Thursday 25 July 2019

Nombor Syarikat Format Baru?

Update January 2020.

Hi saya ada buat video penerangan nombor syarikat baru ini.
Boleh Semak



Blog October 2019

Terima kasih kerana singgah ke blogspot saya ini.
Maaf sangat, memang tidak sempat hendak update blogspot saya ini kerana sibuk dengan perniagaan secretarial firm saya. Pejam Celik dah lebih 150 clients saya. Tapi still tidak kaya. huhu. Bermakna banyak lagi saya kena improve

Jadi Usaha harus di teruskan,
Boleh lawat ke website saya.

www.malayacorporate.comwww.malayacorporate.com
Ok hari ini saya ingat menulis tentang topic yang terhangat di SSM Conference 2019.
Di Mana Semua nombor syarikat akan mempunyaai format yang baharu.
Ini bermakna semua nombor syarikat akan berubah, tetapi bukan bermaksud nombor yang sekarang ini terbatal. tidak.

Jadi kita tengok Format Nombor syarikat yang lama dan perbezaan dengan format yang baru di cadangkan oleh SSM ini seperti di bawah :


Format Syarikat Lama


  • Enterpirse : 002885848-X (Velvethirteen) @ Enterprise Lama Saya
    Syarikat Enterprise akan mempunyaai 9 nombor
  • LLP : 0015534LGN (if belakang ini LGN @ Selalunya General Business)
  • Syarikat Sdn Bhd Pula, Selalunya ada 6 digit Nombor
    contohnya mcm ni : 1152472-X 
Jadi start pada tahun 2019, SSM telah mencadangkan untuk semua nombor mempunyaai format yang baharu. Bagi saya, Idea ini adalah satu idea yang  bagus, sebab kita pun dah ke arah digitalis dimana  semua document akan banyak softcopy daripada hardcopy dan kita harus menerima idea dengan hati yang terbuka.

Berikut adalah ciri-ciri nombor syarikat yang baru :

  • Akan mempunyaai 12 Digit Nombor
  • Tahun pendaftaran akan mengikut tahun syarikat ditubuhkan. contohnya syarikat saya daftar 2015, jadi akan bermula pada tahun 2015
  • Semua entity perniagaan tidak kira enterprise, LLP, Sdn Bhd dan berhad akan terlibat.
Contoh adalah seperti berikut
  • 4 digit pertama (tahun didaftarkan) : 2015
  • 2 digit kedua : Code entity perniagaan itu
  • 6 digit seterusnya : akan mengikut turutan (yang ini dikeluarkan oleh SSM)
  

        Tahun didaftarkan                 Code                            Nombor mengikut aturan
  ____________________          ______          ____________________________ 

Y
Y
Y
Y
C
C
X
X
X
X
X
X
2
0
1
9
0
1
0
0
0
0
0
1



Jadi persoalan dan pemahaman saya

1) Bila effective pekara ini :  
Dipahamkan start 01 August 2019 ini akan bermula dan ianya berperingkat. dan sbb ini pekara baru, selalunya SSM akan mengambil masa untuk implikasikan nya.

2) Sapa yang terlibat :  
Semua, Semua entity perniagaan yang berniaga di Malaysia

3) Nombor syarikat yang lama bagaimana pula : 
Nombor syarikat yang lama akan kekal, tetapi dia mcm syarikat yang menukar nama, Nama Baru di depan, di ikuti nama lama di belakang.

Contohnya mcm ni, apabila terdapat penukaran nama syarikat. 
Malaya Corporate Group Sdn Bhd (Nama Baru di hadapan)
Formerly known as Velvet Corporate Group Sdn Bhd (Nama syarikat yang lama akan di belakang)

Bagi syarikat syarikat pula
Nombor syarikat baru di depan, no lama akan berada di belakang.
 : 201501000001 (1152472-X )

Jadi pandangan saya terhadap pekara ini?

 Saya berharap SSM akan memberi masa kepada perniaga kecil mcm kita untuk menukarnya.
sebab untuk menukar semua akan melibatkan kos, Ye la, cop perniagaan, printer new letterhead semua ada kos nya.

Walaubagaimana pun, kita harus menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka. Sebab sekarang kita sudah hendak masuk era yang baru. 

Jadi saya akan update post ini. Bila terdapat announcement yang baru.

dan saya perlu disclaimer 
Post ini adalah sharing dan pandangan adalah pandangan peribadi saya.

Sampai disini sahaja post kali ini.
berjumpa lagi di post yang akan datang.

Sekian
Azizam Azizan
26 July 2019




No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...