Tuesday 24 November 2015

Apa itu Authorised Capital (Modal Di benarkan) & Paid-Up Capital (Modal Di Berbayar)

Update 2022
Sekarang syarikat sudah memakai Akta Syarikat 2016. Authorised capital sudah tiada.
Tapi saya tidak akan delete post ini. Sbb tujuan saya membuat blospot untuk berkongsi info
Semoga bermanfaat
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada yang ingin membuka syarikat atau telah membuka syarikat, semestinya pernah atau pernah dengar Perkataan "Authorised Capital dan Paid Up capital ini.
 Dalam kata lain:

1) Authorised Capital adalah Modal Dibenarkan

2) Paid- Up Capital adalah modal berbayar.
Authorised capital bermaksud jumlah maximum modal yang anda boleh letak di dalam syarikat. Sebagai contoh, Authorised anda ialah RM1 juta. Jadi anda hanya boleh meletak atau menjual saham anda sebanyak RM1juta sahaja, tidak boleh lebih.
.
Pada tahun 2014, setiap syarikat yang berdaftar dengan SSM akan mendapat auhorised capital RM400,000 hanya dengan bayaran RM1,000.00. dan anda boleh meningkatkan modal dibenarkan bila-bila masa sahaja.

Dibawah adalah bayaraan yang di kenakan oleh SSM (Bayaran ini boleh refer di Second schedule Company act 1965) (dan bayaran ini tidak termaksud stamping dan lain-lain)
Authorised Capital
RM
Registration Fee Payable to SSM
RM
Up to 400,0001,000
400,001- 500,0003,000
500,001 to 1 million5,000
1,000,001 to 5 million8,000
5,000,001 to 10 million10,000
10,000,001 to 25 million20,000
25,000,001 to 50 million40,000
50,000,001 to 100 million50,000
100 million and above70,000

Modal berbayar
Modal berbayar pula Adalah sejumlah duit yang di bayar oleh pemegang saham syarikat. Pernah dengar syarikat 2 ringgit? ini bermaksud syarikat meletakkan saham sebanyak RM2 ringgit sahaja. Anda akan dapat sijil saham (shares certificate) sebagai bukti anda adalah pemengang saham. Sijil ini akan dikeluarkan oleh company secretary.


Contoh senang
Kita buat cerita sedikit, Bayangkan kereta dan capacity minyak kereta adalah 150 ringgit. Jadi full tank minyak kereta adalah RM150 . Jadi 150 ini adalah authorised capital anda.Dan anda memasukkan minyak s ebanyak RM50, jadi RM50 ini adalah paid-up capital anda.Anda tidak boleh isi minyak RM200 sbb capacity minyak kereta adalah RM150.Jikalau anda mahu juga isi RM200, anda kena upgrade capacity Minyak anda.

Menaikan paid-up anda,
Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menaikan paid-up anda, antaranya memasukan duit tunai ke dalam syarikat. Then kami as company secretary akan mengeluarkan Form 24 yang baru.

kedua, apabila kita melakukan perniagaan, dan tidak mengambil gaji, maka gaji tertunggak itu boleh dijadikan paid-up capital anda

Ketiga, otherwise than cash and convert property anda sebagai paid-up capital (process ini sangat leceh)

Penting ke authorised dan paid-up ini?
Yes, sangat-sangat penting. Sebagai real case study contoh

1. Bank nk tgk jika nk mohon loan or apa2 fasiliti oleh bank
2. Permohonan lesen, contohnya :

 i) Lesen cidb, paid-up menentukan Grend yang anda dapat
 ii) Lesen Kementerian pelancong, perlukan paid up RM200K
 iii) Hendak dapatkan lesen expatriate kena ada RM500K

Sampai disini sahaja...
enjoy
contact me for apa2 soalan
azizamazizan@gmail.com
whatapp : 019-3960277


regards
azizam azizan..

10 comments:

  1. sebenarnya apa kegunaan modal berbayar ni tuan? adakah menunjukkan bisnes kita sangat stabil bila modal berbayar kita tinggi?

    kemanakah modal berbayar kita ni? adakah hangus atau disimpan oleh pihak lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama menunjukkan kekuatan kewangan syarikat.
      Tak logik kalau paidup RM1.00 tapi dapat project berjutaan ringgit.

      kedua ada sesentengah lesen memerlukan paidup tersendiri
      contohnya syarikat travel & tours perlu RM250K, courier service rm100k dan mcm2 lagi

      cuma skrg ni. Authorised capital sudah tak wujud

      Delete
  2. maksudnya paid up capital ni duit cash yang ade dalam akaun semasa syarikat lah ye?atau duit masuk ke dalam akaun semasa syarikat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bbrp cara menaikan saham
      1. secara tunai, masukkan duit kedalam syarikat
      2. otherwise than cash

      yang mcm ni kena contact kami atau setiausaha syarikat yang dilantik

      Delete
  3. Terbaik. easy to understand. Terima kasih Tuan atas ilmu yang dikongsikan. sangat bermanfaat. now i can understand better

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, cuma skrg dengan akta baru. Auhtorised capital sudah tiada. Sekarang hanya modal berbayar @ paidup capital sahaja

      Delete
  4. Salam tuan, mohon tanya.. other than cash sebagai paid-up seperti nilai tanah yg dimiliki oleh syarikat masih boleh yea...? Sangat leceh bermaksud..? Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak naikan otherwise mcm mana tu?
      topik blog ni saya akan update.
      sbb posting ni dah lama.
      ikutkn tiada lah leceh mana.

      cosec sahaja kena buat documentation. Dan kalau aset mcm tanah kena transfer dulu ke atas syarikat

      Delete
    2. Kalau syarikat ada geran tanah atas nama syarikat, bolehkah digunakan untuk naikkan paid-up & kalau cosec utk buat documentation semua tu berapa bayaran kpd cosec..? juga kena buat valuation ke atas tanah tu la kan tuan..? Terima kasih

      Delete
    3. Betul. Buat yang itu dulu. Then cosec akan buat resolusi otherwise than cash

      Delete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...