Thursday 28 April 2016

Perkara menarik di Jepun ( Pengalaman saya)

Well, Saya terpengaruh dengan budaya Jepun Semenjak Kecil lagi. Sampai sekarang koleksi komik mmg banyak saya ade. Semenjak kecil lagi menonton animasi adalah kegemaran saya, dan semasa kecil saya memasang impian untuk melihat sendiri bungga sakura. Dan alhamdulillah pada 14 March 2016 saya berjaya menjejaki kaki ke negara matahari terbit.
.
Dan dijadikan cerita, masa saya tiba di Jepun. Hujan teramat lah Lebat semasa sampai, baju semua dalam beg. mls lah nk keluarkan. First time pulak naik train, mmg pening ler.
Overall, Jepun memang tempat wajib anda jejaki. Jadi disini saya bercerita tentang apa yang saya perasan semasa berada di Jepun.



1. Matahari terbit
Perbezaan waktu antara Jepun dan Malaysia adalah sejam, bermakna jepun pukul 5 tapi malaysia pukul 6.tetapi paling yang menarik, pukul 6 Jepun sudah gelap seperti pukul) 7.30 di Malaysia. Dan di waktu pagi pulapukul 5.30 sudah seperti pukul 7.30 di malaysia. Sangat terang.

2. Bersih
- Rasanya semua orang tahu Negara Jepun sangat bersih, dan selepas melawat sendiri negara mereka, yes negara jepun sangat2 bersih dan paling menarik tong sampah sangat susah untuk jumpa. Jikalau anda ada sampah, anda kena menyimpan nya sendiri. kemudian (selalunya di stesyen kereta api) or menyumpaai tong sampah, baru lah buang. Jangan terkejut semasa dihotel, saya kena berjalan 50 meter untuk membuang sampah di hotel saya.



3.  Transporation (kereta api)


- Macam litar electic kn, boleh sesat? yess semestinya. Sebelum ke Jepun anda di nasihati
mendownload application, kerana itu penyelamat anda macam pengalaman saya sendiri, Jikalau anda berdiri di platform 5, tidak semestinya platform ini menuju ke detinasi anda mahu, ada cara dia tersendiri,  dan bayangkan kereta api di jepun sgt sgt effective? kelewatan mereka
boleh di kata sifar?

4. Beratur
- Kalau Di Malaysia, jikalau kita nmpk kedai penuh dan beratur. Mesti kita kata "Malas lah, pergi kedai lain la",woo semestinya berlainan di Jepun. Jepun boleh di katakan beratur adalah perkara biasa. dan biasa maksudnya ianyasebahagian dari kehidupan mereka, rasanya mereka tidak pernah merunggut. Dari seksyen kereta api, kedai makan, beratur, beratur, beratur bukan masaalah mereka.

5. Keselamatan
Korang mls nk pegang beg berat kat airport? sebab nk gi tandas. well insyallah beg tu ada lagi kat situ?
seriosuly, kalau kat Malaysia letak je sedikit barang. nescaya hilang la.
Berbeza sangat di Jepun. Anda bayangkan seorang peserta trip kami tertinggal Iphone 6 di stesyen kereta api, patah balik dapat lagi tau. mereka tinggalkan je di disney land

6. Duit Siling
- tidak seperti di Malaysia pengunaan duit syiling sangat byk di jepun. dan mostly mereka ada beg utk duit syiling

7. Pakai mask
- Mcm fashion, tetapi mereka tidak semestinya sakit pn, tetapi nk melindungi diri dari penyakit. Anda bayangkan ade 30juta rakyat di Tokyo Sahaja hampir sama byk dengan rakyat malaysia.

8. Harga
Tidak di nafikan Jepun lebih mahal daripada Malaysia, dan taraf hidup mereka sangat tinggi.
kalau anda nk compare kn, contohnya Air dimalaysia adalah RM1.00 : 0.30 dan di jepun adalah RM3.79 ( YEN 110)
barang2 plak mostly barang sovienger adalah 1,000 yen dan keatas, 1000 yen berjumlah RM38.00
kira seperti 1.00 Malaysia di darab dengan 3.4



9. Bahasa
Di galakkan memahami perkataan basic seperti dekat mana, , sini ke. Tapi jangan risau mostly kat Jepun sigboard dia boleh di fahami
dan orang-orang jepun terutama di stesyen kereta api memahami basic english, anda jangan segan sesat di sebabkan ramai juga rakyat Jepun sesat. hehe


10. Teksi dan sewa kereta?
X payah lah, jepun sangat mahal tau. Di pahamkan tiada subsidi minyak. Jadi cost transporation mereka mahal. If sy jadi mereka pn saya tidak naik kereta.

11. Sopan Santun
Seriously mereka sangat polite, walaupun kadang-kadang macam ayam dan itik. mereka akan cuba juga membantu anda.

12. Makanan
Makanan halal? yes sangat susah nk dapat. So better research awal2 mana kedai makan dan apa makanan yang boleh makan.


13. Ada Robot Gundammmmm!!!!
Hehe, saya memang minat anime ni, dapat plak tgk robot gundam. Memang best ler...



14. Orang dia sangat2 ramai
Kami hanya ketokyo sahaja, apa yang saya research tokyo sahaja dekat 30juta orang. Kat malaysia sahaja, rakyat kita hanya 30juta orang. Bayangkan berapa sesaknya Jepun ni. Tetapi mereka sangat tersusun, Jadi tak nampak sangat sesak nya tu. Train pn berlambak






once again thanks Sushi Travel. Nti saya upload lagi ye ;)


No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...