Tuesday 21 July 2020

Malaya Corporate Group - Tahun ke 5 (Pengalaman saya berkerja sendiri)


Dengan rasa rendah diri, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lebih daripada 300 usahawan yang telah mengunakan khidmat saya
.
untuk tahun 2020, kami akan menambah beberapa perkhidmatan utama seperti :
1. Permohonan Geran Perniagaan
2. Mewujudkan Malaya Corporate Academy.
Sekali lagi, terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan terhadap kami. Insyallah vision kami untuk membantu 1000 usahawan akan tercapai dalam masa yang lebih cepat.
Tapi blogspot ini bukan untuk menjual tapi berkongsi pengalaman.

                                   Ulang Tahun Ke-5 Syarikat saya (16 Julai 2015 - 16 Julai 2020)


Tapi sebenarnya saya mendaftar sahaja pada tahun 2015. Tapi Aktif pada awal tahun 2017. Sebab tu saya selalu galakkan anda daftar syarikat awal. At least mcm saya sendiri, dah boleh cakap. Syarikat lahir tahun 2015.

Jadi Berikut adalah perkongsian yang saya boleh kongsi untuk anda yang baru nk berniaga. :

1) Pandai Buat Kerja Tidak semestinya Pandai Berniaga
- Ini kesilapan saya semasa berniaga, saya nak buat kerja sendiri. Silap rupanya. As business owner kita kena pandai expand perniagaan kita, kenal orang, pergi training, event dan related. Kalau kita pandai buat kerja sahaja. Tapi tak pandai nk tarik sales, baik kita makan gaji. Melainkan business anda mmg teknikal based yang perlukan kepakaran teknikal. itu kes lain

2) Masa kita 24jam Sahaja
- Setiap orang ada masa yang sama 24jam. Anda dan saya tiada beza pun. Cuma kesilapan saya, saya tidak pandai nk delegate kerja. Kita as business owner kena sibuk pikir strategy, once kita sibuk dekat bahagian operation. Mmg kurang la masa kita

3) Jangan nk buat semua sendiri
- Saya perasan ramai orang nk attend tentang kelas pensyarikat, akaun dan sebagainya. Persoalan saya kepada anda. Adakah korg nk jadi accountan, company secretary? sekiranya tak. Seriously tidak perlu. Anda hanya perlu kenal and engage dengan external firm. As business owner, focus more kepada generating money. Kerja-kerja bukan expertise anda sub kepada orang lain

4) Kerja Berulang Perlu diberi kepada Staff
- Pengalaman saya, kita mmg susah nk dapat clone diri kita. Jadi kerja-kerja yang berulang kita mmg kena biar staff yang buat. Sebagai contoh, saya as company secretary perlu call clients sebulan sekali.
Sekarang saya telah ada 180 clients. Bayangkan masa saya terbuang nk call semua. Half client saya akan pass kepada staff. Jadi saya dah save banyak masa untuk focus kerja-kerja yang lain.

5) Jangan bermain dengan harga
- Seriously jangan lah masuk price war ni. Nanti akan terjerat diri sendiri. Ini kerana bila client yang x value dengan services kita ni. Banyak kerenah yang kita nk layan. Dengan kerenah client dan untung pun sedikit akan buat kita rasa stress. Jadi up you value

Sampai sini sahaja perkongsian saya hari ni,
Seperti saya mention di atas, kami telah mewujudkan service permohonan geran.
Sekiranya anda berminat boleh isi borang di bawah


.
#teammalayacorporate
#malayacorporate
#companysecretary
#teammalaya
#setiausahawasyarikat

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...