Saturday 7 August 2021

Kenapa Akhirnya Anda Kena Buka Syarikat Sdn Bhd?

Hi, seperti semua tahu. Saya adalah "'Seorang Setiausaha Berlesen'' dan alhamdulillah tahun 2021.
Saya sudah mempunyai hampir 230 pelanggan berdaftar. Lagi bersyukur kebanyakkan pelanggan saya adalah referral dan dalam 40% juga daripada blogspot ini sahaja. Sebab itu saya dah decide untuk lagi aktif menulis perkongsian saya di blogspot ini. 

Saya bukan berasal daripada keluarga business. Network dan Capital pun tiada. Saya memang mula daripada bawah. Jadi bila dah ada 200 lebih pelanggan berdaftar ini. Memang saya amat hargaai.Website & video juga buat sendiri berlajar di youtube.

JADI TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERI

Jadi berbalik kepada topik. Saya ingin berkongsi dan memberi pandangan saya KENAPA PEMILIK ENTERPRISE atau Milikan tunggal KENA buka Syarikat Sdn Bhd AKHIRNYA.




Saya listkan dengan cara yang mudah untuk anda paham

Pertama : Keuntungan perniagaan yang tinggi
Untuk pengetahuan semua. Cukai Enterprise adalah cukai individu jadi dia boleh mencecah 30% .
ini link untuk anda semak sendiri kadar cukai anda.
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11

Sdn Bhd pula adalah cukai korporat dan rate dia adalah 17% (boleh refer link)
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=2&bt_posi=5&bt_unit=1&bt_sequ=1

Jadi bila keuntungan bersih telah tinggi. Ada telah disarankan untuk membuka syarikat Sdn bhd.

Kedua : Confident Third Party
Confident yang saya maksudkan ini bukan pelanggan. Saya maksudkan adalah adalah third party daripada Kerajaan, Badan berkanun, supplier, bank dan lain-lain . Kalau anda melakukan perniagaan B2C atau maksudnya "'Business to Customer" kadang kala pelanggan tidak kisah langsung kita ni enterprise atau sdn bhd. 

Jadi kenapa third party lebih yakin dengan syarikat Sdn Bhd? Ini kerana syarikat Sdn Bhd wajib menghantar laporan kewangan kepada SSM setiap tahun. Jadi semua oang boleh access laporan kewangan anda di SSM. Enterprise dan PLT TIDAK PERLU melapor kewangan dekat SSM. Laporan kewangan  syarikat Sdn bd juga wajib di audit oleh juruaudit yang bertauliah jadi dengan laporan kewangan anda SAHAJA boleh menyakin third party untuk pelbagai kegunaan seperti pinjaman duit, masuk tender dan lain-lain.
Kemudian baru masuk pitching dan business plan.

Ketiga : Ingin Membuat Franchise
Maaf semua, Enterprise tidak boleh melakukan Franchise. Syarat yang telah di tetapkan oleh Persatuan Franchise Malaysia. Anda kena syarikat Sdn Bhd dan telah beroperasi selama 3 tahun baru boleh membuat franchise. Jadi kalau anda dah mula rancang nk buka franchise, anda telah boleh mula rancang untuk membuka Syarikat Sdn Bhd

Ke-Empat : Raising Capital | Ingin menambah modal perniagaan
Ok, Ini adalah sebab-sebab UTAMA kenapa anda perlu membuka syarikat sdn bhd. Kalau enterprise anda tiada SAHAM untuk dijual. Jadi sukar hendak Rasing Capital. kalau nk raising capital, anda perlu membuat loan, membuat pinjaman atau mereka kena jadi rakan perniagaan anda. 

Sesetengah orang, mmg tidak suka ORG LUAR masuk campur dalam perniagaan kita. Jadi membuka Syarikat Sdn Bhd adalah cara terbaik untuk RASING CAPITAL ini. berikut adalah antara-antara cara untuk anda Raise Capital mengunakan syarikat Sdn Bhd :
1) Jual saham anda, diantara Saham Biasa (Ordinary Shares) atau Saham Keutamaan (Preference Shares)
2) Crowd Funding
3) Road to ipo - pergi ke berhad
4) Modal Teroka
5) P2P 
6) Geran
7) Venture Capital

Macam-macam lagi cara hendak RASING CAPITAL, yang ini mmg kena personal coaching. Sebab setiap syarikat berbeza jadi setiap cara raising akan berbeza. Boleh hubungi saya 0193960277. Insyallah saya boleh LINK-kan kepada orang-orang yang sepatutnya. 
 
Ke-Lima : Masuk Tender

Ikut pengalaman saya, selalunya tender-tender yang amount yg besar. Selalunya mereka menawarkan kepada syarikat Sdn Bhd. Perkara ini selalu dicerita oleh client saya yang akhirnya membuka syarikat Sdn Bhd.

Ke-Enam : Loan Perniagaan Amount yang besar
Mengikut pengalaman saya, jarang enterprise dapat loan 200k dan keatas. Selalunya amount-amount yang besar ini syarikat Sdn Bhd yang dapat. Jadi anda perlu consider untuk buka syarikat Sdn Bhd bila anda ada plan nk buat loan perniagaan. Sebab dia take time. Bukan terus buka syarikat sdn bhd terus boleh dapat loan. Kalau insititute kewangan seperti PUNB, MARA itu lain sedikit. (Ini berdasarkan pengalaman saya sahaja)

Ke-Tujuh : Ingin Legacy Perniagaan Anda & Sudah paham konsep Liability
Rasanya semua maklum yang Sdn Bhd mengamalkan Separate Legal entity dimana liability Pengarah dan pemilik adalah berbeza. Selain itu anda juga boleh meletakkan nama pewaris-pewaris sebagai pemegangn saham.  
Yang ini mmg kena contact or personal coaching.

Banyak lagi sebab-sebab akhirnya Pemilik ENTERPRISE akhirnya kena buka syarikat Sdn Bhd 
Kesimpulannya. Anda ada soalan tentang syarikat Sdn Bhd?
Boleh terus hubungi saya.
Tel : 0193960277
Email : azizamazizan@gmail.com





No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...