Saturday, 17 June 2017

Rumawip Jalilmas - Cerita Saya Membeli Rumawip

Hi semua, sekali lagi terima kasih singgah blog saya.
Website dah ready ye. Ini website saya :

www.velvetcorporate.com

Hari ini saya ingin berkongsi Pengalaman saya membeli rumah wilayah.
Dan rumah saya beli adalah di Jalilmas. Sebab tiada siapa nk shares story. Jadi saya shares Story saya.
Mana tau ade yang membantu nanti. ;)

Untuk Pengetahuan semua, Rumah Jalilmas adalah project di bawah DBKL.
Jadi iannya murah kerana di pahamkan tanah dia di miliki oleh DBKL Sendiri.
Jadi sebab itu  murah.

Jadi hari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli rumah di Jalilmas ini.
(ini based on my experience ye, kalau salah or tidak betul itu. adalah risk anda)




Story Times

Sebelum kita start better kena paham Syarat melayakan anda membeli

Syarat dia
1. Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
3.  Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
*Bujang pun boleh, sebab kawan saya dua orang bujang lepas beli rumawip ni.

website : https://rumawip.kwp.gov.my/user/login

Jadi bagaimana Apply?
Terdapat dua cara untuk apply

1. Under DBKL :
Anda apply direct sendiri Di website DBKL, Key IN semua information then tekan apply.

  • Document pastikan jangan hntar by post (sebab bila sy hntar by post) hilang tah kemana, kena resubmit. Kan Leceh tu. 
  • Hantar direct ke menara DBKL, location di dekat belah bawah, hantar kejap je. (ambil la cuti or upah runner kejap. 
  • If korang tanya nape call tidak berjawab. (Sebab staff kat bawah tu sorang je (masa saya pergi dululah) dengan orang walk in lagi mmg susah lah dia angkat phone. So pergi sendiri DBKL tu
  • Time ini tidak perlu lagi bayar Deposit  
  • Lulus Baru bayar deposit


2. Terus under developer :

  • First check developer sapa. Jalilmas adalah Kayamas, office dia dekat Jalan Klang lama. Jadi saya berurusan disitu
  • So if nk cepat. Memang saya advise direct dengan developer Sebab under developer kita kena bayar deposit (Harga deposit Bergantung kepada harga rumah dan berapa developer minta) 
  • Kenapa better bayar? Sebab kita dah book dulu, so kita "seriousbuyer" Nk dapat unit tu senang sedikit.. Sekarang bergantung loan kita dengan bank sahaja. (tp bergantung kepada rezeki juga)
  • Ingat rumawip ni berebut, sebab murah. So better ade duit terus under developer. 
  • Yes refundable if loan kita tidak lulus

So mana better? Memang under developer. Ingat rumawip ramai berebut. Sapa cepat dia dapat.
Lagi-lagi bawah 200k punya project.

Cabut Undi

1. Under DBKL -

  • Saya under DBKL, jadi bila lulus sy dapat email dari developer mcm nie. Lepas dapat email terus jelaskan deposit and booking fees. Then Cabut Undi
  • Lepas cabut undi dia akan bg kertas. Kertas tu korang kena ada sebab nk apply loan nti 

Email lulus daripada developer

2. Under Developer :

  •  Saya juga membantu kawan saya membeli Jalilmas . Dia kami buat terus under developer. Sebab under DBKL lambat skit.
  • Cara dia. tidak perlu daftar dekat website, just bawa document yang mereka minta sekali deposit/booking fee. Nti mereka settelkn
  • (2/3 tiga bulan baru lulus) 
  • Tp if tidak lulus tu. Tiada rezeki lah tu.  
  • Agent saya Marcus. Ok services dia. 

Document yang mereka minta

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
*Setiap rumah satu Complete borang ye. Bermaksud 2 permohonan. Dua complete Borang. Tiga permohonan Tiga Complete Borang. Ramai ingat satu complete borang boleh apply semua. Salah ye.
* Dan saya Dapat info ini dekat website sahaja.

Apply Loan

Ok lepas encounter kekwn yang beli sama jalilmas ni. Loan setiap orang berbeza. Macam saya, saya akan story 2 cara. Sebab sy encounter dua cara ini

Private (Bank Loan)

Macam saya, saya kerja sendiri.  jadi kami guna bank loan. Selamat wife keje bank juga. Dapat jugalah staff rate (alhamdulillah)

Cara Bank macam ni ye

  1. Bayar Booking Fees. (Lepas dapat surat kelulusan.) awal-awal tidak perlu bayar. 
  2. Apply Loan
  3. Sign agreement Loan
  4. Bayar Balance deposit (if anda 100percent tak perlu) 
  5. Sign S&P

*If korang Guna KWSP , dah sign s&p dan isi borang. Baru Bawa ke KWSP.
Ingat lepas sign S&P bukan lepas bayar booking. Sebab saya ingat Borang booking tu dah cukup dah. Silap rupanya.


Government Loan

Cara dia terbalik skit. Sebab kwn saya under government loan
Cara dia begini :
  1. Bayar Booking Fees (sebab kami direct under developer) 
  2. Dapat surat pengesahan jawatan (surat kata anda layak loan berapa byk)
  3. Sign s&p
  4.  Lepas sign s&p baru loan (terbalik ngn bank loan)

Isu yang akan Timbul.

1. Panel Loan - Anda kena pakai panel mereka sahaja, sebagai contoh saya sudah pergi bank islam & Bank rakyat tuk apply 100 percent loan. Tp bila pergi mereka kata mereka bukan panel untuk Jalilmas. (Pada masa itu la)

2. Panel Lawyer - Yang saya perasan mereka divide mengikut tingkat.  Sebagai contoh 10 - 20 (Satu lawyer) 20-30 (lawyer yang berbeza)
jadi nti dah undi tengok lah lawyer sapa. Saya Satha & co di bangsar (lembap betul buat kerja)

3. Bayaran Lawyer : Saya selamatlah Lawyer panel dengan wife saya. So tiada cost.

4. Parking: Rumahwip telah provide satu rumah satu parking. Jadi if nk beli parking kena tambah exta RM18k tidak silap. Boleh include dlm loan. Tp masa kami nk beli parking dah abis. adehhh. So decide cepat2

5. Cabut Undi : haaaaa, ini masaalah utama. Unit tidak boleh pilih. Saya terdapat unit tinggi pula, tp bersyukur je lah Rumah bawah market Price.
Tak payah lah cuba tukar, dah cuba dah. hehe


Apa yang anda kena consider sebelum beli rumawip (conclusion)

1.  10 Tahun - Rumah ini hanya untuk pembelian rumah pertama di Kuala Lumpur. Bukan tuk sewakan or jual balik. Jadi for properties investment. Rasanya kurang sesuai.

2. Semua Boleh jual balik - 10 tahun kemudian semua orang boleh jual balik. Jadi harga dia tidak akan melambung tinggi (tidak sesuai kepada yang nk invest)
mcm kami memang hendak duduk situ.

Kebaikan

1. Well, dia murah dah afforable (ok laa tuk rumah pertama)
2. Besar dia pn ok. tuk jalimas (800sq, apartment 3 bilik 2 bilik air) nice lah tu
3. Tempat berdekatan dengan LRT. ok what, public access tuk kebanyakkan rumawip dekat dengan LRT. so kira factor utama saya beli sebenarnya. Walaupun jauh dengan KL.

Rumawip vs Rumah Prima (Based my observation)

- Mesti korang ade compare kn. Dari apa saya research, rumawip menang dengan harga, sebab tanah tu milik DBKL. Jadi dia murah skit. Rumah Prima not bad. Tp tanah dia kena beli
- Dua-dua ok, sebab kena tengok mana korang nk duduk


JANGAN MALAS
-Ramai betul malas nk apply, Sebab kata leceh, Sumpah Lah., uit, nk beli rumah bawah market price. Kena lah berusaha skit.
- So cepat-cepat apply.

Sampai Disini sahaja blog saya hari ini. Ingat post semua ini adalah based Pengalaman saya. And kepada mereka berminta nk dapat khidmat secretary.
Singgah lah ke website saya ye

www.velvetcorporate.com

(buatan sendiri ni)

Jadi berjumpa lagi di topic akan datang.


regards
azizam azizan
#mohonrumahwip
#applyrumahwip

keyword tajuk : Mohon Rumahwip, Pengalaman sayar beli Rumawip & Apply Rumawip

1 comment: