Saturday 20 August 2022

Company Trip Pertama Kami

Alhamdulillah bulan lapan 2022 saya berjaya membuat company trip firm saya di Grand Lexis Port Dickson. Dulu masa berkerja selalu sangat saya jelous dengan syarikat-syarikat yang ada company trip ni. Jadi bila sudah menjadi majikan saya hendak pastikan staff dapat merasakan apa yang saya tak dapat rasa masa berkerja dulu, sebab bagi saya staff adalah aset yang perlu dihargaai.

Buat masa ini man power firma saya masih kecil jadi senang nk manage, insyallah tahun 2023 akan makin besar sebab saya dlm process merging bbrp firm. Kalau betul jadi pergabungan ini, staff saya bertambah



Cuma kali ini saya hendak berkongsi pengalaman saya  dan post ini mostly tujukan kepada mereka yang mula nk berniaga. 
Pada mula berniaga dulu saya sama macam anda iaitu amat takut hendak mengambil staff. Semua saya buat sendiri dan siang malam saya kena berkerja. Tak salah kalau kita berterusan mcm ni dan sebagai usahawan kita kena tahu semua A to Z
Tapi apa yang saya perasan bila semua kita buat sendiri, growth kita akan sedikit lewat. Sebab kita kehilangan masa untuk fokus kekuatan perniagaan kita. Hebat mcm mana anda, kita cuma ada masa 24jam sahaja. Jadi lebih baik mencari penganti untuk membantu membuat kerja-kerja kita.

Jadi apa saya nk kongsi dekat anda, anda jangan terlalu risau mengambil staff. Cuma nanti anda kena belajar macam mana nk pantau staff, handle masaalah staff. Semua ini akan ada lalui. Jadi berikut adalah beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya

1) Caruman KWSP & PERKESO adalah wajib tidak kira mereka masih dlm tempoh percubaan atau tidak
2) Sekiranya antara termaktub kepada akta, anda kena carum juga HRDF. 
3) Mengambil staff ini ibarat investment, ada yang good staff dan bad staff, jadi sebelum anda mengambil staff pastikan anda tugas-tugas staff adalah jelas.
4) Gaji yang setimpal, pengalaman saya kalau hendak mendapat quality staff mmg kita kena bayar lebih sedikit. Berdasarkan pengalaman saya. Kalau nk ada staff yang berkualiti mmg kena bayar tinggi. 
5) Staff tidak akan kekal selama-lamanya dengan kita, jadi jangan rasa sedih bila staff kita resign, adalah lumrah kehidupan untuk mereka mencari peluang yang jauh lebih baik. Jadi mcm saya saya cuba bagi sebanyak benefit kepada staff dan kalau anda betul2 rasa staff itu penting. Boleh buat mcm syarikat2 besar buat iaitu memberi sedikit saham atau jadikan mereka partner. 

Jadi usahawan semua, saya mengucapkan semoga maju jaya. 



Tuesday 16 August 2022

Dapat Notis Pemotongan Nama Seksyen 551 Apa Perlu Anda Buat

Hi, baru-baru ini SSM mula mengeluarkan notis penutupan kepada syarikat-syarikat Sdn Bhd yang SSM percaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan. Sebelum itu, maaf saya kurang updata, tengah mencari staff untuk assist saya di media sosial sbb hendak tunggu saya edit video dan posting memang lambat. Jadi cara yang terbaik saya upah seorang staff.

Berbalik semula kepada topik hari ini. 

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini SSM telah menghantar notis pemotongan nama kepada syarikat yang mereka percaya tidak beroperasi.

Rupa notis adalah seperti berikut :



Untuk pengetahuan semua, Syarikat Sdn Bhd beroperasi atau tidak, syarikat wajib menghantar laporan tahunan dan laporan kewangan setiap tahun. Banyak owner syarikat sdn bhd yang selalu saya jumpa. Selalu mengabaikan perkara ini dengan justifikasi mereka mengatakan mereka tidak beroperasi dan tidak mahu menghubungi Setiausaha Syarikat mereka. Benda ini salah ye, beroperasi atau tidak submission itu adalah wajib. Dengan sekarang saman daripada pelbagai sudut, kalau betul tidak beroperasi baik tutup.

Jadi surat ini SSM mengeluarkan dan syarikat-syarikat yang dapat surat ini adalah syarikat yang tidak menghantar laporan kewangan atau laporan tahuan di SSM. Di mata SSM, mereka hendak tahu adakah anda masih meneruskan syarikat atau sebaliknya.

Jadi sekiranya anda telah dapat notis dan mahu meneruskan syarikat , anda perlu menghubungi company secretary anda dengan segera. Masa ini syarikat masih status beroperasi. Sekiranya sdah keluar seksyen 551(4) yang ni mmg leceh sbb kira syarikat telah ditutup. Hendak reinstate syarikat lagi leceh sebab kena melalui mahkamah.

Cuma ada beberapa pelanggan saya tanya better dia buka baru atau sebaliknnya. Yang ini anda kena hubungi saya. Sebab ada bberapa faktor yang saya kena tengok sebelum bagi advise.
Boleh terus hubungi saya di talian 0193960277.


Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...