Wednesday 18 November 2015

Buka Company Account Maybank (Story saya)

Hari ini saya akan bercerita pengalaman kami untuk buka Company current Account di Maybank, di cawangan Menara Maybank Kuala Lumpur..Jadi sebelum saya berkongsi cerita.Mari kita tahu apa itu Company current account (kena paham basic dahulu)
,
Company current account berbeza dengan personal bank account, dimana tujuaan nya adalah untuk perniagaan, Jika anda ingin mendaftar company current account, anda wajib mempunyai sijil perniagaan daripada SSM, tidak kira enterprise (Form B) ataupun Form 9 (sijil perniagaan bagi Sdn. Bhd.)
.
Kenapa anda perlu mendaftar? jika anda berniaga, adalah penting untuk anda mendaftar kerana badan berkuasa tidak boleh freeze account anda, Jikalau anda berniaga mengunakan personal account, dorg ade kuasa untuk freeze account anda disebabkan personal account bukan untuk berniaga, (kecuali terdapat kesangsian di akaun anda, diorang boleh freeze) .
Confident orang Meningkat - well, jika anda ada company account, keyakinan org terhadap anda semestinya meningkat. 
Limit Pengeluaran - Berbeza dengan personal account di mana limit adalah RM5,000.00, Company account mempunyaai limit yang tinggi. Macam kami, limit account kami up to  RM50,000.00 limit kami, dan kami tiada masaalah untuk cashkan wang itu. kerana itu adalah duit kami.
  Dapat cheque book - Anda akan dapat cheque book,
.
Jangan salah paham
Disebabkan saya dalam bidang company secretary, ramai salah paham dengan condition singatory ni.
1.  Ingat Anda yang determine condition sign anda, sebagai contoh Solely by, Jointly By, either one. Bukan bank yang tentukan, anda sendiri yang tentukan
 Solely by bermaksud sorang sahaja sign
Jointly by ditandatangan oleh kedua orang
Either one - Salah sorg director boleh menadatangan.

2. Tidak semestinya pengarah syarikat yang perlu tandatangam - ""Ini memang kerap orang bertnya", ingat!!! anda yang decide sapa yang sign, tidak semestinya pengarah atau shareholders di dalam syarikat anda. Sesiapa sahaja boleh, tetapi anda perlu approve nama meraka di dalam resolusi anda.

Ok, ini langkah ringkas untuk anda ada untuk membuka account perniagaan di Maybank. Saya story pasal Sdn Bhd, enterprise kami buka 2 tahun lepas, tapi story lebih kurang sama.

1. Anda kena bawa document di certified by company secretary such as Form 9,24,44 and resolusi

2. Salinan resolusi.. 

3. Introducer - Ini yang masaalah bagi kami semasa nk buka account dulu. Untuk maybank account, anda kena ada introcuder. Introducer mestilah syarikat yang telah membuka account di maybank selama setahun. Tetapi disebabkan kami sudah account sendiri. So kami cop diri sendiri je.

4. Semua director kena hadir, sebab tu ramai foreigner tidak buka account maybank. Kerana leceh, dorg nk semua hadir semasa pendaftaran. Dan yang pengeluar duit perlu di cop jari.

5. Deposit RM2,000.00, well anda kena deposit kan RM2,000.00 kedalam bank account anda, 
jangannnn risauuuu. Duit tu anda boleh keluarkan. Dia deposit kedalam account kejap je.

6. Cop bulat, Bukan common seal tau. Just bawa rubber stamp je..   

Selesai, anda kena tunggu dalam masa seminggu dua untuk pembukaan ini. Nampak leceh, tetapi senang sebenarnya, Yang penting pilih branch yg berdekatan dengan anda.

*Information tambahan - 
1. Kalau anda mahu buka account hari cuti - hanya cawangan midvalley sahaja yang boleh
2. Hari weekend tidak boleh cash kan duit, walaupun bank buka sabtu dan ahad. Sebagai contoh, kami ada bank account di klcc akan tetapi hanya hari biasa boleh cashkn duit.
3. Kalau nak account internet banking - kena keluar resolusi lain. nk contoh? sila whatapp 0193960277 (zam)
4. Anda kena bayar fees setiap bulanan kepada maybank. Tidak silap saya RM10 sebulan rasanya.

Ada apa-apa soalan, contact saya di
email : velvetgroups@gmail.com
whatapp : 019-3960277
fb : azizam azizan

Disclaimer : Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman saya, jadi kalau ade perubahan, itu saya tidak tahu. 


  




2 comments:

  1. Salam. Tahniah tuan di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum berminat utk mencari introducer utk current account maybank boleh hubungi saya di 0176039486...

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...