Saturday 25 February 2017

Attending Kelas Antenatal di Hukm/PPUKM Kuala Lumpur, (Kelas Mengandung) - Sesi 25 Feb 2017

Hai Semua, Asalamuaailaikum kepada yang muslim, and salam sejahtera to all non muslim.
Sapa Sangka pejam celik saya sudah hampir menjadi bapa. Topic ini berlainan sedikit, sebab nk cover or berkongsi pengalaman saya tentang kelas Antenatal di HUKM Kuala Lumpur.


Bagi yang tidak mengetahui, kelas Antenatal adalah kelas tentang mengandung.

Pelbagai ilmu tentang ibu mengandung di kongsikan disini. Antaranya cara penafasan yang betul, kedudukan persalinan yang betul, penjagaan selepas bersalin, teknik penyusuan bayi yang betul dan akhir sekali belajar senaman yang betul dan cara pemandian bayi yang betul.

Story Time

Ok, kelas yang saya attend ini. Anjuran HUKM, dan hanya sebulan sekali. Bayaran dia RM150.. Mahal?? for me, ilmu ini kita nk pakai lama. Jadi saya rasa better kita attend sekali seumur hidup. Sebab kita belajar teknik yang betul dari dengar or baca blog pantang larang, adalah better kita dengar sendiri daripada pakar. Tugas ibu bapa besar wooo. juga Ada sesi tanya pakar. Jadi disitu pelbagai soalan boleh di lontarkan.

Di antara soalan adalah

1) Adakah makanan pedas sesuai utk ibu mengandung?
2) Boleh kan ibu selepas bersalin terus pulang ke kampung selepas bersalin. Sebagai contoh saya ni nk terus pulang ke Johor?
3) Apakah teknik penafasan yang betul semasa bersalin?
4) Kenapa bayi kerap kuning?
5) Makan nenas/durian tajam untuk bayi?

Ini adalah antara soalan2 yang di tnya,
*Nak tahu jawapan?? kena pergi lah kelas ye. Sebab doctor ngn ketua nurse akan explain betul2
Nti saya expalin tersalah pula. hehe

Untuk pengetahuan anda, kelas penuh dengan sesi-sesi topic yang berlainan setiap 2 jam

antara topic-topic yang di cover adalah :

8:30 - 9:30am - Pain Relief in Labout -
10;00- 10:40 - Kehamilan/kelahiran Normal & Abnormal
10:40-11;15 - Penjagaan selepas bersalin & Family Planning
11:15- 12;00 - Lawatan sekitar bilik persalinan HUKM (better kepada yang bersalin sini)

rehat (makan tenghari)

2;00-2:30 - Tanyalah Pakar (ok sesi ni best, boleh tnya doctor pakar apa sahaja soalan)
2:30 -3;15 - Pendaftaran Kelahiran & Penjagaan Bayi baru lahir
3;15- 4;00 - Penyusuan susu Ibu
4;00 - 5;00 - Senaman

Jadual nampak pack? for me, semestinya tidak.

Sebab ini bukan kelas nk jawab exam, ini kelas ilmu kita nk guna tuk sepanjang kehidupan kita. Walaupun mereka membuat sesi bertanya pakar
But anda boleh je bertanya sbb  Nurse dan doctor yang mengajar sangat baik dan kelakar.
Jadi sesi ini sangat tidak boring.

Apa yang saya dapat selepas attend kelas ini? 

Selepas attend kelas ini, soalan2 yang terbuku dlm kepala saya sudah terjawab, sebab ada yang mengatakan bini masa bersalin tidak elok berjalan. Jawapan sebenarnya salah. Bini wajib berjalan sebab akan memudahkan process kelahiran, dan selepas ini. Confirm saya tidak panic bila bini kata sakit nk bersalin.

Saya juga belajar cara yang betul mandikan bayi, teknik penyusuan ibu yang betul,
Daftar Nama bayi. dan yang paling penting adalah : Cara membantu isteri semasa di bilik kelahiran, daripada bernafas teknik penafasan, teknik urutan dan senaman yang betul

Jadi kepada mereka yang tengah membaca blog ini, dan tengah servey dan merancang nk pergi.
Jawapan saya, mmg kena pergi sebab ilmu ini kita nk pakai lama.
Walaupun kos dia RM150 dan satu hari.
But kita dah tau macam-macam.

Jadi di bawah sekitar gambar sewaktu kelas itu berjalan. Dan kepada nurse dan doctor yang memberi cerawah. Anda memang best dan sempoi... ;)



Volunteer, But mengigil nk mandikan patung ini


Tengah belajar cara senaman, teknik penafasanm urutan yang betul yang akan membantu ketika ibu bersalin nti

Jadi kepada bapa/ibu. Pergi tau, sebab doctor ngn nurse banyak kongsi pengalaman mereka, and selepas attend ini. Saya lebih menghargaai ibu mengandung, sebab susah rupanya mengadung ini. Dan kita sebagai suami memang memainkan peranan. Jadi daftar tak daftar ye.

dan promosi skit, perlukan khidmat company secretary. Just roger saya ye.
Selamat menjadi ibu dan bapa yang baik.



2 comments:

  1. assalamualaikum, sy berminat untuk pergi ke kelas ni, tapi mcm mana sy nak contact ye? atau boleh contact sy ? email ; noryusnita.yahya@grabtaxi.com phone number:0196468123

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kalau pergi dekat HUKM.
      Boleh direct ke sana dan minta borang.
      sebulan sekali kelas dia.

      Delete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...