Tuesday 16 August 2022

Dapat Notis Pemotongan Nama Seksyen 551 Apa Perlu Anda Buat

Hi, baru-baru ini SSM mula mengeluarkan notis penutupan kepada syarikat-syarikat Sdn Bhd yang SSM percaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan. Sebelum itu, maaf saya kurang updata, tengah mencari staff untuk assist saya di media sosial sbb hendak tunggu saya edit video dan posting memang lambat. Jadi cara yang terbaik saya upah seorang staff.

Berbalik semula kepada topik hari ini. 

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini SSM telah menghantar notis pemotongan nama kepada syarikat yang mereka percaya tidak beroperasi.

Rupa notis adalah seperti berikut :



Untuk pengetahuan semua, Syarikat Sdn Bhd beroperasi atau tidak, syarikat wajib menghantar laporan tahunan dan laporan kewangan setiap tahun. Banyak owner syarikat sdn bhd yang selalu saya jumpa. Selalu mengabaikan perkara ini dengan justifikasi mereka mengatakan mereka tidak beroperasi dan tidak mahu menghubungi Setiausaha Syarikat mereka. Benda ini salah ye, beroperasi atau tidak submission itu adalah wajib. Dengan sekarang saman daripada pelbagai sudut, kalau betul tidak beroperasi baik tutup.

Jadi surat ini SSM mengeluarkan dan syarikat-syarikat yang dapat surat ini adalah syarikat yang tidak menghantar laporan kewangan atau laporan tahuan di SSM. Di mata SSM, mereka hendak tahu adakah anda masih meneruskan syarikat atau sebaliknya.

Jadi sekiranya anda telah dapat notis dan mahu meneruskan syarikat , anda perlu menghubungi company secretary anda dengan segera. Masa ini syarikat masih status beroperasi. Sekiranya sdah keluar seksyen 551(4) yang ni mmg leceh sbb kira syarikat telah ditutup. Hendak reinstate syarikat lagi leceh sebab kena melalui mahkamah.

Cuma ada beberapa pelanggan saya tanya better dia buka baru atau sebaliknnya. Yang ini anda kena hubungi saya. Sebab ada bberapa faktor yang saya kena tengok sebelum bagi advise.
Boleh terus hubungi saya di talian 0193960277.


No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...