Tuesday 27 July 2021

Buka Syarikat Sdn Bhd Senang buat loan perniagaan?

Hi semua, Topik kali ini adalah berkenaan permohonan loan perniagaan. PKP kali ini saya akan cuba lagi aktif daripada dulu. Bila ada anak kecil ni curve kerja saya menurun habis-habisan. Tapi insyallah saya ubah lagi habit dengan update sebulan dua kali ke.

Ok berbalik kepada topik di atas. Ada yang mengatakan Syarikat Sdn Bhd lebih mudah untuk dapat loan perniagaan daripada Enterprise, Betulkah?

Jawapan Saya : Betul, tuan-tuan dan puan-puan. 

Ini berdasar pengalaman saya sendiri yang mempunyaai loan perniagaan serta menguruskan loan pelanggan. Selaku Setiausaha Syarikat yang berlesan. Pekara ini tidak dinafikan kerana syarikat Sdn Bhd perlu menyediakan laporan kewangan dan WAJIB hantar ke SSM tiap-tiap tahun. Jadi pihak pemberi pinjaman lagi YAKIN untuk memberi pinjaman kewangan ini.

Untuk pengetahuan anda juga. Info makluman kewangan syarikat syarikat Sdn Bhd boleh di access oleh semua orang di dalam sistem SSM. Tetapi kena ingat, Ada juga berangapan buka syarikat Sdn Bhd automatic boleh mohon loan perniagaan. BUKAN BEGITU.

Seperti loan-loan yang lain. Setiap pemberi pinjaman akan mengambil kira beberapa pekara terlebih dahulu. Ini pekara-pekara saya highlight untuk memberi panduan semua.

Pertama

1. Jumlah - Kalau anda berniaga secara enterprise. Amat jarang saya jumpa loan perniagaan mencecah 200k dan ke atas. Selalunya tak sampai. Ada kes pelanggan saya yang dpt loan PUNB. At the end PUNB minta mereka buka syarikat Sdn Bhd juga. Kalau Sdn Bhd dia unlimited. Ada sahaja pelanggan saya dapat loan berjuta. Ada juga yang join program dengan PKS Shah Alam dimana PKS sendiri akan invest untuk jadi pemegang saham. Enterprise tidak boleh jual saham je.

2. Rancangan Kewangan
- Untuk apply loan, mengikut pengalaman saya.
a) Bank - Bank tak ambil tahu sangat rancangan kewangan anda. Mereka lebih ingin tahu kebolehan anda membayar balik. Mereka akan tengok berapa total credit dan total debit perniagaan anda setiap bulan. Jadi sekiranya anda plan nak pump in sejumlah money kemudian keluar balik. Tak dicadangkan.
Cukai juga adalah dokumen yang sangat penting untuk loan perniagaan.

b) Insititut kewangan -Dengan insititut kewangan, ini leceh sedikit sebab mereka nk tengok rancangan kewangan. Saya boleh assist pekara ini sekiranya ada mahu. 

3. Sales Perniagaan Anda
- Mengikut pengalaman saya, untuk apply loan perniagaan mereka akan tengok total sales anda.
Selalunya 30% daripada total sales anda. Jadi makin tinggi sales anda, makin tinggi amount anda boleh apply. Kalau Enterprise sales berjuta pun. Sangat jarang nk dapat amount yang besar. Tapi Enterprise bahaya sales/profit tinggi. Nanti tinggi cukai tu. Sebab cukai atas individu.

4. Dokumen-Dokumen yang akan di minta
- Ingat, jangan lepas buka syarikat sdn bhd terus apply. Susah nk lulus. Sebab selalunya loan dokumen mereka akan minta
a) Laporan Kewangan
b) Penyata untuk rugi selalunya tiga tahun
c) dokumen-dokument syarikat sdn bhd
d) cukai - ha yang ini penting. Kalau anda ada plan nk buat loan. Cukai mmg kena submit. Memang selalunya mereka akan minta.

5. Tempoh Syarikat Buka
- Yang ini memainkan peranan juga. Sebab selalunya nk apply loan perniagaan, minimum selalunya 6 bulan beroperasi. Kalau insititu kewangan seperti PUNB. Mereka mmg akan minta pekara ini.
Kalau dengan bank selalu minimum setahun. Tapi sentiasa pemohonan adalah berbeza, ada je kes lepas.

6. Credit Scoring anda
- Yang ini pun anda kena jaga. Bayangkan saya punya loan punb dulu hampir tak lulus sbb record PTPTN . tak patut, tak patut. Jadi Tak kiralah sales anda berjuta. Rekod jaga ye semua.

7. Laporan Kewangan/Submission Cukai
- Ini anda kena ambil tahu. Dokumen-dokumen ini mmg wajib untuk anda buat. Sekiranya tak buat mmg susah

8. Industri Perniagaan
- Yang ini masa Covid ini mmg nampak sangat. Tak nafikan semasa covid senang nk dapat loan sebab kerajaan longgar kn. Kalau tidak, payah ya amat nk approve.
Contoh industri yang payah seperti tourism, kereta sewa. Jadi ambil tahu juga pekara ini

Jadi kesimpulan saya. Tidak nafikan BUKA SYARIKAT SDN BHD mudah untuk mendapatkan loan perniagaan. Tapi sekiranya bank akaun anda tidak aktif, tiada menjalankan aktiviti perniagaan. Cukai tak submit, Audit Report pun tak buat. At the end susah juga nk lulus.


Dia sebenarnya ada lagi cara tuan2 dan puan2 sekali. Contoh buat FD dengan Bank, buat facilities.

Cara lain kita pergi crowd founding, P2P, listed. Tapi ini game lain. Insyallah kalau anda pelanggan saya. Kita boleh duduk sembang..

Jadi sampai disini sahaja. Semoga bermanfaat

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk? Pinjaman peribadi; Pinjaman perniagaan; gadai janji; Pinjaman korporat? Pembiayaan pertanian dan pembiayaan projek? Kami memberi pinjaman dengan kadar faedah 2%! Hubungi: challotloan@gmail.com

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...