Saturday 22 February 2020

Cara Naikkan saham untuk Syarikat Sdn Bhd @ Increase Paid Up Capital

Tahukah anda, antara kelebihan syarikat Sdn Bhd adalah mempunyaai saham. Dan beauty dia, saham sdn bhd ini boleh di jual dan di beli. Tidak seperti enterprise, enterprise tiada saham. Jadi sukar untuk enterprise untuk mendapatkan modal daripada mana-mana investor.

Hai, Azizam sini. Hari ini saya nk berkongi dengan anda, Macam mana Sdn Bhd menaikan saham mereka. Persoalan yang selalu timbul dan selalu saya di tanya adalah.

1) Perlukah syarikat mempunyaai modal berbayar yang tinggi?
- Jawapan dia adalah subjective, iannya bergantung kepada business anda sendiri terutama bahagian perlesenan. Sebagai contoh, untuk memohon lesen kementerian pelancongan, anda perlu ada RM200K modal berbayar (paid up capital), lesen syarikat contractor G5 Perlu paid up capital RM250K. Malah jikalau anda ingin memohon lesen kementerian kewangan, anda perlu RM2,500 minimum. Jadi persoalan ini bergantung kepada jenis perniagaan anda.

Jadi soalan yang kerap saya di tanya.
Bagaimanakah hendak menaikkan saham ini?

Pertama : By cash @ Tunai
- Ini adalah simple method. Dimana anda perlu bank inn semua money kedalam bank account syarikat. Sebagai contoh, anda hendak naikkan saham sebanyak RM10K, jadi anda perlu bank in RM10K, Kemudian notify company secretary anda. Nanti kami akan prepare document untuk naikkan saham syarikat anda di SSM.

Persoalan dia, boleh ke saya bank in keluar masuk duit syarikat?
- Jawapan, boleh. Selalunya secretary akan minta slip duit itu. Tapi kena ingat, syarikat sdn bhd setiap duit keluar masuh harus direcord. jadi dah masukkan, keluar itu kena record. Nanti tak cantik di audit report

Kedua - By otherwise than cash
Saham juga boleh dinaikkan selain tunai @ cash.
Di antaranya adalah

1) Asset Listing
- Kes ini selalu kepada peniagan enterprise yg upgrade ke sdn bhd. Dimana enterprise itu ibarat menjual asset enterprise kepada Sdn Bhd. Antara asset adalah seperti Machine, apa-apa peralatan yang menjana income perniagaan

2) Property
- Ingat tanah/building ini harus di transfer atas syarikat. Dimana tanah tersebut akan jadi milik syarikat.

3) Share Swap
- Yang ini selalunya kepada otai2 business owner sdn bhd. Yang ini perlu jumpa saya untuk penjelasan lain.

Sampai disini sahaja,
untuk pengetahuan anda, sebagai agent wasiat juga.
Saham ini juga adalah asset.
Iannya ibarat tanah, di mana jikalau berlaku kematiaan, Saham ini akan jatuh kepada waris.
Jadi amat di galakkan untuk owner syarikat sdn bdh. Mewasiatkan saham mereka


boleh whatsapp saya jikalau ada soalan

WhatsApp: https://wa.me/60193960277
WhatsApp: https://wa.me/60193960277
WhatsApp: https://wa.me/60193960277
WhatsApp: https://wa.me/60193960277


Wednesday 19 February 2020

Accounting System Serendah RM350 Setahun

Hi semua, Azizam sini, sebelum itu saya ingin berterima kasih kerana masih membaca blogspot saya.
Pada mulanya saya sudah tidak mahu aktif. Tetapi average reader adalah Lima ribu sebulan. Jadi saya rasa better saya continue berkongsi pengalaman saya sebab secara tidak langsung saya telah dapat membantu ramai orang.

Hari ini saya ingin menulis topic Accounting.

Sebelum itu saya disclaimer dulu. Saya bukan accountant jadi saya tidak boleh membuat services accounting. Accounting dibuat oleh rakan niaga saya. Saya hanyalah advisor kepada software accounting sahaja.




Jadi apakah financio ini?

Untuk makluman https://financio.co/ adalah cloud base accounting software  di mana anda perlu internet untuk access sistem ini.

Kenapa saya menjadi advisor kepada financio ini?
saya menjadi advisor kepada Financio ini, sebab saya perasan ramai orang Malaysia tidak kira bangsa mengabaikan accounting mereka. Malah masih ada yang memakai excel untuk buat accounting. Zaman dah moden beb, beli je sistem yang ada.

Jadi saya yang sesuai untuk sistem ini?
1. Semua orang sesuai untuk sistem ini, terutama yang berniaga enterprise. Ingat kita berniaga untuk mendapatkan keuntungan, if anda tidak track record jualan anda.
Macam hendak tahu utung ke rugi. If continued rugi. kena buat sesuatu beb.
Ada client saya ini sales dia mencecah sejuta. Tapi net profit dia tak sampai RM10ribu sahaja. So dengan accounting sistem yang betul. Baru dia tahu pembaziran tu dekat mana. Ingat kita as business owner kita kena tahu setiap duit keluar masuk kita. Tak perlu tahu banyak, cukuplah kita paham aliran tunai dan keluar tu. Better jadikan habit.

2. Selain financio banyak lagi sistem account yang boleh anda pakai, contoh nya MYOB, SQL Accounting, tapi as business owner, saya nk accounting yang cloud base dan harga yang berpatutan. So financio ni tak deep sangat dan mudah paham. Walaupun time belajar di University. ada je subject account, tapi jodoh saya dengan account mmg tak ngam. Saya more kena membaca dan i.t guys.
so janji senang pakai. Saya ok sahaja.

3. Ada sahaja accounting sistem yang free. iaitu https://www.waveapps.com/, tp ingat benda free ni takot data kita di jual. So selamat bijak membuat keputusan ye.

4. Financio ini pun ada free trial selama sebulan. So korang try la dulu, berkenan ke tak tu terpulang.
Mcm saya. So far saya berpuas hati dengan financio ni, Harga pn berpatutan RM350 Bahagi 12 baru RM30 Sebulan, tak de lah mahal sgt..

Sebab financio ni menarik minat saya, terus saya jadi partner dia beb, so korg selamat decide lah ye.
Sampai bila nk guna excel tu??? huhu

Jadi post ini pendek sahaja. sapa yang berminat nk purchase sila direct contact whatsapp saya.

WhatsApp: https://wa.me/60193960277
WhatsApp: https://wa.me/60193960277

Ini website financio : financio.co
kalau korang nk accounting yang free sini link dia : https://www.waveapps.com/




Tuesday 11 February 2020

Kos Kasar Syarikat Sdn Bhd yang tidak beroperasi (Dormant)

Hi semua, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda.
Kos kasar untuk syarikat Sdn bhd yang tidak beroperasi.
Topik ini saya wujudkan kerana terlampau ramai owner syarikat yang mendaftar perniagaan Sdn Bhd tetapi tidak mengambil tahu tentang kos-kos yang anda kena bayar.
Bila dah keluar invoice daripada secretarial firm. Ramai yang terkejut.

Disclaimer : Topik ini di wujudkan untuk memberi pendedahkan kepada semua owner syarikat sdn bhd. Bukan untuk tunjuk pandai. Tapi sekarang hendak berkongsi


Sebelum itu. Sila download E-Book Percuma saya. 10 Tips Pemilihan Nama Syarikat




E-Book Percuma

10 Tips Pemilihan Nama Syarikat
(Anda perlu masukkan email anda dan
akan auto masuk ke email anda)

SILA HIT REPLY DI LIVECHAT MALAYACORPORATE









Tidak di nafikan Syarikat Sdn Bhd adalah entiti perniagaan yang terbaik kerana ianya syarikat akan tetapi tahukah anda Syarikat Sdn Bhd mempunyaai kos-kos untuk maintain penjagaanya.
Saya tahu mahal, tapi anda kena paham, syarikat adalah entiti korporat.
Jadi perlu badan-badan professional untuk menjaganya.

Badan-badan Professional yang terlibat adalah
1. Setiausaha Syarikat @ Company Secretary
2. Akauntant @ Accountant
3. Juru Audit @ Auditor
4. Agent Tax @ Tax Agent.

Sebagai seorang lesen secretary dan Pesuruhjaya Sumpah. Tiap-tiap tahun kami kena collect point untuk kekalkan lesen professional kami. Dan kosnya bukan nya murah. Liability kami pun amat tinggi. Jadi bukan kami cekik darah. Tapi kami ada kos untuk maintain lesen kami.

Jadi berbalik semula kepada topik asal. Berapa kos kasar untuk kekalkan syarikat tiap-tiap tahun?

Kos-kos secara kasar

1.Incorporation fee (Sekali bayar, masa buka Sdn Bhd) - Company Secretary & SSM -Secara kasar, kos penubuhan adalah didalam market adalah RM2K dan ke atas. (sekali bayar sahaja)
 - Kenapa pula sekali bayar? sebabnya semasa pendaftaran anda perlu bayar SSM. Jadi selalunya
   secretary akan include sekali di dalam pakej penubuhan.

2. Secretarial Fee fee (setiap bulan) - Company Secretary
  - Mengikut akta syarikat, syarikat wajib mempunyaai seorang lesen secretary yang berlesen. Jadi kebiasaan kos secretary fee di dalam market adalah RM80 - RM500 Sebulan (Bergantung kepada pakej dan firma yang anda guna)


3. Accounting fee
  - Secara kasar, kos untuk akaun kepada syarikat tidak beroperasi boleh bermula daripada RM500 - RM2,000.00 (Bergantung kepada pakej dan firma yang anda guna)

4. Audit Fee
  - Untuk syarikat tidak beroperasi, Kasar adalah RM800.00 - RM1,200.00 (Sama juga, bergantung kepada firma yang ada guna)


Pengiraan Kos Kasar kepada syarikat yang tidak beroperasi. (Dengan team saya,ingat  setiap firma berbeza)

1. Secretarial Fee & Annual Return : RM1,200.00 - RM1,500
2. Audit & Account : RM1,200.00.
Kasar : RM2,500.00

Jadi sebelum anda decide nk buka Sdn Bhd, tanya diri anda. Beroperasi atau tidak.
RM1,800 to RM2,500 Setahun adalah kos kasar yang perlu anda ada untuk maintain syarikat Sdn Bhd. Selalunya saya cakap dengan client, kos kasar untuk Sdn bhd tidak beroperasi adalah RM2,500 setahun bersamaan RM2,500/12 : RM208 Sebulan.
If beroperasi bergantung kepada sales pulak.

Anda kena paham, syarikat sdn bhd adalah entiti korporat. Walaupun iannya ada kos untuk dijaga.
Tapi percayalah dengan menjaga betul-betul syarikat sdn bhd. Anda akan senang untuk :
1. Membuat loan perniagaan
2. Mendapat investor
3. Pergi ke berhad
4. Akan makin berdisplin.

Sekarang keputusan di tangan anda.
Jikalau terdapat soalan. Boleh terus whatsapp saya
ini berkongsi sahaja. goodluck, jgn sbb kos ini buat anda takut dengan sdn bhd.
Percayalah sdn bhd adalah entiti perniagaan yg terbaik

WhatsApp: https://wa.me/60193960277
WhatsApp: https://wa.me/60193960277



Sunday 9 February 2020

Tahun Baru Team Baru

Pengumuman Kerjasama Rasmi:
"Official Partnership Collaboration Announcement"




.
Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat kami, anda semestinya menyedari bahawa kami merupakan "One Stop Center" yang menawarkan pelbagai khidmat perundangan. Tidak seperti firma setiausaha yang lain,
vision kami adalah membantu usahawan untuk berkembang dengan memberi khidmat perundingan mengikut akta-akta yang terdapat di Malaysia. Sebab itu kami aktif menghadiri seminar-seminar yang di anjurkan oleh kerajaan Malaysia
.
Jadi pada February 2020, kami dengan bangganya telah menandatangi "Memorandum Understanding" bersama Syafiq Kama & Co. & Haqq Razak & untuk menunjukan kami serius membantu usahawan untuk berkembang maju.
.
Pelbagai perancangan dan aktiviti yang akan kami akan tawarkan, Di antaranya adalah :
1. Khidmat nasihat perundangan pensyarikat, perancangan cukai, akaun & wasiat;
2. Membantu usahawan yang ingin menukar daripada status Sdn Bhd kepada Berhad. (Initial public offering ("ipo")
3. Akan menjalankan hubungan kerjasama dengan firma-firma di luar Malaysia untuk membantu usahawan Malaysia yang ingin mendaftar syarikat di luar Malaysia.
.
Dengan kerjasama ini, kami percaya vision kami untuk untuk membantu 1,000 usahawan berkembang maju akan tercapai dengan lebih pantas. k
.
Juga, secara tidak langsung juga kami telah mempunyaai dua cawangan iaitu
1. Maluri, Kuala Lumpur
2. Bandar Seri Putera, Selangor
Selain itu, kami juga terbuka kepada mereka yang ingin berkerjasama dengan kami. Kepada Team Member pula, mari kita berkerja dengan lebih keras pada tahun keramat 2020 ini.

Bagi saya,
Jikalau ingin berkembang adalah better untuk mencari team yang boleh membantu anda.
If anda jenis tidak mempercayaai orang. Ini bermakna ada mempunyaai team member yang salah.
Untuk pengetahun anda.

Team saya sekarang adalah team saya yang ke lima, mcm-mcm ragam dan kerenah saya telah jumpa dan saya berharap team sekarang ini akan kekal dengan lebih lama.

Boleh whatsapp saya juga

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...