Monday 9 August 2021

Tempat Beli Barang Secondhand Pejabat Terbaik di Kuala Lumpur?

 Hi, kali ini saya hendak berkongsi dengan anda ''Tempat saya membeli peralatan perabot SECONDHAND yang terbaik''. Teringat cerita saya 4 tahun lepas. Dulu hendak beli meja pun tidak mampu.
Kepada anda yang baru bermula. Perjalanan memang sukar diperingkat awal. Tapi bila anda sudah dapat rentak. Insyallah anda boleh, JANGAN GIVEUP  dan AVOID pergi kelas yang mahal-mahal.
Digalakkan Join kelas yang murah-murah seperti dibawah selia MARA, PUNB, INSKEN, PKNS SELANGOR. Bukan apa selain murah, networking di kelas-kelas kerajaan ni terbaik. Sebab tu saya aktif join program-program under kerajaan ini. Masa covid ni je kurang. Sbb saya tak suka join online sbb tidak boleh nk networking.

Ok berbalik kepada topik. Saya ni dah merata tempat saya mencari barang-barang pejabat ni. Ye lah, kita bukan daripada keluarga yang senang. Jadi capital pun perlahan2 upgrade. Macam-macam tempat saya dah survey dan pergi. 
Dulu pejabat saya dekat dgn ikea. Jadi Pergi IKEA Je lah, Tapi ikea tak banyak pilihan dan bagi saya mahal.
Then satu hari, saya post dekat facebook dan Alhamdulillah Ada beberapa rakan berniaga saya recommend dekat Chai-chai trading ni.


Untuk pengetahuan semua, mostly fb saya dipenuhi oleh rakan-rakan yg berniaga. Sekiranya anda nk add saya boleh find saya di facebook ye. 

ini link : https://www.facebook.com/azizamazizan



Sebab yg suggest ni pun rakan-rakan saya yang hebat2. Shukri Razak ni owner kepada Ommo home (penjual perabut) En halim (otai aircond, trainer INSKEN dibawah syarikat Techmaster). So saya pergi la sendiri. Terus terang, MEMANG TERBAIK tuan-tuan & puan-puan sekalian. Dah la 5 tingkat,
barang banyak. Siap ada secondhand, Baru pun ada. DAN yang best nya, barang-barang secondhand di amat berkualiti. Siap ada peralatan secondhand seperti komputer, telephone, printer pun ada secondhand. Saya bagi gambar untuk tantapan anda.

Tapi sebelum itu
(SAYA BUKAN DIBAYAR OLEH MEREKA YE) 
Blogspot ni sekadar nk kongsi pengalaman. Jadi mana tahu memberi manfaat kepada yang mereka yang memerlukan.


Ini Baru


Secondhand



Secondhand

Secondhand
BANYAKKAN?,
memang rambang mata bila sampai sana. Rasa macam-macam saya nk beli . huhuhu. Sebab tu kena bawa Bini, nanti dia control. 
Cuma satu je nk pesan. Ahad mereka tutup. Jadi kena pergi, kena pergi selain hari ahad.

Juga masa covid ni mereka x buka. Jadi kepada mereka yang cari peralatan pejabat. Try la ke sana.
Lepas ke sana, then anda COMMENT dekat sini. Berbaloi tak pergi?
Juga lokasi kedai ni dekat-dekat Jalan duta, Jalan Kuchai lama

Semoga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan ye

No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...