Saturday 17 June 2017

Rumawip Jalilmas - Cerita Saya Membeli Rumawip

Update skit : July 2017
Ade perubahan story, skrg sblm undi dah kena jelaskan 10%
(lain dengan kami dulu) - maybe sebab ade yang cancel lepas cabut undi.

Blog dibawah story pengalaman saya sblm ade perubahan ye.Selamat membaca

Hi semua, sekali lagi terima kasih singgah blog saya.
Website dah ready ye. Ini website saya :

www.velvetcorporate.com

Hari ini saya ingin berkongsi Pengalaman saya membeli rumah wilayah.
Dan rumah saya beli adalah di Jalilmas. Sebab tiada siapa nk shares story. Jadi saya shares Story saya.
Mana tau ade yang membantu nanti. ;)

Untuk Pengetahuan semua, Rumah Jalilmas adalah project di bawah DBKL.
Jadi iannya murah kerana di pahamkan tanah dia di miliki oleh DBKL Sendiri.
Jadi sebab itu  murah.

Jadi hari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya membeli rumah di Jalilmas ini.
(ini based on my experience ye, kalau salah or tidak betul itu. adalah risk anda)




Story Times

Sebelum kita start better kena paham Syarat melayakan anda membeli

Syarat dia
1. Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
3.  Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
*Bujang pun boleh, sebab kawan saya dua orang bujang lepas beli rumawip ni.

website : https://rumawip.kwp.gov.my/user/login

Jadi bagaimana Apply?
Terdapat dua cara untuk apply

1. Under DBKL :
Anda apply direct sendiri Di website DBKL, Key IN semua information then tekan apply.

  • Document pastikan jangan hntar by post (sebab bila sy hntar by post) hilang tah kemana, kena resubmit. Kan Leceh tu. 
  • Hantar direct ke menara DBKL, location di dekat belah bawah, hantar kejap je. (ambil la cuti or upah runner kejap. 
  • If korang tanya nape call tidak berjawab. (Sebab staff kat bawah tu sorang je (masa saya pergi dululah) dengan orang walk in lagi mmg susah lah dia angkat phone. So pergi sendiri DBKL tu
  • Time ini tidak perlu lagi bayar Deposit  
  • Lulus Baru bayar deposit


2. Terus under developer :

  • First check developer sapa. Jalilmas adalah Kayamas, office dia dekat Jalan Klang lama. Jadi saya berurusan disitu
  • So if nk cepat. Memang saya advise direct dengan developer Sebab under developer kita kena bayar deposit (Harga deposit Bergantung kepada harga rumah dan berapa developer minta) 
  • Kenapa better bayar? Sebab kita dah book dulu, so kita "seriousbuyer" Nk dapat unit tu senang sedikit.. Sekarang bergantung loan kita dengan bank sahaja. (tp bergantung kepada rezeki juga)
  • Ingat rumawip ni berebut, sebab murah. So better ade duit terus under developer. 
  • Yes refundable if loan kita tidak lulus

So mana better? Memang under developer. Ingat rumawip ramai berebut. Sapa cepat dia dapat.
Lagi-lagi bawah 200k punya project.

Cabut Undi

1. Under DBKL -

  • Saya under DBKL, jadi bila lulus sy dapat email dari developer mcm nie. Lepas dapat email terus jelaskan deposit and booking fees. Then Cabut Undi
  • Lepas cabut undi dia akan bg kertas. Kertas tu korang kena ada sebab nk apply loan nti 

Email lulus daripada developer

2. Under Developer :

  •  Saya juga membantu kawan saya membeli Jalilmas . Dia kami buat terus under developer. Sebab under DBKL lambat skit.
  • Cara dia. tidak perlu daftar dekat website, just bawa document yang mereka minta sekali deposit/booking fee. Nti mereka settelkn
  • (2/3 tiga bulan baru lulus) 
  • Tp if tidak lulus tu. Tiada rezeki lah tu.  
  • Agent saya Marcus. Ok services dia. 

Document yang mereka minta

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
*Setiap rumah satu Complete borang ye. Bermaksud 2 permohonan. Dua complete Borang. Tiga permohonan Tiga Complete Borang. Ramai ingat satu complete borang boleh apply semua. Salah ye.
* Dan saya Dapat info ini dekat website sahaja.

Apply Loan

Ok lepas encounter kekwn yang beli sama jalilmas ni. Loan setiap orang berbeza. Macam saya, saya akan story 2 cara. Sebab sy encounter dua cara ini

Private (Bank Loan)

Macam saya, saya kerja sendiri.  jadi kami guna bank loan. Selamat wife keje bank juga. Dapat jugalah staff rate (alhamdulillah)

Cara Bank macam ni ye

  1. Bayar Booking Fees. (Lepas dapat surat kelulusan.) awal-awal tidak perlu bayar. 
  2. Apply Loan
  3. Sign agreement Loan
  4. Bayar Balance deposit (if anda 100percent tak perlu) 
  5. Sign S&P

*If korang Guna KWSP , dah sign s&p dan isi borang. Baru Bawa ke KWSP.
Ingat lepas sign S&P bukan lepas bayar booking. Sebab saya ingat Borang booking tu dah cukup dah. Silap rupanya.


Government Loan

Cara dia terbalik skit. Sebab kwn saya under government loan
Cara dia begini :
  1. Bayar Booking Fees (sebab kami direct under developer) 
  2. Dapat surat pengesahan jawatan (surat kata anda layak loan berapa byk)
  3. Sign s&p
  4.  Lepas sign s&p baru loan (terbalik ngn bank loan)

Isu yang akan Timbul.

1. Panel Loan - Anda kena pakai panel mereka sahaja, sebagai contoh saya sudah pergi bank islam & Bank rakyat tuk apply 100 percent loan. Tp bila pergi mereka kata mereka bukan panel untuk Jalilmas. (Pada masa itu la)

2. Panel Lawyer - Yang saya perasan mereka divide mengikut tingkat.  Sebagai contoh 10 - 20 (Satu lawyer) 20-30 (lawyer yang berbeza)
jadi nti dah undi tengok lah lawyer sapa. Saya Satha & co di bangsar (lembap betul buat kerja)

3. Bayaran Lawyer : Saya selamatlah Lawyer panel dengan wife saya. So tiada cost.

4. Parking: Rumahwip telah provide satu rumah satu parking. Jadi if nk beli parking kena tambah exta RM18k tidak silap. Boleh include dlm loan. Tp masa kami nk beli parking dah abis. adehhh. So decide cepat2

5. Cabut Undi : haaaaa, ini masaalah utama. Unit tidak boleh pilih. Saya terdapat unit tinggi pula, tp bersyukur je lah Rumah bawah market Price.
Tak payah lah cuba tukar, dah cuba dah. hehe


Apa yang anda kena consider sebelum beli rumawip (conclusion)

1.  10 Tahun - Rumah ini hanya untuk pembelian rumah pertama di Kuala Lumpur. Bukan tuk sewakan or jual balik. Jadi for properties investment. Rasanya kurang sesuai.

2. Semua Boleh jual balik - 10 tahun kemudian semua orang boleh jual balik. Jadi harga dia tidak akan melambung tinggi (tidak sesuai kepada yang nk invest)
mcm kami memang hendak duduk situ.

Kebaikan

1. Well, dia murah dah afforable (ok laa tuk rumah pertama)
2. Besar dia pn ok. tuk jalimas (800sq, apartment 3 bilik 2 bilik air) nice lah tu
3. Tempat berdekatan dengan LRT. ok what, public access tuk kebanyakkan rumawip dekat dengan LRT. so kira factor utama saya beli sebenarnya. Walaupun jauh dengan KL.

Rumawip vs Rumah Prima (Based my observation)

- Mesti korang ade compare kn. Dari apa saya research, rumawip menang dengan harga, sebab tanah tu milik DBKL. Jadi dia murah skit. Rumah Prima not bad. Tp tanah dia kena beli
- Dua-dua ok, sebab kena tengok mana korang nk duduk


JANGAN MALAS
-Ramai betul malas nk apply, Sebab kata leceh, Sumpah Lah., uit, nk beli rumah bawah market price. Kena lah berusaha skit.
- So cepat-cepat apply.

Sampai Disini sahaja blog saya hari ini. Ingat post semua ini adalah based Pengalaman saya. And kepada mereka berminta nk dapat khidmat secretary.
Singgah lah ke website saya ye

www.velvetcorporate.com

(buatan sendiri ni)

Jadi berjumpa lagi di topic akan datang.


regards
azizam azizan
#mohonrumahwip
#applyrumahwip

keyword tajuk : Mohon Rumahwip, Pengalaman sayar beli Rumawip & Apply Rumawip

66 comments:

  1. Salam nak tanya.. booking fees brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut harga rumah rasanya. saya bayar rm5k hari tu

      Delete
    2. booking fees ikut pemaju...ade setengah rm1k jer...

      Delete
  2. Assalamualaikum, nak tanya..untuk apply loan, agen developer akan uruskan atau kite kena apply sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sendiri. cuma mereka ade panel bank sendiri

      Delete
    2. Salam. sy nk tanya. kenapa ya sy call untuk tanya, dia kata kena ada deposit sampai 15k?

      Delete
    3. Saya tolong jawabkan ye farah nadia. Depends pada project and developer. Ada mintak RM15K. ada yg mintak 10% dari harga rumah. All up to developer.

      Delete
    4. saya pun developer minta 15k utk booking fees. Sbb akaun ke2 kwsp sy tak cukup 15k. Tapi Kakak saya perlu bayar 5K je sbb akaun ke2 kwsp dia lebih dari 15k.

      Delete
    5. jangan keliru...booking fees tu lain..deposit pula lain...desopit mmg tinggi, tp biasanya dia tolak dr loan kita yg lulus tu...booking fees rendah je biasa bawha rm5k...jd kene tanya pemaju betul2...

      Delete
  3. sy nak tnya untuk surat akuan sumpah tu nk dapatkan dimana?

    ReplyDelete
  4. Salam bro, aku pun dpt gak beli rumah ni. Snp dah sign, loan agreement pun dah sign. Lawyer pun satha n co. Tp skang ni masalahnya, panel bank asyik call yg dia tak terima lagi case aku ni dr lawyer. Bleh cerita sikit tak pengalaman handle panel lawyer ni? Aku dah duk push2 lawyer suh accept case tp mcm2 plak alasan. Takut nnt kena penalti plak dr developer sbb bank xdpt disburse loan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, lawyer mmg lambat.
      jadi mmg kena follow up non stop.
      tp dah sign s&p kn. jangan risau
      sbb jalilmas dah abis. /
      teruskan follow up ye

      Delete
    2. Itu lah. Rumah tingkat berapa bro. Bleh la berjiran hehe.

      Delete
  5. Salam, saya pon Alhamdulillah lulus utk Jalilmas ni, loan agreement and SPA dah ready, tggl nak sign next week InshaAllah. Alhamdulillah saya dapat full loan from maybank. Cuma nk confirm, mmg xperlu buat apa2 bayaran dah kan kpd developer lpas sign loan agreement dan SPA ni nt? Saya hanya perlu tunggu bank untuk disbursed duit to developer, betul ke? Harap dapat bantu, saya agak confused dgn process bayaran2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, sekarang ade perubahan.
      Yang ni awk mmg kena direct contact developer tnya.
      sbb my friend 100 percent loan gov. cerita dia lain pula

      Delete
    2. Salam puan maizatul macam mana boleh dapat full loan untuk rumawip yer.sy kena 10%.sy baru pertama kali beli rumah

      Delete
  6. Montly brapa kalau loan bank???

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk soalan ni subjective ni.
      sbb different org different bayaran bulanan

      Delete
  7. terima kasih atas informasi..saya pun terfikirnk beli rumah RUMAWIP ni tapi hutang loan lain byk gila..confirm tak lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama berkongsi pengalaman sahaja.
      xpe maybe akan byk lg project di masa hadapan
      mcm saya beli jalimas. skrg siap ada tasikmas, desamas
      terkilan juga. tp nk buat mcm mana. sudah ada rumah

      Delete
  8. assalam tuan, nak tanya rumawip ni dalaman dia mcm mana? dah ada grill, tiles, renovation ape2 ke? atau sekadar kosong lantau simen je? nak tau yg tu. sbb xpernah diberitahu ape yg dah ada dalam rumah tu dgn harga yg berbeza2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam maaf rumah saya pn siap tahun 2020
      saya berkongsi pengalaman membeli sahaja

      Delete
  9. Assalammualaikum, sy nk tnye, En submit form dkt DBKL ambil masa brp lama utk tunggu sblm dimaklumkan samada lulus atau tidak?

    ReplyDelete
  10. wasalam. saya sendiri apply under dbkl. hari tu near 3 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy apply utk Tasikmas. Baru submit docs 14hb Sep haritu dkt DBKL, Jln Raja Laut. Saja tgk dkt fb, ada few agent post Tasikmas sold out. Terfikir jugak knp mcmtu ek. Sb, bila cek kt portal, dia close hujung tahunni ... Dan status sy; sedang diproses. kalau betul sold out, diorang patut close application.. tak adalah saya menuggu dgn sia-sia.. :(

      Delete
    2. Saya apply RUMAWIP under developer. Drpd apa yg agent saya terangkan, developer hanya dapat separuh unit sahaja (dalam 270 unit) yg boleh ditempah through developer dan memang dah fully booked. Lagi separuh unit adalah hak DBKL untuk yg memohon melalui website rumawip. Cik janganlah risau, InsyaAllah ada la tu rezeki cik dapat rumah nanti.

      Delete
    3. Oh, ada quota eh.. thnks cik hani..
      InsyaAllah.. aminn.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. tgh fikir ni mcm mana nk cari 10%.. 😁😁😁

      Delete
    4. Saya baru log in to RUMAWIP..application untuk unit yang sya apply dah lulus tapi sekarang ni kena hantar documents. Only for Bumi.. lucky i'm a Bumi. I call developer tanya ada booking fee..dia kata RM5K if directly through developer..kalau via DBKL takde booking fee tapi dua2 pun first come first serve. So lebih elok i pergi directly to DBKL kan? Any feedback yang boleh share please.. TQ

      Delete
  11. Hi En., nk tanya, yg En. mentioned jual balik tu, apa maksud ye? jual balik to who? Tq.

    ReplyDelete
  12. Sy dpt wangsamas...rate bank bagi 4.5%..ok x atau tinggi?

    ReplyDelete
  13. Sy dpt wangsamas...rate bank bagi 4.5%..ok x atau tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy bukan pakar property if rasa mampu byr teruskn

      Delete
  14. sy pn br settle urusan beli umah jalilmas... full loan gov... nk tnye krenye duit book yg 5k tu bleh dpt blk ke cmne?

    ReplyDelete
  15. Maaf nak tanya, marcus voon ke agentnye?

    ReplyDelete
  16. Salam tuan,
    Sy nak tanya. Betul ke RUMAWIP Tak ada show unit? Sbb sy baru nak try beli under developer. Dia kata Tak Ada show unit, dan booking fees nya apart of 10% deposit which is 15K. Bukan ape takut kene tipu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk developer puan.
      sbb selalu display kat office mereka

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. salam nak tanya, range monthly installment berapa kalau beli rumahwip? sy mmg nak beli tp sy takut monthly over rm1k, mahal lah jugak sy rasa. so, kalau kesudian boleh tahu berapa range monthly installment untuk rumah wip? dan ada penalti tak sekiranya kita tolak atau cancel permohonan

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau rumah 300k and get a full loan monthly around rm 1500..klau 90 % loan..around rm 1300

      Delete
  19. salam tuan. legal fee n spa developer tanggung kan utk rumawip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. bergantung sebenarnya. macam sy included dlm loan.
      tp byk kes sy tgk. lawyer fee tanggung sendiri
      estimate 3k to 5k juga

      Delete
  20. bergantung kepada bayaran deposit dan duration loan juga sebenarnya.
    tp estimate rumah 198k. loan dlm 1k
    kalau rumah 300k. estimate 1500k and above

    ReplyDelete
  21. Sy ada apply Rumawip Hektar. Sekarang ni 2 bank panel maybank dan affink reject loan sy apply. Pemaju mintak cabut undi. Perlu ke saya cabut undi sebab loan saya belum approve lagi . Selepas cabut undi kena bayar apa-apa ke? Bagaimana kalau loan saya tak lepas? Mintak pandangan en. azim

    ReplyDelete
  22. salam tuan, permohonan saya melaui rumawip dah pun diluluskan, tetapi pemaju terus meminta wang 10% dari harga rumah (RM198000) mana nak cakau cash bayak mcm tu. saya dalam dilema ni apa perlu saya buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan. Rumawip projek rumah yg murah dan di tgh2 segala jenis kemudahan. Jadi mmg cepat sold out dan byk modal kena keluar. 10% deposit wajib ada dan jgn lupa selepas tu ada lagi bayaran nya ,kena standby RM3K-RM5K utk legal fees. Tu semua nak x nak kena buat.
      Saya buyer rumawip wangsamas.

      Delete
    2. salam. boleh saya dapatkan contact number puan atau puan boleh whapsap saya 010-3939571

      Delete
    3. 10% drpd hrga rumah ke cik baizura?

      Delete
  23. slm..nk tnye. if sy dh dpt rmh ni n sy apply gov loan,adakh sy perlu byr deposit trsebut?

    ReplyDelete
  24. salam. saya baru nak apply. saya kerja swasta. saya ada call pemaju dia cakap rumah dah full tapi dalam web still boleh memohon.mintak percerahan.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada contact pemaju rumawip kepongmas 2 hrge 198k , die kate ade lg 50 unit kosong , nak ke no die ?

      Delete
    2. Hai en edy boleh sy dptkan no fonyer

      Delete
  25. salam semua.. sy first time apply.. lepas tu dapat msg. dia kata approved. ada sesiapa pernah dapat approval melalui sms tak?. normal ker cara nie?.. takut scam.. saya zero knowledge bab2 rumah nie.. niat beli umah utk kawin.. apa next step patut sy buat.. TQ

    ReplyDelete
  26. as salam..Boleh saya dapatkan nombor telefon Marcus? tq

    ReplyDelete
  27. Salam..saya pun beli rumawip di Residensi Hektar..loan dan lulus and dah sign bank agreement and snp..loan saya 90% sbb umur dah 45th kot tak bole dpt 100% loan..10% lagi saya bayar melalui acc 2 kwsp tp tak cukup sbb kwsp tak byk..so ada lbh kurang rm20k lg saya kena tambah..tapi agent kata saya boleh bayar bulan2 yg baki rm20k tuh..

    ReplyDelete
  28. Saya apply under DBKL, tapi macam nak tukar terus direct developer. Boleh ke macam tu? Tq in advance

    ReplyDelete
  29. salam tuan, macam mana ye saya nak setelkan late payment interest ni ? btw, kawan awak tu syafiq yang hensem tu ke ? hm

    ReplyDelete
  30. Salam... Suami sy ade apply rumawip. Tp gaji 5k xlepas beli rumawip ni. Betul ke. Sbab syarat dia 5k and above utk individu. So kami terkilan jgak xdpt nk beli rumawip ni.

    ReplyDelete
  31. Salam, saya dah mula bayar bulan2 masa pembikinan kepongmas2, saya difahamkan last payment masa ambil kunci nanti, tapi saya menerima surat dari developer untuk membayar 5% lagi untuk sewege and etc, sebanyaj rm9900. Adakah perkara ini benar

    ReplyDelete
  32. Betulke bell, so dh bayar ke. kan bank yang akan relasekan payment kepada developer, knpa kita pulak nak kene bayar. caj sewage semua tu kan developer yang perlu tuntut kpda bank. ke surat tu hanya makluman je kot.

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...