Saturday, 15 November 2014

(Limited Liability Partnership (LLP)

(Limited Liability Partnership (LLP)

Mendaftarkan syarikat Sendirian Berhad dan membantu usahawan di dalam process pendaftaran adalah salah satu kepakaran utama saya.

Disebabkan terdapat byk pertanyaan terhadap product baru daripada SSM.Skrg sy tgh study untuk penubuhan syarikat dibawa Limited Liability Partnership (LLP)..Untuk pengetahuan semua, LLP adalah combination di antara 'partnership' dan juga 'syarikat'. Combination ini diwujudkan oleh SSM, untuk mengalakan usahawan - ushawan, untuk berniaga secara sah dengan memberi kebebasan. Tidak seperti syarikat sendirian berhad, LLP memiliki sedikit kebebasan kepada perniaga untuk berjalankan perniagaan mereka.

LLP adalah salah satu bentuk perniagaan alternatif yang mengabungkan ciri-ciri syarikat dan perkongsian. Di antara ciri-ciri utama adalah :

  • Ianya kekal secara turun menurun, (bermakna jikalau terdapat rakan kongsi yang menarik diri atau meninggal dunia. Perkongsian ini dapat di teruskan)
  • Pemilikan entiti yang berbeza (bermakna, anda tidak akan liable jikalau partnership mengalami kerugian atau bankrup.
  • Tidak perlu menyediakan audited account disebabkan LLP tidak perlu di audit.
  • Nama - Seperti Syarikat yang mempunyai perkataan Sdn. Bhd. atau Berhad, LLP mempunyai namanya sendiri iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad" or the abbreviation "PLT". Contohnya Azizamn PLT.
Untuk menubuhkan LLP ini, adalah wajid untuk mempunyai Compliance officer. Compliance officer wajib dilantik kerana ianya termakub di dalam akta LLP 2002. Compliance officer mestilah warga negara Malaysia, tinggal di Malaysia dan mempunyai alamat di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh menjadi compliance officer ini, akan tetapi, nasihat saya untuk anda melantik orang yang memahami tentang selok belok undang-undang kerana tugas mereka sangat rumit. Anda boleh melantik company secretary untuk memikul tanggunjawab ini.

Bagaimana untuk menubuhkan LLP?

Seperti penubuhan perniagaan yang biasa anda perlu memikirkan nama, objective, alamat berdaftar, details partners dan juga compliance officers. Maklumat haruslah lengkap, kerana ianya wajib untuk pendaftara.

Di sebabkan saya masih baru  di dalam penubuhan LLP ini, post kedua akan menceritakan lebih lanjut tentang LLP ini. Saya akan menceritakan lebih terperinci terbezaan, kelebihan dan kelemahan LLP ini. Seperti biasa, sharin is caring.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh contact saya di azizamazizan@gmail.com or whatsapp 019-3960277