Wednesday 8 June 2016

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) - Kelebihan & Kelemahan yang perlu Anda Tahu


Alhamdulillah sekarang ini ramai orang mula berjinak dengan dunia perniagaan kerana mereka sedar bahawa untuk keluar daripada kemelutan ekonomi diri sendiri adalah daripada usaha anda sendiri. Jadi hari ni saya hendak menceritakan  Kelebihan dan Kelemahan Syarikat PLT ( Perkongsian Liability Terhad)

Sebelum itu, untuk megelakkan kekeliruan

Bahasa Melayu : Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Bahasa Inggeris :  Limited Liability Partnership (LLP)
*Maksudnya sama ye~  
Website saya : www.velvetcorporate.com 

Jadi sebelum cerita kebaikaan dan keburukan adalah penting untuk anda memahami criteria PLT ini. Sebab tidak guna juga anda membaca tetapi tidak tahu apa PLT ini

PLT merupakan bentuk perniagaan yang mengabungkan ciri-ciri syarikat dan enterprise. Ianya di wujudkan kerana memberi alternatif kepada perniagaan mendaftar perniagaan dan memberi akses status liability terhad kepada rakan kongsi. SSM memperkenalkan PLT ini pada tahun 2012, dan ramai perniaga mula berjinak mendaftar PLT ini.

Jadi apa yang membezakannya dengan Sdn Bhd & Enterprise?


  • Tidak seperti Sdn Bhd, PLT tidak perlu mengeluarkan saham, sebaliknya modal dalam bentuk kongsi oleh rakan kongsi.
  • Tiada keluaran saham (sebaliknya modal dalam bentuk modal kongsi oleh rakan kongsi);
  • Fleksibiliti membuat keputusan, sbb tiada EGM or AGM perlu dibuat
  • Tiada keperluan formal  untuk Mesyuarat Agung Tahunan;
  • Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM; dan
  • Akaun tidak perlu diaudit.


Jadi apa kelebihan PLT ini?


  • Kos mendaftarkan PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran Sdn.Bhd.
  • PLT tidak wajib mempunyai company secretary mahupun melantik firma akaunting berbanding Sdn.Bhd, sebaliknya wajib melantik compliance officer.
  • Tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya.
  • Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan (Annual Return) kepada SSM
  • Akaun perniagaan tidak perlu diaudit.Tetapi syarikat boleh membuat akaun untuk memantau perniagaan sendiri
  • Cukai LHDN lebih rendah berbanding enterprise. (dia sama mcm cukai korporat)
  • Hutang ditanggung oleh PLT bukan sepenuhnya oleh pemilik. *Tetapi ingat, if pengarah yang sign aggrement. Anda still kena kejar oleh bank ye.

Kelemahan dia pula

Untuk pengetahuan anda, PLT baru sahaja diperkenalkan oleh SSM pada 2012. Jadi

  • Pembukaan bank account akan mempunyaai masaalah sedikit, sebab most bank tidak biasa dengan LLP ini (Update 2021, sekarang sudah ramai familiar dengan PLT. Jadi kepada yg nk buka teruskan sahaja)
  • Officer SSM di peringkat negeri pun masih belum faham tentang Proses PLT ini (update 2021, sekarang sudah ramai familiar dengan PLT)
  • Process penutupan dia sedikit sukar, kerana kena buat voluntry winding up. 
.
Jadi sampai disini sahaja blog saya kali ini, Harap sedikit ilmu saya ini. Membantu



SILA SINGGAH KE WEBSITE
MALAYACORPORATE UNTUK DOWNLOAD

1 comment:

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...