Thursday 30 July 2015

ANNUAL RETURN - APA PENGARAH SYARIKAT PERLU TAHU

Mempunyai syarikat bukannya mudah. Bila anda sudah ada syarikat Sdn Bhd. bermaksud anda sudah memegang tanggung Jawab yang Besar, kerana Syarikat termaktub di dalam "Akta Syarikat 1965".

Nampak menakutkan, tetapi anda janganlah risau. Sebab sebagai pengarah anda tidak perlu tahu tentang akta syarikat secara mendalam seperti kami, kerana akta syarikat adalah tanggung jawab company Secretary untuk menasihati anda. Apa yang penting adalah untuk anda memilih Company Secretary yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Dan Topik yang saya tekan hari ini adalah berkenaan "Annual Return" . Secara General, annual return adalah summary kepada profile syarikat secara menyeluruh seperti pengarah terkini, shareholders terkini, status syarikat - aktif atau tidak, aktiviti perniagaan terkini. Annual return mestilah di submit bersama-sama dengan audited account. "Topik audited account dan general meeting akan di cerita kemudian".

Saya ingin bercerita tentang annual return, kerana ramai pengarah syarikat tidak tahu bahawa adalah "Wajib" untuk setiap syarikat untuk menghantar Annual Return kepada SSM. Di antara masaalah yang selalu saya encounter adalah seperti di bawah:

1. Syarikat saya dormant / tidak aktif. So tidak perlu lah saya "submit" Annual Return.
2. Eh!! kenapa saya dapat compound daripada SSM. Syarikat saya tidak Aktif.
3. Company Secretary tidak bagi tahu pun kena buat Annual General Meeting dan kena buat Annual Return.

Ingat! kesalah tidak menyediakan Annual Return, Audited Account boleh dikenakan compound or saman yang banyak.

PENALTI DAN KOMPAUN
Kegagalan pihak Syarikat untuk mematuhi  prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan pihak Syarikat dan Pegarah akan dikenakan compound . Antara kompaun yang banyak dikeluarkan ketika ini adalah :
RM200 - Gagal menyerahsimpan Laporan Tahunan (Annual Return) - Seksyen 165 (4) - 1 tahun.
RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 143 (1) - 1 tahun.
RM3,000 - Gagal membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 169 (1) - 1 tahun.
-----> Jumlah keseluruhan bagi setiap Pengarah adalah RM4,200.

(Ini jumlah lama, Jumlah yang baru nti saya update)

Jadi adalah tanggungjawab pengarah untuk memastikan anda menghantar dan menyediakan audited acc,annual return dan membuat Annual General Meeting. Step dia macam ini :

1. Menyediakan Audited Account (Section 169)
2. Mengadakan Annual General Meeting (Section 143)
3. Menyediakan Annual Return (Section 165)
4. Submit kepada SSM bersama-sama audited Account

Bila anda kena Compound/ saman daripada SSM.janganlah risauuuu. Sebab kita boleh buat rayuan. Tetapi dengan Syarat untuk membuat rayuan adalah menghantar audited account dan annual return di SSM.
Jangan terkejut kerana saya sudah nampak compound berjumlah lebih daripada RM 20,000.00 kerana tidak menghantar audited account dan annual return. Hendak ke kita berhutang dengan benda ini. Ingat knowlegde is a power.

So sampai disini sahaja untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut atau mempunyai soalan. Boleh la
whatapp saya di 019-3960277 or email kepada azizamazizan@gmail.com

Untuk membaca companies act boleh lah click disini  SSM AKTA SYARIKAT

Regards
Azizam Azizan
Operation Manager
Velvet Corporate Resources (M) Sdn Bhd



7 comments:

  1. assalamualaikum. saya nak tanye.

    macam mana kalo company tu da nak dekat setahun commenced business tapi x buat agm lg. saya call to remember them to conduct agm.director tu ckp x buat agm lagi sbb ade director yg nak resign and kluar dari company.and their company is in state of 50-50 to winding up or continue depend on their project.

    1. dorang still kene conduct agm jgak ke ?
    2. ape yg patut saye advise dekat dorang ?

    sye mintak maaf sbb gune bahasa informal. hope you can reply this comment asap. terima kasih. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, Maaf lambat reply, sbb tidak perasan ada comment.

      Sebelum itu, leh anda kenalkan diri? Berbalik pada soalan.
      Boleh saya tahu company tu incorporated bila? sudah Lebih 18bln daripada tarikh incorporation?

      Daripada soalan,

      Pertama
      Director yang nk resign itu sudah anda penganti? Sebab Mengikut Akta Syarikat. Setiap Company tidak boleh kurang daripada 2 orang Pengarah. Klu pengarah hendak resign, dia kena appoint director yang lain.
      "Boleh refer section 122 (1) dekat Companies Act 1965"

      Kedua
      Sekarang SSM ada mengeluarkan "Incentive Period For Application To Strike-Off Dormant Company Incorporated Between The Year Of 2010 To 2014 Under Section 308(1) Of The Companies Act 1965 Effective From 1st April 2015 Until 30th September 2015" masih sempat untuk apply, dimana anda boleh tutup company tanpa menghantar management acc.

      Ketiga
      AGM - Yes, walau apa pn berlaku, melakukan AGM adalah wajib. Jikalau tidak sempat, sebelum tarikh AGM, anda boleh apply di SSM extension of time dan menyatakan anda tidak sempat Melakukan AGM.. Yang ini perlukan penjelasan sedikit. Boleh whatapp saya di 019-3960277

      KeEmpat
      As Secretary, tugas kita adalah advise mereka. Jikalau mereka degil juga, kita telah melakukan tugas dan tanggunjawab kita dengan memberi nasihat.
      Jadi apa yang perlu tuan/puan buat. Adalah :

      -Pastikan setiap communication ada black and white. Drop email reminder tentang kena buat AGM, whatapp or sms reminder tentang AGM. DAN (Print sebagai Bukti)
      - Mereka pasti akan cari secretary bila compound telah keluar nti, dlm dunia professional ini. Apa yang penting adalah protect diri kita.


      harap jawapan saya membantu,,
      regards
      Azizam Azizan

      Delete
    2. salam. sorry for the late reply. My name aida. actually im a practical student and i has to handle one company regarding their AGM problems. I just found your site when i was blog walking.

      can i just jump to the point no 3 ? they aware about the AGM, but the problem now is their company's account. Due to internal management problem, their account lost and they just start prepare their account (collecting previous transaction maybe ). It takes time to prepare it.

      can this be the reason to apply an extension time to convene an AGM ?
      what can i advise to them regarding their account preparation as it need to table on the meeting.

      Thank you for your previous reply.

      Regards
      Aida Ng

      Delete
    3. sudah balas di email. hope membantu ;)

      Delete
  2. As salamualaikumwbt.
    saya ada pertanyaan mengenai syarikat dormant iaitu:-
    1) adakah pengarah-pengarah yang mempunyai syarikat dormant perlu menyediakan resolusi syarikat dan mengadakan AGM sedangkan hakikat syarikat itu telahpun dormant; dan
    2) bolehkah pengarah daripada syarikat dormant ini menandatangani Perjanjian Jual dan Beli menggunakan nama syarikat yang tidak di 'seal' disebabkan oleh faktor syarikat dormant?
    penjelasan yang jelas amatlah dihargai. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waailaikumusalam
      1) Dormant atau tidak, syarikat wajib membentang kan AGM, dan ianya termaktub di dalam akta syarikat. Tidak membentangkan AGM membuatkan anda melanggar 4 section. Dan compound boleh mencecah RM4K setahun
      2) Selagi syarikat tidak dibatalkan oleh SSM, tiada masaalah untuk pengarah menandatangi perjanjian jual beli. Cuma bermasaalah di akaun bank. Tuan/puan kena aktifkan dulu akaun tu

      Delete
  3. Assalamualaikum...
    Saya Asri
    Saya ingin minta pendapat..
    Saya telah dikompaun & tindakan mahkamah telah diambil...perbicaraan dijangkakan bulan 9 ni atas sebab syarikat Dormant (tidak menjalankan sebarang perniagaan) sejak ditubuhkan 2014 atas masalah membuka akaun bank...
    - tidak aktif
    - tiada AGM
    - tiada laporan Audit
    Kekurangan ilmu berkenaan akta syarikat membuatkan saya ambil mudah dgn membiarkan begitu sahaja..sehinggalah saya di kompaun & tindakan mahkamah diambil.
    Apa kah langkah & nasihat yg boleh tuan berikan pada saya & saya ambil tindakan.
    Saya ingin menutup syarikat tersebut.

    Terima kasih atas jasa baik tuan memberi pandangan.

    Email saya
    nurjanggut27@gmail.com

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...