Sdn Bhd, atau pn LLP, boleh kah saya mendaftar?
Tidak boleh, hanya perniagaan yang berdaftar dengan SSM sahaja di terima. Individu tidak boleh.

Boleh kah saya mendaftar sendiri?
Boleh, anda boleh mendaftar sendiri. sila buka website eperolehan.com.my untuk maklumat lanjut
Selalunya orang meminta saya mendaftarkan di sebabkan saya mahir dengan bidang pendaftaran ini.

Saya tidak mempunyaai office, boleh kah saya mendaftar?
Boleh, tetapi kemungkinan bidang yang ada mahu tidak lepas, di sebabkan sesetengah bidang MOF memerlukan syarikat anda beroperasi di pejabat. Virtual office pn MOF Reject

Saya mahu dapatkn status Bumiputra. Bagaimana?
Pastikan 51% di pegang oleh bumiputra.

Berapa Lamakah Tempoh Sijil MOF laku? 
Selalunya tiga tahun, dan pastikan anda renew lesen anda.
Ingat Lesen akan automatic terbatal, jika anda gagal renew. Anda kena membuat permohonan baru.

Nama saya sudah didaftar di syarikat lain bolehkah saya memohon untuk syarikat lain?
Tidak boleh,  MOF Tidak mahu 2 syarikat director yang sama mendapat 2 project di satu masa yang sama.


p/s - Saya menulis ini berdasarkan pengalaman saya. Kepada mereka yang kurang bersetuju, you are free to comment for correction dan kepada mereka yang mahu contact saya.
sila leave email at velvetgroups@gmail.com or whatapp 019-3960277 (izam)




Tuesday, 8 September 2015

Visual Art Expo 22 August 2015 - 23 August 2015.

Pada 22 August 2015 one of our core group members Ahmad NazirunMubin from Otaku Backpackers - Low Cost Trip to Japan menjadi translator kepada one of Japanese Top Animation company. Mr. Hiroyuki Yamaga (CEO and Co-founder of Studio GAINAX) 

.



 Untuk pengetahuan semua, Mr. Hiroyuki terlibat dengan pembinaan anime (Gurren Lagann) dan also wrote the screenplay for Gundam 0080. 

Membangga kan, kerana ini merupakan satu "stepping stone" kepada kami, sbb kami percaya in business line. Networking is the key for everything.. Insyallah, kejayaan pelahan-lahan akan menyusul kelak.
Untuk pengetahun anda juga, Gurren Laggan adalah antara Anime terkemuka di Dunia ini, sangat popular. Highly recommended kepada sesiapa yang tidak pernah tengok.








Regards

Wednesday, 19 August 2015

COMPANY SECRETARY FEE ,KENAPA ANDA KENA BAYAR?

Introduction

Sebagai usahawan atau pemilik syarikat, anda semestinya familiar dengan Company Secretary kan?
Setelah beberapa tahun di dalam bidang company secretary ini.
Antara Soalan yang selalu saya terima ialah :

1) Kenapa perlunya adanya company secretary?
2) Kenapa saya kena bayar company Secretary Fee?
3) Kenapa ada firm charge mahal dan ada firm charge murah?

Jawapan soalan 1. ("Kenapa perlunya adanya company secretary?")

Mengikut Companies Act 1965 -Section 139
(1) Every company shall have one or more secretaries each of whom shall be a natural person of full age who has his principal or only place of residence in Malaysia.

Bermaksud setiap Company "Wajib" mempunyai satu Company Secretary yang berlesen dan Kenapa perlunya ada Company Secretary kerana ianya telah termaktub di Dalam Akta Syarikat.

Company secretary memainkan peranan penting di dalam syarikat seperti melakukan process penubuhan syarikat, pertukaran pengarah, submit Annual Return, membuat AGM/EGM, dan lain - lain services professional yang lain.


Jawapan Soalan 2. ("Kenapa saya kena Bayar Company Secretary Fees")

Ini antara soalan yang wajib saya dapat. Seperti dinyatakan di atas setiap Company Wajib mempunyaai sekurang-kurangnya seorang Company Secretary di dalam syarikat.

Ini bermaksud "Company Secretary tersebut" telah mempunyai Sijil-Sijil Professional seperi MAISCA/LS/ACCA. Gred gaji mereka yang berlesen tidak kurang daripada RM2,500.00 hingga RM20,000.00 (depends kepada experience).

Jadi, jikalau syarikat anda tidak terlalu aktif, melantik seorang "Internal Company Secretary" bukanlah satu cost effective kerana anda perlu membayar gaji yang tinggi, tapi dia hanya boleh melakukan tugasan Company Secretary.

Jadi, wujudnya External Company Secretary Firm seperti "Velvet Corporate Resources(M) Sdn Bhd yang menawarkan Services Secretary, untuk pengetahuan anda Firm secretary menawarkan solution dengan menawarkan bayaran secretary fees daripada RM50 hingga kepada RM100 sebulan. Berbanding dengan RM2,500 sebulan (DAN KEATAS)iaitu melantik "Internal Company Secretary" membayar RM100 sebulan kepada "External Company Secretary" adalah lebih cost effective kerana ianya jauh leih murah.

3) Kenapa ada firm  "Charge Mahal" dan ada "Firm Charge murah?

Jawapan ini sangat subjective, kerana ianya perniagaan, seperti biasa jikalau anda mahukan company secretary yang services yang baik. Selalunya jauh lebih mahal daripada Company Secretary yang menawarkan services yang murah.

Kerana saya juga mahir dalam pendaftaran Mof, Cidb, Persatuan, Petronas, Membuat Website, Photoshoot Corporate (kerana saya juga seorang Photographer).

Saya Harap penerangan saya jelas dan anda paham serba sedikit tentang kepentingan Company Secretary ini.

Jika mempunyaai sebarang soalan sila Whatapp saya  di (019-3960277-ZAM) or email azizamazizan@gmail.com


Thursday, 30 July 2015

ANNUAL RETURN - APA PENGARAH SYARIKAT PERLU TAHU

Mempunyai syarikat bukannya mudah. Bila anda sudah ada syarikat Sdn Bhd. bermaksud anda sudah memegang tanggung Jawab yang Besar, kerana Syarikat termaktub di dalam "Akta Syarikat 1965".

Nampak menakutkan, tetapi anda janganlah risau. Sebab sebagai pengarah anda tidak perlu tahu tentang akta syarikat secara mendalam seperti kami, kerana akta syarikat adalah tanggung jawab company Secretary untuk menasihati anda. Apa yang penting adalah untuk anda memilih Company Secretary yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Dan Topik yang saya tekan hari ini adalah berkenaan "Annual Return" . Secara General, annual return adalah summary kepada profile syarikat secara menyeluruh seperti pengarah terkini, shareholders terkini, status syarikat - aktif atau tidak, aktiviti perniagaan terkini. Annual return mestilah di submit bersama-sama dengan audited account. "Topik audited account dan general meeting akan di cerita kemudian".

Saya ingin bercerita tentang annual return, kerana ramai pengarah syarikat tidak tahu bahawa adalah "Wajib" untuk setiap syarikat untuk menghantar Annual Return kepada SSM. Di antara masaalah yang selalu saya encounter adalah seperti di bawah:

1. Syarikat saya dormant / tidak aktif. So tidak perlu lah saya "submit" Annual Return.
2. Eh!! kenapa saya dapat compound daripada SSM. Syarikat saya tidak Aktif.
3. Company Secretary tidak bagi tahu pun kena buat Annual General Meeting dan kena buat Annual Return.

Ingat! kesalah tidak menyediakan Annual Return, Audited Account boleh dikenakan compound or saman yang banyak.

PENALTI DAN KOMPAUN
Kegagalan pihak Syarikat untuk mematuhi  prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan pihak Syarikat dan Pegarah akan dikenakan compound . Antara kompaun yang banyak dikeluarkan ketika ini adalah :
RM200 - Gagal menyerahsimpan Laporan Tahunan (Annual Return) - Seksyen 165 (4) - 1 tahun.
RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 143 (1) - 1 tahun.
RM3,000 - Gagal membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 169 (1) - 1 tahun.
-----> Jumlah keseluruhan bagi setiap Pengarah adalah RM4,200.

(Ini jumlah lama, Jumlah yang baru nti saya update)

Jadi adalah tanggungjawab pengarah untuk memastikan anda menghantar dan menyediakan audited acc,annual return dan membuat Annual General Meeting. Step dia macam ini :

1. Menyediakan Audited Account (Section 169)
2. Mengadakan Annual General Meeting (Section 143)
3. Menyediakan Annual Return (Section 165)
4. Submit kepada SSM bersama-sama audited Account

Bila anda kena Compound/ saman daripada SSM.janganlah risauuuu. Sebab kita boleh buat rayuan. Tetapi dengan Syarat untuk membuat rayuan adalah menghantar audited account dan annual return di SSM.
Jangan terkejut kerana saya sudah nampak compound berjumlah lebih daripada RM 20,000.00 kerana tidak menghantar audited account dan annual return. Hendak ke kita berhutang dengan benda ini. Ingat knowlegde is a power.

So sampai disini sahaja untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut atau mempunyai soalan. Boleh la
whatapp saya di 019-3960277 or email kepada azizamazizan@gmail.com

Untuk membaca companies act boleh lah click disini  SSM AKTA SYARIKAT

Regards
Azizam Azizan
Operation Manager
Velvet Corporate Resources (M) Sdn Bhd



Monday, 9 March 2015

Berniaga di Bazaar Ramadhan (Story & Pengalaman Saya)





Pada bulan puasa iaitu tahun 2014, Saya dengan team saya. Telah berniaga di Bazaar Ramadhan Bandar Sri Putra.

Kami mengambil risiko yang tinggi dengan menjual makanan Jepun iaitu Okonomiyaki.. Makanan apa ini Okonomiyaki ini?

Okonomiyaki senang nk cite. Adalah lempeng Jepun.

Kami menjual dengan harga RM5 , RM7 (tambah daging dan Ayam). Recepi kami ambik kat internet je bro.

Memang penat berniaga di Bazaar Ramadhan ini, dengan saya berkerja full time, thank team saya yg membantu. Mmg sangat penat.. Ramai yang ingin cuba berniagaa di bazaar, Di sini. Saya cerita apa yang perlu anda ada untuk memohon berniagaa di Bazaar Ramadhan.

Pertama - Anda perlu ada sijil khusus Makanan,
Untuk menceburi bidang makanan basah, anda wajib mempunyaai sijil ini. Sijil ini berharga RM50. Anda perlu mencari pelatih-pelatih yang menawarkan khusus ini. Khusus akan mengambil selama setengah hari. DAN jikalau anda pernah berkerja di fast food, sijil yang dapat boleh digunakan seumur hidup.

Kedua - Suntikan Trypoid
Anda perlu suntikan ini, kerana ianya wajib untuk permohonan Bazaar Ramadhan, seperti saya, partner saya sudah membuat suntikan. Jadi saya hanya mengunakan nama beliau untuk memohon gerai di Bazaar

Mohon Awal -Selalunya permohonan akan di buka sebulan sebelum bazaar ramadhan, Jadi pastikan anda mohon awal untuk mendapatkn tapak yang strategik. Pastikan anda ada strategy, contohnya, pada minggu yang pertama, pastikan anda membuat banyak makanan. Kerana nafsu org ke bazaar ramadhan sangat tinggi, semua benda org beli. Dan pada hujung ramadhan, selalunya bilangan kunjugan orang tidak lah seramai 2minggu yang pertama. Kerana org telah mula balik kampung dan penat ke Bazaar Ramadhan.


Persiapan- Pastikan anda bersiap sedia dengan segala kemungkinan, terutama duit kecil. Selalunya orang yang membeli tidak mempunyai wang kecil, jadi anda kena lah menukar awal. Cara menukar wang adalah senang, pergi ke kaunter bank anda. Dan kata saya hendak megelurkan RM200 semua nya RM Seringgit. Jangan pula anda bawa duit RM200 dan meminta tukar pula. Memang xkn dilayan (Saya belajar dengan pengalaman) Cousin saya bawa RM200 untuk tukar RM seringgit berjumlah Rm200. Memang xkn dilayan.


HIAS KHEMAH ANDA- Ingat anda menjual makanan, dan beratus- ratus perniaga menjual makanan di bazaar ramadhan, dan beribu2 bazar ramadhan dibuka time bulan puasa. Jadi anda perlu membuat hiasan untuk membuat anda menojol dari kedai- kedai yang lain, seperti memasang banner, pakai baju2 yang terang. Seperti kami, kami memakai penutup kepala dan menghias kedai kami dengan banner. Untuk pengetahunan anda, banner tidak la mahal untuk anda tempah.Hanya RM10 anda boleh dapat banner yang berkualiti.


Bertindak- Jangan asyik pikir je, teruskan tindakan. Saya telah mencuba tahun lepas dan insyallah tahun ini akan buka lagi, tidak di nafikan berniagaa di Bazaar Ramadhan adalah permula kepada mereka yang ingin berniaga dan cara untuk anda menambah income.


Duit Kecil - Tukar awal, terutama duit syiling ngn RM1.00

PULUN AWAL-AWAL- Ini penting, ingat orang Malaysia ni awal-awal je semangat, means dalam seminggu dua memang terpusu-pusu orang datang. Jadi buat makanan anda byk-byk. pulun sales awal2.tapi bila nk raya dah boleh slow skit jualan tu

CONSISTENT - Kalau buka tu biar lah buka berterusaan, jikalau sibuk pastikan ada orang ganti. Seperti saya, saya keje di siang hari, jadi team member saya ganti. Jadi pastikn anda consistent tuk buka ye. Jangan hari ni buka, esk x buka plak. orang pn hilang kepercayaan


Sampai disini sahaja blog saya hari ni. Saya lampirkan gamba2 sekitar perniagaan kami di Bazaar Ramadhan Bandar Sri Putra Bangi.






Saya juga menguruskan pendaftaran syarikat, travel backpack ke Jepun juga Agent Insurance.
Ingin contact saya untuk menambah networking anda.
sila lah email


azizamazizan@gmail.com or direct contact 019-3960277
Regards


azizamazizan

Hello 2025 Sekarang Kami Company Secretary Bersistem (Percuma Customer Portal)

Pernah tak rasa geram bila nak cari company secretary tapi susah gila nak dapat? Call tak angkat, WhatsApp double tick biru tapi senyap, ema...