Sunday 10 February 2019

Dapat Surat LHDN? Apa yang anda kena buat?

Hi Semua, Alhamdulillah sudah 2 tahun saya genap berniaga secara fulltime.
Dan sekarang baru boleh kembali aktif semula menulis blog.

Disclaimer dulu : Seperti biasa ini adalah blog, segala penulisan adalah berdasarkan pengalaman dan 
Hari ni topik saya nk sentuh adalah topik yang paling hangat untuk permulaan tahun 2019, iaitu Surat
Cinta daripada LHDN ini. 



Jeng Jeng, anda pun dapat surat yang sama kn? 
Jadi sapa yang dapat surat ini? 

Korang  jangan risau sebab LHDN keluarkan hampir 8.3 juta surat untuk volunteer disclosure program.
Tapi bukan semua orang layak. So jangan risau bila dapat surat tu. Tapiiiiiiiii, sapa yang income banyak tu. If tak Declare, yess korang dah kena Start risau ,
Link Berita boleh click sini

Jadi sebelum itu kita kena tahu sapa yang kena Declare Income Tax ini? 

Orang yang Kena Declare Tax
1- Orang yang berkerja makan gaji dan gajinya lebih dari RM2,800 sebulan selepas potongan kwsp.
2- Peniaga yang hasil perniagaan kasar melebihi RM2,800 sebulan.
3- Peniaga yg sudah berniaga lebih dari setahun. Tidak semestinya perlu ada akaun semasa. Asalkan berniaga, wajib isytihar.
4- Warganegara asing yg bekerja atau berniaga di dalam Malaysia.
5- Ejen insurans/takaful/penapis air/ lain-lain ejen yg menerima komisyen.
6- Sesiapa sahaja yg tinggal di dalam Malaysia dan mempunyai pendapatan dari dalam negara.

Jadi Macam Mana Nak Mula Declare Income Tax ni?

1- Perniaga yang Berdaftar meniagan genap Setahun. Ada income ke loss ke, kena declare. Orang ramai silap, mereka ingat bila tiada income tak perlu declare. Salahh. anda kena declare juga.
2- Mula- Mula Semak no kad pengenalan di laman web LHDN untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum. If sudah dah Auto Daftar lah tu
3- Nombor cukai pendapatan boleh di daftar melalui laman web atau boleh terus ke kaunter LHDN.
4- Daftar dengan E-Filing untuk penghantaran borang cukai pendapatan secara online.
5- Sediakan PENYATA UNTUNG & RUGI perniagaan & TAKSIRAN CUKAI PENDAPATAN anda sebelum mengisi borang E-FILING. Klik hantar setelah selesai. Jadi key dia kena buat management account. 
6- Cukai pendapatan boleh di bayar melalui online banking. Tak perlu pergi ke LHDN untuk bayar.
7- Semua urusan di atas boleh dilakukan sendiri jika MAHIR. Atau sebaiknya upah juruakaun @ akauntan bertauliah untuk uruskan.
8- Taksiran cukai pendapatan hanya sekali dalam setahun, sebaiknya di urus antara bulan Januari hingga Jun. Lebih dari bulan tersebut, akan kena penalti dari LHDN.
9- Simpan slip / dokumen bukti anda telah hantar borang cukai melalui E-Filing setiap tahun. Ia dokumen penting sekiranya ingin membuat pinjaman bank dan sbg nya.
10- Fail cukai pendapatan hanya boleh ditutup sekiranya pembayar cukai meninggal dunia atau sudah tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Jadi Berbalik kepada Topik asal, apa yang ada kena buat?

Dan jawapan dia Simple
1. Anda dah kena start Declare, Jadi kena start membuat Management Account bagi mereka yang berniaga Enterprise. Kena ingat, tanpa Management Account Wajib ada, Sebab bila tiada management account nanti susah nk bukitkan total Income, total expenses, perbelajaan peribadi.
Jadi key dia disini adalah Management Account. 
Macam mana nk buat? banyak dah software accounting online or upah kami Malaya Corporate untuk buat. 
2. Start Daftar Tax di LHDN, ingat ye pendaftaran adalah percuma. If tidak pandai buat online, pergi sahaja ke LHDN yang berdekatan

Itu sahaja Topik kali ini, Saya akan update Selalu Selepas ini
korang boleh singgah ke website rasmi saya untuk lebih rujukan
www.malayacorporate.com
nanti saya akan update topik ini.
.
Jadi sampai disini sahaja dulu






No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...