Sunday, 10 February 2019

Tukar Nama Syarikat? Boleh Ke?

Hi Semua,
kepada mereka yang sudah lama membaca blog saya. Mesti ada yang perasan.
Awal-awal dulu, nama perniagaan saya adalah VELVET CORPORATE GROUP (M) SDN. BHD.
panjang kan nama ini. Well, tidak dinafikan nama Velvet tidak sesuai dengan dunia Korporat.
Walaupun ada makna dengan nama ini. Tidak boleh di nafikan, Nama Syarikat amat penting di dalam perniagaan sbb dia mewakili diri anda dan perniagaan anda.

Sebelum cerita lebih pinjam, perlu di ingatkan ini adalah blog, secara perkongsian adalah berdasar pengalaman dan pemahaman saya. 

Jadi berbalik kepada Topik hari ini, BOLE KE MENUKAR NAMA PERNIAGAAN?
dan jawapan dia adalah

1) Boleh kepada Syarikat Sdn Bhd @ Berhad
2) Tidak boleh kepada Perniagaan Enterprise @ Perkongsian dan milikan tunggal.

Macam Saya sendiri, Saya telah menukar nama perniagaan saya kepada Malaya Corporate Group Sdn Bhd, dan ini adalah logo Baru perniagaan saya

Design sendiri logo dan Business Card ini. Seperti biasa (Design sendiri dengan belajar dekat google dan youtube) hehe

Jadi if Anda Berniaga secara enterprise dan decide nk menukar nama perniagaan. 
Maaf memang tidak boleh, anda kena mendaftar perniagaan yang baru

Jika anda berniaga secara Sdn Bhd @ Berhad
Jawapannya boleh, 

Apa yang anda kena buat adalah.
1) Memikir nama syarikat yang baru dan memaklumkan kepada Company Secretary anda
2) Secretary anda yang menyelesaikan semua. Nak buat sendiri? jawapan dia tidak boleh. sbb system mycoid hanya boleh di access boleh Company Secretary anda.
3) Estimate kos, selalunya around RM1K and above.

Kebaikan Menukar Nama
1) Seperti baru - Macam kes saya, daripada Velvet kepada Malaya Corporate, bagi saya, nama baru saya amat gah. Jadi sekarang saya bangga dengan nama baru saya. Kalau tidak, orang ingat saya jual velvet kek. Penat nk menjawab.
2) Image yang baru - Mungkin anda ada isu nama syarikat lama, dah viral ke. jadi tukar baru. Orang kurang tahu, (tapi ingat no syarikat mmg tidak boleh tukar, if ada menukar nama sbb nk lari daripada hutang or sebaliknya, nombor syarikat, selama-lamanya tidak akan bertukar.

Keburukan Menukar Nama Syarikat
Kena inform semua client, Update bank, Printing kad baru, Design baru. (Jadi kos baru akan timbul).
Priority utama yang anda kena buat apabila tukar nama adalah tukar nama di Bank.
Sebab bank sgt ketat, even salah satu titik sahaja mereka akan reject cheque.

Sampai disini sahaja,
Insyallah akan kerap update blog selepas ini




No comments:

Post a Comment

Apply Debit Card Maybank For Sdn Bhd???

Salam semua, terima kasih kerana singgah ke blogspot saya pada tahun 2019 ini. Kepada mereka yang tidak mengenali saya. Nama Saya adal...