Tuesday 8 June 2021

Enterprise SSM Tamat Tempoh/Expired/Mati

Hi Semua, kali ini saya hendak berkongsi tentang topik perniagaan Enterprise yang telah tamat tempoh. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya. Anda boleh mendapatkan lagi second opinion atau rujuk SSM sendiri

Sebelum itu, saya ada membuat video tentang pendaftaran Enterprise (step by step). Tujuan video ini adalah untuk memberi panduan kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya hendak mendaftar Sdn Bhd. Jangan lupa menghubungi saya.



Ok. Berbalik kepada topik asal.
Untuk makluman semua, perniagaan enterprise tidak seperti syarikat sdn bhd.
Di mana enterprise perlu renew mengikut tempoh pendaftaran. Entiti Sdn Bhd pula berbeza, Sdn Bhd tidak perlu renew.

Jadi, apa yang akan terjadi sekiranya perniagaan enterprise anda telah mati/tamat/tempoh?
Jawapan dia, besar kemungkinan anda kena mendaftar SSM Enterprise yang baru. Enterprise sekiranya anda lewat renew lebih dua tahun, besar kemungkinan anda memang tidak akan dapat renew enterprise itu. Anda memang kena mendaftar baru.

Kalau sudah lebih daripada 3 tahun, lupakan sahaja hajat hendak renew, anda kena mendaftar SSM yang baru. Sekiranya tidak bernasib, ada kemungkinan tidak dapat mendaftar nama yang sama. Sekiranya berjaya, nombor SSM tidak akan sama. Benda ini kemungkin akan menganggu lesen-lesen anda kerana nombor perniagaan tidak sama. Jadi ambil berat perkara ini. Nk selamat daftar sahaja syarikat sdn bhd.  

Tentang bank tidak mengapa. tidak silap saya, anda boleh meminta SSM mengelurkan surat pengesahan, dan bawa ke bank sahaja. 

Juga, ada perlu tahu beberapa pekara seperti berikut


1. Enterprise hanyalah untuk warganegara Malaysia (Foreigner tidak boleh)
2. Sesetengah perniagaan tidak membenarkan enterprise untuk beroperasi seperti travel and tours
3. Enterprise bukan syarikat, iannya adalah perniagaan sahaja.
4. Enterprise tiada form 9, section 17 dan sebaliknya
5. Kewujudan Enterprise mengikut nyawa owner, jadi hati-hati perkara ini
6. Cukai Enterprise adalah cukai individu. Jadi boleh mencecah 28%

Sampai disini sahaja posting saya kali ini.
Sekiranya berminat personal coaching. Boleh menghubungi kami di talian 
Whatsapp : https://wa.me/60193960277
Whatsapp : https://wa.me/60193960277

Harga coaching pensyarikat harga serendah RM350 per session.
Insyallah akan menjawab semua persoaalan yang anda hendak tahu.

Sekiranya perlu coaching full sekali dengan lawyer.
Platform booking akan saya wujudkan sebelum julai 2021 ini
Semoga maju jaya semua



1 comment:

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...