Thursday 23 November 2017

Kepada org baru berniaga : Jangan terburu-buru membuka syarikat sdn bhd.

Hi semua, memang tidak di nafikan keadaan ekonomi di malaysia. Kurang memberangsangkan sekarang.
dan hari ni saya nk berkongsi sedikit pengalaman saya.

Untuk pengetahuan semua, saya Azizam seorang company secretary berlesen. dan tugas utama saya membantu usahawan membuka syarikat sdn bhd. Boleh refer website saya or contact sy direct
www.velvetcorporate.com or 0193960277

.
Sebelum individu mendaftar syarikat, Selalunya saya akan tanya mereka
1. Berapa lama sudah berniaga.
2. Pernah ade pengalaman dengan perniagaan atau baru sahaja berniaga.
.
jikalau mereka mmg baru nk berniaga, saya mmg tidak akan saran buka terus sdn bhd terus. 

Saya akan sarankan mereka buka enterprise dulu.
.
Memang enterprise tidak boleh convert ke sdn bhd.
Tp saya tidak mahu client terikat nak bayar 

1. secretary fees
2. audited fee, 
3. accounting, 
4. taxation lagi.
Sales pun tidak menentu dan terikat dengan fee. Last2 sakit nk bayar semua tu.

Estimate per year adalah RM2k to RM5K Yearly.
.
Tidak nafikan syarikat sdn bhd mmg entity perniagaan yang terbaik. Tetapi cost dia lagi banyak daripada enterprise. As secretary mmg akan saya akan advise buka sdn bhd.
Tetapi as business owner, kepada yang berniaga awal2 ni saya akan saran buka enterprise dulu.

belajar susah senang perniagaan ni. If perniagaan tidak jadi, tutup sahaja enterprise tu.
If tahun ke 2 or tahun ke 3 perniagaan ok.
cpt2 buka sdn bhd. Semua entitiy perniagaan ok.
.
Tak perlu terburu-buru dalam perniagaan ni. yang penting kejar sales and buat networking and marketing.
.
p/s : tengah settelkn kes client kena compound sbb tak buat Annual return dan Audited Account.
.
www.velvetcorporate.com

Sunday 5 November 2017

Daftar SSM Biz Trust

Hai Semua

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Kurang update sekarang sebab terlalu sibuk kerana tidak mempunyaai staff

Dan hari ni saya nk berkongsi product baru daripada SSM iaitu SSMbiz Trust

daripada pemahaman saya,  kewujudan product ini kerana SSM nk semua perniagaan online or services provider mendapatkan logo ini untuk diletakkan di website mereka.

Secara tidak langsung mengatakan website kami adalah perniagaan yang sahih.
.
Dan yang best dia. Sekarang ini pendaftaran adalah percuma. Jadi apa lagi cepat-cepat lah mendaftar
.
Saya sudah ada.
Boleh refer website saya dan sijil saya.
korang boleh mendaftar disini

https://biztrust.ssm.com.my

dan website saya adalah
www.velvetcorporate.com


j


Tuesday 26 September 2017

Sewa Virtual Office @ Office Maya - Apa Perlu Anda Tahu...

Hi Semua, Sudah Hampir October 2017
Dan hari ini saya hendak isu yang saya perasan tentang Virtual Office @ Offis Maya ini,

Jadi sebelum itu, apa maksud Virtual Office ini?
Untuk maklumat tuan, Virtual Office atau office Maya adalah solution kepada syarikat yang masih belum mempunyaai Alamat Perniagaan Kerana mereka menawarkan khidmat meminjam alamat ruang dan bilik meeting dengan harga yang berpatutan.

Terdapat beberapa pakej yang selalu mereka tawarkan. Antaranya adalah
1) Sewa Alamat sahaja
2) Sewa Alamat siap nombor telephone
3) Sewa Alamat siap bilik kecil.
Harga anda kena tengok pakej yang bersesuai untuk anda.

Jadi hari ini saya nak tekankan Kebaikan dan Keburukan Virtual Office.

1) Kebaikan
  1.  Murah - Tidak nafikan ianya jauh murah terutama kepada anda yang baru mula berniaga,
  2.  Cost effective - Tidak semua orang akan ke office, Terutama nya berniaga online or menawarkan contruction business, jadi virtual office adalah pilihan terbaik.
  3. Cantik - Mereka services provider jadi office mereka mmg cantik and presentable. Siap ada reception yang cantik.
  4. Setiasa ada orang di office - Ingat, kadang-kadang orang akan datang ke office tanpa memberi tahu. Jadi bagus nya virtual office ni. Sebab sentiasa ada orang.
  5. Complete - Office dah siap tempat meeting, mailbox, internet, jadi virtual office mmg bagus
  6. Alamat Office Cantik - Selalunya lokasi virtual office ni lokasi strategic, antaranya di KLCC. Jadi kalau kita nk sewa mana mampu kepada yang awal-awal berniaga ni.
2) Keburukan
  • Ok, hari ni saya nk highlight tentang isu yang paling hangat. Iaitu should You sewa virtual office ini atau tidak?
  • Jawapan nya terpulang dengan sapa anda berurusan, kerana jikalau anda berurusan dengan badan kerajaan seperti Kementerian Kewangan (M0F) , (CIDB) , kementerian perlancongan, immigration, dan seangkatan .Mereka semestinya akan reject sebab office maya memang tidak akan diterima.

    Jikalau office kecil tidak mengapa, tp office Maya confirm kena reject (mereka akan datang site visit)
  • Jadi anda kena tahu dengan sapa anda berurusan.

    Jikalau tidak terlibat untuk perlesenan anda boleh kekal dengan virtual office. Jika yaaa, jangan sewa virtual office sebab rugi duit nti.
  • Ini real case study saya,
    My client dia sewa Regus (virtual office) dan apply mof status bumi, dan terus kena reject, Sbb MOF tidak terima virtual office. (Tetapi kekadang lepas juga). Tp try avoid benda ni. Sebab nti rugi. 


Jadi sampai disini sahaja topic kali ini.
ini website saya www.velvetcorporate.com
dan my phone 0193960277 if ada sebarang persoalan.

Sampai disini sahaja
Azizam Azizan
Company Secretary
-

Sunday 13 August 2017

MyBaby My Photoshoot - Aleesa Azizam

Just untuk pegetahuan semua.
Selain company secetary. Saya juga membuat part time photography di bawah nama
karya Cinta Photo.
Boleh search di facebook dan instagram
.
Jadi hari ni saya nk sharing Gambar photoshoot Baby saya

Aleesa Azizam
Props : Pakai tudung Bini je. hehe
Props kedua : Mainan Anak Buah & Selimut
Props ketiga : creativity Bro. kena creative hidup nie. hehe

Jadi tengok sendiri ye.

Ini dengan caption. My beautiful Baby ;)

Ini konon-konon kena gantung baju. Susah nk dapat buat pose ni. Al maklum bby sentiasa bergerak-gerak

Acah acah Butterfly skit. hehe


Ini kononnya tengah belajar kapal. susah nk buat sampan tu. Sebab Aleesa non stop tendang-tendang

Yang ni dahulu saya shares. Sebab memang byk lagi On the way.
Apa-apa boleh contact saya di whatapp
0193960277  or email velvetgroups@gmail.com
Once again
Thank singgah blog saya ye

Anda BlackList SSM/ Saman SSM. Apa perlu anda tahu?


(Latest Update 4 February 2022)

Hi update, kepada mereka yang mempunyaai Syarikat Sdn bhd. Lately SSM dah start keluarkan surat pendakwa raya kepada mereka tak submit Annual Return dan Audit report. Jadi ada kemungkinan post saya tentang blacklist ssm ini akan ada perubahan. 

Apa yg perlu anda buat sekarang adalah menghubungi secretary berdaftar masing-masing. 

Kalau anda tidak mahu teruskan lagi syarikat. Saya galakkan anda untuk tutup SSM anda secepat mungkin. Jangan biarkan sahaja. Kalau tak nk teruskan cepat-cepat la tutup.


(Last Update 31 January 2019)

Hi Semua, Hari ini saya nk update blog tentang Blacklist SSM dan Saman SSM.
Banyak pekara telah terjadi semenjak 2 tahun ini. Dan Saman SSM sangat panas lately, sbb amount kena bayar sgt sgt tunggi.
Sekarang ni, SSM Telah kenakan Compound sebanyak RM5,000 kepada pengarah yang tidak submit
1) Annual Return
2) Audit Report
Minimum Saman RM5,000 tu. Maximum Boleh mencecah RM500,000.00
.
Untuk pengetahuan anda Bukan SSM sahaja, semua badan kerajaan sudah mula sibuk compound mengcompound ni.
Dan semenjak tahun 2017 (Pengenalan Akta Baru, SSM sangat-sangat lah active cari kesalahan pengarah ni)
.
Sebelum itu ini website saya  :  www.malayacorporate.com
dan saya kena disclaimer :
Semua perkongsian adalah daripada pengalaman saya. Betul or salah terpulang kepada anda.
.
.
Berbalik kepada topik sharing saya hari ini.
Isu Paling kecoh iaitu : Blacklist SSM dan Saman SSM.

Jadi sebelum itu kena tahu, Anda telah Di Compound oleh SSM. Compound ini tiada kena mengena dengan CCRIS/CTOS. (untuk masa ini) (masa hadapan kita tak tahu)
.
Anda kena paham, apabila anda di blacklist oleh SSM,
Bermakna adalah telah dicompound oleh  SSM.
Jadi anda kena bayar dulu saman SSM, barulah nama anda clear.
.
Kalau kita di pihak SSM, agak Fair bagi mereka, Sebab anda sudah melanggar akta syarikat di syarikat lain. Jadi nk jadi pengarah di syarikat lain. Sila bayar dulu compound.
.
Jadi Jikalau anda kena Compound
  1. Anda Belum Lagi Effect kepada CRIS dan CTOS
  2. Bankruptcy pun tidak effect lg
  3. Anda boleh travel ke luar negara dont worry. 
  4. Anda selalunya tidak boleh jadi pengarah syarikat
    dan update pada 2019. Ini adalah list yang anda tidak boleh buat jikalau anda ada compound
    - Tidak boleh di lantik menjadi pengarah syarikat lain
    - Tidak boleh resign
    - Company tidak boleh tutup selagi compound tidak di jelas
    - Tidak boleh update maklumat seperti alamat terkni
  5. Compound ini akan berterusan, if tidak mahu lagi teruskan syarikat. Better Tutup, Seriously better tutup soon as possible.
Jadi apa yang perlu anda buat???
  • Advise saya simple sahaja, contact lah secretary anda. Biarlah pakar selesaikan.
  • If anda sudah tiada Company Secretary, baru lah cari (seperti Contact saya) biarlah pakar yang menyelesaikan. Boleh whatapp 0193960277
  • Kenapa perlu Secretary
    Pertama : SSM tidak layan rayuan tanpa submission Annual Return dan Audit Report, jadi selalunya kami akan advise submit dulu, then baru buat rayuan.
  • Kedua : Kami selalu menghadapi masaalah ini, sebenarnya boleh di katakan rutin harian kami 
Effect Tak Bayar
  • Nama anda akan sentiasa Blacklist di SSM, maybe akan effect CCRIS or Ctos selepas ini.
  • Default Compound jadi compound itu berterusanan lah ye
  • Kena ingat, Bila anda tidak submit Annual Return, anda terdedah kepada compound yang berterusan. Tahun ni 5 ribu, tahun depan pn tambah lagi 5 ribu.
Selepas selesai Blacklist
  • Haa, Jadikan pengajaran. Lepas ini ikut akta syarikat ye. Compound Mahal Sekarang ni
  • Jangan ignore, semua authority body sibuk membuat collection skrg ini.

(Last update 31 January 2019)

Saturday 17 June 2017

Rumawip Jalilmas - Cerita Saya Membeli Rumawip

Update skit : July 2017
Ade perubahan story, skrg sblm undi dah kena jelaskan 10%
(lain dengan kami dulu) - maybe sebab ade yang cancel lepas cabut undi.

Blog dibawah story pengalaman saya sblm ade perubahan ye.Selamat membaca

Hi semua, sekali lagi terima kasih singgah blog saya.
Website dah ready ye. Ini website saya :

www.velvetcorporate.com

Hari ini saya ingin berkongsi Pengalaman saya membeli rumah wilayah.
Dan rumah saya beli adalah di Jalilmas. Sebab tiada siapa nk shares story. Jadi saya shares Story saya.
Mana tau ade yang membantu nanti. ;)

Untuk Pengetahuan semua, Rumah Jalilmas adalah project di bawah DBKL.
Jadi iannya murah kerana di pahamkan tanah dia di miliki oleh DBKL Sendiri.
Jadi sebab itu  murah.

Jadi hari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli rumah di Jalilmas ini.
(ini based on my experience ye, kalau salah or tidak betul itu. adalah risk anda)




Story Times

Sebelum kita start better kena paham Syarat melayakan anda membeli

Syarat dia
1. Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
3.  Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
*Bujang pun boleh, sebab kawan saya dua orang bujang lepas beli rumawip ni.

website : https://rumawip.kwp.gov.my/user/login

Jadi bagaimana Apply?
Terdapat dua cara untuk apply

1. Under DBKL :
Anda apply direct sendiri Di website DBKL, Key IN semua information then tekan apply.

  • Document pastikan jangan hntar by post (sebab bila sy hntar by post) hilang tah kemana, kena resubmit. Kan Leceh tu. 
  • Hantar direct ke menara DBKL, location di dekat belah bawah, hantar kejap je. (ambil la cuti or upah runner kejap. 
  • If korang tanya nape call tidak berjawab. (Sebab staff kat bawah tu sorang je (masa saya pergi dululah) dengan orang walk in lagi mmg susah lah dia angkat phone. So pergi sendiri DBKL tu
  • Time ini tidak perlu lagi bayar Deposit  
  • Lulus Baru bayar deposit


2. Terus under developer :

  • First check developer sapa. Jalilmas adalah Kayamas, office dia dekat Jalan Klang lama. Jadi saya berurusan disitu
  • So if nk cepat. Memang saya advise direct dengan developer Sebab under developer kita kena bayar deposit (Harga deposit Bergantung kepada harga rumah dan berapa developer minta) 
  • Kenapa better bayar? Sebab kita dah book dulu, so kita "seriousbuyer" Nk dapat unit tu senang sedikit.. Sekarang bergantung loan kita dengan bank sahaja. (tp bergantung kepada rezeki juga)
  • Ingat rumawip ni berebut, sebab murah. So better ade duit terus under developer. 
  • Yes refundable if loan kita tidak lulus

So mana better? Memang under developer. Ingat rumawip ramai berebut. Sapa cepat dia dapat.
Lagi-lagi bawah 200k punya project.

Cabut Undi

1. Under DBKL -

  • Saya under DBKL, jadi bila lulus sy dapat email dari developer mcm nie. Lepas dapat email terus jelaskan deposit and booking fees. Then Cabut Undi
  • Lepas cabut undi dia akan bg kertas. Kertas tu korang kena ada sebab nk apply loan nti 

Email lulus daripada developer

2. Under Developer :

  •  Saya juga membantu kawan saya membeli Jalilmas . Dia kami buat terus under developer. Sebab under DBKL lambat skit.
  • Cara dia. tidak perlu daftar dekat website, just bawa document yang mereka minta sekali deposit/booking fee. Nti mereka settelkn
  • (2/3 tiga bulan baru lulus) 
  • Tp if tidak lulus tu. Tiada rezeki lah tu.  
  • Agent saya Marcus. Ok services dia. 

Document yang mereka minta

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
*Setiap rumah satu Complete borang ye. Bermaksud 2 permohonan. Dua complete Borang. Tiga permohonan Tiga Complete Borang. Ramai ingat satu complete borang boleh apply semua. Salah ye.
* Dan saya Dapat info ini dekat website sahaja.

Apply Loan

Ok lepas encounter kekwn yang beli sama jalilmas ni. Loan setiap orang berbeza. Macam saya, saya akan story 2 cara. Sebab sy encounter dua cara ini

Private (Bank Loan)

Macam saya, saya kerja sendiri.  jadi kami guna bank loan. Selamat wife keje bank juga. Dapat jugalah staff rate (alhamdulillah)

Cara Bank macam ni ye

  1. Bayar Booking Fees. (Lepas dapat surat kelulusan.) awal-awal tidak perlu bayar. 
  2. Apply Loan
  3. Sign agreement Loan
  4. Bayar Balance deposit (if anda 100percent tak perlu) 
  5. Sign S&P

*If korang Guna KWSP , dah sign s&p dan isi borang. Baru Bawa ke KWSP.
Ingat lepas sign S&P bukan lepas bayar booking. Sebab saya ingat Borang booking tu dah cukup dah. Silap rupanya.


Government Loan

Cara dia terbalik skit. Sebab kwn saya under government loan
Cara dia begini :
  1. Bayar Booking Fees (sebab kami direct under developer) 
  2. Dapat surat pengesahan jawatan (surat kata anda layak loan berapa byk)
  3. Sign s&p
  4.  Lepas sign s&p baru loan (terbalik ngn bank loan)

Isu yang akan Timbul.

1. Panel Loan - Anda kena pakai panel mereka sahaja, sebagai contoh saya sudah pergi bank islam & Bank rakyat tuk apply 100 percent loan. Tp bila pergi mereka kata mereka bukan panel untuk Jalilmas. (Pada masa itu la)

2. Panel Lawyer - Yang saya perasan mereka divide mengikut tingkat.  Sebagai contoh 10 - 20 (Satu lawyer) 20-30 (lawyer yang berbeza)
jadi nti dah undi tengok lah lawyer sapa. Saya Satha & co di bangsar (lembap betul buat kerja)

3. Bayaran Lawyer : Saya selamatlah Lawyer panel dengan wife saya. So tiada cost.

4. Parking: Rumahwip telah provide satu rumah satu parking. Jadi if nk beli parking kena tambah exta RM18k tidak silap. Boleh include dlm loan. Tp masa kami nk beli parking dah abis. adehhh. So decide cepat2

5. Cabut Undi : haaaaa, ini masaalah utama. Unit tidak boleh pilih. Saya terdapat unit tinggi pula, tp bersyukur je lah Rumah bawah market Price.
Tak payah lah cuba tukar, dah cuba dah. hehe


Apa yang anda kena consider sebelum beli rumawip (conclusion)

1.  10 Tahun - Rumah ini hanya untuk pembelian rumah pertama di Kuala Lumpur. Bukan tuk sewakan or jual balik. Jadi for properties investment. Rasanya kurang sesuai.

2. Semua Boleh jual balik - 10 tahun kemudian semua orang boleh jual balik. Jadi harga dia tidak akan melambung tinggi (tidak sesuai kepada yang nk invest)
mcm kami memang hendak duduk situ.

Kebaikan

1. Well, dia murah dah afforable (ok laa tuk rumah pertama)
2. Besar dia pn ok. tuk jalimas (800sq, apartment 3 bilik 2 bilik air) nice lah tu
3. Tempat berdekatan dengan LRT. ok what, public access tuk kebanyakkan rumawip dekat dengan LRT. so kira factor utama saya beli sebenarnya. Walaupun jauh dengan KL.

Rumawip vs Rumah Prima (Based my observation)

- Mesti korang ade compare kn. Dari apa saya research, rumawip menang dengan harga, sebab tanah tu milik DBKL. Jadi dia murah skit. Rumah Prima not bad. Tp tanah dia kena beli
- Dua-dua ok, sebab kena tengok mana korang nk duduk


JANGAN MALAS
-Ramai betul malas nk apply, Sebab kata leceh, Sumpah Lah., uit, nk beli rumah bawah market price. Kena lah berusaha skit.
- So cepat-cepat apply.

Sampai Disini sahaja blog saya hari ini. Ingat post semua ini adalah based Pengalaman saya. And kepada mereka berminta nk dapat khidmat secretary.
Singgah lah ke website saya ye

www.velvetcorporate.com

(buatan sendiri ni)

Jadi berjumpa lagi di topic akan datang.


regards
azizam azizan
#mohonrumahwip
#applyrumahwip

keyword tajuk : Mohon Rumahwip, Pengalaman sayar beli Rumawip & Apply Rumawip

Sunday 11 June 2017

Selamat Datang My Beloved Princess Aleesa Binti Azizam - 19 April 2017 (Cerita Kami)

Hi semua, Lama saya tidak Update blog. Sedikit sibuk lately, Al Maklum sudah ada  Baby.
Hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya semasa Kelahiran Baby Sulung saya iaitu


Aleesa Binti Azizam
Aleesa bermaksud di lindungi tuhan. DAN keluarga kami memang mengamalkan nama pendek-pendek sahaja.  Sebagai Contoh
Keluarga saya : Azlinda, Azaliza, Azrizal, Azizam, Azizi
Keluarga wife pula : Zaila, Zaidora, Zaidi, Zainizam

Jadi saya decide nk menyambung Hurup A. Sebab saya nk anak saya sentiasa di hadapan, sbb sebagai orang nama Hurup A. kitaorg sentiasa kehadapan. Insyallah Semua anak saya akan di namakan hurup A. Dan kenapa pendek? well, panjang2 bukan sebut pn nama penuh.

Story Time
Selamat saya menghadiri kelas ibu mengadung dan melihat banyak video youtube. Sememangnya amat membantu. Jadi hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya dan view saya dari pihak lelaki. (penting tau peranan seorang lelaki ni)

1.Tanda Tanda Awal

Isteri saya mula menunjukan tanda-tanda awal pada malam sebelum bersalin. Sebab attend kelas, jadi saya tahu keluar pendarahan or keluar air adalah penanda isteri hendak bersalin (kita kena cepat2 bergegas ke hospital). Nak di jadikan cerita wife saya ade pendarahan kecil pada jam 2pagi. Selamat waktu pagi,

Sampai sahaja hospital, doctor suruh wife saya admit. (kami tidak panic, sebab sudah tahu apa perlu buat semasa attend kelas hari tu). Dan Doktor kata wife saya baru buka 1cm

Pengajaran : Kepada suami, korang stdy lah skit pasal ibu mengadung nie. Time moral support kita penting.

2. 1 CM

Ok, baru saya tahu. Payah rupanya bersalin, pada jam 1 petang wife saya baru sahaja terbuka 3 cm.
saya ingat sebelum ini. Masuk wad terus bersalin. Salah rupanya. DANNN, terus terang selamat lah bini saya kuat bersenam sebelum bersalin. Jam 2 petang, tamat sahaja waktu melawat. Terus nk terberanak.

Yang kelakar, nurse terkejut wife saya cepat terbuka. Sebab masa dia check baru 3 cm. Tiba2 nk terberanak. Tak sempat pindah katil. Dengan katil-katil tu doctor ngn nurse bawa ke labour room
Pengajaran : bila wife bersalin, rajinkn bersenam. or bawa diorang keluar shopping. Seriously nti senang nk bersalin, insyallah cepat terbuka nti.


3. Labour Room

Ha, yang ni kelakar, sebab waktu time rehat nurse kata baru 3cm. DAN estimation bersalin pada 12mlm nti. Sekali wife saya col dan dia sudah kat labour room. Jadi Kelam Kabut saya lari kat atas.

Masa di Labour room, *Saya mmg tak takot darah.
memang kita as lelaki memain kan peranan yang amat penting. Time tu wife tak pikir apa dah. So disebabkan sudah pergi kelas. Saya tahu teknik penafasan yang betul dan urutan yang betul.
*susah nk terangkan, so si suami semua. Korang cepat-cepatlah belajar.

Pengajaran : Belajar teknik penafasan dan position masa nk bersalin tu. (kepada si suami) dan kepada yang xtakot darah tu. Temanlah masuk

4. Miracle Happened . 2.7kg Normal

Pada jam 2.44pm. Aleesa saya lahir

Indah, sangat indah. Semasa kelahiran Aleesa dan semasa qamat kan di teliga untuk kali pertama adalah saat paling indah yang saya tidak akan lupakan. Saya btl2 terharu dan saya menagis,
Bila saya qamat kat teliga dia. Seriously saat paling warrmmm dalam hidup saya. Sebab dia menangis, then tiba2 berhenti menangis. Seperti Cam suara saya.

Pengajaran : Tak gi kelas pn tak xpe. Tapi si Suami pastikan pandai teknik penafasaan dan teknik urutan

5. Pulang

Alhamdulillah, sehari selepas bersalin, wife dan puteri saya dapat pulang ke Rumah. Syukur kami tiada dugaan penuh semasa mengandung dan bersalin.

Tetapiiiiiiiiiiiii

Nk di jadikan cerita Aleesa terkena kuman. Sampai je rumah 3hari tu masuk balik hospital seminggu.
Jadi tunggu next blog saya update pengalaman.  DAN Pengajaran untuk seorang suami. Seriously Banyak betul saya belajar.

Tunggu next update ye. Nk kongsi pengalaman membeli rumah dulu. hehe










Saturday 25 February 2017

Attending Kelas Antenatal di Hukm/PPUKM Kuala Lumpur, (Kelas Mengandung) - Sesi 25 Feb 2017

Hai Semua, Asalamuaailaikum kepada yang muslim, and salam sejahtera to all non muslim.
Sapa Sangka pejam celik saya sudah hampir menjadi bapa. Topic ini berlainan sedikit, sebab nk cover or berkongsi pengalaman saya tentang kelas Antenatal di HUKM Kuala Lumpur.


Bagi yang tidak mengetahui, kelas Antenatal adalah kelas tentang mengandung.

Pelbagai ilmu tentang ibu mengandung di kongsikan disini. Antaranya cara penafasan yang betul, kedudukan persalinan yang betul, penjagaan selepas bersalin, teknik penyusuan bayi yang betul dan akhir sekali belajar senaman yang betul dan cara pemandian bayi yang betul.

Story Time

Ok, kelas yang saya attend ini. Anjuran HUKM, dan hanya sebulan sekali. Bayaran dia RM150.. Mahal?? for me, ilmu ini kita nk pakai lama. Jadi saya rasa better kita attend sekali seumur hidup. Sebab kita belajar teknik yang betul dari dengar or baca blog pantang larang, adalah better kita dengar sendiri daripada pakar. Tugas ibu bapa besar wooo. juga Ada sesi tanya pakar. Jadi disitu pelbagai soalan boleh di lontarkan.

Di antara soalan adalah

1) Adakah makanan pedas sesuai utk ibu mengandung?
2) Boleh kan ibu selepas bersalin terus pulang ke kampung selepas bersalin. Sebagai contoh saya ni nk terus pulang ke Johor?
3) Apakah teknik penafasan yang betul semasa bersalin?
4) Kenapa bayi kerap kuning?
5) Makan nenas/durian tajam untuk bayi?

Ini adalah antara soalan2 yang di tnya,
*Nak tahu jawapan?? kena pergi lah kelas ye. Sebab doctor ngn ketua nurse akan explain betul2
Nti saya expalin tersalah pula. hehe

Untuk pengetahuan anda, kelas penuh dengan sesi-sesi topic yang berlainan setiap 2 jam

antara topic-topic yang di cover adalah :

8:30 - 9:30am - Pain Relief in Labout -
10;00- 10:40 - Kehamilan/kelahiran Normal & Abnormal
10:40-11;15 - Penjagaan selepas bersalin & Family Planning
11:15- 12;00 - Lawatan sekitar bilik persalinan HUKM (better kepada yang bersalin sini)

rehat (makan tenghari)

2;00-2:30 - Tanyalah Pakar (ok sesi ni best, boleh tnya doctor pakar apa sahaja soalan)
2:30 -3;15 - Pendaftaran Kelahiran & Penjagaan Bayi baru lahir
3;15- 4;00 - Penyusuan susu Ibu
4;00 - 5;00 - Senaman

Jadual nampak pack? for me, semestinya tidak.

Sebab ini bukan kelas nk jawab exam, ini kelas ilmu kita nk guna tuk sepanjang kehidupan kita. Walaupun mereka membuat sesi bertanya pakar
But anda boleh je bertanya sbb  Nurse dan doctor yang mengajar sangat baik dan kelakar.
Jadi sesi ini sangat tidak boring.

Apa yang saya dapat selepas attend kelas ini? 

Selepas attend kelas ini, soalan2 yang terbuku dlm kepala saya sudah terjawab, sebab ada yang mengatakan bini masa bersalin tidak elok berjalan. Jawapan sebenarnya salah. Bini wajib berjalan sebab akan memudahkan process kelahiran, dan selepas ini. Confirm saya tidak panic bila bini kata sakit nk bersalin.

Saya juga belajar cara yang betul mandikan bayi, teknik penyusuan ibu yang betul,
Daftar Nama bayi. dan yang paling penting adalah : Cara membantu isteri semasa di bilik kelahiran, daripada bernafas teknik penafasan, teknik urutan dan senaman yang betul

Jadi kepada mereka yang tengah membaca blog ini, dan tengah servey dan merancang nk pergi.
Jawapan saya, mmg kena pergi sebab ilmu ini kita nk pakai lama.
Walaupun kos dia RM150 dan satu hari.
But kita dah tau macam-macam.

Jadi di bawah sekitar gambar sewaktu kelas itu berjalan. Dan kepada nurse dan doctor yang memberi cerawah. Anda memang best dan sempoi... ;)



Volunteer, But mengigil nk mandikan patung ini


Tengah belajar cara senaman, teknik penafasanm urutan yang betul yang akan membantu ketika ibu bersalin nti

Jadi kepada bapa/ibu. Pergi tau, sebab doctor ngn nurse banyak kongsi pengalaman mereka, and selepas attend ini. Saya lebih menghargaai ibu mengandung, sebab susah rupanya mengadung ini. Dan kita sebagai suami memang memainkan peranan. Jadi daftar tak daftar ye.

dan promosi skit, perlukan khidmat company secretary. Just roger saya ye.
Selamat menjadi ibu dan bapa yang baik.



Monday 6 February 2017

Jenis Lesen Perniagaan yang Perlu Anda Tahu..(Selain Mendaftar Syarikat Di SSM)

Topic ini saya tujukan kepada para perniaga.
 Untuk pengetahuan anda,
Anda boleh sahaja mendaftar syarikat di SSM dan SSM tidak akan reject permohonan anda.
Dan adakah iannya mencukupi?

Jawapannya tidak.

Sebagai contoh jikalau anda ingin melakukan perniagaan travel. Walaupun object clause ada sudah menyebut perkataan travel. Akan tetapi anda wajib mempunyai lesen dari kementerian Pelancongan.
wajib ke kena ada lesen ni?

selalunya kalau anda selalu berurusan dengan job kerajaan. mmg selalunya wajib kena ade lesen baru boleh beroperasi. Xde lesen takot kita menjalankan perniagaan x sah je,

Untuk pengetahuan anda, Malaysia memang terkenal dengan bureaucracy yang leceh nie . But kita ni berniaga

 Jadi sebelum kena kacau dari mana-mana pihak. Adalah better kita Apply lesen yang related dengan perniagaan kita. Bak kata perpatah sediakan payung sebelum Hujan.

*Disclaimer ini based on pemahaman saya. Betul ke salah anda boleh further research ye. Serba sedikit harap membantu anda,

*Dan saya company secretary, kepakara saya adalah akta syarikat sahaja. Jangan tanya bukan2 mmg saya x layan.

Sector
Regulator
Type of License
Manufacturing

Ministry of International Trade and Industry (MITI)


Kelulusan Lesen Berdasarkan Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975

Royal Malaysia Customs

Kelulusan Lesen di bawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967


Ministry of Health (MOH)

Kelulusan Lesen di bawah Peraturan 16 (1) Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia


Oil, Gas and Energy

Petronas

Lesen membekal / menjalankan perkhidmatan minyak dan gas daripada Petronas

Construction
Construction Industry Development Board (CIDB)
G1 – G7

Tourism

Ministry of Tourism and Culture (MOTAC)


Perniagaan Pengendalian Pelancongan & perniagaan agensi pengembaraan

Logistics
Land Public Transport Malaysia (SPAD)
Lesen Pengendali

Royal Malaysia Customs
Lesen Ejen Perkapalan/ Penghantaran

Healthcare

Ministry of Health (MOH)

Lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta


Telecommunication

Malaysia Communications and Multimedia Malaysia (SKMM)

Lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,1998- Individual Licence


Finance

Ministry of Finance (MOF)

-License to carry on banking business
- Lesen Insurans (AktaInsurans1996) - Menteri Kewangan
- Sijil AkuanPendaftaranFirmaPerunding


Bank Negara Malaysia (BNM)


Lesen untuk menjalankan perniagaan
perkhidmatan wang

Sports
Ministry of Youth and Sports
Malaysia Sports Commissioner Officer Certificate(if any)
Palm Oil Industry
Malaysia Palm Oil Board (MPOB)
Lesen di bawah Akta Minyak Sawit Malaysia 1998
Sea Reclamation
Marine Department Malaysia

Lesen Kebenaran bagi aktiviti mengangkut pasir menggunakan pengangkutan laut

Biotechnology
Malaysian Biotechnology Corporation
Bionexus Status Certificate

Business Services

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism

-Perniagaanbagi sector perkhidmatan tidak dikawal selia (unregulated sectors); merujuk kepada garis panduan penyertaan syarikat asing dalam perdagangan, pengedaran dan perkhidmatan di Malaysia.
 • PerniagaanJualanLangsung (LesenJualanLangsung)


Ministry of Tourism and Culture (MOTAC)

• PerkhidmatanterapiSPA (SijilSPA)
• SijilPerhotelandenganpengkelasan bintang


National Film Development Corporation (FINAS)


Perfileman (pengeluaran atau / dan pengedaran filem)

Ministry of Home Affairs


Penerbitan dan Mesin Cetak
Distributive Trade

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism


Kelulusan menjalankan Aktiviti Perdagangan Pengedaran di Malaysia (WRT)


jadi goodluck kepada yang nk berniaga. Ingat pendaftaran lesen tertentu ni mengikut business anda.
yang paling penting daftar syarikat tu dulu.

Azizam Azizan
0193960277

Saturday 4 February 2017

AKTA SYARIKAT 2016 - Jadi better korg buka syarikat?

Akhirnya setelah bertahun-tahun rumor tentang akta syarikat nk berubah.
Akhirnya pada 31 January 2017. Akta ini telah di kuat kuasakan.
Untuk pengetahuan korang semua. Rumor akta nk berubah start dari 2012 lagi.
So that why ramai orang tidak pay attention.
Tiba-tiba terus naik notice effective. Memang ramai lah kelam kabut.
Mula-mula kata berperingkat. Lain plak jadi nya.
But sebagai secretary berlesen. Kena get ready juga.

Saya sendiri bajet akan effective pada awal tahun 2018. Saya pun kelam kabut study. Ye lah, walaupun masih kecil. Saya kena advise client saya. Sebab akta syarikat ini kesalahan dia mahal wooo. Cecah juta kalau buat salah.

Jadi kita mulakan apa yang Main perubahan yang kita sudah tahu..
Overall biarlah anda paham yang ini sahaja, kerana selebihnya. Biarlah Company Secretary berlesen yang paham. Korang sekarang kena mengenali secretary yang mahir

Jadi antara perubahannya

1) Seorang Pengarah- Mengikut akta syarikat 1965, Syarikat wajib mempunyai dua pengarah. Tetapi tidak lagi sekarang. Korang boleh seorang pengarah sahaja. Tetapi kena ada next of kinds. Bermaksud sesiapa yang secretary boleh contact jikalau umur kita tidak panjang.

2) Seorang Pemegang Saham - Seperti diatas, sekarang seorang pn boleh.

* Kelebihan nya, lagi senang kepada syarikat kecil, tp syarikat besar saya advise lantik je dua orang. Sebab leceh klu ada apa-apa terjadi. Tetapi business anda, anda decide

3) Company Secretary -
Mengikut akta syarikat 2016. Boleh refer section 235. Setiap syarikat wajib mempunyai Company Secretary. Like it or not. Korg kena ada orang mcm saya ye. hehe

4) Auditor -
Yes, sekarang sudah optional untuk membuat audited account. Tetapi appoint auditor adalah wajib.

5) No more AGM -
Yesss, SSM nk mudah kan syarikat kecil. Tuk syarikat limited by shares. Korang x wajib dah. Hanya syarikat berhad je kena buat AGM

6) DAN 600 akta yang lain.
For me, tak perlu lah korang tahu details. Sebab korg ni berniaga, better korang focus Sales korang tu.Benda benda remeh dan akta syarikat ini. Biar lah Company Secretary yang uruskan.
Korg kena cari yang korang selesa je. M

Jadi better ke Korang Buka Sdn Bhd?

* Terus terang, saya perasan SSM nk mudahkan syarikat kecil untuk berniaga sebab dia bagi banyak betul kelonggaran

tetapi*** korng kena tahu.

Di sebalik membolehkan Pengarah membuka syarikat sendiri.
Korang sebenarnya telah cenderung untuk melanggar akta syarikat.
AKTA SYARIKAT 2016 kesalah mahal tau.
Dan setiap submission ada Kos yang tersendiri.
Jadi hendak buka tu,
nti appoint company secretary yang berwibawa.
Rugi bayar saman mahal-mahal nie.

Ada soalan contact direct saya ye.
0193960277 or email azizamazizan@gmail.com
Goodluck dalam perniagaan anda ;)

Sunday 15 January 2017

Nama Syarikat Apa Yang Boleh Apa yang Tak Boleh - Version 2

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Topic ini adalah sambungan daripada blog saya yang pertama saya iaitu :


Jadi disebabkan terlalu ramai membaca blog saya, jadi saya nk update topic Nama ini.
Juga info ini semua ada di website SSM saya hanya mengolah kembali sahaja.

DAN Kalau anda sudah menubuhkan Syarikat Sdn Bhd or LLP dan masih tidak mempunyai company secretary. Sila sila lah contact saya. Ini no whatapp saya.
0193970277 / velvetgroups@gmail.com

Jadi berbalik kepada topic. Berikut adalah nama guideline menamakan syarikat,
GARIS PANDUAN PERMOHONAN NAMA PERNIAGAAN


  • Ingat nama perniagaan adalah merupakan first impression orang. Jadi pikir betul2 ye
  • Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua (2) jenis:
    a. Nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan contoh nya nama saya sendiri AZIZAM  AZIZAN, AZIZAM ENTERPRISE
    b. Nama perdagangan adalah nama perniagaan yang dicadangkan CONTOHNYA velvet enterprise, Karya Cinta Photo, Sushi Travel. 
  •  Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang dan tidak boleh lebih 50 perkataan ye.
  • Kalau boleh nama tu related lah kepada business, jangan nama syarikat AZIZAM Construction tapi Buat Dobi Pulak. Memang tak kena la. hehe
  • Selain daripada memperolehi kelulusan daripada SSM bagi penggunaan perkataan Nurseries, Pusat Care, adika, Pusat Tuisyen, Kolej dan Sekolah sebagai sebahagian daripada nama perniagaan mesti mendapatkan elulusan nama perniagaan, pemilik perniagaan juga perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada agensi-agensi lain yang berkaitan sebelum mendaftar perniagaan.
  • Kalau Anda mendaftar enterprise, nama memang tidak boleh ditukar ye. Kepada yang Mendaftar Syarikat Sdn Bhd. (Dun worry nama boleh tukar tiada masaalah, cuma ade kos. itu la yang bermasaalah) hehe. Sebab nk notify bank dan client anda yang lain
  • Menurut seksyen 22 (1) dan Akta 341 Syarikat 1965, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat tidak menerima apa-apa untuk pendaftaran nama syarikat atau syarikat asingyang nama atau nama daripada jenis yang disebut dalam Jadual melainkan kelulusan terlebih dahulu daripadaMenteri telah diperolehi. Mana-mana orang yang, yang bertanggungjawab untuk perniagaan, menggunakan apa-apa nama yang tidak diingini tanpa persetujuan Menteri untuk mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan.
  • Penggunaan nombor, tanda dan simbol dibenarkan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan dan mesti sesuai dengan penggunaan nama perniagaan. Contoh: A & Z , A.B.C Trading, Kupu-Kupu Design, Focus Re-Engineering, Dato 'Afiq
  • Combination Nama dengan Nombor pula? Boleh je. Saya baru je daftarkan Syarikat One17 Properties Sdn Bhd,
  • Dan dibawah adalah perkataan yang telah diwartakan, means nama sudah di control. Klu nk guna memang kena Minta kelulusan daripada SSM. Bermakna tidak semestinya tidak lulus, tp cuma banyak process korang kena hadapi




Banyak lagi nama yang telah di kawal/gazzate word. So goodluck memilih nama tu ye.
Semua info ni korang boleh dapat daripada SSM. Saya hanya mengolah balik sahaja. Jadi Jikalau anda ingin membuka syarikat Sdn Bhd, Atau pun telah membuka Syarikat Sdn Bhd dan tiada lagi company secretary. Sila menghubungi saya ye.. 

saya Azizam Azizan, sedia membantu anda. Ini adalah email velvetgroups@gmail.com atau pun whatapp sahaja. 019-3960277 

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...