Saturday 4 February 2017

AKTA SYARIKAT 2016 - Jadi better korg buka syarikat?

Akhirnya setelah bertahun-tahun rumor tentang akta syarikat nk berubah.
Akhirnya pada 31 January 2017. Akta ini telah di kuat kuasakan.
Untuk pengetahuan korang semua. Rumor akta nk berubah start dari 2012 lagi.
So that why ramai orang tidak pay attention.
Tiba-tiba terus naik notice effective. Memang ramai lah kelam kabut.
Mula-mula kata berperingkat. Lain plak jadi nya.
But sebagai secretary berlesen. Kena get ready juga.

Saya sendiri bajet akan effective pada awal tahun 2018. Saya pun kelam kabut study. Ye lah, walaupun masih kecil. Saya kena advise client saya. Sebab akta syarikat ini kesalahan dia mahal wooo. Cecah juta kalau buat salah.

Jadi kita mulakan apa yang Main perubahan yang kita sudah tahu..
Overall biarlah anda paham yang ini sahaja, kerana selebihnya. Biarlah Company Secretary berlesen yang paham. Korang sekarang kena mengenali secretary yang mahir

Jadi antara perubahannya

1) Seorang Pengarah- Mengikut akta syarikat 1965, Syarikat wajib mempunyai dua pengarah. Tetapi tidak lagi sekarang. Korang boleh seorang pengarah sahaja. Tetapi kena ada next of kinds. Bermaksud sesiapa yang secretary boleh contact jikalau umur kita tidak panjang.

2) Seorang Pemegang Saham - Seperti diatas, sekarang seorang pn boleh.

* Kelebihan nya, lagi senang kepada syarikat kecil, tp syarikat besar saya advise lantik je dua orang. Sebab leceh klu ada apa-apa terjadi. Tetapi business anda, anda decide

3) Company Secretary -
Mengikut akta syarikat 2016. Boleh refer section 235. Setiap syarikat wajib mempunyai Company Secretary. Like it or not. Korg kena ada orang mcm saya ye. hehe

4) Auditor -
Yes, sekarang sudah optional untuk membuat audited account. Tetapi appoint auditor adalah wajib.

5) No more AGM -
Yesss, SSM nk mudah kan syarikat kecil. Tuk syarikat limited by shares. Korang x wajib dah. Hanya syarikat berhad je kena buat AGM

6) DAN 600 akta yang lain.
For me, tak perlu lah korang tahu details. Sebab korg ni berniaga, better korang focus Sales korang tu.Benda benda remeh dan akta syarikat ini. Biar lah Company Secretary yang uruskan.
Korg kena cari yang korang selesa je. M

Jadi better ke Korang Buka Sdn Bhd?

* Terus terang, saya perasan SSM nk mudahkan syarikat kecil untuk berniaga sebab dia bagi banyak betul kelonggaran

tetapi*** korng kena tahu.

Di sebalik membolehkan Pengarah membuka syarikat sendiri.
Korang sebenarnya telah cenderung untuk melanggar akta syarikat.
AKTA SYARIKAT 2016 kesalah mahal tau.
Dan setiap submission ada Kos yang tersendiri.
Jadi hendak buka tu,
nti appoint company secretary yang berwibawa.
Rugi bayar saman mahal-mahal nie.

Ada soalan contact direct saya ye.
0193960277 or email azizamazizan@gmail.com
Goodluck dalam perniagaan anda ;)

No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...