Sunday 13 September 2015

APA ITU MOF?

Selain pendaftaran Syarikat Sdn Bhd, Limited Liability Partnership (LLP), persatuan, photographer mendaftarkan Lesen MOF adalah satu kepakaran utama saya. Tapi apa itu Lesen MOF?

Mof adalah Minister of Finance atau kementerian kewangan, Jadi apa pula lesen kementerian Kewangan ni??? Untuk maklumat anda, untuk memasuki mana-mana tender kerajaan.
Anda wajib mempunyaai lesen ni. Selalunya Nombor Kementerian kewangan 357-1111111 (Selalunya bermula dengan 357- dihadapan)

Contoh sijil saya upload kemudian.


Jadi perlukah anda memohon lesen ni?
Ya  - jika anda mahu memasuki tender kerajaan. Anda wajib mempunyaai lesen ini.
Tidak jika anda tidak mahu memasuki tender-tender kerajaan.

Saya sudah mendaftar, boleh saya memasuki "semua" tender kerajaan?
Tidak boleh, untuk pengetahuan. Maximum bidang adalah 25. Anda hanya boleh memohon mengikut bidang perniagaan anda sahaja. Kalau enterprise pastikan bidang ada nk mohon ada di sijil perniagaan anda

sila click sini untuk memihat senarai kod bidang.

Contoh iklan tender



Saya tidak mempunyai Enterprise, Syarikat Sdn Bhd, atau pn LLP, boleh kah saya mendaftar?
Tidak boleh, hanya perniagaan yang berdaftar dengan SSM sahaja di terima. Individu tidak boleh.

Boleh kah saya mendaftar sendiri?
Boleh, anda boleh mendaftar sendiri. sila buka website eperolehan.com.my untuk maklumat lanjut
Selalunya orang meminta saya mendaftarkan di sebabkan saya mahir dengan bidang pendaftaran ini.

Saya tidak mempunyaai office, boleh kah saya mendaftar?
Boleh, tetapi kemungkinan bidang yang ada mahu tidak lepas, di sebabkan sesetengah bidang MOF memerlukan syarikat anda beroperasi di pejabat. Virtual office pn MOF Reject

Saya mahu dapatkn status Bumiputra. Bagaimana?
Pastikan 51% di pegang oleh bumiputra.

Berapa Lamakah Tempoh Sijil MOF laku? 
Selalunya tiga tahun, dan pastikan anda renew lesen anda.
Ingat Lesen akan automatic terbatal, jika anda gagal renew. Anda kena membuat permohonan baru.

Nama saya sudah didaftar di syarikat lain bolehkah saya memohon untuk syarikat lain?
Tidak boleh,  MOF Tidak mahu 2 syarikat director yang sama mendapat 2 project di satu masa yang sama.


p/s - Saya menulis ini berdasarkan pengalaman saya. Kepada mereka yang kurang bersetuju, you are free to comment for correction dan kepada mereka yang mahu contact saya.
sila leave email at velvetgroups@gmail.com or whatapp 019-3960277 (izam)




2 comments:

  1. Hi Izam.. sy nak tanya..sy mempunyai lesen perniagaan enterprise. Dan sudah berdaftar dgn SSM.Sy nak tahu nombor myCOID saya.Di mana saya nak tengok nombor myCOID syarikat enterprise saya tu? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer link ini
      https://www.youtube.com/watch?v=2tfXE6W9oxo

      Delete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...