Thursday 29 July 2021

Convert Enterprise Kepada Sdn Bhd? Boleh ke?

Hi hari ini kita nk berbincang sedikit dengan soalan yang selalu sangat saya terima.
Boleh ke saya nak "Convert Enterprise kepada Sdn Bhd"
Selalu soalan ini saya terima daripada usahawan yang sudah lama berniaga dengan Enterprise dan bercadang hendak membuka Syarikat Sdn Bhd


Selalu owner Enterprise lama kelamaan akan buka juga Syarikat Sdn Bhd.
Banyak sebab dia Tapi saya akan explain di topik yang berasingan.

Berbalik kepada Topik kita. 
Untuk Makluman semua TIADA ISTILAH "CONVERT" Enterprise kepada Syarikat Sdn Bhd.

Ini kerana, 

1. Akta tidak membenarkan
2. Bank Akaun juga tidak boleh convert
3. Istilah convert ini hanya boleh kepada entiti perniagaan di bawah ini

a) Syarikat Sdn Bhd kepada Berhad
b) Syarikat Berhad kepada Syarikat Sdn Bhd
c) Sdn Bhd kepada Perkongsian Liabliti Terhad
d) Enterprise kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Kepada mereka yang bercadang hendak convert sdn bhd kepada PLT.
Hati-hati sedikit kerana selepas convert kepada PLT.
PLT tidak boleh upgrade kepada Sdn bhd dan tidak boleh downgrade kepada enterprise.
Jadi take note owner PLT semua. 

Kalau anda sudah membuka syarikat yang baru. Dia ada beberapa cara yang kita boleh buat. Seperti "transfer semua" aset daripada enterprise. Ataupun Jual semua asset kepada syarikat Sdn Bhd.  Jadi kita boleh naikkan paidup capital syarikat.

CUMA, Perkara ini teknikal sedikit. Jadi boleh contact saya untuk pertanyaan yang lanjut. 

oalan? Whatsapp sahaja
https://wa.me/60193960277




No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...