Sunday 22 November 2015

Senarai Business Loan / Pinjaman Perniagaan *Yang Saya tahu*

Loan perniagaan sebenarnya sangat banyak di Malaysia ini. Ramai yang tidak tahu kerana malas nak mencari dan kurang pendedahan. Mostly semua kewebsite hiburan, blog artis dan ramai tidak minat. Saya tahu serba sedikit tentang loan ni. Kerana saya suka research , bertanya, dan pernah pergi ke Bangunan INSKEN di Menara Usahawan putrajaya bertanya sendiri.
.
Saya masih belum membuat apa-apa Loan. Dan process masih sebenar masih kurang mahir.Tujuan cerita ini, adalah untuk perkongsian. Mungkin anda boleh meneruskan dan mungkin ada yang memerlukan dan mungkin ada yang telah membuat loan. Dan boleh berkongsi cerita dengan kami semua.

Bagi saya, sharing information adalah segala-galanya, mana tau sharing saya membantu anda, secara tidak langsung. Dapat juga saya pahala. Aminnnn~


Senarai Loan Perniagaan yang saya tahu :

1. INSKEN
Website : http://www.insken.gov.my/index.php/my/
Terdapat banyak program under INSKEN, dan apa yang saya paham. Untuk layak mendapat loan INSKEN ini, anda kena hadir Khusus yang di anjurkan oleh INSKEN. Then baru boleh buat loan (sila betulkan jikalau Saya silap) Criteria dia adalah :

Kena Pergi Khusus untuk memohon Tabung Usahawan Siszwahah (TUS)
Tabung boleh mohon Up to Rm 250,000.00 (Under Sme Bank), If 100k Kena ade guarantor
Kena Sediakan Proposal ( 5 Copies)
Khusus tu 5 hari 4 Malam. (RM250)
If bz, ambik weekend. Under Incubator, tp bayaran Rm600.00 (ini ambik weekend)

2.Graduate Entrepreneur Fund (TUS)
Website : http://www.smebank.com.my/sme-financing/programmes/graduate-entrepreneur-fund-tus/
*Program ini dibawah SME Bank khas tuk graduan dan tujuan utamanya adalah untuk mengalakan graduan-graduan melakukan perniagaan, Criteria dia adalah :

This Program is under Sme Bank
Concept dia (loan)
Kena pergi program under INSKEN baru layak untuk memohon

Financing Concept: 
Based on Syariah financing concept (e.g. Bai' Inah, Bai' Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai',Bai' Istisna')

Ini saya copy dan paste --->
How To Apply For TUS
For applicants who are in business and exists in operation for more than two years, are exempted
from attending courses conducted by INSKEN and screening process at INSKEN
Applicants may submit their Business Plan to SME Bank nearest branch.Branch network.
Applicants who have no experience in business need to attend courses conducted by INSKEN.
Course registration can be made via online at INSKEN or by calling INSKEN;
Ms. Arni / Pn Nurashikin at 03-88805162 / 5195 / 5171.
After attending the course, applicants are required to submit five (5) copies of their Business
Proposal to INSKEN.
The screening process will be conducted by INSKEN and applicants are required to present their
business proposal. (Applicants who operate in Sabah / Sarawak are granted exemption from
attending the screening process at INSKEN).
If the business plan meets the requirements of the Fund, the proposal will be forwarded to the
relevant SME Bank’s branch.
SME Bank will then evaluate the application and provide feedback.

3. PERBADAN USHAWAB NASIONAL BERHAD (PUNB)
PUNB sentiasa buka setiap isnin pagi untuk taklimat program, jadi jika anda ada masa sila lah ke sana untuk dapatkan information lebih tepat. Saya masih belum kesempatan untuk pergi. Dan program Siswazah Perantis menarik minat saya. Terdapat pelbagai jenis product ditawarkan oleh PUNB Korang boleh melawat laman website mereka sendiri untuk maklumat lanjut :

4. TUNAS MEKAR 
Hanya kepada lepasan pelajar UiTM, seperti program Siswazah Peratis tujuan program adalah kepada mereka yang ingin berniaga. Yang saya paham, anda kena bertapa selama 6bulan kedalam bidang yang anda ingin ceburi. Sebagai contoh, anda minat priting, jadi anda akan training di dalam bidang printing sehingga program tamat, anda akan dapat elaun semasa program dijalankan. apa yang saya paham. Hanya graduan tunas mekar sahaja boleh membuka perniagaan di dalam UiTM. Saya telah pergi ke UiTM pada tahun lepas dan bertanya sendiri, sampai pergi ke HEP la. Macam mana nk apply, ada website dia, tapi saya lupa. Anda boleh walk-in tnya sendiri di INTEKMA Shah Alam. Program ni tidak dibuka sentiasa, ada masa-masa tertentu sahaja

5. TERJAU
Banyak program yang ditawarkan oleh teraju. Dan dipahamkan hanya bumiputera sahaja boleh memohon program ini.  Di antara program-program yang ditawarkan ialah :

i. program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS)
Program ini menyasarkan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi untuk berkembang maju dalam
jangka masa lima hingga sepuluh tahun akan datang.

ii. Dana Mudah Cara
*  Sehingga 1 Januari 2013, sebanyak RM 223.8 juta Dana Mudahcara telah diluluskan bagi 37 projek yang berkelayakan- Minimum Project 5 Juta
(Project yang akan memberi sumbangan besar pada negara)

iii. Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB)
Secara kesimpulan, progaram ini ditujuan kepada syarikat yang ada potensi untuk pergi ke Berhad.  Ini target utama kami dalam masa 5tahun.

iv. Superb 
Penyedian Geran sehingga RM500,00.00
RM30 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2014
Dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang
beroperasi kurang daripada 3 tahun

6. INCUBATOR 
Jikalau anda didalam bidang I.T, Teknologu dan seangkatanya, adalah boleh memohon di dalam
program dibawah Incubator ini. Saya masih belum research habis tentang program INCUBATOR ini,
Jadi tak nak cite panjang. Takot tersalah info.

7. TUBE 2.0
         Program ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawan di Kalangan belia. Team member kami telah terpilih untuk menyertaai program ini, Tetapi diatas kekangan masa, kami terpaksa menolak program ini. 
Cerita kami, 
1. Mula-mula anda kena apply di website tube,
2. Jikalau anda terpilih, anda dikehendaki menjawab exam online
3. Jikalau anda lepas ujian, anda akan dipanggil temuduga dan cerita apa anda hendak buat
4. Menyertaai program selama 2 minggu (kami sampai sini sahaja)
5. Di pahamkan anda akan dapat geran sebanyak RM15,000.00 dan anda mentor akan memantau anda,

8. LAIN-LAIN 
         Well, banyak lagi program lain seperti TEKUN, MARA,  jika anda berminat di dalam pertanian ada badan yang menguruskan, saya tidak ingat namanya. Anda boleh mengkaji sendiri, dan mungkin boleh berkongsi dengan saya. sharing is caring kn.

DISCLAIMER 
         Saya kena membuat penafian awal-awal, segala informasi semua diatas berdasarkan kajian saya sendiri. Saya suka mengkaji dan mendapatkan information. Keraja bagi saya information is everything.  Kajian ini telah saya lakukan pada tahun 2014, dan telah membuat slide sendiri. Jadi dari tidak digunakan, apa salahnya saya berkongsi kan, dan mungkin telah out to date sedikit, Dan Mana tahu kan, informasi ini berguna kepada memerlukan..

Saya juga reti membuat company profile, boleh whatapps terus kat saya
019-3960277 -ijam or zam
dan faceobook saya : azizam azizan

Hanya berkongsi. Enjoy~~






No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...