Friday 20 November 2020

Nama-Nama Syarikat yang di tolak/reject oleh SSM

Hari ini saya akan beri contoh nama-nama syarikat yang ditolak/reject semasa saya membuat carian nama dengan SSM.

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar untuk semua orang. Disebabkan Covid 19, ramai mula mahu menceburi bidang perniagaan. Untuk pengetahuan semua,  Semenjak daripada March 2020  sehingga 30 November 2020.
Ramai whatapp saya bertanya tentang nama syarikat ni.

Maaf semenjak menjadi pesuruhjaya sumpah ni. Saya tidak sempat nk menjawab semua orang.
Jadi saya wujudkan E-book percuma (Sila layari website saya www.malayacorporate.com dan click di live chat, letak email anda, nanti saya akan email E-book percuma). 

Berbalik kepada tajuk asal. Hari ini saya berkongsi dengan anda Nama-Nama Syarikat yang reject oleh SSM. Untuk pengetahuan semua, saya juga seorang Setiausaha Syarikat yang dilesenkan oleh (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM . Selama saya menceburi bidang ini. Lebih daripada 400 carian nama telah saya buat. 
Jadi nama-nama di bawah adalah keputusan carian nama yang di reject/tolak untuk panduan anda semua.

Sekiranya rasa article saya membantu dan hendak belanja saya coffee.
boleh click di link ya

Sebelum itu (Note)
*Keputusan penolakan adalah daripada SSM
*Sesetengah nama ada simbol "xx"  untuk melindungi nama yang asal
*Submission di bawah adalah untuk syarikat sdn bhd
*Kos Submission Name search untuk Syarikat Sdn Bhd kepada SSM adalah RM50.00

1) Nama Perniagaan Lebih Kurang Sama
komen : 
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat lebih 8 (lapan) Juta entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM sehingga November 2020. Jadi ada kemungkinan nama anda pilih lebih kurang sama dengan nama perniagaan yang lain. Sekiranya terlalu sama. Besar kemungkinan nama tersebut akan ditolak. 
Sekiranya nama perniagaan anda ditolak disebabkan ini, anda perlu menghubungi syarikat tersebut dan meminta kebenaran untuk meluluskan nama anda.
Di bawah adalah nama-nama perniagaan yang ditolak disebabkan nama syarikat yang lebih kurang sama

i) Nama Cadangan : xRANDPARTNERS SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
Tidak dapat diluluskan kerana : 
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xRAND PARTNERS & CO SDN. BHD. xx0251 - V ( TARIKH DITUTUP PADA 8.6.18 BELUM 7 TAHUN)

ii) Nama Cadangan : A & X XNTERNATIONAL GROUP SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
(Tidak dapat diluluskan kerana)
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xx INTERNATIONAL SDN. BHD. X84634 – D

iii) Nama Cadangan : PxxMIUM VENTURE RESOURCES SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
Tidak dapat diluluskan kerana :
MENYERUPAI DAN BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN NAMA SYARIKAT LAIN YANG TELAH DIDAFTARKAN xxEMIUM xxNTURES SDN. BHD. (xx4071 – W)

Kesimpulan :
Sekiranya nama lebih kurang sama. Besar kemungkinan nama akan ditolak.

2) Pengunaan nama-nama tuhan
Komen :
Mengikut pengalaman saya, sekarang ini pengunaan nama-nama tuhan tidak lagi dibenarkan. Tidak kira agama mana. Pandangan saya langkah yang diambil oleh SSM memang langkah yang bijak kerana tidak kira agama mana. Nama-nama yang melambangkan keagamaan mmg patut di kawal.

i) Nama Cadangan : APHRODITE VENTURES SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
PENGGUNAAN NAMA AGAMA DAN KETUHANAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK NAMA SESEBUAH SYARIKAT/PERNIAGAAN

ii) Nama Cadangan : BISMILLA FARMING AND AGRICULTURE (M) SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH MERUPAKAN NAMA YANG DIKAWAL DAH DIHADKAN PENGGUNAANNYA OLEH PENDAFTAR SYARIKAT MALAYSIA BISMILLA/ BISMILLAH ADALAH PERKATAAN DIKAWAL

3) Nama terlalu umum

Saya bagi contoh nama submission yang pernah saya buat dan ditolak disebabkan nama terlalu umum. Selalunya akan minta tambah perkataan untuk lulus.

i) Nama Cadangan : AxxF GROUP SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
SURAT TERBUKA
NAMA YANG DIPOHON TERLALU UMUM. SILA MAJUKAN PERMOHONAN BARU DENGAN MENAMBAH PERKATAAN CONTOHNYA AxxF ___ GROUP SDN BHD


ii) 
Nama Cadangan : SANG NILA UTAMA SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
SILA KEMUKAKAN PERMOHONAN BARU DENGAN PENAMBAHAN PERKATAAN. CONTOHNYA, SANG NILA UTAMA SERVICES SDN. BHD. NAMA YANG DICADANGKAN TERLALU UMUM

Kesimpulan : Nama-nama yang terlalu umum boleh menyebabkan nama cadangan ditolak oleh SSM. Jadi saya amat galakkan meletak nama yang unik

4) Nama kawalan

Anda boleh melihat senarai-senarai nama kawalan di website syarikat saya
https://malayacorporate.com/my/sdn-bhd/tips-choosing-company-name/
Semoga memberi manfaat.

Nama Cadangan : NxxARASHI CORP GROUP SDN. BHD
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH MERUPAKAN NAMA YANG DIKAWAL DAH DIHADKAN PENGGUNAANNYA OLEH PENDAFTAR SYARIKAT MALAYSIA

PERKATAAN CORP, INC, INCORP ADALAH DIKAWAL 


5) Ditolak disebabkan simbol 

Komen : 
Tidak perlu jelas panjang. Simbol memang tidak boleh digunakan, hanya simbol "& "sahaja yang boleh digunakan untuk pendaftaran syarikat.

i) Nama Cadangan : VxxxMADAN INT'L BIZ SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :

SEBARANG SIMBOL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA NAMA SYARIKAT, TANDA ( ')

ii) Nama Cadangan : AL-xxKMAH GROUP SDN. BHD.
tidak dapat diluluskan kerana :
(UNTUK MAKLUMAN - SEBARANG SIMBOL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA NAMA SYARIKAT, TANDA ( - )

Update 2022 : SSM teleh membenarkan beberapa simbol untuk digunakan boleh refer 


6) Nama Ditolak kerana Campuran Bahasa Melayu & English

Komen :
Yang ini terpulang kepada SSM. Mengikut pengalaman saya, ada nama capuran yang lepas manakala  ada nama campuran tidak lepas. Tetapi Kebanyakkannya tidak lulus.

Jadi boleh lihat cadangan nama yang saya submit dulu. Tidak lulus kerana ada campuran bahasa, Jadi all the best ye.

Update 2022 : Update 2022 : SSM teleh membenarkan beberapa campuran bahasa digunakan boleh refer 

Nama Cadangan : RxxGKAIAN FITRI SOLUTION SDN. BHD.
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
SURAT TERBUKA
SILA SELARASKAN BAHASA. CAMPUR BAHASA TIDAK DIBENARKAN

7) Nama Tidak Sesuai 
Nama Cadangan : FIN CLUB INTERNATIONAL BERHAD
Keputusan : DITOLAK
tidak dapat diluluskan kerana :
ADALAH TIDAK SESUAI DAN TIDAK DIINGINI (UNDESIRABLE) UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI NAMA SEBUAH SYARIKAT
PERMOHONAN NAMA DAN AKTIVITI SYARIKAT ADALLAH TIDAK SESUAI

Kesimpulan : Terdapat 8juta entiti perniagaan yang telah berdaftar dengan SSM sehingga November 2020. Jadi selamat memikir nama yang unik ye. 

Sekiranya anda perlu One to One session dengan saya boleh whatapp 0193960277 atau click link dibawah. Tiada paksaan ye. Office sekitar tesco ampang







4 comments:

  1. Replies
    1. Dia sebenarnya atas SSM.
      ada sahaja yg lulus. Fashion industry lagi

      Delete
  2. Perkataan industries terkawal atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba. nampak byk syarikat mengunakan perkataan industries ni. tp kata putus daripada ssm

      Delete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...