Wednesday 28 July 2021

Berapa Kos Syarikat Sdn Bhd Setahun?

Hi semua, lupa pula hendak bagi tahu. Pada awal tahun 2020 saya telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Sumpah, tak perasan yang saya tidak kongsi lagi pengalaman saya menduduki exam/temuduga ini.
Insyallah saya akan update kemudian.
Ini peta lokasi pejabat saya. Call dulu ye sekiranya perlu urusan sumpah


Ok berbalik topik di atas. Berapa sebenarnya kos untuk Maintain Syarikat Sdn Bhd ini?
Sebenarnya saya hendak buat video, tapi hendak buat video memakan sedikit masa untuk edit dan shooting. Jadi saya berkongsi dulu topik ini.

Sebelum kita bercerita tentang kos. Ada beberapa pekara penting yang perlu anda tahu. Di mana,
Syarikat Sdn Bhd adalah entiti korporat. Jadi mengikut Akta Syarikat ada beberapa element yang perlu anda tahu iaitu : 
Syarikat Sdn Bhd, Wajib
1. Mempunyaai Seorang Pengarah
2. Seorang Pemegang Saham
3. Setiausaha Syarikat (Seperti Saya)
4. JuruAudit

Untuk perniagaan Enterprise, Kos anda hendak maintain adalah renew enterprise sahaja.ANDA kena paham kos yang saya kongsi ini adalah kos-kos professional. Ini tidak termasuk
1. Bayaran Gaji Pengarah
2. Bayaran Gaji Perkerja
3. Bayaran Sewa pejabat.
4. Bayaran operasi perniagaaan.
Kos-kos saya berkongsi ini adalah PROFESSIONAL FEE sahaja

Jadi kita mulakan yang pertama

1. Setiausaha Syarikat.
Mengikut akta syarikat, anda wajib mempunyaai setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat ini boleh terbahagi kepada dua iaitu
i) Internal
ii) External

Untuk internal, contoh mcm wife saya. Yang merupakan Cosec Department dalam insitusi perbankan.
Ini kerana kerja setiausaha syarikat ni kerja professional. Dimana cosec department perlu membuat  corporate exercise , attend board meeting, kalau listed kena buat Announcement lagi. Lagi-lagi syarikat berhad yang aktif. Jadi sekiranya anda masih SME anda kurang sesuai untuk mempunyaai Internal Cosec ini. Sebab specialize kami more kepada SSM, BURSA, SECURITY COMMISIONAR, BOARD.
Sekiranya anda sudah ada banyak anak syarikat dan mmg syarikat anda banyak board meeting.
MMG saya galakkan anda lantik seorang internal secretary. Kos minimum lantik setiausaha berlesen ini selalunya RM3,000 dan keatas

Kedua External, saya percaya kebanyak pembaca blogspot saya ini adalah mereka baru berjinak dlm  pensyarikat. Untuk Sdn Bhd mmg WAJIB lantik setiausaha syarikat ini. 
Kalau Status anda masih SME, amat di galakkan melantik External Secretary sahaja.Roughly kos external secretary ni dlm rm100 (bergantung kepada firm anda engange) 

jadi secara kesimpulan. Yuran setiausaha syarikat antara kos yang perlu ada bayar. Menjadi satu kesalahan tidak mempunyaai setiausaha syarikat.

2.  Akauntan
Akta syarikat tidak mewajibkan anda melantik seoarang juru akaun. Kalau anda pandai boleh sahaja buat sendiri. Banyak dah software-software akaun di pasaran ini sekarang. Tapi sebab topik kali ini adalah kos-kos kasar. Akaun ini juga ada internal dan external. 

3. Juru Audit
Akta Syarikat mewajibkan anda mempunyaai seorang juru audit. Kos Audit @ laporan kewangan ini adalah subjective.

Dia akan bergantung kepada sales, expenses dan asset anda. Lagi tinggi sales anda, lagi tinggi fee audit anda.

Saya just ambil contoh kos Sales anda adalah RM500 ribu. Roughly kos audit adalah dalam RM2,500.00 ke RM3,000 (Ini kasar ye, setiap syarikat berbeza dia bergantung kepada dokumen. Ini kerana, ada syarikat buat construction, dua tiga invoice sahaja sampai RM500K. Manakalah yang jual retail perlu bepuluh invoice hendak cecah sales RM500K.

4. Juru Cukai
Akta Syarikat tidak mewajibkan anda untuk melantik juru cukai. Tapi percayalah cakap saya, bayar lah. Sbb syarikat sdn bhd sedikit complicated. Selalu kos cukai ini dalam market dalam 30% ke 40% daripada jumlah laporan kewangan

5. Cukai
Syarikat Sdn Bhd sekiranya ada keuntungan wajib membayar cukai. dia 17% daripada untung bersih.
Juga anda kena buat projection income anda dan perlu juga membayar cukai mcm PCB dengan menghantar 201. Yang ini mmg kena hubungi saya untuk paham.

Jadi saya buat 3 Contoh kos tahunan untuk syarikat yang berlainan supaya ANDA NAMPAK. 

SAYA ULANG, CONTOH INI UNTUK MEMBERI ANDA PAHAM SAHAJA.
(kerana setiap syarikat berbeza)

Contoh

1. SYARIKAT A

Setiausaha Syarikat : External Cosec (RM100 Sebulan)
Akauntan : Internal : Ambil seorang akaunan internal (RM2,000 sebulan)
Audit Sales : 1 Juta  (Fee Audit Kasar RM5,000)
Juru Cukai : RM2,000 (40% daripada kos audit @ kasar)
Lain-lain : Seperti Submission SSM, EPF/SOCSO sebab ambil internal staff.
Kos Syarikat A setahun roughly dalam RM10,000.00 ribu lebih
*Syarikat memakai external secretary
*Memakai external Akauntan
*Tidak lagi termasuk 17% keuntungan bersih (cukai korporat)

3. SYARIKAT B

Setiausaha Syarikat : External Cosec (RM100 Sebulan)
Akauntan : Tidak beroperasi (akaun dormant selalu kasar akaun dalam RM700)
Audit Sales : Tiada Sales (Selalu kos audit Dormant RM1,000)
Juru Cukai : Tiada (buat sendiri submission)
Lain-lain : Seperti Submission SSM, 
Kos Syarikat A setahun roughly dalam RM3,000.00 setahun
*Syarikat memakai external secretary
*Tidak beroperasi
*Tiada Staff

1. SYARIKAT C

Setiausaha Syarikat : Hire Internal gaji Cosec. Gaji sebulan adalah RM4,000.00
Akauntan : Internal staff, Gaji sebulan RM4,000
Audit Sales : 5 Juta  (Fee Audit Kasar RM15,000 - RM30,000)
Juru Cukai : RM10,000 (kemungkinan akan lagi tinggi)
Lain-lain : Seperti Submission SSM
Kos Syarikat A setahun roughly dalam RM110,000.00
*Syarikat mempunyaai internal secretary & Internal Accountant
*Selalu Status syarikat bukan lagi SME.
*Kos audit & cukai kemungkinan akan lebih tinggi
*Tidak lagi termasuk 17% keuntungan bersih (cukai korporat)


Jadi anda boleh perasan dimana setiap syarikat akan berbeza.
Dia bergantung dengan sapa yang berurusan. Anda ambik internal atau external dan SALES anda, sbb sales akan effect audit fee & akaun fee

Cuma,SAYA selalu saya pesan dekat pelanggan saya. Sdn Bhd ini mmg entiti perniagaan yang terbaik. Tapi tidak beroperasi juga kos setahun dlm RM2,500.00.

MAHAL? tidak tuan2 dan puan2.
Trust me, syarikat sdn bhd mmg entiti perniagaan yang terbaik. Tapi kenalah pandai gunakan.
Tak guna dan treat mcm enterprise. MMG anda tidak nampak lah beza dia.

Soalan? Whatsapp sahaja
https://wa.me/60193960277




No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...