Wednesday, 25 January 2017

Saya Setiausaha Agong Persatuan "Malaysian Association of Corporate Administrators" - MACA

Ha lawa tak logo saya design? Not bad kan. So sapa kata klu keje company secretary tidak boleh master dalam bidang designing? Sebab hari tu ada yang pertikaikan. Orang Malaysia, al maklum dengki no satu. 

Semua orang boleh, yang penting kena rajin je. Untuk pengetahuan semua, persatuan ini hanya kepada alumni UiTM sahaja. Mula-mula saya nk daftarkan untuk semua setiusaha syarikat bumi putera. Tapi Register of Society (ROS) rejected. Sebab dah ade persatuan mcm tu. Ikutkan nk buat semua warga negara Malaysia boleh join tanpa kira agama,bangsa dan umur. But xlepas

Sebenarnya tujuan saya membuat persatuan ini adalah untuk mengumpulkan semua anak muda dalam bidang kesetiausahaan Syarikat untuk merapatkan hubungan antara kita semua. Sebab at the end, semua akan berjumpa juga dekat SSM. Sebab kitaorang ini kena collect point

Dan disebabkan saya ni terlebih rajin, dah korang pn tahu saya ni sedikit rajin.  Saya telah di lantik as setiausaha agung untuk persatuan ini. Dan tugas saya adalah menyampaikan segala maklumat yang saya tahu. Saya tidak dapat apa pn. Tapi saya rasa puas sebab dapat membantu orang. Pelik kn, but kepuasan saya adalah membantu orang.

Alahmdulilah pada 23hb January 2017. Aktivi pertama persatuan kami berjalan dengan lancar. 
Selamat lah kami ada president yang mantap. Dapat lah kami tempat oleh SSM sebanyak 15 tempat. 
Dan focus kami sekarang adalah dapat mendapatkan tempat direct dengan SSM, so kami dapat lah training sama-sama

So far, itu sahaja nk shares. Berikut adalah sekitar gambar event 23hb Hari tu. Dan untuk maklumat anda semasa penlancaran persatuan Ketua SSM ada ye. Tengok power tak persatuan kami. hehe

Sedikit gambar bersama ahli persatuan. 
Kepada sesiapa yang bukan ex uitm dan cuba rapat dengan kami. Saya alu alukan sahaja. Sebab dunia ini "is all about networking" if kita bidang sama. At the end mesti kita dapat bantu satu sama lain. Ini contact saya 0193960277 (sila whatapp).

Sampai disini sahaja. 
regards
azizam azizan

Semua ini setiausaha Syarikat berlesen ye






Buku Paling Mahal Saya beli so far,

Untuk pengetahuan semua, Akta Syarikat akan berubah pada tahun 2017. Dan akhirnya selepas beberapa tahun delay. Akhirnya pada tahun 2017, Akta Syarikat 2016 telah di perkenalankan. Jadi secara tidak langsung memang semua orang kena study balik.

Company Secretary ke, Lawyer ke, Auditor ke, accountat ke mostly semua kena study balik. Jadi saya as company secretary ini memang lah kena stdy balik.

Korang nk tau, tiba2 je SSM buat annoucement mcm nie. Memang panic la

"maklumkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat 2016 secara berperingkat mulai 31 Januari 2017."


Jadi kelam kabut lah saya mencari bahan untuk study. Ye lah semua akta syarikat ini berubah tau. Dulu mostly important act sudah ada dalam kepala. Klu agm je section 143, annual return je 145.
Tapi sekarang kena stdy balik.
Dah tua ni malas skit. hehe

Sebab risau akta nk keluar, memang kelam kabut lah saya cari bahan. So far dah 3 buku saya beli. Dan baca nya belum lagi hehe.

Dan di bawah ini adalah buku yang termahal pernah saya beli untuk hidup saya.
Saya tak mcm korg. X beli buku sangat, sbb saya banyak guna online je. dan mengaku banyak photostat je. hehe. (al maklum kedekut)

Harga buku ni RM200 lebih, so far buku ini penerangan dia senang nk paham. Yer lah. baca akta mmg boring wo. Selamat beli pada hari first dia lunch, total dlm RM120 je. 50percent discount



Jadi sekarang adalah waktu semua orang bersedia dengan akta syarikat baru. Sebab semua orang tidak kira sapa kena stdy balik. Jadi kepada semua setiausaha syarikat dan pengamal undang-undang selamat study ye. 

Sunday, 15 January 2017

Nama Syarikat Apa Yang Boleh Apa yang Tak Boleh - Version 2

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Topic ini adalah sambungan daripada blog saya yang pertama saya iaitu :


Jadi disebabkan terlalu ramai membaca blog saya, jadi saya nk update topic Nama ini.
Juga info ini semua ada di website SSM saya hanya mengolah kembali sahaja.

DAN Kalau anda sudah menubuhkan Syarikat Sdn Bhd or LLP dan masih tidak mempunyai company secretary. Sila sila lah contact saya. Ini no whatapp saya.
0193970277 / velvetgroups@gmail.com

Jadi berbalik kepada topic. Berikut adalah nama guideline menamakan syarikat,
GARIS PANDUAN PERMOHONAN NAMA PERNIAGAAN


  • Ingat nama perniagaan adalah merupakan first impression orang. Jadi pikir betul2 ye
  • Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua (2) jenis:
    a. Nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan contoh nya nama saya sendiri AZIZAM  AZIZAN, AZIZAM ENTERPRISE
    b. Nama perdagangan adalah nama perniagaan yang dicadangkan CONTOHNYA velvet enterprise, Karya Cinta Photo, Sushi Travel. 
  •  Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang dan tidak boleh lebih 50 perkataan ye.
  • Kalau boleh nama tu related lah kepada business, jangan nama syarikat AZIZAM Construction tapi Buat Dobi Pulak. Memang tak kena la. hehe
  • Selain daripada memperolehi kelulusan daripada SSM bagi penggunaan perkataan Nurseries, Pusat Care, adika, Pusat Tuisyen, Kolej dan Sekolah sebagai sebahagian daripada nama perniagaan mesti mendapatkan elulusan nama perniagaan, pemilik perniagaan juga perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada agensi-agensi lain yang berkaitan sebelum mendaftar perniagaan.
  • Kalau Anda mendaftar enterprise, nama memang tidak boleh ditukar ye. Kepada yang Mendaftar Syarikat Sdn Bhd. (Dun worry nama boleh tukar tiada masaalah, cuma ade kos. itu la yang bermasaalah) hehe. Sebab nk notify bank dan client anda yang lain
  • Menurut seksyen 22 (1) dan Akta 341 Syarikat 1965, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat tidak menerima apa-apa untuk pendaftaran nama syarikat atau syarikat asingyang nama atau nama daripada jenis yang disebut dalam Jadual melainkan kelulusan terlebih dahulu daripadaMenteri telah diperolehi. Mana-mana orang yang, yang bertanggungjawab untuk perniagaan, menggunakan apa-apa nama yang tidak diingini tanpa persetujuan Menteri untuk mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan.
  • Penggunaan nombor, tanda dan simbol dibenarkan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan dan mesti sesuai dengan penggunaan nama perniagaan. Contoh: A & Z , A.B.C Trading, Kupu-Kupu Design, Focus Re-Engineering, Dato 'Afiq
  • Combination Nama dengan Nombor pula? Boleh je. Saya baru je daftarkan Syarikat One17 Properties Sdn Bhd,
  • Dan dibawah adalah perkataan yang telah diwartakan, means nama sudah di control. Klu nk guna memang kena Minta kelulusan daripada SSM. Bermakna tidak semestinya tidak lulus, tp cuma banyak process korang kena hadapi




Banyak lagi nama yang telah di kawal/gazzate word. So goodluck memilih nama tu ye.
Semua info ni korang boleh dapat daripada SSM. Saya hanya mengolah balik sahaja. Jadi Jikalau anda ingin membuka syarikat Sdn Bhd, Atau pun telah membuka Syarikat Sdn Bhd dan tiada lagi company secretary. Sila menghubungi saya ye.. 

saya Azizam Azizan, sedia membantu anda. Ini adalah email velvetgroups@gmail.com atau pun whatapp sahaja. 019-3960277