Tuesday 19 July 2016

Bolehkah Individu Muflis @ Bangkrap manjadi pengarah?

Alhamdullilah, sudah 3minggu beraya, pejam celik sudah 7 bulan saya sudah bergelar suami. Dan sebab raya pertama as husband and wife. Dua baju tahun nie. hehe.  Ouf of topic skit. 



Jadi selamat hari raya ye kepada kawan-kawan muslim, bukan muslim happy holiday. hehe

Ok Berbalik kepada topic kita Bolehkah Individu Muflis @ Bangkrap manjadi pengarah? 

Well untuk senang di pahami, muflis ini bermakna korang gagal bayar hutang sebanyak RM50,000.00 (update 2021) dan keatas.  Tapi kalau nak definasi pula, bangkrup bermakna tindakan perundangan yang di ambil oleh individu ataupun syarikat melalui perintah makamah terhadap penghutang akibat kegagalan membayar hutang. Kesemua harta yang dimiliki penghutang akan dipindah kuasa (pemilikan) kepada Pengarah Insolvency (DGI - Director General of Insolvency)

Sebelum seseorang bergelar muflis, mereka mempunyai tempoh 7 hari untuk memberi jawapan terhadap notis yang di keluarkan. Anda juga boleh check di laman sesawang https://www.myeg.com.my/BM/faq/e-insolvency.html  dengan membayar RM12.00, boleh dapat status muflis anda on the spot. Yang x bestnya, kadang-kadang bukan yang berhutang yang kena tetapi penjamin yang dideclare mufliss. Jadi nk jadi penjamin tu, pikir elok-eloklah ye.  Tapi ingat tidak semestinya dunia berakhir bila anda digelar muflis. Sekarang bangun dan berjuang kembali. 


Bagaimana anda di gelar muflis? 
Yang saya tahu ada 2 cara untuk anda di gelar muflis iaitu :
1) memohon sendiri 
2) Permohonan orang yang beri hutang (creaditor's petition) kepada mahkamah.

Kenapa mohon sendiri? ye laa, stress bila hutang banyak. Bank col non stop, jadi sudah tidak tahan dan ingin memulakakan hidup yang baru tetapi akan terikat dengan syarat-syarat yang di tetapkan. 

Syarat-Syarat  untuk Melayakkan seseorang itu Diistihar Muflis :-                        3  (Condition for Creditor’s Petitions)
  • Jumlah hutang mestilah tidak kurang dari RM50K (Update 2021)
  • Hutang adalah dalam satu jumlah yang boleh ditentukan & perlu dibayar                           segera atau kemudian
  • Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan petisen dikeluarkan
  • Penghutang merupakan pemaustautin Malaysia ketika pembentangan petisen difailkan

   Apakah yg Perlu Dipatuhi oleh Seseorang yg Muflis?
  • Setiap 6 bulan perlu mengemukakan penyata kewangan yang diterimanya
  • Membayar lebihan kewangan dari apa yang diperuntukan kepada DGI
  • Memaklumkan segala perubahan pemilikan harta, tempat tinggal dan sebagainya
         Seseorang yang Muflis tidak Layak untuk :- 
  • Di calonkan sebagai wakil rakyat mahupun menyandang jawatan tersebut (Hilang kelayakan)
  • Menjadi ataupun dipilih sebagai Majistret ataupun hakim mahkamah syeksyen
  • Menjadi penguatkuasa tempatan
  • Keluar Negara melainkan mendapat kelulusan dari DGI ataupun perintah mahkamah
  • Meminjam lebih dari RM 1000.00 tanpa memaklumkan peminjam adalah muflis
  • Terlibat dalam perusahaan bersama ataupun perniagaan ataupun syarikat
  • Menerima sebarang pencen ataupun imbuhan
  • Tidak boleh berkerja dengan syarikat isteri/keluarga/saudara tanpa mendapat kebenaran dari DGI ataupun perintah mahkamah.

 Bagaimana Untuk Keluar Daripada Muflis (3 Cara)
  • Pembatalan dari pengistiharaan Muflis melalui perintah mahkamah mengikut Section 105 akta kebrankapan 1967
  • Pelepasan dari diistihar muflis melalui perintah mahkamah dibawah section 33 akta kebrankapan 1967
  • Pelepasan dari diistihar muflis melalui perintah DGI dibawah section 33A akta kebrankapan 1967

Jadi Bolehkah Individu Bangkrap Menjadi Pengarah??

  • Jawapannya tidak bolehlah , sbb under companies act pun akta tidak bagi. Sebelum menjadi director anda kena sign Form 48A skrg sudah bertukar kepada Section 201, Disitu kena declare mengatakan anda tidak bangkrup. Kalau tipu dan kantoi, memang saman cecah RM100K tau.
  • Kalau anda tetap hendak menjadi pengarah juga, anda boleh  memohon kebenaran dari Mahkamah untuk bertindak menjadi pengarah, 


    Dan bila anda berstatus bangrkup semasa menjadi pengarah. Antara benda anda kena buat ialah :
     
  • 1) Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan  setiausaha syarikat;Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat untuk menyerahsimpan Borang 49 kepada SSM;
  • 2)Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 selepas perletakkan jawatan. Sekiranya berlaku,  pastikan pengarah baru dilantik sebelum perletakkan jawatan anda berkuatkuasa.

Jadi sampai disini sahaja hari ini, jangan tanya pasal bangkrup @ muflis. Saya tak reti sangat. Tapi ada apa apa nak tanya pasal syarikat boleh whatapp saya di. 0193960277 or email kepada azizamazizan@gmail.com

Berjumpa Di next topic ;) 



Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...